Wednesday, July 13, 2011

What really happen....

Assalamualaikum semua ;;)


Wuah rasa lama benar tak meluahkan perasaan kat sini. Daku rindu nak membebel dalam belog ;)) Anywaysss. Seminggu start dari Rabu last week adalah sangat hectic kehidupan kami. Nursery nak tutup seminggu, anak suspect HFMD, plan bercuti ke utara, anak demam pulak... Adoiyaiiii. Banyak sungguh dugaan :-s Tapi apepon, hidup mesti diteruskan. Kuatkan semangat!!


So begini rentetan peristiwanya.....

Rabu (6 July) - Ada kanak2 di nursery terkena HFMD, kemudiannya berjangkit sampai 4 orang. Owner nursery inform, nanti jabatan kesihatan akan datang dan dorang akan decide sama ada nursery akan ditutup atau tidak.


Khamis (7 July) - Owner nursery confirmkan nursery akan ditutup bermula 11 July - 18 July. Wuaaa nanges mak dengar. Kat sapa lak aku nak anto anak selama seminggu?? Adoiyaiiii....


Jumaat (8 July) - Bersiap pegi kerja macam biasa. Hantar anak ke nursery macam biasa. Then, on the way pegi kerja nursery call gitau ada bintik2 kat kaki tangan Khair Rayyan. Maka suspect HFMD laaa kekdahnyaaaa. Wuaaaaa. Maka langsung la pusing balek ke nursery dan amek anak. Nak pegi klinik terus, aku tak bawak enough cash. Pegi ATM pulak, out of service. Tak ke hangin satu badan. Last skali balik umah je terus. Mintak MK amek time sleep then pas solat jumaat weols pegi la klinik. Doktor kata most of bintik2 kat badan Khair Rayyan tu adalah scabies. Benda ni macam sejenis kuman la sebab Khair Rayyan kan dah mula merangkak satu rumah sekarang. Dah mula mengutip barang. Mujurrrr laaaa dia tak jenis kutip barang masuk mulut. Dia cuma kutip barang pastu bersembang dengan barang tu ;)) Tapi ada 2-3 bintik yang doktor kata SAH HFMD. Maka, kenalah berjaga. Wuaaa sian anak mama.

Jumaat petang - Actually, minggu ni kami nak bercuti ke utara tanah air. Tak ke mana pon. Nak pegi umah kakak I jer. So weols pon dah berbelah bagi. Nak pegi ke tak nak. Nak pegi ke tak nak. Masa kat klinik ada tanya doc bleh ke pegi jalan2? Seperti biasa, doktor rock tu kan jenis slumber. Dia kata pegi jelah jalan2 ape pulak tak boleh nye? Motip doctor sangat sporting? ;)) So kami pon teruskan plan bercuti ke utara. Perjalanan bermula jam 7pm. Sampai Jitra 3am. 8 jam noks. Huhu. Kat USJ je dah jam 2 jam. Pastu berhenti kat RnR 2-3 kali, konfem la lambat kan. Huhu...

- skip cerita jalan jalan kat utara -


Ahad (10 July) - Demam mendadak. Pagi 37.7... Petang 38.4.. Senja 39.4... Adoiyaiii risau dibuatnya. Demam on off selama 2 hari. Mujur sekarang dia dah senang makan ubat. Sebab dia suka main picagari tu ;))


Selasa (12 July) - Bintik2 HFMD pon makin berkurang alhamdulillah.. Demam kadang2 datang jugak. Hmm. Pening kepala dah. Dah weng weng dah weols laki bini. Dia agak cranky. Meragam tanpa sebab padahal demam & HFMD dah getting better. So weols suspect dia nak tumbuh gigi kot. Tak selesa gamaknya.


So itu lah serba ringkas pasal budak kecik yg tak sehat tu. Cerita pasal jalan2 nanti2 lah ye. Bye ols :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

2 comments:

  1. ciare, adam pun kene HFMD gak.. arini hari ke-5..

    ReplyDelete
  2. Jaaa, adakah anak aku yg bawak virus HFMD ke rumah ko? T___T

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha