Monday, September 5, 2011

Al Fenin Dengan Taska

5 Syawal


Di kala orang lain bergembira, aku berduka.


Cewah ;)) Actually takde lah berduka sampai menangis lapan baldi air mata pon. Cuma geram dan kecewa. Geram dan kecewa pada siapa? Actually aku geram dan kecewa dengan service taska tempat aku hantar Khair Rayyan.


Dah terasa kecewa few weeks before raya tapi aku cuba lupakan sebab dah ada option lain sebagai penyelesaian sementara. Tapi bila penyelesaian sementara tu tak jadi, maka aku down down down down sangat. Lalu telah mengemail head branch taska tersebut dan membuat pengaduan panjang berjela. HAHA. Syukur, dapat response dalam masa 3 minit aje.


Aku bukanlah nak menghukum atau nak menutup periuk nasi owner taska tu. Tapi memang termaktub dalam terms n conditions head branch tu dia punya syarat2 dan juga bagaimana mereka memantau kualiti2 branches mereka. Aku sebagai customer yang mengharapkan servis yang baik (aku tak harapkan servis yang SANGAT baik pon. Kalo baik je dah cukup ok bagi aku) cuma menjalankan tanggungjawab aku demi memastikan hak pelanggan aku terbela (ewah ayatttt ;)) ). Aku bukan nak anak aku dilayan bak putera raja pon. Aku tahu kemampuan aku dengan membayar RM280 sebulan sekadar cukup2 aje service yang mereka berikan tu. As long as anak aku sihat, cukup makan minum, terjaga kebersihan, ada progress development dia aku da puas hati. So far Khair Rayyan memang nampak happy duduk taska tu. Dah pandai main2, tepuk2 tangan, bye-bye, bila nyanyi dia goyang. Belom pernah la aku hantar dia dalam keadaan melalak tak suka kan pengasuh kat situ. Bila amek after opis hour pon, he seems happy :)


Masalahnya kecik je sebenarnya, aku tak ada niat nak perbesarkan pon. Masalahnya adalah cuti raya berpanjangan sehingga ke hari ini. Which means 5 oct iaitu hari ini pon cuti lagi. Telah diberitahu di notis board taska 1 week before raya. Aku da tak puas hati dah masa tu. Ada pertikaikan pada pengasuh sebab masa tu owner tak ada. Tapi, pengasuh tu pon, pekerja je. Dia mana tahu apesal owner buat macam tu kan. Tapi masalah setel sebab one of the babysits cakap dia willing nak jaga Khair Rayyan arini. So aku anggap setel la problem ni.


Respon dari pejabat urusan taska. Thanks for the immediate response. Sila click utk clearer view ok

Tetiba semalam pengasuh cakap dia tak dapat jaga. Takpe la, bukan salah dia. Ntah2 dia nak beraya lagi. However, ada sorang lagi pengasuh kat neseri tu. Jadi dengan yakin dan tanpa was wasnya aku pon hantar la Khair Rayyan ke taska pagi tadi. Sampai je kat taska tu, acik tu macam terkejut. Aku pon terkejut jugak ;)) Ate, budak dalam 6 orang kot masa tu. Gila ko acik nak jaga sorang ramai2. Dah la budak2 ramai2 berteriakan masa tu. Mana nak jaga budak, mana nak masak, mana nak bancuh susu. Mau pengsan acik tu. Taknak aku kejadian nanny pengsan berulang lagi. Huhu.


Tapi aku kuatkan hati, tinggalkan anak kat situ. Lepas tu aku beredar. Tapi aku lepak dalam 50meter dari taska. Tunggu dalam 5 minit. Tak lama pastu, tetiba ada lagi sorang parents anto anak dia 2 orang kat taska. WUAHHH, BIKIN PANAS hati aku. Ramai gila budak tp pengasuh sorang. Ahh tak bole jadi. Terus call opis gitau aku EL arini. Laju laju amek anak kat taska. Cukup la dulu sekali kejadian hitam berlaku kat Khair Rayyan. Aku tak sanggup nak hadapi lagi saat2 mencemaskan macam dulu. Sudah2lah. Jangan menyesal tak sudah nanti. Maka berkorban la aku. Cuti cuti malaysia la arini dengan anak.


Khair Rayyan jom kite g jalan  berdua nak? HUHUHU (yelah sangat)


p/s: Tak ada mood nak update pasal raya. sigh


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

4 comments:

  1. sakan bercuti yer taska..sabo jer laa..

    ReplyDelete
  2. Ishhh bleh plak camtu..raya sakan taska ek

    ReplyDelete
  3. luckily, nursery cha takde problm cuti raya ni
    dia dh buat survey siap2
    nak bukak semula bila..
    derang ni pun
    cuti lama2 apa kes..
    seminggu dah kot raya

    ReplyDelete
  4. mcm2 hal jgk ekk nk anta anak nursery...dugaan..bia laa EL..drpd tanggung risiko gn acikt tuh...takott..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha