Monday, August 22, 2011

Kisah 21 Ramadhan yang menyedihkan T__T

Kisah 21 Ramadhan (note: ini entry sedih)


Semalam, merupakan hari 21 Ramadhan yang sedih + penat. Sampai aku terlupa 22 Ramadhan bakal menjelang iaitu hari jadi aku. Sahur tadi MK wish baru teringat arini besday. Actually smalam da ingat arini besday tp sebab ada peristiwa berlaku terus moody dan takda mood nak bergembira ketika orang lain sedang bersedih T___T


Subuh semalam, weols dikejutkan dengan berita sahabat baik saya tumpah darah. Dia pregnant anak kedua. Tapi bayinya adalah bayi kembar, dan udah mencapai 5 bulan. Malam sebelum tu, kami baruuu je berbuka puasa sama2 and pastu g jalan sama2. Baruuu je main usik2 perut dia malam tu T____T Sedihnya....


Dalam kul 6 am mereka bergegas ke HUKM setelah kawan saya tu pecah air ketuban dan turun darah dengan banyaknya. Darah ada di merata-rata dalam rumah. Macam ade pergelutan pulak rupanya :-s Sesampai di hospital dan scan, doktor mengesahkan salah sorang kembar telah meninggal dunia. Seorang lagi masih bernyawa tapi lemah :( Jika survive pon, chance untuk hidup adalah rendah. Dan berkemungkinan besar bayi akan pekak/buta sebab pertumbuhan organ dia belom lengkap lagi T_______T Sedih okeyyyy. Sob Sob...


Kawan saya tu terus-terusan tumpah darah dan doktor terpaksa induce. Untuk menyelamatkan nyawa ibu paling penting. Bayi-bayi keluar selang sejam. Dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia. Semalam berbuka lah kami di HUKM. Sedih tengok kawan2 ditimpa musibah macam ni. Nak makan pon tak selera. Sahur pon gitu-gitu jer.


Apepon, mereka bertuah, Ahmad dan Muhammad sedang menunggu mereka di Syurga kelak. InsyaAllah.


Rayyan lost his twin friends T__T Alamak bilik berkecah. Rayyan la sepah2kan ni HIHI ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

7 comments:

  1. sedihnya...mungkin bkn rezeki diorg..takziah for them..

    ReplyDelete
  2. selangkah kaki mereka sudah masuk ke syurga... insyaallah

    ReplyDelete
  3. al fatihah..

    takpelah, sedih sekejap.. insyaAllah nanti besar gantinya di sana.. Allah pilih hambaNya untuk diberi dugaan..

    kirim salam takziah utk kawan ciare tu ye.. ckp kat die sabar byk2..

    ReplyDelete
  4. wohh sedihnye..ciare, harap kawan ko tabah..tapi x mungkin aku setabah itu..besarnya ujian...anyway happy birthday ciare..

    ReplyDelete
  5. Dugaan di bulan puasa kan..allah ada sebab buat semua tu..insyallah ade yang terbaik buta kawan ciare..ckp senang la kan..yang menanggung...hanya allah yang tao

    Eh comel la baju berlobang belang2..xpenah jumpe pon

    ReplyDelete
  6. sedihnya..tp syukur sbb mereka pergi bulan baik, satu pelaburan untuk kedua ayah ibu di akhirat, sungguh bertuah menjadi di kalangan terpilih

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha