Monday, January 31, 2011

Angin sepoi sepoi

Sejuknya. Tak payah pasang aircond pon dah sejuk. Kipas pon bukak kelajuan 2 aje. Bestnya bercuti tepi pantai macam ni kan? ~~

Ok ayat terakhir di atas hanya di dalam imaginasi only. Hehe. Tapi betul apa, cuaca nyamaaaan aje. Ops, masa aku taip ni cuaca memang nyaman sekali. Baby dah tido, boleh la mama dia layan laptop kejap. Sempat jugak menikmati hari yang indah ini dengan melayan 2 buah movie. Cerita melayu tajuk 'sayang you can dance' pastu movie korea tajuk 'my girlfrienf is an agent'-something-like-that la tajuknya. Seyes lama okey tak layan movie gini. 2 movies in a row pulak tu. Hehe ;p

Cite melayu tu ok la jugak. So so aje. Cuma tak feeling sangat perasaan cinta dia tu. Patut kena mendalam lagi hero dgn heroin dia menjiwai watak tu (cececece pandai kritik jela aku ni. HAHA). Cite korea tu pulak memang superb!! lawak hokehhh. Memanjang cerita tu aku gelak tak hengat. (sape kwn dgn aku tau la betapa besarnya gelak haku HIHI). Eh tetiba buat review movie plak. Tumpang lalu ~~

MK ada 3 buah Helicopter RC. Hmmmm, new hobby katanya. Setakat ni baru sebuah aje yang terbang. Sebuah lagi tgh repair. Sebuah lg belom start enjin pon lagi. Our new chinese neighbour yang bagi heli tu. Boleh? Dia da taknak main sebab susah nak terbang katanya. MK suka terlompat lompat la dapat heli free. Made and bought in China lagi tu. Oh! Cuma yang tak bestnya, jiran kami tu bela anjing. Bapak besar kata si MK. Cuma takat ni, anjing dia belom menyalak lagi. Mungkin hanya akan menyalak kalo ada penceroboh masuk kot. Kalo macam tu tak apa lah. Jangan dia melalak time aku nak tido, siap dia! Aku report ke......eh nak report ke mana ek? ;p

Ok sebelum entry ni kelaut, aku berenti dulu la ye. Tapi malas nak publish lagi. Aku scheduled untuk besok la ye. Adios semua!!

Saturday, January 29, 2011

Warna kegemarannya merah

Cewah. Kekecik lagi dah ada warna kegemaran eh? keeellllassssss ;p

Ok, sebenarnya kebetulan. Hukhuk. Aku pon felik. Warna feveret aku PINK, warna feveret MK lak IJAU. Akan tetapi, kenapa barang barang yang kami beli selalunya warna merah??? jawabbb jawabbb ;p

Time nak beli barang Rayyan pon tetiba banyak yang warna merah. Boleh? Huhu.

Sekadar gambar hiasan. Model free je ni ;p
Sooooooo, sekarang kena elak elak dan elak warna merah. Aku tak ada la suka merah sangat. Tapi ia nampak best pulok kekadang. Heee ;p

Friday, January 28, 2011

Hadiah untuk Rayyan

Sesungguhnya, Rayyan dapat banyak sangat adiah. Bestkan? Lahir2 je ke dunia ni terus dapat macam macam adiah. Walaupon dia tak paham apa2 pasal hadiah tu, tapi hadiah2 tu sangat memberi erti pada mak bapak dia.

Oleh itu, saya dan MK berasa sangat terharu kat uols yang da melawat baby Rayyan serta bagi adiah kat dia. Kalo tak bagi adiah pon, ada dapat duit. Macam tau tau je mama Rayyan mata duitan (abes laaaa takde sapa nak dtg nanti sbb takot mama rayyan mintak duit. HOHOHO ;p)

Adiahnya konfem lah banyak, ada berapa bijik hamper tak bukak lg. Set baju baju jgn cakap lah. Mmg aku tak ada tambah apa2 baju pon lepas Rayyan keluor ni. Sebelum bersalin aku prepare baju dia dlm 15pasang aje. Now, dah berpuluh2 helai (tak pasal papa Rayyan kena beli chest drawer utk simpan baju dia. Punyala banyak). Baju size besa sampai umur 2 tahun pon ada orang bagi. Huhu. Buat masa ni, aku hanya bukak adiah baju2 yg bersize 12 (newborn) dgn 14 aje. Sebab kang kalo tak bukak, tak sempat pulak nak pakai. Ate, budak ni cepat membeso. Selagi muat ni sarung je. Nanti da tak muat kena simpan dah (kena bli storage box lagi la jawabnya lepas ni papa oi, ade baju dah tak muat tu. huhu)

Aritu masa cucuk 2 bulan, berat Rayyan 5.1kg. Kira normal la tu aku rasa. Rayyan ni kan, sebenarnya dia kecik je tau, tapi mampat isinya. HAHA. Cuma nampak beso sbb pipi tu overshadow yang lain2. OPs! terngumpat anak sendiri plak (tetiba teringat senyuman Rayyan masa anta dia ke Babysitter tiap pagi T___T Rinduuuu)

Hadiah di atas adalah pemberian dari office ku. Hadiah yg lain2 banyak tp tak payah la letak sini ye. Nanti kang orang kata menunjuk2 pulak. Lagipon, macam la anak aku sorg dapat adiah kan? Orang lain beranak pon dpt jugak. Standard Chartered la tu. Hehe. Saje nak pamerkan adiah dari company sebab aku baruuuuuuuuu cadang nak beli tau. Dah aim dah. Tunggu bonus MK masuk pastu terus nak beli. Tetiba, company bagi pulak! Mujur tak beli lagi. Kalo sampai ada dua kan ke pembaziran :)

Sedang berusaha memasang tempat main ni. Tak de la susah sgt. Sonang ye. Masa pasang ni, Rayyan dok jeling2. Apeee lak mama dgn papa tgh buat ni ye? Katanya dalam hati ;p

Bila siap pasang semua, we all pasangkan music dia sekali, skali Rayyan menjerittt tauuuuuu. HAHAHA. Dia takot, buleh?? ;p So now I have to goyang2 the top tu manually la. Sebab kalo pasang music, dia akan otomatik bergoyang. Hukhuk. Anakku, anakku =)

Thursday, January 27, 2011

Cucuk dua bulan

Pada tanggal 21 January 2011, Rayyan telah dicucuk buat kali kedua (lupa nak cerita pasal cucuk bulan pertama. takyah la ek). Saja pegi la klinik ari Jumaat malam Sabtu. Incase kalo dia demam lepas kena cucuk, tak payah la aku cuti sebab Sabtu Ahad cuti kan. Prepare jela. Mana la tau kot kot terdemam.

Time kena cucuk tu, takda maknanya nak tangkap gambo segala, den tengah riso okayyy anak teruna nak kena cucuk. Memang aku masuk bilik doktor, tapi time dia duduk aku toleh tempat lain. Kalo aku tgk, bukan anak yg nangis tapi maknye. Maka, untuk elakkan drama swasta, baik aku toleh tempat lain T___T

Dia nangis sikit aje. Lepas je kena cucuk, doktor tu dukung n timang2 dia. Suka la dia ;) Tapi ada la berbasi basi lagi nangisnya. Emm, tapi tak susah mana. Sumbat je nenen, senyap la dia. Terus tertido ^__^

Oh, gambar di atas adalah semasa dalam pantang hari ke-10 kot. Time misi datang umah, dia kata Rayyan ada kuning sikit. So kena pegi klinik kesihatan. Kat klinik la kena cucuk kat tapak kaki ni coz misi nak amek bacaan kuning. Dia kena jaundis (kuning dlm bahasa saintifik) sikit aje, kena 6.5 tak silap. Alhamdulillah :)

Syukur la sangat2 Rayyan tak banyak masalah sama ada jaundis ke, demam ke, sesema ke... Aritu ada jugak macam lendir kahak kat tekak dia, tapi elok sendiri pastu. Riso jugak takot melarat. Pas kena cucuk sebulan dan 2 bulan so far dia tak demam. Thank you, Allah.

Aku ni dah la spesis cepat panik, kalo Rayyan demam ke selsema ke...camana laaaa agaknya. 'Rayyan kuat kan? takmo sakit2 ye sayang. Minum susu mama byk2. InsyaAllah, segala penyakit dijauhkan' Amin.






Dengan syarat, aku kena jaga pemakanan aku dulu. No ice. No food yang angin2 sejuk2. Bertahanlah!


Wednesday, January 26, 2011

Ucapan Terima Kasih


Tak sangka yea, blog tak berilmiah macam ni pon bleh ada ramai follower. Korang memang tak suka blog berilmiah ek? KAHKAH ;p Apepon, thanks la uols sebab follow blog ciare's land ni. Rasa macam 'eh, tetiba dah 400 follower'. Apepon aku memang tak penah paksa2 orang follow blog ni. Nak follow, follow lah. Tak nak follow, lantak le. Lagipon lumrah follow menfollow ni kena ikhlas. Bila suka baca baru follow kan. Aku pon follow byk jugak blog lain. Suka baca kisah orang, ada kisah lucu, teladan, nasihat, review tentang product ke....kan best tu :) Sekarang ni hobby aku follow ibu ibu yang suka review product breastpump n yang sewaktu dengannya. Pastu aku suke follow blogshop yg jual brg2 baby. Hehe ;p Standard la kan dah jadi mak gitu la kaedahnya. Okay uols, tu je. Bye!

p/s (1): Ni scheduled entry. Mungkin follower dah
bertambah time entry ni dipublishkan.


p/s(2): Thanks to Nuffnang. Sedar tak sedar mcm dah byk
pulak Earnings. Hmm, akan dicashoutkah?? Tunggu dulu la kot.
Heee ;p

ibu ibu sekalian, sila tolong cadangkan breastpump apa yang berbaloi?

Ok fine ini dilema kaum ibu. Siapa yang masih belum ibu boleh jugak baca. Tapi takot ko boring lah nanti. Huhu. Thats why I warning siap siap ni.

Dilema saya sebenarnya (eh tetiba cakap saya saya pulak ni. feeling sopan la sikit. hakhak) adalah nak beli breastpump. Yup tak dapat dinafikan breastpump murahan ni best (hehehe ;p) tapi susah sebab kerja aku ni berpindah randah ke tempat klien. Pump yg ni dia memerlukan kedua2 belah tangan. So oleh kerana tangan ada dua je, macam susah kalo nak pump di tempat awam macam Surau. Ade try tutup2 pakai shawl @ nursing cover, tp macam susah pulak terselindung sangat. (Tu belom kes menebalkan muka nak tumpang peti ais kat tempat customer/client. huuuu)

Jadi aku rasa aku perlukan pump yang baru. Ada cadangan? Medela harmony, Medela Swing, Spectra 3....lagi ade apa yg best ek? Avent Isis tu pon mcm best. Tapi tulaa, yang mahal2 tak mampu nyah. Walopon ianya pelaburan yang bagus, tapi kalo nak beli hok macam Medela freestyle tu mmg idak le. RM2+++ tu nyah. Kalo ada yang lebih murah and still bagus, why not kan? Kita kena jadi pengguna yang bijak (tetiba ;p). Jadi, ibu ibu sekalian, please drop your comment di entry ini ya. Dan sila cadangkan breastpump yang bagus dan berpatutan. Maybe budget around 300. Kalo harga lebih, kena goda MK lebih lagi. wakakakaka ;p OPS!!

Tuesday, January 25, 2011

Outing with family

Benda yang paling aku tunggu tunggu bila dah ada anak adalah family outing. Tapi kakak aku kata, bila anak dah besar dan pandai request nak beli itu ini, outing perkara paling diavoid. Especially ujung bulan masa tengah sengkek. HAHAHA. Lawak ;p Eh ciare, sekarang lawak la bagi ko, nanti anak da besar sila la rasa sendiri ye kuikui ;p

Pada umur 2 bulan 1 minggu berlaku lah outing pertama untuk Rayyan. Actually, before this bukan tak pernah outing langsung. Ada jugak pegi giant bawak dia sekali dua setakat nak pegi barang rumah. dalam 30-40 minit je. Ada skali tu okay. Tido manjang. Ada skali tu pulak, menangis. Dapat la jugak pujuk2. Tapi yang tak dapat dilupa, masa pegi Manjaku kat Bangi tu. Dia menangis baeiikkkk punya. Semua orang tgk. Malunya tapi dah anak sendiri, tebal2 kan muka. Hokhok. Solutionnya, Rayyan tggl dlm kereta dgn papa, mama shopping sorang2 dalam mode speed paling laju T__T

So kali ni, outing yang betul2 outing (sebab hampir 3 jam so baru kira outing) adalah pegi Alamanda. Yeay!! :D Lagipon masa ni, my sis dgn my mom ada skali. Kalo Rayyan meragam, ramai bleh pujuk. Hehe. On the way pegi Alamanda, elooook aje dia diam. Tapi bila sampai parking dia 'ekk ekk ekk'. Oh sudah! (impian sessi bershopping dalam otak aku dah hancur berkecai. hehe)

Masuk je dalam mall, dalam 30 minit gak nak pujuk dia. Masuk nursing room dulu bagi nenen puas2. Bila dia dah senyum tu maksudnya OK la tu. So bleh dah jalan2. Hehe. Tapi tak lama. Dapat la dalam sejam. Masuk parkson, Rayyan pon dah start pandang2 jeling2. 'Wuaaaaaaaaaaaaa' sekuat kuatnya. Hehe. Sure dia tak seronok sebab boringgg. Siannn anak mama.

Bila dah meraung tu, jangan harap la nak duduk dalam stroller dah. Terpaksa laaa aku dukung dia. Dgn orang lain dia taknak pulak! (kurus la haku ;p ate, orang lain tak gebu macam mama dia. ambek ko ciareeee ;p) Dalam 30 minit jugak berdukung. Pastu curi2 masuk bilik fitting room utk nenen kan dia. Mujurrrrr laaa dia terlena. Hukhuk. Patah tangan mak ;p Dah tido nyenyak bleh la masuk stroller.

Muahhh kat Rayyan. I love you sayang!!
Pas dia tido, baru bleh pegi makaaaan. Heehee. Sempat la jugak weols abeskan makanan, dia pon terjaga. Mujur jaga sambil senyum. Kalo terjaga sambil nangis tu yang susah nak pujuk tu ;p

Aksi di atas adalah bermaksud, dia sedang bersembang dgn kipas yang aku sangkutkan kan stroller tu. Ni kira good mood la ni bleh borak dgn kipas ;p HAHAHA. Ops, sila abaikan peha kaki gajah mama Rayyan tu. Wuu wuu wuu. Nangesss T____T

Oleh kerana sedih tgk peha sendiri, entry habis secara tiba2. bye!

p/s: lupa nak inform uols, entry yg publish
pagi2 mcm ni adalah scheduled entry yaaa.
saje bgtau kot kot ada yg ingat aku mengulor pulak!
i pekerja berdedikasi tau. hikhik.
location: currently at Putrajaya :)

Monday, January 24, 2011

Majlis Akikah

Ok mari meninjau sekitar majlis akikah Rayyan pula. Actually majlis ni telah ditaja oleh Pakciknya MK. Syukur. Tapi dia sponsor 1 bahagian saja. 1 bahagian lagi InsyaAllah ibu mertua ku pulak yang anjurkan di Trgnu. 2 bahagian untuk lelaki. KAN?

Budak yang diraikan. Tapi, bukan dia sorg yang diraikan tau. Ada lagi 5 bayi lain turut menyertai akikah ni. Pemurah betul pakcik tu. Asalnya nak buat akikah cucu dia. Tapi, kami yang sedara jauh bau bau bacang ni pon dijemput skali :) Moga murah rezeki dia. Rayyan nanti da besar dgr cakap atok ye. hikhik

Ada dua bijik buaian untuk majlis berendoi. Walopon Rayyan dah naik buai, kali ni dia naik jugak. Apa ada hal naik buai banyak kali. Tak haram sama sekali. Hehe. Maka, 2 bijik buai ni dipakai bergilir2 la antara 6 bayi yang menyertainya.

Rayyan's turn. Alololorh pantang masuk buaian lena je dia. Cuma design buai ni lain macam lepas tu Rayyan pelik dan menjerit. KAHKAH ;p

Mama nak entepreemmm jugak. Rayyan asyik overshadow mama je. INI TAK ADIL. HAHAHA =D

MK

MAMA & RAYYAN. Termenung apa tu sayang? =)

Inilah 6 bayi tersebut. Kesemuanya lelaki. Alhamdulillah, bertambah warga Adam :) Position Rayyan adalah 4 dari kiri. Takkan tak nampak kan? Punya la beso anak aku! Hehe. Padahal umur dia la yang terkecik di situ. Tapi sehatttt ;p

Bayi bayi bersama mama masing masing ^___^ sweet sangat gamba ni. Hehe. Tak sempat nak tangkap gambar bertiga dgn papanya si Rayyan sebab si cikonet ni meragam. Aduhaiii. Kepanasan agaknya ramai sgt org.

Sekian saja dari bilik berita ;)

New look

Selamat pagi semua :)

Ehem ehem. blog ni dah ada header baru. Rasanya last skali blog ni ada header adalah pada bulan April tahun lepas. Sepanjang hampir 10 bulan tu, blog tiada header dan togel. Hehe. Tapi kekadang rasa tenang jugak blog tanpa header. Hihi

Tapi kan, tetiba mau ada header. Hokhok. Gedix di situ ;p Anyway, aku adalah tak rajen okaaaay nak buat header sendiri. Padahal budak IT, pakar software (KONON) tapiiiiiiiiiiiiiii saya malas ya amaaattt. Laptop pulak baru lepas kena format dan tak install Adobe Photoshop lagi. Maka berganda2 la malasnya.

Solution saya: contact myra mintak dia buatkan header untuk blog ni. Heh. 'Rajin' kan saya?? Weeheeee ;p Anda mau header blog yg cantik pada harga yg murah? Sila lah contact myra di sini :)

Friday, January 21, 2011

Video - Rayyan main dgn toy dia. Hihi

Hye auntie auntie sekalian. Heehee tak pasal pasal korang jadik auntie ek. Sila jangan suruh Rayyan panggil korang Kakak okayyy ;p Terimalah kenyataan status korang dah diupgrade menjadik auntie. Heh ;p

Mula mula kita perkenalkan dulu ahli korum yang terlibat ;p

Pemain: Rayyan
Toy: Moomoo
Videographer: Mama

video
Aku jenuh tahan gelak sebenarnya masa ni ;p Hehe. Sebab kalo aku gelak atau mengeluarkan suara nanti dia tak fokus kat mainan dia. Huhu

Hehehe. Dia da pandai mengagah dah sekarang. Ade la bunyi bunyi baru. Rasa excited untuk bangun tiap pagi untuk tengok perkembangan terbaru dia. Tu yang rasa beraaaaat hari nak pegi kerja. I wish I'm a fulltime housewife T___T (which is impossible buat masa ini T_T )

Panjang video ni lebih kurang 1 minit 40 saat. Tapi dia macam enjoy 1 minit aje. 40 saat lagi da bosan. Hehe. Hmm pasni buleh la buat entry perkembangan Rayyan tiap bulan. Masa video ni direcord adalah sewaktu dia 2 bulan 4 hari. Nanti kang da 3 bulan aku letak lagi video dia ye :D

Selamat bekerja! Pada sape yang sambung cuti, hep hep! ;p

Wednesday, January 19, 2011

Untuk anakanda tersayang :')

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dah 3 hari kerja dan aku masih melakukan aktiviti normal orang lepas beranak. Mengepam mengepam mengepam. Kat opis ni la aku mula mengepam. Kat umah serius macam tak buleh nak pam sebabnya si Rayyan dah tolong pam. Dia lah pam terbaik dalam duniaku. Heee ;p

Dulukan, sebenarnya (neves nak gtau takot ada orang terasa) aku macam geli tau nak baca entry kisah kisah para ibu mengepam dalam blog. Heee. Bukan geli macam geli kat cacing tu. Tapi geli sebab ianya macam kisah privacy sebab....yelah....kan ianya macam sedikit senset kan ;p

Tapi sekarang, baru ku tahu ianya sebuah cerita yang membanggakan. Bangga kembang kuncup padahal hasil seciput aja ;p But, bukan la bangga yang tahap nak jaja satu opis, satu bangunan, satu kawasan taman perumahan ke apa. Cuma bangga dalam hati ada taman jela (hearts!)

Alat wajib yang diperlukan adalah sebuah pam. Actually aku dah beli Medela. Tapi macam tak feel la pakai dia (bukan nak kondem cuma maybe not suit for me). Dan hasilnya sangat tidak memberangsangkan. My sis ada cakap 'try beli pam simple je. aku dulu pakai yg belas2 ringgit je tp hasil mantap'. So aku pegi la cari pam yg sempoi dan murah. Aku pilih pam pureen yang boleh picit2 tombol dia ni. Nampak murahan (mmg murah pon) tapi Alhamdulillah, puas hati. Kalo hasil mantap mencurah2 nanti ada rezeki bleh beli pam letrik yg canggih sket. Aritu takot nak beli yang mahal awal2 takot la pulak susu tak memberangsangkan kee....

Hasil hari kedua. Aku dapat 2x pam ke semalam sebab masa suntuk. Plus, aku pakai bilik meeting. Segan la nak pakai bilik meeting lama2. Nanti ada orang nak pakai bilik tu, segan mak. Hasil semalam 110ml. Sekali nyonyot aje, anak aku abeskan. Hehe, anak mama, anak mama..... (rindu kat Rayyan T________T )

So pagi tadi kul 10 aku dah start session yang pertama. Sambil lihat muka anak dlm phone. Oh rindunyaaaaaaaaaaaaa tak terperi!!

Sekali dpt 3oz uolsssss!! Trus mms gamba di atas pada MK. Lepas tu dia reply 'wuah banyaknyaaaa. nanti boleh papa makan dgn coco crunch. hehe'

Errr adakah senset ayat di atas?? hakhak.. MK gurau jelaaaa uols ;) Dia mmg macam tu heeheee. Apepon maybe pagi ni dapat hasil banyak sebab malam tadi Rayyan bangun sekali je dari kul12am sampai 6am. So bagi dia susu sekali aje. Pastu dia tido nyenyaakkkk sangat. Tak sampai hati nak gerak. Bila angkat nak pegi rumah BS pon dia tido lg. Hehe ;)

Ok sekian saja laporan saya. bye!!

Nian di hati

Sesekali buat tajuk entry macam tajuk lagu best jugak ye. Perhatian: aku peminat siti nurhaliza ye. Tapi bukan peminat extreme. Adore her voice, masya Allah. Nak request siti nyanyi lagu nasyid ala2 Maher Zain buleh?? ;p

Owh talking about Maher Zain. I got 2 free tix to his concert somewhere in Feb. 26th Feb rasanya. Kan? Company aku memang suka buat2 aktiviti begini. Aritu ada aktiviti tgk wayang beramai2 kat The Garden sebelah midvalley tu. Tapi aku plak sibuk menghitung hari nak beranak masa tu. Now, sudah beranak pon. hihi ;p Ni dapat tix FOC pulak. Nak pegiiii nak pegiiiiiiiiiiiii!!

Bleh je nak bawak Rayyan sebab dia kecik lg so tak perlukan seat. 2 seat untuk bertiga sudah cukup. BUT, boleh ke dia? Takut dia meragam jela sbb waktu tidor terganggukan. Malam pulak tu. Kalo mak aku tau mati hidup semula tak bagi Rayyan kuar malam2. Hehe, mak, mak :)

Ok lately, aku rasa blog ni macam dah bukan ciare's land tapi jadi RAYYAN's LAND buleh? hehe. Ate, semua entry pon pasal dia, gamba dia... Hello rayyan, kamu telah overshadow mama di sini OK? ;p

Apa nak merepek lg ek. Oh ya! Khamis cuti eh? hmm, bagus bagus. Korg sudah ada plan nak buat apa Kamis nanti? Well, as long as menjauhi Batu Caves its all right rasanya. Heh. Aku juga sudah ada plan. Mau duduk di rumah saja. Hehe. Ate, to many things to do maa. Plus, cuti cuti gini la nak rehat sikit.

Ok friends, selamat bekerja!!

Tuesday, January 18, 2011

Majlis Naik Buaian & Cukur Jambul

Assalamualaikum semua. Setelah lama menjanjikan entry naik buai, cukur jambul akhirnya tercapai jugak nak buat entry. Laptop da sihat so bleh transfer gambo and resize gambo. Kalo nak upload saiz sebenar alamatnye berat laa nak loading bila masuk belog ni.

Maka, sila layan gambar. Tak tau nak taip apa sangat.

Sebelum majlis bermula. Awal gila Rayyan mandi masa tu. Kul 8 pg. Bese mandi kul 9.30am. Sian dia sejuk terketar ketar. Mujur tak meragam tau. Hehe. Ops, baju kami memang tak ikot tema. Cadang nak buat tema White and Blue tapi tetiba jadi tema RAINBOW =D

Goodies untuk team marhaban dan tetamu. Masa beli bunga telur dan barang2 lain ni, rasa feeling nak kawen lagi pulak. Ingatkan masa kawen je last skali beli menda ni. Rupanya dpt anak pon kena beli lg. I likeee ;)

Haa ini la isi kat dalam goodiesbag ni. Bunga telur, gula2 dalam plastik tu, biskut jajan dan jelly kelapa :)

Ni aksi kegemaran Rayyan bila bersama papa dia. Bleh tido lena bila ditatang mcm ni. Sebijik mcm kata pepatah, seperti menatang minyak yg penuh. ehhh mcm ni ke pepatah tu?? lain macam jek!

Cukur jambul timeeee. Heeeheee. Masa ni memang betul2 potong jambul je. Pusing2 kat team Marhaban tu pastu dorg potong selai sorang. Hehe. Siap kena renjis renjis dipilis pulak tu. Ingatkan time kawen je ada session ni. HAHA.


Naik buai buat pertama kalinya. Kan da cakap tema rainbow?? ;) Haih opah ngah nye pon main decorate aje. At least tanya la aku nak wat tema apa dulu. Huk huk ;p

Abes anak I kena tabur macam macam. Tapi dia relaaaaxxx je tido. Haha.

Rayyan mengenangkan nasibnya. Langit yang disangka panas ke petang rupanya hujan di tengahari. KENAPA???

Selamat tinggal rambut spike anak mama T_____________T

Alamak dia sudah jaga!! Semua orang suspen masa ni ;)

 Tu dia!! punya kuat jerit sampai makcik tukang potong rambut tu takot. hahaha. Ngamuk sampai kena bukak baju tinggal diapers je. HAHAHA

Akhirnya. Inilah hasilnya. Anak mama botak sudah.

Aktiviti mengepam di opis...

Assalamualaikum :)

Sudah masuk hari kedua bekerja. Hoih arini bangun lambat I tell you. Bukan la lambat sebab bangun tido lambat. Tapi bangun lambat dari katil sebabnya melayan keperluan asas si Rayyan. Iaitu keperluan perutnya. Hihi.

Alhamdulillah. Rayyan dah tak ada berjaga malam2 sangat. Jadual dia dalam 2-3 hari ni dah lain sikit. Selalunya pas mandi petang dia tido. So, masa amik kat babysitter dia tengah sedap la tido. Then, sambung tido kat umah sampai maghrib mcm tu. Feed him. Of course direct BF sentiasa masa kat umah :) Malamnya dia tido kejap kejap. 30 minit tido, 30 minit bangun. Kul 12, tuka diapers dia. Slalunya dia tido nyenyak je time ni. Pastu dia tido balik sampaaaaiii la pukul 6am mcm tu.

Subuh tadi dia terjaga kul 5.50am. Bagi direct BF. Dekat 20 minit jugak. Ate dia pon isap sambil mamai mamai. Kejap isap, kejap terlelap. Hehe. Pastu dengan aku terlelap skali. Kul 6.30am dia terjaga lagi, so bagi lagi.... Sedar sedar dah pukul 7.10am macam tu. MK dah siap. Katanya kesian nak gerak aku (sebenarnya dia lagi kesian kat anak dia yg tgh menyusu tu. Hehe). Kesimpulannya hari kedua ni papanya yang hantar Rayyan pegi rumah Ibu :)

Eh cerita melalut sudah. Sebenarnya nak story pasal aktiviti mengepam hasil tenusu di opis semalam. Hehe. Aku pam 2x session je. Orang kata better 3x session. Tapi nak buat cemana. Pekerja swasta mcm aku ni kerja tak boleh sambil lewa. Tetiba ada discussion la, tetiba client call ke...haa kan susah. So kena curi masa secara berkualiti. 1st session pukul 12pm. Hasil 2oz. 2nd session pukul 4.30pm. Hasil another 2oz. Total 4oz.

Not bad actually sebab aku pakai breastpump yang basic gile. Brand pureen harga RM15. Before this ada beli Medela harmony tu. Tapi hasilnya ya ampunnnnnnn, susah gila kottt nak dapat. Naik giveup dibuatnya. Tapi bila pakai pump Rm15 ni puas hati aku. Hehe. Hopefully hasil tenusu untuk Rayyan makin bertambah hari demi hari :)

Oh lupa nak mengabadikan gambar2 hasil pump di opis yang pertama. Tak pe harini aku nak snap snap picture ;p

Monday, January 17, 2011

Susu cair?? whyyyyyyy oh whyyyyyyy??

Yeay today is my first day at my workplace =D (buat buat seronok. memujuk hati jgn sedih. hakhak). Dan sudah diassign project di Putrajaya. Cik Balkis, I nak lunch date dgn you nanti. hehe ;p

Anyway berkenaan tajuk di atas. Harini nak tak nak kena gigih mengepam hasil tenusu untuk si Rayyan tersayang ^___^ rindunyaaa kalo sebut nama Rayyan.

Rayyan

Rayyan


Rayyan



Rayyan mama rinduuuuu T___________T

(bergenang air mata)


dia geram dgn kipas dia. hehe



Oh aku nak ckp apa tadi? oh ya, aku rasa kan, susu badan aku caiiiiiirrrrrrrr sgt la. kalo tgk kat blog lain, susu dia putih. Syokkk je tgk. Tapi susu aku?? Cair tau. Adakah susu cair kurang zat? Apa yang perlu aku buat? Kena buat eksperimen ke susu ni sihat ke tak sihat? WuuuWuuu

Help me, Please!!
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha