Tuesday, November 22, 2011

Khair Rayyan 1st birthday party ~ teaser :)

Assalamualaikummmm ;;)


Wuah mak kepenatan ni. Sakit2 rasa badan ni kemas umah. Hukhuk. Tapi sakit2 pon tak apa janji majlis dah selamat pon. Berjalan dengan lancar, makanan cukup, tp kesian kat tetamu yg bersempit2 dalam umah kecik tu...dan sian kat kawan2 Khair Rayyan yang datang dalam hujan. Kang tak pepasal demam pulak kena hujan.


Banner ni i buat sendiri. Simple jer pon.

Sesungguhnya nak menjayakan majlis harijadi bukanlah sesuatu yang mudah. Ni baru besday uols. Belom anak nak kawen lagi. Hazabbb ;)) Nanti masa nak sambut menantu mama upah wedding planner jerlah. Cewahhh, banyaknyeee duit mama nak upah wedding planner bagai :D


Summary untuk majlis adalah lebih kurang begini.


Jam 1pm, tetamu sampai. Tapi nasi hujan panas kul 1.30 baru sampai hehe. Menu utama adalah nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca, jelatah. Yang ni upah caterer. Kawan MK jer pon. Sedap tak sedap tak? Aku rasa nasi dengan ayam masak merah sedap gila ok ;)) Tapi kul 7pm baru mak sempat makan. Huuhuu. Jelatah tu kakak i yg buat. Mee kari pulak order dari kenalan MK. Aku tak tau pon sape orang tu. Tau tau mee kari dah sampai rumah hari tu hihihi. Then side dish aku ada buat pasta carbonara dan puding buah cocktail. Dan paling terharu sebab pasta dengan puding paling cepat abis. Sedap keee, mak terharu ni ;))

Kul2-3 adalah timing tetamu paling ramai sampai. Dah la hujan so semua masuk umah. Kerusi kat luar pon abis kena tempias. Maka huru hara la tetamu nak mencari tempat duduk masing2. Umah dah la cenonet jer. I sgt sedih tgk uols bersempit2 masa tu. But what can I do? Cuaca tak menyebelahi kita petang tu. I thought kalo hujan pon maybe lewat kul 6-7 ke skali kul 3.30 rasanya dah hujan. Dengan petir guruh yg maha hebat T___T


Tetamu adalah ramai. Alhamdulillah rezeki Khair Rayyan ramai aunties dan uncles yg datang ;;) Paling suka sebab makanan tak membazir sebab memang cantek2 jer kuantitinya. Adalah la leftover sikit2 jer. Antara yang datang adalah geng UB (ukhwah blogger), kawan opis mak, kawan2 kelab savoc, kawan2 MK dan jiran2 ;;) MasyaAllah, terharu dengan sambutan uols. Yang datang dari jauh2 pon ade. Rasanya yang paling jauh adelah Ann dari N9. Wuahh kelas kan? And FYI, Ann adalah BFF di alam maya saya :D


Tetamu terakhir datang adelah bespren si MK plak malam tu. Mujur kuah mee kari ada lagi. So just topup mee kuning jer lah. Hihi... Tapi mee kari sangat sedapp la makkk. I likeeee. Lenkali bleh order lg ni ;;)


Erm tu la serba sedikit cerita di hari kejadian. Gambar2 tggu dari OP dulu. Nak edit2 dulu kata beliau. Next week kot baru dapat gambar. Cant wait :D



p/s: Parti buih tak jadi parti buih pon sebab HUJAN
sampai ke senja :-s


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

6 comments:

  1. next year buat lg yer ciare..heeeeeeee..

    ReplyDelete
  2. next yr wat lagi yek..lps ni dina lak hehehe

    ReplyDelete
  3. yeayy....bday party selamat da sume...legaa Mama Rayyan...

    ReplyDelete
  4. Happy Birthday to dear Khair Rayyan yg tomei.. semoga pnjg umur, sihat sentiasa dan tomei selalu... Mmuuaahhh..

    ReplyDelete
  5. ciare, sorry snagat2 xdpt attend..bnyk sngt aktiviti..smpai kl pun dh ptg, nk kene check in hotel kt KL pulak..apepun hb khair rayyan

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha