Tuesday, November 29, 2011

Preparation for 1st birthday party :')

I sebenarnya terharu sebab ada few readers yang tanya camne I buat preparation utk besday partayy budak kecik buchuk tu aritu ;)) Segan sebenarnya nak cerita sebab majlisnya tak se-gah mana. Dah la banyak program spoil di atas faktor2 tertentu especially cuaca. Tapi nak buat macam mana kan. Secantik mana pon kita mengatur rancangan, tapi Allah swt yang menentukan kejayaan rancangan kita. Kalau tak berjaya jangan pulak menangis dalam toilet tapi anggan dia sbg cabaran. Kemudian belajar dari kesilapan. InsyaAllah.... So kalo nak tau preparation, sini ada serba sikit infonya:
 
1) Menu - Makanan untuk tetamu dewasa dan tetamu si cilik. Untuk tetamu dewasa ada dua menu. Nasi hujan panas+ayam masak merah+dalca+jelatah. Yg keduanya adalah mee kari. Sedap kan dua2 menu aritu? Well sebab I order jer. Kalo masak sendiri tak tahu camna rasa ;)) Untuk tetamu kecik ada pasta carbonara. yang ni I buat sendiri. Then ada puding (i buat jugak) dengan buah tembikar. Air pulak cuma air oren dan air sirap. Air default. Tak sempat nak pikir air lain dah. Huhu. Menu disusun di luar umah sebab umah daku sempit saje T__T Dalam umah hanya untuk makan. Then meja jajan for kids saje dalam umah ~ RM400+

2) Tempat makan - Sebenarnya memang nak sewa kanopi. Tapi siapa yang pegi rumah aku haritu tau lah kenapa aku tak sewa kanopi kan? Sebab depan pagar rumah adalah curam berbukit. Kalo letak kanopi konfem tergolek semua tetamu aku. So next year, I should think alternative sbg tempat duduk guests. Kesian tgk tetamu berhimpit dalam rumah.

3) Deco2 - Alahai deco2 bodo jer pon. Just buat sendiri happy birthday banner dan belon2. As simple as abc. Yang mencabarnya untuk 1st timer adalah untuk mencari supplies for parties. Rupanya ada banyak. So tak perlu khuatir yg para2 ibu. Berlambak ade jual kat kedai toys. Maybe kita tak tahu sebab tak pernah amik tahu. Rupa2nya senang jer nak cari bahan2 party macam belon, party hat and other deco. RM80+ (termasuk printing banner)


4) Tempat makanan/hidangkan buffet -  Em untuk pasangan muda2 aku rasa memang normal tak ada bekas2 besor ni. So adalah afdal jika beli je yg baru so next time bleh recycle. Hehe. Tapi set buffet stainless steel tu mahal gila kot. Makanya mak pakai bekas2 plastic aje. Janji adooo. Haha. Mujur la menu2 utama, caterer murah hati bg pinjam bekas buffet :') Dan paling penting, time ni la untuk mengorek adiah2 kawen dulu. Hehe. After this kalo ada member kawen aku rasa macam nak bagi jer adiah bekas2 besor ni. So nanti time dorang nak wat makan2 macam ni, kan berguna ^__^ RM50+ (pinggan mangkuk cawan sudu piring polisterin)


5) Goodies bag/favor gifts untuk tetamu - Haa yang ni tak wajib. Tapi saje nak buat seronok2. Isi goodies bag pon tak ada apa yg special. Ada air kotak, kek apollo ala2 swiss roll tu dengan sumi. Huhu. Goodies bag pon ada dalam 60 saje. So yg datang awal dapat sorang satu. Yang lambat dpt la 1 jer untuk 1 family. Huhu. RM150+


6) Cake - RM100+ I amek cake secret recipe je pon. Tapi untuk printed image tu kena bagi 3 hari sebelum pickup date. Kalo lambat tak sempat siap la sebab dorang print image tu kat kilang.


7) etc - Maybe tambahan RM100+ lagi untuk benda2 lain yg kecik2.

8) Photographer - RM150. Ni pon harga kawan2 dan tak ikot charge per hour :) Siap ada print gambo beso lagi. Tapi frame beli sendiri lar ;))


So total up to RM1130. Wuahhh mantap ek??? Serius, masa tulis entry ni baru aku tahu berapa kos sebenar majlis ni. Sebelum aku ingat ratus2 jek. Rupanya cecah 1K. Bankrup makkkkkkkkkk ;)) Eh uols, ni buat entry nak menunjuk2 pulak tayang2 kos majlis ni. Aku rasa majlis aku buat ni la paling murah kot. Kalo orang lain maybe lagi banyak. Tah2 2-3K. Aku cuma buat majlis bajet jer. Tapi Alhamdulillah sebab ramai tetamu yang hadir. Terima kasih tau uols. Terima kasih jugak di atas semua hadiah2 yang best dan jugak 'duit poket' untuk yayen ;))

Jadi pada parents yg bakal buat majlis hari lahir untuk anak, bleh mula men-diy dari sekarang. Atau men-saving dari sekarang. Yang penting beringat2 laahhh. Jangan ikot napsu hehe. Aku pon mcm hampir terjerumus ikot nafsu tapi belom tersasar lagi ;)) Next year, dah tau dah la tips2nya kan. Hehe... Selamat beramal semua *tetiba ;p*


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

6 comments:

  1. xde nye show off..atleast esok klu nak buat party dah ade jgak guideline..Thanks

    ReplyDelete
  2. wahhh bess bessss

    tetibe xsaba nak wat besday party untuk haris.. wahhh

    ReplyDelete
  3. Haha, betul betul. Bila dah habis majlis baru tahu kos sebenar.

    ReplyDelete
  4. YUP2 btoi tue.. azie pun baru buat pre tuk my baby.. mjlis blum lagi mula beli itu ini dah kn bratus.. nmk sikit2 tapi mak aiii mlayang duitt =)

    ReplyDelete
  5. alamak...cecah 1k jugak ker? ku sangka kan 500++ jekk..wahh..kne kumpul 10 hinggit sheari ni...

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau nak cari party supplies leh cari kay party shop kami di reko sentral kajajg bangi sederet econsave bangi. Insyaallah srnang urisan semua ada situ.. belon helium, party pack, loot bag, costume, clown etc
    www.facebook.com/glowingpartyhouse

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha