Tuesday, August 9, 2011

berbuka

Hye bertemu lagi ;;)


Wuah tajuk entry aku sekarang pendek2 je noks. Tak larat la nak taip panjang sebab tak sahur tadi. Aci tak buat alasan macam tu? ;)) So tadi entry sahur now entry berbuka pulak. Ekeke =p


Alhamdulillah, bulan pose kali ni, aku banyak masak dari beli. Minggu pertama last week, sekali je menapau itupon sebab jalan aku balik kerja jem. Makanya encik suami pergi menapau. Dibelinya nasi beriani kambing youuu. Kelas. My favourite. Kena belajar buat jugak one day ^__^ Ntah bila one day tu, we'll wait and see lah yek.


Weekend pulak berbuka di Terengganu. Menu? Harus la superb. My MIL is a good cook. Walopon agak tak sehat, tapi demi anak menantu balik dimasaknya juga. TQ ma. Sayang ma ;;) Mak aku sendiri dah lama tak masak. Yelah, dia dah tak sihat. Kesian mak. Adik sayang mak. Wuuwuu T___T. Dan seperti biasa aku seperti mengidam masakan emak sendiri. Cucur udang bersama kuah kacang buatan emak adalah sangat sedappp. InsyaAllah akan dibuat jugak nanti. Sabtu kot. Weekdays renyah nak goreng kacang buat kuah kacang bagai. Rindu jugak kuih muih mak buat. Huuuu. Rindu ayam masak merah mak buat. Sedapnya daging masak hitam mak buat... Wuaaa nangis. Ate, bulan pose ni mengidam tak tentu hala. Ngalahkan orang pregnant ;))


SEMPAT KE NAK MASAK BLK KEJE? Erm kalo tak sempat pon, aku sempat2 kan jugak. Biasanya aku start masak kul 6.30 after MK balik keje. So dia bleh tengok2kan anak. Selagi MK tak balik aku memang takbleh masak. Bila petang, Khair Rayyan cranky semacam lah. Aku hilang 3 saat pon tak bleh. Nak jauh 10cm dari dia pon tak bleh. Kena dekat dekat ketat ketat dengan dia. Saje je tau budak masam ni. Mama gigit kang nak? :D


Sempat masak tu memang sempat. Tapi dengan syarat menunya kena simple lah. Tapi MK wajib tiap hari pegi param untuk beli kuih dengan air. Antara kuih peberet adalah kuih yg dalam sampan tu (sorry lupa nama) dengan popia goreng. Ada jugak dia beli kuih kelate iaitu akok. Tapi sangat tak in dengan tekak mak. Kebab pon sedap jugak. Dan antara air feveret adalah air kelapa, soya & tebu. Dan seakan-akan aku gilakan air soya fresh pulak. Tapi kena make sure kelapa, soya&tebu ni no sugar added. Baru la fresh dan sihat ;;)


Antara menu yang aku masak bulan pose ni adalah siakap 3 rasa, daging masak kicap, ikan tongkol singgang, sup ayam, sotong masak kicap blackpepper, udang masak lemak cili api nenas dan lain2 macam ikan goreng, ayam goreng, telur goreng etc etc. Untuk sayur mayur pulak aku pilih jalan mudah dan sihat iaitu ULAM ;;) Dan ada sekali masak sayur kubis masak lemak. Sap sap soi je pon. Sebab MK request. Dia nak cicah budu kekdahnya ;))


Em tu je kot. Sorry tak ada gamba. Kalo ada gamba pon, maybe aku tak tahan dan bukak pose kot. Gila haus arini. Adoiiii.... Moral of the story, sila bangun sahur okayyyy.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

2 comments:

  1. haihh dengan tulis menu tu pun dah cukup rasa lapar boleh? huhu.. cucuQ udang.. pergghh cam nakbuat jugekk..

    ReplyDelete
  2. tengok nama masakan tu mesti sedap :) tahniah!!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha