Tuesday, August 9, 2011

sahur

Assalamualaikum. Salam 9 Ramadhan =)



Akan tetapi, harini tak sahur la. Terbabas. Kul 6.30am baru terjaga. MK kejutkan aku sambil cakap, 'syg da kul 6.30 ni' . . . .  . wuaaa rasa nak nangis okkkkeyyy! Nangis sebab tekak aku rasa keringgggggggggg sangat. Mana kan tidak, budak kecik tu dok menyedut semua cecair dalam badan aku. Mau tak kerempeng mak ;)) Yolah, kerempeng la sangat ;)) Rasa nak bukak pose lah, perempuan menyusukan anak dilonggarkan utk berbuka kannnnnnn? Sila jawab YA sekarang please ;)) Ish tipu jer, idak le teman sampai nak berbuka pose. Tak kelas la. Hihi


Lagi satu, rasa sedih sebab aku dah masak beriya kott malam tadi. Udang masak lemak nanas. Pastu siap ada dessert bubur durian koo. Currlass tak? ;)) MK pon da siap2 beli roti nak cecah bubur durian tu. Sob sob sob T_____T


Dan paling sedih lagi, suami patik la. Kesian papa. Huhu


Yelah, macam mana tak pengsan sebab aku tido 12 lebih malam tadi dok masak bagai kat dapur tu. Siap menlaundry, lipat baju, kemas umah sikit2... Malam tadi MK plak ada job so memang aku kena take over semua kerja rumah la. Kalo dia takde job memang dia tolong buat.


Dan.. oleh kerana tak sahur, so berbuka ni kasi perangat jela lauk2 tu. Hehe. So setel bab berbuka today. Siap ada bubur durian lagi. Haa ko ade? ;)) Oh ya ek, aku ada rebus tulang malam tadi. Oleh kerana da siap rebus, so tinggal nak letak bahan2 perencah sup yg lain jelah. Nak buat sup tulang versi thai lah. Masam masam pedas gitu. Slurpppp ;;)
 
 
Oh baru pasan, Ramadhan kali ni kalo tak silap aku belom letak lagi apa apa gambar masa berbuka ek? Wuahh sooooo not me. Almaklum lah, Si Kecik tu. Time orang sahur dia bersahur, time orang berbuka dia berbuka. Jawabnya, masa weols makan, bg rasuah dia nasi putih. Picit picit kan nasi putih tu then suapkan aje. Senyap trus ;)) Hehe. Ok lah start berbuka arini aku nak gigih menangkap gambo makanan. Hihi



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

2 comments:

  1. nyahhhhhh....mak pon terbabas arini...sian pacik..dh laaa rini kna masuk utannnnnn

    ReplyDelete
  2. kami pn lmbt pg ni...tp smpt lg sahur..meriahnye menu..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha