Friday, December 16, 2011

Rayyan is ONE (Pictures from photographer)

Before we start, mama nak ucapkan selamat ulang-bulan yang ke 13 untuk anak mama. Yayen sayang, mama doakan anak mama sentiasa sihat ceria dan cergas. Sekarang dah pandai jalan, nak berlari pon ye. So berjalanlah elok2. Mama doakan agar kedua-dua kaki yang comel itu akan terpelihara dari segala kemungkaran dan menujulah ke tempat2 yang disukai oleh Allah swt. Aminnn.....


Dan setelah hampir sebulan baru aku teringat yang aku belom lagi upload sebahagian besar gambar di Majlis Hari Jadi Khair Rayyan yang pertama bulan lepas. Pada yang rasa tak dijemput, saya nak memohon maaf sebab memang hanya menjemput selective friends. InsyaAllah kalo ada rezeki lagi nanti saya jemput semuanya. Teringin jugak nak bertentang mata dengan semua SR blog picisan ni. Walopon tak seramai mana, tapi saya tahu anda ada di sana. Eceh terjiwang plak ;))


Ok ok enough membebel. Ni hanya sebahagian kecil gamba di official photographer. Selebihnya ada di FB.


Birthday boy yang baru bangun tido terus kena bersiap dan ala2 blur tengok ramai orang. Ada dua orang awek kat belakang tapi dia buat dekkk jer HAHA.

Time ni belom berjalan lagi. Jadi perjalanan terpantas adalah merangkak huhu

Sebelum lebih ramai tetamu, meh mama suap yayen mamam dulu ek :D

With princessssss ;;)

Menantu saya :D Lupa nak bg yayen pose dgn awek dia ni.. Adehhh

Kek sebelum dimusnahkan hehe

US

1 happy family. I love you yayen. And of cos, I love u papa. Muahhhs :x

Sekian saja. Nanti ada masa cerita pasal besday party yayen kat Perak pulak hehe ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

3 comments:

  1. yayen yang comey..tp ari tu rafique tak sempat main ngan yayen pun..pasal sume kelam kabut kan..nanti kita arrange playdate yekk..

    ReplyDelete
  2. Ala yayen..rugi betul tak dpt dtg rituh..nanti2 auntie bawa kenal dg mareesa pulak ya.. :)

    ReplyDelete
  3. Hensemmmm..rugi tak dtg birthday yayen hr tu boleh la kasi kenal2 dgn danial

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha