Monday, July 4, 2011

Berdating berdua dengan anak ke birthday party adam =)

Rentetan dari entry sebelum ini....


Alkisah saya membawa anak kecil saya ke birthday party anak kecil yang bernama Adam (nama sebenar) iaitu anak pertama rakan Puteri Tujuh saya yang bernama Ja (nama glamour). Party yang pada mulanya aku tak dapat hadir kerna pada tarikh tersebut aku tak available. Namun, tetiba host of the party menukar tarikh kepada tarikh yang aku available. Harusss aku terkinja2 nak pegi kan?? ;))


Namun walaupon aku available. Suami adalah tidak. Dia menyahut seruan bos dia untuk bekerja di hari Sabtu. Huhu. Tak curlass kan keje ari Sabtu. Namun, hakikatnya kuli adalah kuli T___T. Rasanya 2 hari sebelum party Ja inform tarikhnya tukar. So, tanpa sebarang keraguan, suami izinkan aku menculik anak beliau ke party harijadi tersebut, setelah aku meminta kebenaran daripada beliau. Thanks hubb :D


Dari dulu lagi MK (suami i ler tu) dah kabo, kalo boring time dia kerja, keluar laa. Dia tau bini dia type mati kutu dok umah kan? Dulu gigih aku sampai perot dah ke depan 9 bulan pon aku gigih berjalan lagi2 ;)) But, since ade anak, aku relax la dulu. Lagipon aku belom ada keberanian lagi nak berjalan berdua dengan anak. Yang aku berani, nak hantar dengan ambil anak kat taska. Dat's it. Lebih jauh dari itu, tidak pernah.




Namun kali ini aku nekad, maka pergi lah kami ke majlis harijadi tersebut. Yeehaaa!! Cayok cayok mama ciare!! :D Tapi aku bukan simply terjah pergi je terus. Aku siap google buat research noks. Gigih tak mak? ;)) Nanti kat entry lain aku kasi tipsnya ya =)




Dan sampailah kami berdua beranak ke majlis harijadi itewww. Omma Dd, Mama Ciare, Auntie Biku, Ibu Ja serta The Handsome Adam (^___^)v. Cuma ada 4 saja ahli Puteri 7 masa ni. Well, biasalah. Bukan senang nak kumpulkan semua. Ni pon mujur ade 4 ;;) Puteri Hana di Kelate, Puteri Lina balik Johor jumpa Suami dan Puteri Ateh jauh di Perak....


SuperIbuJa N Adam. Sian Adam demam di pagi birthday partynya. Petang ni pon dedar lagi menurut Ibu nya..



Dan pukul 6pm lebih, bergerak pulanglah kami ke sarang masing. Aku nervous. Perjalanan pergi tu Khair Rayyan elok aje behave. Main sembur2 air liur (-_-") pastu membebel sorang2 dia. Aku gigih menyanyi buat lawak etc etc untuk layan dia. Huhu. Balik pulak, aku neves jugak takot dia ngamok kan. Namun, syukurrr idak ngamuk. Belom sampai 1km lagi, dia dah tertidur dengan sendirinya. Wuah kesiannyaa anak mama. Rasa bersalah pulak sebab buat anak penat. Harap dia selesa je tidur dalam car seat tu. Huhu.


Itu lah ceritanya, my 1st day out with my baby ^____^


p/s to Puteri Tujuh: Nanti aku emailkan gambo kat korang ek.
Nak upload gambo banyak adalah sangat ber'cinta' dgn 
'kepantasan' network yg tak pantas ni :-s


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

3 comments:

  1. wah...baiknye dia...seronok la mak dia bw gi jalan2

    ReplyDelete
  2. 1st time nak keluar berdua dgn anak kecil...pengalaman baru tu :)

    Jom join GA kami :

    http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2011/07/princess-solehah-1st-giveaway.html

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha