Friday, August 12, 2011

Buai

12 Ramadhan ;;)



Assalamualaikum my diary (eceh, diari katanyaa ;)) )


Bagaimana hari anda? Hari saya bermula dengan kelam kabut sebab sahur last minit. Pukul 5.20 baru terjaga. Itupon sebab anak nangis. Anak, lain kali nangis pukul 5 boleh tak? :D So apa lagi? Makan paling express. Kalo buat pertandingan kompom menang tu. Hihi. Nasi dan lauk tak sempat panaskan. Mujur aku da panaskan sebelum tido maka, kira halal lah yek. Hikhik.




Okay tajuk entri arini adalah BUAI sebab gambar di atas nilah. Anak orang lain naik buai. Anak aku, main dengan buai bule?? Dia pose baekk bawah buai dan main dengan kain buai tu. Kadang, siap buat aksi sexy kat tiang buai okey?? Sexy la kononnya ;))


Ok jom bercakap pasal buai nak? Actually, pada awalnya, aku dan MK taknak membuaikan anak tau. Tapi.... tapi.. tapi.......... Masa 1st week kami paling TPJ lepas pantang (masa tu ada lagi 2 minggu nak kerja), anak aku ni meragam baekkk punya. Masa tu jugak, tangisan dia bukan calang calang okey. Tak ada hint, trus je high pitch ke volume tertinggi. Lepas tu, susah nak tido siang. Asik meragammmmmm aje. Sampai aku phobia bila dia bukak mata. Buka je mata, trus wuaa wuaa wuaaa. Pastu aku perasan kalo aku mengenjut enjut dia atas riba, macam diam pulak. Tu yang aku suspek dia suka buai tu. Hmm, pastu aku pon paksa MK beli buaian. Tahapa2 kan aku? Pendirian tak tetap. Tapi rupa aku dalam seminggu tu sangat teruk tau. Hantu mak limah lagi elok kot rupa dia. Dan sepanjang seminggu tu aku tak sempat buat apa2 pada diri sendiri dan kat umah. Tunggu MK balik kerja baru mandi pagi okeyyyyyyy. Gila tak? Tak makan nya. Kencing pon hampir tercicir tau ;))


Tapi percaya lah uols, buaian tak elok sebenarnya. Ia bole menyebabkan pendarahan dalam otak jika ayun terover kuat. Fakta: Dalam tengkorak bayi, ada space yang tidak dipenuhi otak, so jika tergoncang terlalu kuat, maybe otak akan berlaga2 di dalam kawasan kosong tu. Dan menyebabkan pendarahan dalam otak. Worst, maybe ada pendarahan yang kita tak tahu pon ada sebenarnya. Bila da besar baru tau ke, haaa dasatkan? :-s Ni doktor kat putrajaya masa Khair Rayyan warded dulu la cakap. Dia siap brainwash weols pasal keburukan menggunakan buaian.


Namun syukurlah sangat, sebab Khair Rayyan bukan tegar sangat penggunaan buaian dia tu. Kalo letak je dalam tu tapi tak payah ayun pon tak pe. Dia lepak jela dalam tu sambil membebel sorang ;))


Apepon tepuk dada tanya selera, sebagai parents, keputusan di tangan anda. Peace yo ^__^



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

4 comments:

  1. rafique zaquan tak pernah kenal buai.. ^_^

    ReplyDelete
  2. diorang memang mcm tu la suka main kat buai..siap main cak-cak lagi dengan kita..
    Zahirah kalau tak tidur kat buai memang tak nyenyak..

    ReplyDelete
  3. anak saya pn nama rayyan. ada baju kuda belang sebijik mcm rayyan ciarre.sblm ni xde buai, last week baru beli.sbb bila dia x dok buai tido kejap pastu mula la meragam.sabtu ahad je kita ada masa nak siapkan keje umah, bila dia meragam satu hapa tu x buat. now dh berbuai, tido 2 jam lebih bole la ummi dia buat keje iron bj, lipat bersihkan umah.

    sorry terpjg plak.

    ReplyDelete
  4. fahim pun masa nak abis pantang jugak baru beli buai.. apa tak nya.. nak berenjut je kan.. patah kaki ibunya.. last2 beli gak.. nowdays dia dah kurang dah nak buai sangat. suka tido sendiri kat bawah je.. bagus tak lama lagi dah leh simpan buai tu

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha