Thursday, March 31, 2011

Jom Join Reddish Segmen : Blogshop Review

Owh nampak je entry Zie tu terusss zasss wat entry laju2 ;)


Haaaaaaa sila klik gamba utk pergi ke blog zie ye :)

Zie, please review my blogshop ea. THANKS!!! :D

Hopefully sempat la 50 blogshop pertama sebab blog zie readers dia bukan ratus2 ek td ribu2 ;;)



 

ini BUKAN entry senset ;p

Update as of 4 and a half months :)


Budak kecik ini adalah suka mandi. Ni memang sifat semulajadi dia since lahir lagi. Tapi sekarang dia adalah SUPER-EXCITED masa mandi uolssss ;)) Super excited adalah bermaksud, mau berdiri dan melompat lompat dan mengeliat dan macam2 lagi aksi supersaiyyaaaa dia nak buat.


Dan aku adalah tewas untuk mandi kan dia :-S Bukan apa, takot terlepas ke apa kan. Dia nak duduk pon tak stabil lagi. Dalam seminggu aku cuma mandikan dia sekali aje sebab takda pilihan lain iaitu sabtu pagi bila papa Khair Rayyan keje. Sabtu petang and hari ahad semua dia take over.

Khair Rayyan, mama bukan taknak mandikan awak, tapi mama takot terlepaskan awak. Awak tu makin kuat tendangannya T___T Takpe, nanti bila awak dah pandai duduk, mama mandi sama2 awak ye. Ohhh! ;))




Budak kecik yang dah makin besar di mataku. Betul lah, bila di saat2 anak kecil sudah tidak berapa kecil lagi, rasa sedih tau. Rinduuu dengan hari2 yang sudah berlalu. But I know, my little prince will grow up and one day, he will be a man. Wuahhh. Taknak bayangkan. Tunggu je hari tu tiba nanti.

For me, he is always be my BABY. SAYANG KHAIR RAYYAN MAMA NI!!! :x


p/s: agak2 Khair Rayyan marah tak
bila besa nti dia baca blog mama dia tayangkan
gamba 90% bogel dia ni? :))

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

welcome my princesssss

Dulu masa wedding Ateh, aku pregnant 4 bulan mcm tu. Sebulan dua lepas wedding dia, pregnant lah si ateh. Alhamdulillah :D

Dan paling penting, ianya KEMBARRRR. Little cute baby girls :)


Nama belom didaftarkan, tapi dari apa yang ateh bagitau, nama nama gegirls ni memanggg sedap. Hehe. Maka bertambahlah anak anak puteri 7. Dari dua menjadi empat. Dan insyaAllah will turns 5 babies selepas omma dd plak bersalen

Omma dd, are you ready? ;;)

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Wednesday, March 30, 2011

✿ ala anggun butik ✿: Baby legging SANGAT MURAHHH!!!



✿ ala anggun butik ✿: Baby legging SANGAT MURAHHH!!!: "Assalamualaikum semua :D Haaaa baby legging/baby tight yang terhangat di pasaran is hereeee! SANGAT MURAH!! Harga dekat onlineshop lain sek..."

last but not least, please visit our blogshop HERE! 

Baekkk punya promotion!!

Hoh, ni buat aku terujaaa noksss ;;) Sila tinjau milkadeal eh.


Ish ni yang buat aku rasa nak beli coupon and dimekapkan oleh org itu. Sementelahkan aku mmg ada photoshoot nanti. Issssh teruja maaaakkkk

Beli, tak beli, beli, tak beli, beli, tak beli, beli....hmmmmmmmmmmmm

Tapi mcm tak berbaloi pulak sbb aku takmo hairdo. Apejadah nak hias rambut lepas tu pakai tudung?? ;)) Ganti dgn hair treatment bole? :D

Pastu taknak eyebrows trimming. Ganti dgn body massage bole? HUAAAAAHUAAAA :))

Tak yah la ek. I mekap sendiri jela nti ;;)

p/s: aku rasa B2B dlm masa terdekat ni elok
bebeno le amek pakej ni.

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Apesal seram sangat ni????!!!

:-S



Tapi seram seram pon aku tengok gak ;))

p/s: apehal la arini entry aku pendek2 belaka?
nanti ada masa i buat entry berkualiti ek.
but cannot promise juaaa. huuu

last but not least, please visit our blogshop HERE!

Kelako versi kejam

Tak tau nak gelak ke ape? ;p Ni kategori lawak kejam ni :-?


;))

owh buat sesiapa yg tak tahu, 'pake' tu bermaksud 'pakai' dlm bahasa perak ye adik2 ^__^

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Tuesday, March 29, 2011

model casting

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa ^__^

Sekarang kena buat entry sopan sopan le uols. Kena tapis tapis sikit. Sebab few officemates dah tau blog ni. Aku memang tak ada niat nak sorok2 pon. Nothing personal lah blog ni. Tapi tetiba macam malu boleh? ;))

Kena buat blog baru ni ;)) HAHA



OK ni nak cerita pasal si Rayyan pegi casting modeling. CEWAAAAAA. Uols percaya ke? :D tak maknaaaa okeyyyyy nak pegi casting modeling. Ni nak buat photoshoot untuk model AlaAnggunButik aje. Since masa photoshoot 1st dia dah tido dan tak dapat join, so pospon la.

Rambut spike dia yg tak tahan tu ;)) ORI TAUUUU ;p HAAA legging ni paling panas tau uols. tak sampai 24 jam dah sold out. Dan stock baru is on the way, bleh la uols berebut ;))

Apa uols ingat sonang nak tangkap gambo baby?? Ni baru untuk online butik tak bertauliah. Kalo untuk iklan tv ke apa, mau berhari2 kot nak amek shot yg best. Berpeluh peluh mak nak snap gambo :D

Motifff dalam gambo di atas ada helikopter?? TU HELI PAPA RAYYAN. Sibuk nak enterprem. Dia kata pas modified jadi power nak jual. Nak suh aku iklankan dalam blog lah tu? ADA SAPA2 NAK BELI? HARGA RM500. Harga ni aku letak sendiri. HAHAHAHA :))

SEKIAN BYE!

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Monday, March 28, 2011

Tips rumahtangga: Cara2 melipat baju bayi agar tidak hilang pasangannya ;)

Assalamualaikum


:)

Kali ni saya nak buat entry berguna sikit kat 'Ciare Baha di Alam Maya' ni. Hehe. Dapat jugak berkongsi tips dengan siapa yang tak tahu. Yang dah tahu sila dok diam2 ek. Bagi chance la I nak feeling feeling cikgu ;))

Tips kali ini adalah 'Cara2 melipat baju bayi agar tidak hilang pasangannya'......! (nada doraemon ;p) Panjang gila eh tajuk entry kali ni. Layankan jelah. Aku baru je dapat ilmu ni minggu lepas. Dan Alhamdulillah rasa happy sangat sebab ilmu ni sangat sangat sangattt membantu aku. Terharu kat cikgu yang ajar. Terima kasih cikgu ;;)

Problemnya adalah......

Baju baby kan selalunya 2 pieces kan? Baju dan seluar. Atau baju dan skirt, for girl. Maka, bila dah 2 pieces, aku selaaaaaluuuuuuuu kehilangan pasangannya. Kadang2 masa basuh pasangannya ada, masa lipat pon ada. Bila simpan dalam almari, dah kucar kacir langsung terhilang pasangannya. So di sini, saya nak membantu anda agar baju anak2 anda always kemas dan tak kucar kacir ;)) Sila rujuk gambar di bawah serta penerangannya mengikut nombor.


1. Lipat baju bayi comel anda. Jika ada butang, butangkan butang yang paling atas dan paling bawah supaya lipatan lebih kemas. Jika rajen, sila butang semua. Saya tidak ;))

2. Terbalik kan baju tersebut. Bahagian depan dihalakan ke bawah.

3. Letakkan pasangannya sama ada seluar atau skirt pada bahagian tengah2 baju tersebut.

4. Lipat sisi kiri dan kanan baju itu.

5. Lipat dua atau tiga, bergantung pada saiz panjang baju. Saya lipat dua sudaahhh ;))

6. Terbalik kan dan ting!!! Dah siap dan sooo comel plus kemas tau :D


Kini, almari Khair Rayyan sudah tersusun dan mama dia tak migrain dah time nak cari baju anak dia. Hmm, tutotial ni sesuai la untuk anak kecik berumur atas 3 bulan sbb masa tu baju dia asik bertammbaahhh aje ;))



ps: Ini schedule entry ya sbb 28/3 saya on leave. sekian



nak tudung? baby legging??, kindly visit our blogshop HERE!
 

Friday, March 25, 2011

Assalamualaikum semuaaa :)

Cewah sangat bersopan santun ek tajuk entry I. Bak kata kawan2 aku, 'ciare budak suci' (suci la sgt ;p). KENAPA? sebab aku banyak tak tahu entry terkini. Bole? ;p

AKU TENGAH SEDIH NI UOLS (pakai caps letter sebab serius). TADI BARU BACA 1 BLOG (lupa nak copy link dia) CERITA PASAL KESEDIHAN KEPILUAN SEPASANG PARENTS ATAS PEMERGIAN ANAKANDA MEREKA KERANA KECUAIAN PIHAK NURSERY.

Nauzubillah.

Khair Rayyan sayang, you are my strength. Do you know that? :x Ya Allah rindunyaaa dekat anak aku ni. Ya Allah Kau lindungilah ia Ya Allah. Rasa sedihnyaaaaaaaaa terpaksa melepaskan anak kepada orang lain.

Muhammad Khair Rayyan, mama mintak maaf sebab tak dapat jaga Khair Rayyan sepenuh masa :(

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Spring Rolls

Haaaaa ko ada??? ;p Ceh tetiba mula entry wat ayat sombong. PANGGG sket ;p Spring rolls ni aku makan bila eh? Minggu lepas ke dua minggu lepas ntah. Kataaaa opis 100m dari Mines kan? So masa lunch sempat la berlari2 anak dan mencari makanan. Tiap ari makan kat kedai macik bawah ni or mamak ujung tu saya rasa sangat boring ohhh.

Kami decide untuk makan spring rolls. Sedappppppppppppp!!! Model adalah kak seli. Hehe ;p Rasanya macam apam balik yg versi nipiiiiisss tapi lembut. Hok aku beli tu perisa chicken cheese. Harus superb! ;)) Ok cukup lah entry ringan2 di pagi Jumaat yea?

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Thursday, March 24, 2011

Si Manja

Assalamualaikum. Ini bukan contest ye. Tajuk 'Si Manja' tu feeling2 join contest pulak. Takda makna ek. Boring dah join contest. Tapi aku rasa nak anjurkan contest sikit masa nanti. Hadiah best best tajaan Ala Anggun Butilk. Ada beran?? ;))

Harini cuma nak cerita. Khair Rayyan sekarang macam dah ada jadual waktu. Dan jadual waktu dia totally merubah jadual waktu aku jugak. Hukhuk. Kalo waktu cuti jelah jadual waktu berterabur sket sbb slalu kuar jalan2 kan. Tapi kalo weekdays, jadual waktu Khair Rayyan lebih kurang begini lah...


kul6.30: Amek dia kat rumah BS, satu taman aje. Sampai umah dia main2 aja. Direct BF

kul7.30: Merengek2 lagi. Direct BF lg. Aku plak bersiap2 mandi, semayang, masak laju2

kul9: We all makan sambil jeling2 si kecik tu dalam cot dia. Dia syok je layan dgr music kat cot dia. Sambil kena angin fan dia tu ;p

kul9.30: Dia merengek2 tapi tak mau BF. Maksudnya dia lapoooo so kena bg susu botol campur 1 sudu (sudu saiz kecik utk baby makan tu) nestum. Fuhhh lepas tu terdiam dia kenyang.

kul10: Dia dah gelisah dan serba tak kena. Muka masammm je. Tu maksudnya dia nak masuk bilik dan bergolek2 dgn mama dia sambil direct BF. Tapi dalam 5minit je macam tu dia dah tertido sampai laaaa pagi. Bese kul 6 lebih baru terjaga lapo. BF lagi.

Haaa gitu la jadual terbaru dia. Tapi tang bg nestum 1 sudu dalam susu tu baru 2 malam aje. Time kat umah BS tak bagi nestum pon. Ce kira bape kali dia BF kat umah. Mana tak bambam. EH takde la bambam sgt, baru 6kg.



(note: BS = BabySitter, BF=BreastFeed. Ye anak2 ;)) )

Inilah dia budak tak sihat tu. Tapi time tak sihat ni jadual dia lari jugak. Kadang2 pukul 9 dah nak masuk bilik bergolek2 dgn mama dia. Hmmm, manja sungguh la Khair Rayyan mama ni ;;)

Aksi tido peberet. Hmm gerammm tgk peha dia :D Oh ya, baby legging di atas bakal dijual di Ala Anggun Butik NEXT WEEK!! Anda berminat?

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Wednesday, March 23, 2011

Makan @ Pesona Cafe :)

Bila ada sedara mara datang aku angkot la dorg ke Pesona Cafe (sbb ini je tempat makan yg best yg paling dkt dgn rumah kami ;p). Dah macam Duta Pesona Cafe pulak aku. Padahal, diskaun pon tak dapat. Huhu. Patotnya, aku dapat diskaun besar2an lah. Dah la masa pregnant 8-9 bulan tiap minggu aku pegi sana. Hukhuk.

So kali ini masa akak aku datang all the way from Perak, aku bawak la dia pegi sini. Mencabar seh bawak anak dara dia dua orang datang sini. Ate, abah dorg tak dapat cuti. So, akak datang berdua aje dgn gegirls dia.

Kyra (kakak) dah makin cerdik. TERlalu banyak cakap sampai aku lenguh mulut nak jawab soalan dia. Adik (Kyrin) pulak dah macam hyperaktif aku tgk. Wuuwuu. Hyperaktif SANGAT SANGAT tau!! Tapi aku tak tau la nak bezakan apa beza hyperaktif, nakal & buas sebenarnya. Start umur berapa dia bleh dikatakan NAKAL? Sebab macam Kyrin kan, baru 3 tahun macam tu. Nak terima arahan pon macam tak pandai lagi. Nak marah pon kesian sbb dia kecik lagi. Hmmm, tu pasal mamanya dah sampai migrain2 ;))

Moga anak-anak aku nanti (anak anak??? :-?) elok2 aje. Biasa la budak2 mesti aktif, tapi kalo aktif berlebih2 risau jugak kan. Bukan risau apa, risau kurang kesabaran di situ. Aku ni dah la cepat tension. Tapi tak apa, mujurrrrrrrrr MK penyabar orangnya ;;)

My two precious. I love you two. Saaaaayang Khair Rayyan. Saaaaaayang Papa :D

Oh ya, Khair Rayyan demam arini. Suhu badan dia dekat2 37 macam tu. Hopefully tak bertambah panas. Selsema batuk pon join sekali pulak tu. So arini standby phone kat sebelah tiap masa kot kot Babysitter call gtau Khair Rayyan makin panas ke. Hish. Susahnyaaaa hati ni T_______________T Ya Allah, Kau sembuhkanlah segalanya penyakit dari Muhammad Khair Rayyan, Ya Allah. Amiinnnnnnnnnn

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Tuesday, March 22, 2011

ehalal2u.com


1. ehalal2u.com atau dikenali sebagai pasaran maya ini mengenengahkan produk-produk berunsurkan islam yang halal dan toyyiban inshaallah. Kesemua produk dimonopoli oleh org bumi putra 100%. Dan produk-produk ini juga telah diberi persijilan dari IMP (islamic manufacturing practice) dan JAKIM (jabatan kemajuan islam malaysia).

2. kami terpanggil untuk mewujudkan website ehalal2u.com ini kerana hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan juga mengandungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik (Halalan Thoyyiba) . Dengan adanya kaedah maya ini makanan yang mengikut al-quran dan syarak dapat diketengahkan dengan lebih mudah dan cepat.

3. Sejurus dengan itu kami ahli jawatan kuasa mengelola website ehalal2u .com menyeru semua orang islam semalaysia menyokong pergerakkan ini.

From: Inter XS Global Marketing Sdn. Bhd.


* this advertisement is brought to you by ciare baha*
 
-----------------------------------------------------------------

My note: Haaa menarik tak ehalal2u.com ni kawan2? Kalo anda rasa menarik sila sila lah terjah ehalal2u.com utk dapatkan product yang konfem halal. Tanpa keraguan. Tanpa was was I tell you ;;) Antara produk2 ehalal2u.com adalah makanan kering macam biskut, produk kecantikan, produk kesihatan, brg2 dapur macam rempah ratus etc. And i'm sure, ada banyak lg produk akan muncul soon ^__^ Meh tinjau apa dia product2nya. Jeng jeng jeng (music kena suspens ;p)

Ha kan dah cakap macam2 adaaaaaa. Uols tak percaya kan? Kicap, sos, krim breast pon ada, krim untuk kaum lelaki poooooon ade ;))

Ni pulak produk2 bestsellers. mendapat sambutan terbaikkk. Aromaterapi oil tu aku dah rasa. Memang menyegarkan. Kalo penin2 sapu kat leher terus segar :D Biskut milk-bite tu pon sedapppp sgt. Tak manis tau. Baik utk kesihatan.

Ni pula produk2 terbaru ehalal2u.com. Hmm amacam, OK? Best kan? Kopi al baroka tu sedap uols. Baik untuk kesihatan tau.
Last but not least, aku da signup and dah add to cart. Tunggu gaji masuk, bayar dan dapat le brg2 ni. Hehe. Nanti nak beli rempah ratus sekali. Senang keje. Tak payah pegi kedai runcit dah noks ;)) Sesuai untuk golongan yg bekerjaya macam I. Anda, bila lagi?? :D Jom ramai2 LIKE dekat facebook jom!

*last but not least, please visit our blogshop HERE!

Budak masam baru bangun tido ;)

Pemandangan yang paling aku suka adalah pagi2 masa bangun dari tido. Watching my little prince sleeping...arghhh bestnya. Pastu dia bangun terkebil2, bila tegur dia senyum2....Ohhh rasa jatuh cinta la wehhhh


Yang kat atas ni baru terkebil-kebil ;)) Amek mood dulu.

Rasa bahagianyaaaa. Bila dekat kat muka kita kat dia, jari2 comel dia tu raba2 muka kita. Ish.... Do you get what I mean??? :x

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Monday, March 21, 2011

Rasa nak tapi . . . . . . .

Dah lama tak beli barang untuk diri sendiri (lama ke? Lama la jugak ~ sendiri tanya sendiri jawab hehe ;p). Rasa nak upgrade la telepon aku ni kepada model ini haaaa
.
.
.
.
.

Kalo dapat, best ni. Aku suka sebab dia ada both touch screen dan jugak keypad. Pastu dia warna putihhhh. Comelnyaaaa :D Dalam gambo nampak macam biasa aje. Tapi bila tengok sendiri kat kedai rasa macam jatuh cinta pandang pertama. Bila pegang rasa sedappppp aje tau.

Tapi pacik MK kata dia nak samsung galaxy. Ate, kalo sorang pakai BB sorang pakai Galaxy, motif???? :-? Motif aku nak berBB mesti la sebab nak berBBM dengan laki sendiri kan. Ish, dia nak Galaxy pulakkk. Macam macam la pacik tu.

Bila pikir pikir, rasa sayangnyaaa duit nak taburkan atas 2 bijik henfon. Mau 4k utk dua phone tu. Haih. Dgn 4k tu baik aku shoppingkan untuk ANAK. Yes! Dalam otak memang hanya pikir ANAK, ANAK, ANAK...sangat magic bila jadi mak ni. Since Rayyan lahir, aku belom shopping untuk wardrobe sendiri, asik beli baju anak je. Belom beli apa2 mekap lagi, just beli compact powder je aritu. Bila pegi mall pon, lalu tempat babyyyyyyyyy aje. Ish begitu rupanya penangan ada anak ye? Dulu aku tak percaya, now rasalah sendiri ;))

Sekian

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Jalan Jalan ke Plaza Damas :)

Assalamualaikum uols :)

Ape cer weekend korang? Best? Superb? So so? Apepon mesti best bila dapat relax kan. For me, mana la dapat nak rehat sangatkan. Kata ada anak kecik. Bukan mengeluh but it's a fact. Melainkan ko ada maid or something maka dapat la rehat banyak sikit. Tapi tak apa, aku sangat enjoy wat keje2 rumah ni. Penat tapi best. Tapi, bila ahad malam muncul rasa macam......uhhh..........besok keje, nyesalnyaaaa tak rehat puas2. Nape laaa aku tak rehat je siang tadi....? Hehe ;))

But it's ok. Aja aja fighting! :D

kyra tengah nguap, sabo je jelah ;p
OK ni last week punya cerita baiiiii. Hehehe. Bese la mama ciare ni, suka tangguh2 cerita taw. Macam tak biasa ;)) Dulu zaman muda belia tambahan tak ada komitmen keluarga lagi bleh la update blog macam mamarazi. Cerita arini, arini jugak publish. Sekarang, cerita harini, mungkin seminggu dua lagi baru update. Muehehe

So gambar di atas adalah me with Kyra. Macam tak biasa kan. Kalo dah biasa singgah sini konfem dah kenal sapa budak di atas. Bukan anak aku ek. Tapi anak kakak aku. Anakanda I boboy :D Kebetulan cuti sekolah so akak aku datang KL jalan2. Dapat la bawak dorang g satu dua tempat. Ate, dia yang cuti skolah. Tapi aku mana ada cuti skolah. Bila cuti skolah pon tak koser nak amek tau. Huhu

My lil sis with her Kyrin. Hehe. Bleh aku tulis 'lil sis'? Ate, dia memang kecik molek noks. Kalo aku jalan dengan dia, nampak macam Giant jalan sebelah Nobita. Aku la Giant ituuuuuu T____T wuaaa nangis 4 baldi :(

Anyway masa ni aku bawak dorang jalan2 ke Plaza Damas, Sri Hartamas. Saje2 je. Pegi tempat yang tak sesak dan aman damai sket. Muehehe. Layan nasi ayam sedap tu. Perghhh!! :D Geng projek ma****de, uols ingat tak kenangan2 kita di Plaza Damas?

K lah itu jelah. Adios. Kerja kerja!!

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Friday, March 18, 2011

Cikgu Shidah Dari Parit tu Cikgu Sekolah aku ko tau?

HAHAHAHAHAHAHA :)) nak gelak dulu


Aku tak tau la korang cemana, tapi aku baru je tengok video2 CikguShidahDariParit arini ;)) Aritu, masa balik Bota, adalah sembang2 dgn Kakrubi (akak saya). Lebih kurang begini la dialognya. Tak ingat sangat.


KR: Ko ada tgk tak video Cikgu Shidah?

C: Hah? Cikgu Shidah mana pulak ni?

KR: Alaaah, cikgu yg pemes kat youtube tu. Yang buat miming macam2 video tuuuuuu.

C: Ntah le. Tapi mcm penah dgr (rasa penah terbaca kat beautifulnara tp aku xbc pon sbb xberapa menarik topiknya.hehe). Nape dgn Cikgu tu?

KR: Aritu dia masuk rancangan FBI.

C: Hhah FBI? Cite apa tu? (sumpah aku xtau cite FBI tu apa. Kalo FBI cite penyiasatan tu aku tahu la)

KR: Laaa, cite FBI tu laaa. Yang Faizal Ismail jadi pengacara tuuuuu

C: Haaa xtau poooonnnn! (betapa tak update ttg entertainment bila dah ada anak ;)) )

KR: Yelaaa adaaaa. Cikgu Shidah tu, cikgu sekolah rendah kita ko tau tak? cikgu sek rendah pulau padang!

C: Yekeeeeeeee. Glamournyaaa sekolah rendah kita :D


Walopon masa tu aku tak tahu bijik butir apejadahnya kisah cikgushidah, tapi macam bangga pulak tetiba sek rendah aku yg duduk kat ceruk kampung tu pemes ;))

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 

Majlis Persandingan Murni & Rizal :)

Assalamualaikum :)
1st of all, TAHNIAH again to Murni & Rizal. Selamat Pengantin Baru uols. Ish, aku ni kalo ucap pengantin baru kat orang, diri sendiri pulak rasa malu2. Feeling2 I plak pengantin baru. Muehehe. Em jom tengok gambo jela ye.

Inilah pengantinnya, Puan Murni. Weeee da jadi puan dah ko Murni. Bila kawan sorang sorang naik pelamin rasa macam, 'emmmm makin dewasa nampaknya aku ni'. Eceh makin dewasa? Taknak ngaku makin tua. Hahahaha. Tambah2 pulak bila bawak anak pegi wedding kawan2. Oh, cepatnyaaa semua ini berlaku!! I'm a mother! Tetiba ;)) Masih tak dapat terima kenyataan da tua ke ciare oooiiiiii??? :D [Iklan jap: Tudung Express Rozita Che Wan yg aku pakai akan dijual di alaanggunbutik soon. Price sekitar 35-40 ikot design. Tungguuuu. Sapa nak cop awal2 habaq mai noooo. Tudung ni sangat best dan sangatttt sesuai utk org pipi beso mcm aku. Awning dia lebar dari biasa.]

Puan Hana & Pengantin :) Cantekkan baju muni? Beading ijau tu memang naikkan seri. I likeeee.

Ops, anak teruna saya mengerjakan katil pengantin. Muehehe. Sori Muni, Khair Rayyan rasmi tempat beradu uols. HOHOHO. Aku saje je, bagi berkat letak baby atas katil. Paham paham sendiri la ye. Ehem Ehem ;))

Kawan kawan UPM. Dari kiri, Hana, Sanny & Bunga. Best betol chit chat dgn dorang. Tak pasal2 jadi geng macik2 bergosip pulak. HAHA. Dorang kata aku ganas dgn Khair Rayyan, bole? Aku rasa aku bese je ;;) I kan lemah lembut lagi ayu (wuekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk huhu)

Khair Rayyan & Papa. Macam sama aku tengok expression muka dorg ni

Singgahsana

Bergambar bersama pengantin. Aku la makhluk paling besar kat belakang tu aku rasa T_____T. Khair Rayyan tido masa tu. Tapi tak kira! Aku nak angkot jugak dia naik pelamin ;)) Eh, tapi dalam gamba ni dia macam dah terjaga dan mencuba untuk menggapai bunga kat tepi pengantin lelaki tu. Pasan x? :D

:)

last but not least, please visit our blogshop HERE!
 
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha