Monday, October 17, 2011

Sebelas Bulan Satu Hari


Assalamualaikum.


Alaaa tension la arini terlupa nak bawak telepon2 I pegi opis. Sia sia je ada dua bijik telepon kan? Tapi hampehhhh. Ehmmm. Yang paling tak best, susah nak follow up anak dengan babysitter. Huhu...


Ok sebenarnya ni nak buat entry TAG. Pencipta tag ni adelah Lisa Mama Imani ;;) Alkisah tag adalah untuk menceritakan hal hal mengenai suami anda. Eh, mesti la kena cerita yang baik2. Mana buleh nak buruk-burukkan suami di khalayak ramai kannn. Dan bukan jugak nak menunjuk-nunjuk megah2 betapa hebatnya sang suami. Kang orang mengumpat, anda jugakkk dapat share tau?? ;))


Erm nak cite apa ek? Malu plak rasanya. I lost my words pulak. Apa yang aku tahu, aku agak helpless tanpa suami di sisi. Nak nak pulak dengan anak kecik tu kan, kalo la husband balik keje lambat, keje on Saturday, memang lahhh kucar kacir hidup aku. Eventho anak dah berumur sebelas bulan satu hari, aku memang tak menang tangan tanpa suami. Sebab tu lah orang kata suami isteri tu saling melengkapi bukan? ;;)


MK bukan jenis romantika de amorrr. Means, tak ada la dapat bunga rose tiap petang pas balik keje, candle light dinner tiap malam minggu, pegi honeymoon ke tepi pantai sebulan sekali... Tapi cukupla ucapan I Love You tiap hari :">


MK bukan jugak kata raya berharta yang bole bagi aku shopping RM1000 tiap bulan atau bagi credit card platinum card dan cakap "you shopping la apa saja, nanti i bayarkan". Tapi cukuplah sekadar dia ingat tangggungjawab dia terhadap keluarga. Bagi duit belanja dapur, perbelanjaan anak, dan duit nafkah bini tiap bulan. Tak banyak pon tak apa, janji ada. Kalo time dia sengkek, aku pakai duit aku dulu. Bila ada duit dia akan ganti double lagi. Malu katanya amik duit bini. Huhu....


MK jugak bukan jenis pemberi surprise. Sebab dia jenis tak dapat selindung apa2 pon dari aku. Apetah lagi nak berahsia bagai. So kalo dia feeling2 nak surprise pon, aku akan tau jugak akhirnya ;)) Dan aku jugak macam tu sebenarnya. Tak pandai la nak berahsia2 ni. Hihi.. Dan oleh kerana dia tak pandai bg surprise, akhirnya dia suruh aku sendiri je pilih sendiri adiah tu HAKHAK ;))


Tolong buat keje umah? So far dia tolong JIKA dia tak penat. But knowing him, his job...aku kadang tak sampai hati nak bagi dia tolong. Keje dia bukan melepek duk opis macam aku. Keja dia berat. Aku rasa keje mat bangla pon tak sepenat dia kot ;)) So bagi aku, kalo dia TAK tolong buat semak pon dah okay dah. At least keje umah dapat diminimumkan. Tapi, bukan senang nak men-train lelaki dewasa agar mendengar cakap kita. Kena pesan setiap masa, tiap hari. Contohnya, "you letak baju kotor kat sini ek" "baju dalam almari amek elok2 jangan bagi roboh ekk" "pinggan kotor tlg bawak ke sinki tau"...haaa gitu la serba sikit. Tapi alhamdulillah lama2 dia dah bole ikot rentak kita. Tak payah cakap banyak kali dah ;)) Tapi bila ada masa yang aku betul2 penat tak lalu buat apa, tak payah pesan pon dia akan tolong basuh pinggan, basuh/sidai baju, mop umah etc etc. Wuahh best gitu. I tak paksa okay, dia yang rela ;))


Erm lagi apa ek... Haaaa, sepanjang 2 tahun lebih jadi bini dia, dia tak penah sekali pon benarkan aku drive kat genting/karak masa balik Ganu. Macam2 helah aku cucuk tapi tak jalannnnn. Teringin jugak mak nak drive drift2 gitu. Macam best jer. HAKHAK :D


Alaaa tak dapat nak pikir dah la. Mengantuk niii.. Nak tido jap, kang nak bangun kul 5am kemas umah. Malam ni MK ade job. So aku tak dapat tinggalkan budak kecik yang merengek ni. Huhu. Sebelum chow, nah layan budak sebelas bulan satu hari ni ;;)




I nak panjangkan tag ini kepada:
  1. mama adik abang
  2. yani
Dua cukup la ek. Kalo buat reramai pon korang bukan rajen nak buat. Hehe ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

3 comments:

  1. Ala satu je gambar budak ensem?xpuas la ciare..hek hek romantik ape MK..bile dah kawen ni..die tlg kite baut keje rumah adalah paling sweet kan?

    ReplyDelete
  2. lelaki yg suke tlg isteri buat keje rumah mmg best..paling penting x kasi semak..hihi

    ReplyDelete
  3. Eh baruerasan kene tag...agaga insyallah nanti yani buat..kene tgk mood mak yong dulu..muahaha

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha