Thursday, November 10, 2011

Haru Biru

Assalamualaikum....


Sorry, di mana lagi nak mengadu nasib kalo bukan dekat blog. Kat blog, kita bleh bebel kat dia dan dia tak akan cakap apa. Blog adalah pendengar yang sangat setia ;;) Terima kasih blog.


So, where should I start? Rasanya tak tergambar dengan kata2 life aku lately. Pasal kerja tak payah tulis la ek. Hehe. Tak baek ngadu pasal kerja. Tu kan sumber rezeki. Namun, cuma agak penat. Thats all.


Balik dari beraya di Tganu aritu, kami laki bini masing2 tak sedap badan. MK satu badan sengal2. Kebas2. Simptom ape tak tahu la. Aku pon sama tapi lambat sket dapat sakit dari dia. Maka dah MC satu hari. Burukk rekod mak. Tetiba pas naik cuti ada MC pulak. Nak buat camne kan. Kalo lalu drive kete, memang aku gagahkan diri pegi site kat KL nun. Tapi nak duduk pon tersenget2. Nak jalan pon mengerekot. Camne.


Now, dugaan terbaru adalah budak kecik lagi seminggu nak setahun ni pulak tak sihat. Cirit birit muntah muntah kaedahnya. Actually since last week dia ada muntah kalo lambat burp. I thought dia nak meringankan badan bertukar ke tahun baru ke kann. Masa kat kampung pulak dia memang sihat. Siap tak berak dua hari lagi. TETAPI.............. Since petang smalam, dia mula muntah dan cirit birit. Tak terlalu banyak kali. Muntah 2x, cirbir pon 2x gak. Bila pagi tadi menjelang............. tu dia, masa aku bersiap nak pegi kerja dia dah muntah 4x. Abis la tilam, carpet, lapik kaki, selimut kena muntah bagai. Sampai umah BS dia muntah lagi. Warna muntah pon bukan putih means susu pon da abes keluar gitu. Cirbir ada dalam 2x pagi tu. Sampai tengahari tu, mak dah lost count dah bape kali muntah dan cirbir. OK tak perlu la aku tulih bape kali dah. HAHA. Pening dah nak kire. Huhu.


Last skali aku dan MK decide untuk pegi klinik panel MK jer. Aku pon dah call doktor tanya macam mana, bagaimana bla bla bla bla. So dia kata bawak jumpa dia nak tengok dulu. Actually, aku rasa kalo pegi GH kes ni mesti ditolak sebab anak aku aktif jer macam biasa. Kalo bawak g panel aku plak, aku takot la sampai warded. Wuwuwuwu tak terkenang kisah rayyan warded dulu. Nangis kot tengok anak kena cucuk sana sini. Ingat anak mak punching bag ke T_______________T


As for now, doc suruh aku monitor anak 24jam. Avoid susu. Sebab susu tu pemangkin muntah. Atau maybe dia dah tak sesuai dengan S26 ke :-? Just bagi makan macam biasa. Dan minum air masak dan jugak air garam doc bagi tu. Erm, so far, baru sekali cirbir. Muntah harap2 takde dah la. Kalo dalam 8jam dia tak muntahcirbir maka da bleh bg susu. Aduhai anak... Cepat la sihat yer sayang. Mama betul2 risau kan awak ni. Hidup kelam kabur haru biru dibuatnya. In fact, aku tak dapat fokus buat apa2 pon.


OK lah enough membebel. Selamat Malam semua. Pls pray for Khair Rayyan's speed recovery ok



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

2 comments:

  1. irfan pon baru2 ni jadi camtu gak... muntah 2 kali n cirit birit jgn tya la... smpi 15 kali kot dia berak.. g klinik pakar, mmg pon dia ckp soh elakkan susu lembu sbb it worse lagi cirit birit... sepanjang tu bagi irfan susu soya ja....huhu... n air garam mmg really work... banyak mummy yg x mo bg sbb takut anak x mo minum.. (rasa garam kn sapa nak) but mama dh try rasa, x mcm air grm pon...lebih kepada air tenaga cam 100plus tu..hope rayyan cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  2. memang klau anak x sihat kitelah paling risau..x senang duduk dibuatnye..elok lg klau kite yg x sihat at least xdela risau mcm anak x sihat..moga rayyan cepat sembuh dan moga itu hanya nak beralih ke setahun tuk meringankan badan..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha