Wednesday, September 28, 2011

Nasi lemak cinta. Eh?

Assalamualaikum semuaaa...... Selamat pagi dan selamat hari rabu ye ;;)


Dah dua tahun lebih kawen rasanya ini baru kali ketiga aku masak nasi lemak. Hehee. Itu pon aku masak masa Mak ada kat umah aku sebab mak suka nasi lemak. Kesian kan? Patotla MK kurus jer kan sebab aku malas masak. Cian laki mak :-s OK takpe takpe, nanti mood masak datang I masak sedap2 k. Hikhik....


Alkisahnya, aku sangattttt jaranggggg masak nasi lemak sebabnya MK tak suka makan nasi lemak tau uols. Sebab pertama, melalui pemerhatian aku kebanyakkan orang Terengganu memang tak suka nasi lemak. Even mertua aku tak pernah masak nasi lemak pon tau. So MK tak pernah makan homemade nasi lemak.


Sebab kedua, MK buat kesimpulan nasi lemak tak sedap sebabnya yang dekat KL ni nasi lemak jual tepi2 jalan, yang jual bungkus dalam daun pisang semua tak sedap katanya. Well, ada benarnya jugak. Tapi ada je yang jual nasi lemak sedap. Dia je bernasib malang asik dapat yg tak sedap kot =))


Kesimpulannya masak sendiri kat rumah ikot kemahuan anak tekak sendiri lagi best. Tak sedap taraf hotel 5 bintang pon tak apa sebab puas hati, kan? ;;)


Nasi tak nampak plak, timun segar sejuk dari peti ais, ikan bilis rangup, sambal ikan bilis pedas pedas light dan telur tak ada mata ditabur blackpepper ;;)

Yang penting MK puji sedapppp. Dia kata lagi bleh la kita berniaga nasi lemak mesti kita untung sebab orang lain jual tak sedap. Aci tak dia cakap macam tu? Mulut tak cover langsung ;))


Kebetulan aku masak banyak dan terus bagi kat rumah kawan2. Alhamdulillah licinnnn. Aku memang suka masak banyak dan bagi kat orang lain. Huhu. Pastu orang selalu risau segan nak pulangkan tupperware kosong kat aku. I tak kesah la uols. Tak pernah nak harapkan apa2 balasan pon. Kosong pon kosong lah ape ada hal kan ;;)



Last but not least, budak baik yang behave masa mama masak kat dapur. Walaupon dekat 100x dia merangkak ke dapur check aku ade ke tidak. Heee ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

2 comments:

  1. Sedapnya nasi lemak. YES betul, kalau masak sendiri kita boleh ikut selera anak tekak sendiri. Baru selera nak makan. Kadang-kadang beli tak sedap..

    ReplyDelete
  2. hahaha..rayyan mcm iman jgk salu check mama dia btol ke dok dapur..kih kih..

    saya x pernah masak nasik lemak lg kak..huhu..x reti lah..kang saje je laki lingkup dlm tong sampah..terus sentap..wawawawa

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha