Friday, June 3, 2011

Alkisah Rayyan di Wad Pediatrik - Part 6 (Terima Kasih Hosp Putrajaya)

Assalamualaikum...

Dan....sampai jugak ke entry terakhir. Well, sebenarnya mungkin akan ada sambungan lagi since masih belom tamat lagi kes siasatan oleh Jabatan Kebajikan Masy dan Polis. But for the time being, kita chill dulu lah ye. Nanti2 kalau ade update aku story la kat sini. However, I really hope kisah ini tidak dipanjangkan sampai ke Polis. Sampai kebajikan masy is enough. Ok, sape yang tak mengikuti dari awal, bleh klik2 link kat bawah ek.

#1. http://ciare.blogspot.com/2011/05/kejadian-pilu.html
#2. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-1.html
#3. http://ciare.blogspot.com/2011/05/sambungan-entry-sblm-ni.html
#4. http://ciare.blogspot.com/2011/05/alkisah-rayyan-dan-babysitternya-part-2.html
#5. http://ciare.blogspot.com/2011/06/alkisah-rayyan-di-wad-pediatrik-part-3.html
#6. http://ciare.blogspot.com/2011/06/alkisah-rayyan-di-wad-pediatrik-part-4.html 
#7. http://ciare.blogspot.com/2011/06/alkisah-rayyan-di-wad-pediatrik-part-5.html


------------------------------------------------------------------------------------

Sambungannyer....

Pagi Jumaat tunjuk report polis kat doktor, so dorang cakap by tea-time petangnya dah boleh kuar. Waktu tu pon Rayyan dah aktif bangat. Senyum je kurang lagi. Alhamdulillah sel darah merah dia pon dah normal. Syukurrr sangat2. Doktor pon tak sangka dia cepat recover. Anak mama kuat ;;)

Dan gambar2 di bawah adalah gambar kenangan di hati kami. Namun, ianya kenangan trauma di hati Rayyan ;)) Ate, kena cucuk sokmo.. Adeh..




Ada lagi parut kat leher yang masa masuk air tu, tapi susah nak tangkap gambo since he is very active right now. Susah nak duduk diam. But, still lebam sampai sekarang. Tsk tsk tsk

Doktor simpulkan anak saya...
  • Terkena infection dalam bilik air. Jadi darah merah dia tak stabil sangat
  • hampir rosak buah pinggangnya kerana TERLALU dehidrate lalu buah pinggang pon confuse untuk berfungsi atau tidak..
  • Trauma
 
Dan...........kisah babysitter pula.... Sama ada dia pengsan atau tidak, WALLAHUALAM hanya dia dan Allah swt yang tahu. Tapi aku rasa mcm percaya dia pengsan. Sebab, pagi masa aku hantar anak tu, dia nampak tak bermaya. Aku ada tanya 'akak tak sihat ke? Akak pregnant ke?'.. Dia menidakkan. Dia kata dia tengah period dan sedang heavy period padahal dah hari ke empat. So maybe jugak sbb tu dia pengsan. Terlalu banyak darah keluar dan penat jaga budak. Entah2 tak sempat makan... Lalu pengsan. NAMUN, aku tak percaya sangat bila dia kata masa dia bangun dari pengsan anak aku ada di sebelah dia dan baring di lengannya. Hmm... Macam tak logik. Aku rasa Khair Rayyan jatuh sebenarnya. Mungkin dia takot nak beritahu hal sebenar.

Apepon, aku bersyukur sangat2 pada Allah swt kerana memberi peluang utk kami bersama Khair Rayyan lagi. Tak dapat nak gambarkan perasaan bersyukur tu....


Thank you Allah...


-tamat-

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

8 comments:

  1. ya Allah...sayunya hati tengok tangan kaki yang comel tuh lebam..lebam begitu..syukur rayyan kuat dan cpat sembu...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah Rayyan selamat.. Take good care of your son.. May Allah Bless you and ur family.. Amin..

    ReplyDelete
  3. yang.. ai rasa memang betul BS yu tu pengsan. kan yu kata dia period heavy flow kan? benda ni baru je jadi kat BFF ai last week.

    tengah borak-borak dengan dia (berdiri) then suddenly dia tumbang! bila dah sedar baru dia ckap dia period heavy flow.

    ai rasa BS yu tumbang masa diri lepas mandikan khair rayyan. ai pun kadang-kadang macam gelap mata sekejap bila bangun dari duduk lepas mandikan adam.


    tapi memang kesian sgt tgk hero yu kena cucuk sana sini. hero ai pun penah kena warded. kena amik darah bagai. tak sampai hati tengok. kesian sangat-sangat. meraung jangan cakap lah.

    ooppss.. sorie. komen panjang pulak. dah macam buat entry. hehehe. anyway, sorie klau komen ai tersinggung hati yu.

    then sekarang sape jaga khair rayyan?


    take care.

    oouuhh.. salam kenal!

    ReplyDelete
  4. syukur..alhamdullilah
    yangp penting rayyan dah selamat dan dah pulih.. sehat mcm biasa
    alhamdullilah kan cepat bawak dia gi hospital

    kisah ciare ni boleh kita semua jadikan pengalaman

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semuanya selamat..
    Kesian Rayyan..tapi ni memang pengalaman berharga for both of you kan..Semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi-Nya semasa kita tinggalkan pergi kerja..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah Rayyan dh siht..ish takut je dgr cerita mcmni...anak akak sebulan tua je dr Rayyan...tu yg sedih bila tau rayyan jd mcmni...

    ReplyDelete
  7. Syukur pada Allah..moga Rayyan kuat dan sihat hendaknya..

    kak, org cakap bbay klau jatuh malaikat sambut..wallahuallam..moga rayyan sentiasa dalam linduangan-NYA..amin

    ReplyDelete
  8. semoga ALLAH melindungi anak2 kita semua :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha