Thursday, December 29, 2011

Khair Rayyan's 1st Birthday (2nd party)

Ayoooo, ini baru betul namanya entry pekasam HAHA ;)) Eh eh asik kisah birthday party Khair Rayyannnn aje kan? Sebenarnya party harijadi dia memang dibuat dua kali pon uols. Sekali kat rumah weols kat TPJ dan sekali lagi di Perak sebab opah-opah sedara di Perak kemain teringinnnnnnn nak berbesday party yayen jugak since yang I buat kat TPJ tu theyols tak dapat datang. Maka, tak pasal2 jadi dua siri pulak. Very the overrrr uols. Jangan nanti sampai besar dibiasakan udah le. Kang budak kecik tu ingat party besday wajib disambut 2x pulak. Tak ke naya? ;))


Majlis yang buat kat Perak pon boleh tahann meriahnya uols. Silap2 macam lebih meriah dari yang I buat kat rumah sendiri. Yang bestnya, untuk majlis ni weols cuci kaki jer. Semua opah2 sponsorssss kehkeh. Jangan tak tahu, Opah Cu yayen dapat pangkat Dato' okayyyy. So nanti agak2 yayen konfius tak nak panggil Opah ke Atuk? =)) So majlis adalah disponsor sepenuhnya oleh Dato' Opah ____ dan Opah Andak sekeluarga. Terima kasih tak terperiii okay ;;) Eh aku just ada sponsor satu jer iaitu cake!! Yeay!!!



Nama kek dia atas adalah chocolate trilogy sebab ia menggunakan 3 lapisan chocolate dan rasanya lebih sedap dari cake (secret recipe) yang aku order untuk besday party kat TPJ tu. Harga pon murah. Sedap pulak. Superb!! Aku beli kat satu kedai cake yg femes di Manjung. Tapi aku lupaaa sangat nama kedai dia. Harganya RM50 lebih mcm tu. Kalo sapa2 nak tau nanti email la. I'll try to ask my cousin apa nama kedainya ok :) Memang sangat2 puas hati dan licinnnnnnnnnnnn uols. Hihi


Mama papa lagi yang tiop lilin. Yayen wat dek jer ;))
Alaa papa yayen tak bape sehat masa ni. Rupa pon dah semacam haku nengok hihiks


Yayen with his beloved aunty, Ati

Kiri Opah Cu nina, tengah Mak Ndak, kanan tu ler Dato' ____ hehe

Depan ni Opah Lang. The rest is Aunties dan the boy is Paksu kpd Yayen.

Dannnnn...dia asik mengejor kucingggggggg je kejenya. Kucing tu pulak redha jer ;))
Itu saje, Rayyan's 1st birthday party yang kedua. Kelas kan? Aku dulu jangan kata dua kali, sekali pon tak tentu. Kau ado? =))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

4 comments:

  1. seronoknya jadi yayen ni..semua orang sayang siap celebrate birthday 2kali lagi..hiksss..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha