Wednesday, October 5, 2011

The Chronology of Unknown Virus pada Khair Rayyan

1st of all, siapa yang ngeri dan geli2 tak sesuai kot baca entry ni. Sekian.



Alkisahnya pada tanggal 15 September semua ini terjadi. Minggu kedua lepas raya gitu. Jadinya, memang minggu pertama dan kedua raya je gigih jalan2. Lepas tu duk umah dendiam dan menjaga anak yang dapat sakit merah2 kulit. Alhamdulillah, aku paling lega sebab merah2 dia tak gatal. Maka dia tak menggaru sama sekali. Kalo tak, hazabbbbbbbbbbb.


Ok cite ringkas2 aje lah ye sebab puncanya pon tak tahu sebab apa. Dan dah sembuh pon. Aku legaaaaaaa sangat2. Syukurrrr....



1st time tau dia dapat merah2 ni, aku kat opis. Staff taska MMS gambo ni (masa ni duk taska lagi). Dalam MMS nampak macam gatal2 biasa kan. Macam kena gigit semut pun adekan. Jadi aku cakap kat pengasuh, dont worry, maybe kena gigit semut. (aku plak cakap kat dia dont worry kan? padahal anak aku tu. haha :D) Dalam kul 2pm macam tu, owner taska pulak call. Katanya merah2 Khair Rayyan dah merebak ke seluruh kaki dan tangan pon ada. Aku dah mula suspek HFMD. Masa owner taska call tu, dia dah ada kat klinik (kebetulan klinik berhadapan taska jer) dan doktor nak cakap dgn aku. Nebes tak nok? Sebab doktor nak tanya la detail pasal Khair Rayyan. Pehtu katanya dia nak inject antiviral. SERAM WEHHH. Aku macam takot gak bab cucuk2 ni. Dah la bukan parents yg bawak anak kan.


Macam2 la aku tanya doktor nape kena cucuk. Perlu ke cucuk etc etc etc kan. Pastu aku pon benarkan. Then aku kabo ke MK rayyan kena cucuk bla bla bla. Pehtu MK macam marah aku sebab dia risau. Dia risau la ada efek lain2 kan. Aku tak pikir pulak. Lepas dia cakap macam tu aku pulak dah moody sampai ke petang tak sabar nak balik tengok anak. Duk terngiang macam2 la dalam otak ni. Skrg ni kes kan macam2. Kalo doktor tersalah cucuk ke camne? Atau ubat tu bertindakbalas negatif dengan badan rayyan mcm mana? TAKOTNYAAAAAAAAAAAAAAA :-s



At least lepas jumpa anak petang tu, aku lega sebab dia aktif macam biasa. Makan macam biasa. Main macam biasa. Nothing suspicious la kan. Walopon merah2 dah penuh 1 badan (tapi masa ni badan tak ada lagi, baru ada kat kaki dan tangan) tapi dia macam takde pape pon. Garu2 pon tak.

Muka macam takda masalah. Relaxxx jer.
Yang peliknya kan, merah merah tu dia ON OFF. Bila sapu ubat hilanggggg. Pas 2-3jam merahhhh balik. Maka aku adalah fening okay. Masa ni Jumaat. Sempat balik kampung lagi weekend tu. Dalam masa sama aku pon berpantang makan jugak la yg gatal2 sebab takot efek dia menyusu badan kan.



Hari Selasa lepas balik dari kampung jadi plakk macam gambo kat atas ni. Nebes tak? Dah jadi macam ni, weols decide utk gilir2 cuti jer jaga anak. MK cuti rabu kamis, aku cuti jemaat. Sabtu MK keje gak kan. Wahhh gitu. Siap cite sape cuti plak ;))


Kamis macam ni...
 Jumaat plak jadi macam kat bawah ni..............

Right hand

Left hand

Right feet

Left feet
Gambar sabtu ahad dan seterusnya ke harini tak tangkap secara zoom pulak. Gamba tangan yang agak clear adalah di bawah ni. Sudah sembuh dan parut makin nipis. Alhamdulillah...


Parut2 dah kering dan mengelupas sendiri. JANGAN CABUT OK. Biar dia lerai sendiri ;;)

Sekian sahaja virus kulit misteri yang menyerang anakanda kesayangan saya ni. Walaupon misteri dengan puncanya tapi bersyukur sebab dah sembuh.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

9 comments:

  1. x sure la sbb Iman ritu merah biase je xdela jadi bintik mcm rayyan tue..kulit baby nie sensitif kekdg sbb habuk pun ye jgk..makan pun ye jgk..nmpak mcm teruk sbb bintik timbulkan..klau aku pun risau jgk yunk..

    ReplyDelete
  2. then..smpai laa ni x to ke pnyakit ape & punca nyer??

    ReplyDelete
  3. apa sebabnya??? alergy ke hape??

    ReplyDelete
  4. alamak takutnye tengok..virus apakah ini..nasib baik sembuh kan..tapi rayyan ni ada bintat ke ape ke totap encem menantu mama. eh?

    ReplyDelete
  5. macam chicken pox, tapi CP lain kot. hhuhu. memandai je aku...

    ReplyDelete
  6. anak member pernah kena jugak macam ni..tapi tak la naik sampai ke badan..dia bawak pergi specialist and diagnose allergic..doc nasihatkan jangan sampai terkena gigitan serangga even semut..sbb bila kena gigit memang akan naik semula merah macam tu..

    ReplyDelete
  7. Tengok mcm terok sgt..mesti hati xkeruan..tp cepat la pulok baiknye..sangat ajaib!oape pon syukur dah sembuh

    ReplyDelete
  8. ya allah.. mau panik tgk badan anak naik merah2 bintat2 gitu
    allergic kot ciare
    tu doktor tak bleh nak kesan apa punca dia

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha