Thursday, July 7, 2011

NURSERY TUTUP SEMINGGU KERANA KES HFMD =((

Inilah dugaan bagi parents yang bekerja uols. So pada siapa yang rasa akan menimang cahaya mata tu, bersedialah dari sekarang ye. Dengan erti lain, save la cuti uols sebanyak mungkin dan forwardkan ke tahun depan sebab, bila dah ada anak, macam2 benda tak dijangka bleh terjadi. Eh, aku bukan nak mengomel pasal anak sendiri. Tapi sebab2 lain yang bersangkut-paut dengannya.


Kes terbaru, NURSERY akan ditutup seminggu starting from Monday next week. Sudah 4 kanak2 ada simptoms HFMD. HFMD tu ape? Sila lah google. Tak tau nak cakap apa nama penuh saintifiknya. Tapi biasanya orang sebut sakit mulut kaki tangan tu lah. Mujur budak2 yang kena tu bukan sebilik dengan Khair Rayyan so percent nak berjangkit sangat rendah.


Jadi yang memeningkan kepala aku, kat mana nak hantar anak next week? Aku kalau boleh memang tak suka nak hantar anak suka suki kat mana2 tanpa usul periksa. Aku cari nursery dulu pon bukan main cerewet so bila nak cari nursery tumpang seminggu macam ni. Aku jadi blurrr. Rasa macam kamilah ibubapa paling hampeh sebab tak dapat nak menjaga anak sendiri T______________T Aku tak dapat terimalah tiba2 kena hantar anak kat tempat yang baru. Dan tempat tu pulak aku tak tahu menahu apa sejarahnya. Saya sangat sedih :-s


CUTI. Itulah yang sedihnya. CUTI suami aku dah abes pon untuk tahun ni harap maklum. Mujur cuti dia dah tolak cuti Raya siap2. Kalo tak, raya kat KL la weols ;)) Cuti aku plak tinggal few days aje. Yang mana aku kena save untuk hal2 lebih penting macam ANAK SAKIT. As for now anak aku, masih sihat, tak ada tanda2 kena jangkita HFMD tu. So, baik aku savekan cuti untuk kes2 yang betul2 dia tak sihat kan. Am I right?


DAN PALING PENTING, next week memang aku tak bleh cuti pon. Next week adalah sangat hectic sebab ianya minggu terakhir untuk aku duduk site project ni. Nama pon last week, so mesti ada banyak benda nak deploy, test etc etc. Nak hands on pada customer lagi. Hmm... Bos pasti tak approve cuti aku punya. Dah la dulu masa Khair Rayyan warded aku dah cuti 1 week. Kat situ je timeline dah lari. Tapi nak wat camne kan...


Oh anak, kamu ikot mama pegi site jelah next week nak? Tolong mama wat coding... Hihi ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

3 comments:

  1. kalau bos kasi bawak g kerja.. angkut je rayyan same...hihih.. sementara dia belum lasak sangat..

    ReplyDelete
  2. Meh2 hntar sini aunty Dina tolong jg..so xyahla mama ambik cuti

    ReplyDelete
  3. haih aku pon jadi lemah gak baca entry ko ni..nak anta ke mana ye khair rayyan. ciare pasni ko mmg tobat x mo anta BS dh kan?

    tu la budak duk nursery ni berisiko nak kena sakit2 berjangkit mcm sakit kaki tangan dan mulut tu(rasanya la) anak kawan aku penah kena tu, jangkit kwn2 nursery..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha