Friday, October 14, 2011

Belajar solat..

.... atau dengan lebih tepat sebenarnya 'mengacau' solat. Heehee. Biasanya, kalo time aku solat, aku akan letak Khair Rayyan dalam baby cot. Tapi, kena lah redha dengan gangguan bunyi-bunyian sebab dia akan berteriak kemarahan dikurung dalam baby cot. Dan selalunya akan meronta2 sekuat hatinya sampailah beliau dikeluarkan dari cot. Wuahh gitu. So sama ada solat itu khusyuk atau tidak, biar Allah yang menentukan. Kita tawakal jela dalam hati yek (-_-")


Nape kena letak dia dalam cot? Nape tak lepas jer? Haaaa. Kalo lepas, baru je ko nak mula solat dia dah berpaut kat kaki la, ape lah. Paling dasyat dan kelakar aku rasa, dia siap baring telentang depan ko, atas sejadah tu. Dan akan memandang tepat ke mata kot sambil tersengih2. Ko mampu nak tahan??? =))



Ni aku saje test masa papa dia da nak abes solat tu, baru je tak sampai 10 saat, udah merangkak kemain laju dari ruang tamu ke tempat papa solat. Ish ishhh.... ;;)



Ni la dia budak kpop kontroversi ni. Sayang, tak baek tau kacau papa n mama solat. Nanti awak da besar kita solat sama2 k ;;)


p/s: -- op da delete dah. sape yg sempat baca p/s ni td,
harap maap ekk.. cerita xkan disiarkan...


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

3 comments:

  1. aishh itu belom part masa sujud, dia pun menonggeng naik atas belakang kita lagi tu.

    ReplyDelete
  2. nanti jumpe ko kamis nak korek la cite iteww ;p

    ReplyDelete
  3. hehe..iman klau mama nga abah dia solat dia tgk je dgn pandangan yg pelik..konon pk ape la diorg buat tue..hihi..x pernah lg la dia kacau maybe sbb dari dia kecik dah ajar dia letak tepi kot..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha