Tuesday, September 6, 2011

hujung2 Ramadhan di Terengganu :)

Orang yang paling gembira menghabiskan sisa2 Ramadhan di Terengganu mesti lah suami aku kannn. Aku pon gembira jer. Nape pula tidak kan? Jadi ada sabtu, ahad dan isnin untuk berpuasa di bumi Tganu. By the way, lokasi rumah suami saya adalah Ajil ya, kepada yang bertanya. Hihi. Oh, Sabtu tu actually berbuka atas jalan sebab kul 7 baru masuk jalan Jabor tu. So sempat la makan tepi jalan. Mujur ada orang berjual nasi minyak kat area stesen minyak tu. Sempat lah sudu2 sorang siket. Dalam kul 9 jugak sampai rumah dan baru melantak puas2 ;))


Suasana bersahur di Trganu.


Amat meriah. Meriah dengan lauk. Honestly, aku memang lah tak tolong langsung bab2 masak berbuka apetah lagi bersahur. Kuang kuang. Sangattt menantu hantu gitu =)) Tapi bukan sengaja uols, aku tak tahu kenapa, perangai Khair Rayyan dekat2 raya sampai laaaaa lepas raya MasyaAllah 'baik'nyaaaa. Dia punya peel manja tuuu.... Fuhh, mencabar weh. Dia nak bergayutttt je dengan aku. Papa pujuk pon tak jalan weh. timing dia bermanja2 tu memang timing masa orang nak bangun sahur nak masak2 tu. Aku pon dapat sahur hujung2 je sebab nak memujuk dia dulu. Dalam 5.15 baru la muka aku terjojol kat dapur tu. Konfem2 la tak menolong kan. Tapi aku mention la, pinggan mangkuk biar aku basuh semua. Kesian la adik2 ipar aku kan. Dorang berdua dah la sama2 pregnant. Ma (mertua) aku bukan sihat pon. Kesian pulak. Memang akak ipar hampeh aku ni uhuk. Walopon dorang paham dan suh aku jaga anak je, tetap rasa tak sedap kan. Macam feeling permaisuri pulak tak buat keje. Nak mintak penampa namanya tu ;))


Note: Baru dapat berita yang one of my sis in law keguguran this morning. Now admit kat hosp selayang T__T


Gambar hiasan

Aktiviti di akhir Ramadhan adalah berehat2 aje. Ma mula masak untuk berbuka pukul 11am okeyyy?? Kelassss. So petang nanti masa berbuka tinggal nak panaskan aje. Bernas jugak cara dia tu. So petang2 memang takde apa nak buat. Maka, kami laki bini akan bersiar2 jalan2 shopping dan jugak menyerbu bazaar Ramadhan. Pecah rekod: Tahun ni, aku tak menjejakkan kaki langsung ke bazar ramadhan. Walopon pegi, tapi aku akan duduk dalam kete bersama anak jer. Kaki memang tak jejak langsung pon. Jadi merasa la kami anak beranak pegi bando (read: KT) untuk shopping last menet. Cuba cari sampin untuk anak, tapi saiz paling kecik pon dah sampai buku lali. Motip? ;)) Maka tak bersampin la anakku. Suami ku juga lalu merajuk tak pakai sampin sebab anak beliau tak ada sampin. Wahh gitu ;)) Kemudiannya turut shoping di pasaraya sakan untuk membeli baju raya segera untuk aku. Keh keh. Tapi yang saiz L (dibaca sebagai gemok) adalah banyak da sold out. Sold out means ramai la orang yang beli saiz L kan? Maksudnya bukan la aku sorang yg gemok dalam donia ni =))


Eh, orang belah Ganu memang kurang bab pasang panjut ek? (panjut = lampu pelita raya) Nak kata rumah mertua aku je tak buat, semua rumah kat kampung dia pon tak buat. Nak kata malam2 hujan, tak jugak. Ada je hari yang malamnya tak hujan. So aku berasa tak berapa feeling raya sebab tak ada acara pasang lampu pelita tu.


Bab makanan aku okey je. Well, perut tong sampah katakan. Semua aku bedal. Tapi bedal secara berpada2 lah. Sesungguhnya raya kali ni lah aku makan paling sikit tahu? Raya pertama tu, aku makan kat rumah sendiri pagi tu, dengan rumah nenek husband petangnya. Rumah lain yang in between tu aku tak makan. Minum jer. Rasa2 gitu2 jer. Soooo not me tau. Tapi bila balik Perak, aku makan macam orang kebulur. Haha. Tu pasal naik 2kg tu. Tu cara raya pertama kedua ketiga tak makan sangat. Kalo makan, naik 5kg kot =))


Tu jer la kot. Bye! Jumpa esok k...


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

1 comment:

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha