Monday, February 28, 2011

Buat apa tu sayang? =)

Okay fine. Sekarang aku nak mengesahkan bahawa Ciare's Land telah menjadi Khair Rayyan's property. Hokhok. Serius, tak ada cerita lain dah mau cerita. Nak buat resepi, dah lama pulak nak wat menu best best. Huhu.

Pada satu hari, aku solat maghrib. Masa aku solat tu letak la Khair Rayyan atas katil. Masa aku solat pon dia relaxxxxx je diam diam. Eh baiknyaaa anak mama. Pas solat cpt2 tgk dia... Eh, anak mama buat apa tu ya? :)

OOOO dia isap jari rupanya ;) Kalo nak ikotkan ini la betul2 dia isap jari dia. Sebelum ni pon, dia akan isap jari dgn tak sengaja. But now, dia dah pandai mengkoordinasikan jari jari comel dia dia mulut comel dia (semua pon comel ;p). Plus, aku tak pernah bagi puting nyonyot tu kat dia. Memang tak penah ada pon pacifier tu. So, bila dia isap jari ni, aku excited sgt. New achievement! Good job my son :D

Bila zoom lagi....dia wat dekkk je. Dan masih enjoying moment2 menghisap jari. Hehe. Khair Rayyan, mama sayang awak tau :D Tak kira macam mana pon pencapaian anak mama ni, mama always support u :) Yelah, orang2 di luar sana suka nak bandingkan pencapaian baby2. Its not healthy la uols. Sebab each baby dia punya development lain2.

Oh, Khair Rayyan dah boleh meniarap ya! At 3 months and 2 weeks. Tapi dia tak pandai nak angkat dada & kepala dia lagi. A bit lemas la jugak. So kena pantau selalu ;)

Friday, February 25, 2011

OST Nur Kasih


Heee tak sabarnya nak tgk Nurkasih versi movie ni. I likeeee =D Kononnya bulan 5 nanti akan kuar kat pawagan. Yeah!! Nak bawak Khair Rayyan g tgk wyg lah. Muehehe ;)

IKEA lagi =D

Muehehehe. Gila tak gila. Kami pegi IKEA lg. Ate, MK tak puas hati almari dia nak tu da abes stock. So nak pegi ulang la kot kot dah ada setok. Aku on je, macam tenang je pegi cuci mata kat IKEA walopon orangnya ramai. layannnnn ;)

Khair Rayyan with Mama :) Wuaaa best gamba ni, bleh letak sebagai profile kat FB. HAHAHA. Ate, sebelum ni susah nak tangkap gambo camwhore gini sebab Khair Rayyan tak pandai lagi camwhore berduet. Hehe

Khair Rayyan with Papa MK :) Hehe. Tapi apesal Khair Rayyan wat muka terkujat tu? Hokhok. Saboooo jela ;)

Dan akhirnya, aku berjaya makan meatball di IKEA. Rasa dia? BOLE LA. Aku dah imagine rasa dia sedap gila sebab semua pegi pon cakap sedap gila. BOLE LA. Sedap jugak tapi tak la gila. HOHO. Just nice gitu sbb dia tak berapa panas. Sooojuk pulak.

Budak ni pon dah makin pandai duduk dgn sendirinya atas stroller. Dah makin kurang ragamnya. Senang la mama da shopping pasni. Muahahaha :D

Thursday, February 24, 2011

dd & keri, Ch'u-k'a-dŭ-rim-ni-da!

Ch'u-k'a-dŭ-rim-ni-da!!! Wuah aku dah gila balik tgk muvi/drama korean ni ;p Cewah tetiba ada special dedicated entry gitu :) Dd, ko tau tak? berita happy ko ni telah membuatkan aku berbunga2 lalu mengproducekan 4.5oz EBM per session. Pakai shotfom jela ek. Sape tak tau sila google ;)

Dd, ko kena tau EBM tu apa ;)) Muehehehe. Nanti lepas 9 bulan ko kena praktikkan EBM tu demi baby kesayangan. Cewah :D

My Little Khair Rayyan. I miss youuuuuuu
Di bawah adalah senarai anak anak puteri 7 :)
2009: Anak Ja (Adam)
2010: Anak saya (Khair Rayyan)
2011: Anak ateh (Kembo) & Anak dd :)

InsyaAllah, mari kita doakan yang terbaik untuk Ateh & Dd. Ateh, ko tak lama lagi je kan? Wuaaa merasa jugak aku anak sedara kembo :D Dd, kamu tu masih baru lagi. So, sila la jaga elok2 ye. Keri, sila jaga Dd & lil sugar bun elok2 ya :D

Dan mari kita doakan agar Hana & Lina pula cepat2 dapat rezeki tak ternilai ini. Aminnnnnn.

Wednesday, February 23, 2011

Pegi taman, makan2 & minikonsert

Assalamualaikummmm. I'm back!! =D Cewah, padahal takda sapa pon perasan aku tak ada di alam maya semalam. Ate, mujur scheduled entry berjalan macam biasa. Well....;p

Actually aku EL smalam. Ate, anak tak sihat. But Alhamdulillah, my little Khair Rayyan sudah beransur sihat :') Sukaaa sangat. Harini pon masa nak anta ke umah BS dia senyum2 aje. Amboiiiii, ni mama rasa nak cuti lagi ni sebab nak mengadap muka anak teruna sorg ni ;p

Ok ni nak cerita kisah last week. Panjang jugak perjalanan kami. Petang tu kami pegi taman Bukit Jalil. Geng suami main Heli. Geng isteri duduk2 atas tikar berborak2 sambil mengulit anak :) Tapi, lupaaaa pulak nak tangkap gambo kali pertama Khair Rayyan pegi park. Wuuwuuwuu. Apa la mama ni. Patotnya blogger tegar kena tangkap gambo la kan ;p

Malamnya pulak kami kuar makan2. Daddy si Hafiy Haziq mengidamkan satay. Huhu. Eh ni daddy ke mummy yang ngidam neh? Heh. So kami decide pegi makan satay dekat area Istana Budaya (IB). Tak tau pulak aku ada kedai satay sedap sebelah IB ni. Mantap ohh satay daging dia. Mabelessss :D

Azib with Mummy :)
Lepas makan2 kami pegi menjenguk minikonsert kat IB plak. Ada 3 artis tak silap. Mohamad juara mentor musim lepas, Ezleen si genit yang cantek dan penyanyi kumpulan Umbrella tak silap. Yang ni aku tak kenai ;p

Khair Rayyan with Mama :')
And last but not least, Hafiy Haziq yang menten tidooooo aje start dari makan sampai abes konsert. Terror betul lah. Khair Rayyan tak tido, tapi mujur tak meragam. Suka ya jalan2? :)

Tuesday, February 22, 2011

Lunch with Makyong ;)

Pada suati tengahari yang cantik cuacanya, aku telah mengajak ciklongan kita ni kuar lunch. Since aku pegi customer site kat Putrajaya so boleh la jumpa dia. Plus, dia ni makyong yang sedang menunggu hari nak beranak. Heeheee. I likeee talking story mory about pregnancy. Sweet memory oh :)

mine. baked-fish-something-with-melting-mozarella-on-top ^___^ sangat menggemukkan ini menu but i likeee. Muahaha :D But the fish is veryyyy the juicy. Yumsssss

Hers. Something-chicken-margiana-blablabla. Pfhhh susah gile kottt nak sebot. Hakhak


And this is her. Noona Ciklongan. Cewah ada noona plak. Feeling feeling cakap korea. Pehhh, macam la terror beno. kihkih ;p

Apepon, masa entry ni dipublishkan hopefully ciklongan kita ni dah selamat la melahirkan. InsyaAllah ^_^

Monday, February 21, 2011

Testing from word document

Try test dulu ekkkkkk

Dah lama tak pegi ikea.....................

..........last skali pegi sebelum kawen masa nak beli barang2 nak masuk umah. Huhu. Sangat lama okek. Sila lah percaya. Dan masa sebelum kawen tu adalah KALI PERTAMA aku menjejakkan kaki ke Ikea. Sebab sebelum tu macam tak ada keperluan nak pegi sana. Ngehh ;p

Eh ini cerita minggu lepas ni. Ahad sebelum Maulidur Rasul tu. Ada sapa2 terserempak dgn I tak kat sana? (feeling feeling glamour mcm artis. kehkeh ;p)

On the way to ikea. Mama ajar Khair Rayyan camwhore. Muahaha :D
Alhamdulillah masa jalan jalan usha barang tu mood dia okay je. Cuma kena pandai la tekel mood dia. Bila tgk dia dah macam boring kebuntuan dalam stroller, kena la dukung dia kejap. Bila dah boring kena dukung, letak dalam stroller balik and so on :)

A bit cranky la juga sebab lapar. Nursing room pulak ada 2 bijik aje. Tak tau la kot ada pot lain. Tapi yang sekitar food court and surau tu ada 2 bijik je bilik baby care. Kena la beratur, amek turn. Masa dalam bilik tu pon cepat2 tukar pempes and susukan dia. Kesian pulak ibu ibu lain bersama bayi yg kecik kecik menunggu kat luar. See? Aku sangat prihatin sekarang. Because I'm exactly in their shoes. Hmm :)

Papa MK tgh test kerusi ni. Padahal letih berjalan. Cewah, nak beli konon ;p

Amboi tak sudah sudah lagi test kerusi ke?? ;p
Adalah beli barang sikit. Sikit sikit pon jenuh gak nak bayo. Hahaha. Tapi betul, masa amek barang aku rasa macam sikit aje. Bila tengok resit, aik? apesal panjang resit ni. Muahahaha :D

Saturday, February 19, 2011

Sabtu yang................

............SURAM MURAM.....

Walaupon cuaca cantik dan sangat sesuai membuat laundry 2-3round...........tapi..............




Mood dalam hati ni tak cantik...





Sebab anak sakit. Walaupon dah pulih dari demam dan selsema (praised to Allah) tapi bila dengar nafas dia berbunyi dek kahak tu rasa macam nak nangis je T_________T

Ni pic before mandi td. nampak lesu aje kan :((
Jadi apa petua nak hilangkan kahak tu? Aku rasa solutionnya macam kena ke doc and suruh dia cairkan kahak jela kan? Batuknya dah hilang tapi risau dia tersedak kahak tu. Ate, baby mana reti nak tuihhhhh kahak tu. Telan ade la kot :((

Selsema da kering tapi kadang kadang ada terbersin. Apa maksudnya? Kalo by tomorrow tak OK lagi, kena pergi jumpa paed la ni. Kalo g klinik bese dorang main bagi je ubat kan. G pakar jelah. Better prevent sebelum jadi lebih serius. Annur and Azzahra tu ada pakar paed kan? Mana ok? Annur ke Azzahra ek?




- Mama ciare yang susah hati T__________T -

Friday, February 18, 2011

Dia tak sihat :'(

Betapa susahnya hati, betapa resahnya jiwa, betapa tak senang duduknya aku ni...... Bila my little son tak sihat. Demam, selsema dan batuk. 3 serangkai. Oh, aku sedang melalui fasa mencabar ini. Tak senang rupanya. Dulu bila tengok anak orang sakit dalam hati berkata 'apa susah, pegi la jumpa doc'

Now bila dah rasa sendiri baru la tau apa perasaan mak mak yang resah gundah gulana malam tak tido lena sebab asik terjaga. Bukan terjaga sebab anak meragam ke apa, tapi terjaga kerana secara otomatiknya terjaga untuk melihat situasi anak. Sangat magik aku rasa.

Papa tidokan Khair Rayyan, dengan papanye skali zZZzzzZzZ ;p
Dah pegi klinik. Dapat la berjenis jenis ubat sampai aku confuse apesal la banyak beno ubat doc kasi. Bila google google and tanya orang yang berpengalaman mereka kata baby tak boleh makan ubat. Oh sudah! Lagi la aku susah hati.

So sekarang ni, usaha aku adalah meng-breastfeed Khair Rayyan sebanyak mungkin. Kerana itu la sebaik baik ubat untuk bayi. Tapi aku kena jaga makan la, tak bleh makan yang sejuk2. Boleh tu boleh tapi berpada pada lah dan ingat laaa wajah kesayangan anak tuh. Huhu.

Pada MK pulak aku berikan tugas untuk menyapu vicks (for children warna pink tu) pada Khair Rayyan pada waktu malam. Means, bila terjaga kena sapu kat dia. Sambil tu aku BF si kecik tu. Hmm, apa yang penting? KERJASAMA =)

ops senset sket tawww ;p
Alhamdulillah by the time aku taip entry ni, demam Khair Rayyan dah kebah. Tinggallah selsema dan batuk. Kesian, tapi kena kuatkan hati. Bila pagi pagi nampak anak terbatuk atau tersedak kahak atau melelehkan hingus, 80% hati memberontak tak mau pergi kerja. Ya Allah beratnyaaaa rasa nak lepaskan anak pada babysitter. Bukan tak percayakan babysitter, at least kalau aku jaga dia, 100% perhatian aku berikan. Kalo kat rumah BS mesti la dia tak dapat nak tengok anak kitaaaa je kan.

Tu lah, sekarang ni kena kumpulkan semangat. Tak bleh lemah lemah. Tapi dalam kuatkan semangat tu, ade lah sejam sekali aku call/sms BS. Huhu.

Khair Rayyan, cepat sembuh ya! :)

Thursday, February 17, 2011

Kenduri kendarat :D

Oh sekarang dah bleh gebang gebang pegi kenduri! =D Nampaknya Khair Rayyan dah bleh dibawak ke kenduri and mall. YEAYYY. Ragam pon dah kurang dan boleh pujuk dah. Sebelum ni kalo nangis, susah gile ok nak pujuk. Now maybe dia pon dah cerdik sebab tu dah bleh pujuk pujuk. Kadang tu, pujuk sikit pon dah bleh sengih lebih. HAHA

Hari Ahad lepas, kami testing pegi kenduri pertama untuk Khair Rayyan. Iaitu Majlis hari jadi dan Doa Selamat. Meriah uols majlisnya. Tapi tak sempat nak camwhore dgn Tuan Rumah dan juga kawan kawan sebab sibuk melayan anak youuuu. Hehe ;p Masa aku dengan MK makan, Tuan rumah dan sedara mara dia yang tlg pegang Khair Rayyan. TQ :D

Team anak dgn bapak = MERAH. Aku sorang je konsep pink purple gitu ;) Heh. Haih tahun 2011 ni raya nak warna tema apa ek? EEEE cant wait beraya dengan my lil Khair Rayyan. And of kos bapaknya skali. How dare you lupa suami ;p Biasa tu, hep!

Time ni weols lepak kat ruang luar umah aje. Open air gitu. Khair Rayyan pon sampai terlentok lentok tido. Terima kasih Kak Gee. Food was great! Siap ade goodies :)

Balik dari kenduri, weols direct terus ke IKEA. Malangnya, baru nak mulakan perjalanan....


.....



....




....



Skali hujan daa. Hukhuk. So pospon g IKEA pada hari Selasa :)

p/s: Pasni bleh la susun jadual pegi majlis
orang kawen. Tak pon susun jadual nak pegi
mall. Shopping!! ;)

Wednesday, February 16, 2011

Jalan jalan @ Timesquare

Good day everyone. Eh. Assalamualaikum :)

So apa aktiviti uols weekend aritu. Weekend aku agak panjang since Isnin telah on leave. 4 hari namun............terasa macam Sabtu Ahad je. Sedar sedar, dah 4 hari. Hmmppp... Rasa macam nak campak aje jam. Atau, rasa malas nak tengok jam. Hehe

Sabtu, as always; duduk di rumah saja since MK kerja. Aku tengok Khair Rayyan and Khair Rayyan tengok aku. Eh, sangat lomentikk maaa ;p HAHA. Menghabiskan masa dengan nonton Playful Kiss. Drama korea. Tak tahu la drama baru ke tidak. Tapi rasanya baru. Baru sampai episode 8. Weekend akan datang ke abeskan jugak, tak kire! ;p

Maka, bila Ahad datang, baru la boleh nak berjimba keluar. Tengahari tu pergi Timesquare. Bukan nak bershopping pon. Tapi MK la yang ada hal.

On the way to Timesquare :)

Aksi kaki terjongket ;p
Sambil tunggu MK setelkan hal dia. Aku dan si cinonet ni melepak jela kat sekitar timesquare tu. Jalan jalan. Cuci mata. Ade jugak beberapa orang lalu lalang singgah kat Khair Rayyan and agah agah dia. Bila dorang dapat tau Khair Rayyan baru nak masuk 3 bulan, dorang kata "Wuah semangatnya! Sedap badan dia ni". Hehe besar ek anak aku? ;p Tak apalah, yang penting sihat walafiat.

Dan aku tak beli apa2 pon. Duit plak ada seringgit je dalam wallet, sedih tak? Nak mintak duit kat MK, susah plak nak panggil dia sebab dia tengah setelkan hal dia tu. Mujur tak jumpa ATM machine kalo tak confirm aku beli something jugak. Hehehe

Ramai jugak orang kat timesquare
Dalam sejam gitu jela kat Timesquare tu, then weols nak pergi ke Majlis Harijadi + Doa selamat rumah officemate pulak di Bangi. Tu lenkali la sambung ek. Tak larat nak taip banyak banyak.

Until then, wassalam.

3 bulan yang manis ;)

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, sudah 3 bulan Khair Rayyan membesar dengan sihat depan mata. Kehadiran si cinonet Khair Rayyan sejak 3 bulan yang lepas betul betul dah merubah hidup kami. Completely changed. I'm so happy. Tak ada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan seronok tu.

*sebak*

*kes malas nak rotate*
Cepat ye 3 bulan berlalu. Melihat Khair Rayyan membesar depan mata (walaupon terpaksa berpisah 8-10jam sehari) sangatttttttt laaaaaaaaaaaaa indah. Setiap saat aku rasa nak rakam aje. Terlalu bernilai dan priceless moment moment bersama anak.

Kali pertama dia menunjukkan tanda nak mengiring. Nampak mudah aje. Tetiba je dah mengiring tau uols. Terkejut iols. Rasa nak canang 1 dunia anak dah pandai mengiring. Poyo la mama Khair Rayyan ni ;p

Dan semalam, dia dah berjaya meniarap tapi tangan dia masih lagi tersepit. Aku tengah syok cuci pinggan kat dapur terkejut tetiba dengar Khair Rayyan menjerit macam kena dera je. Rupanya dia tengah buat aksi di atas. Bila aku terlentangkan dia balik, dia stop nangis. Then cuba lagi nak meniarap. 2-3 kali la jugak but still tak berjaya sepenuhnya sebab tangan dia tersepit. Alololooo cian anak mama :D

Tadi aku bagitau Ibu Liza (babysitter) yang Khair Rayyan dah bleh meniarap 90%. Hehe. Aku suh dia letak Khair Rayyan atas toto sebab bagi dia praktis meniarap. Kang letak dalam cot takot tergolek langgo kayu tepi cot pulak. Excited Ibu Liza dengar Khair Rayyan dah belajar nak meniarap. Hehe.

Cuma, rasa tak sedap hati sebab Khair Rayyan batuk berkahak. Mujur tak demam and selsema. Kalo tak aku dah mintak unpaid leave seminggu kot nak jaga dia. Haih risaunya dia batuk teruk. Cian Khair Rayyan. Dah la arini aku kena balik lambat. 8-9pm macam tu sbb nak pegi customer site. Silap silap aku yang demam nanti.

Demam rindu T______________T

p/s: Em kalo batuk dia ada lagi,
kena bawak g klinik la malam ni.
Moga anak mama cpt sihat. Amin

Monday, February 14, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

Dengan rendah dirinya saya mau join GA ni. Hehe. Tertarik dengan tajuknya ..bayi 2010...kerana bagi saya tahun 2010 tu cukup membahagiakan setelah penantian yang panjang berbaloi baloi. 2010, lahirlah putera yang dikandung selama 9 bulan bbrp hari dalam rahimku. Ajaib kan. Dulu dia di dalam. Hanya plasenta dan lapisan perut kulit yang memisahkan kami. Tapi sekarang, putera kecil itu dah keluar melihat dunia. Dunia yang fana. Semoga Allah memelihara dia dan melindungi dia dari saat pertama dia melihat dunia sampai bila2. Amin. Oh tetiba rasa nak nangis :((

Ok jangan sedih2. This entry I should be happy becoz I want to join Hasue's GA. Thanks Hasue :) Maka, terimalah :)

Sila klik banner di atas untuk ke entry GA di bloh beliau :) Cepat! Ada beberapa jam lagi sebelum contest ini tamat. Hehe. Mujur tadi masa blogwalking jumpa, kalo tak melepas I nyah ;p

Few hours after delivered. Masa ni dah masok wad.
Nama: Muhammad Khair Rayyan bin MK (nama bapak tak penuh tak apa kan?). Cewah feeling husband I glamour sangat la tu sampai takmau reveal nama sebenar. cit podah! :p

Tarikh lahir: 16/11/2010. Pada jam: 12:42pm. Hari Selasa. Sehari sebelum Aidiladha :)

His 1st month
Perkembangan bulan pertama dia adalah menangis tahap high pitch. Hehe serius ni tak tipu. Setiap hari aku berdebar debar sebab aku takot tak mampu nak pujuk dia bila nangis. Lepas tu emo dan nangis dalam hati T___T. MK pesan jangan banyak nangis. Postnatal depression is no good.

His 2nd months :)
Dan tiba tiba bulan kedua terus mendadak perubahan dia. A week before I started to work, dia dah mula tido malam. I mean tido yang betul betul tido. Tido jam 11/12, dan jaga kul 5/6am for milk. Masa 1st time pegi rumah babysitter pula I'm about to cry but............tak jadi nangis sebab Rayyan siap senyum2 lagi. Takkan aku nak nangis pulak. Dah elok elok dia senyum, I must be strong lah kan. Anak mama dah pandai berdikari duduk rumah orang (bergenang air mata T___T)

Dan sekarang, lagi sehari nak masuk 16hb. Maka dia akan genap 3 bulan. And I was so impressed sebab dia dah mula mengiring. Dan insyaAllah akan meniarap soon. Well done my son :D

Eh macam terpanjang plak entry untuk GA ni. Hukhuk. Anyway, itu aje kot, kang panjang2 kena reject pula. Mommies out there, sila join jika anda rasa anda telah melahirkan bayi 2010 ^___-

Terpaksa cuti

Assalamualaikum :)

Tokma dia kata...."budak mata jernih"

Oh harini aku cuti yo. Tapi tak best cuti di kala MK tak cuti. Actually, nanny Rayyan memang dah cakap dari awal bulan dia ada hal harini, so parents kena la mintak cuti pula. Nak hantar ke nursery lain takot dorang tak biasa atau takot Rayyan pulak tak biasa. So tak apalah biar aku berkorban cuti harini :)

Awalnya MK nak join cuti tapi skali ada training daaaa. So, here I am. Berdua dengan Rayyan di rumah ♥ ♥ ♥  And as of 9.42am anak aku masih belom mandi. Heh. Mamanya apa lagi, konfem lah belom mandi jugak. Lalala ~~

Ok lah, kalo mood baby ok kang bleh blogging lagi. Bye!

Sunday, February 13, 2011

Kisah 3 tahun yang lepas

13 februari 2008

1 februari 2008

*sila click link di atas ya, siapalah aku untuk bercerita sedangkan semuanya ketentuan dari Allah swt*

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha