Friday, April 29, 2011

love note ♥




quote "A baby will make love stronger, days shorter, nights longer, bank balance smaller, 
home happier, clothes dirty, the past forgotten, and the future worth living for... 
I miss my baby..." 
by Najwa Hamdani

 
 
Owh suka sgt ayat ni :D




Happy holiday uols. Jom pegi Terengganu jom ;;)


What kind of online shopper are you??

Alhamdulillah so far, aku tak pernah ada pengalaman buruk semasa shopping di alam maya. Oh pernah sekali shawl aku order 2 minggu tak sampai2. Then, contact owner tu, dia pos yg baru. Tak tahu la yang hilang tu dah sampai mana. Tapi alhamdulillah ownernya baik dan sanggup poskan yang baru :) Tapi itu zaman pakai shawl la. Now tak pakai dah.


Masa preggie, online shopping beli baju pregnant. Baju raya masa pregnant pon beli online. Aku suke jubah tu. Rasa nak pakai selalu tp nanti orang ingat I pregnant lagi. I gomok skrg :-S HUHU Lagipon susah nak pakai baju jubah sebab I breastfeed bayi I. Nak buat stok cheese pon payah nak nyelak2 dari bawah noks ;)) Kena beli jubah utk breastfeeding mommy la nampaknya. Ada, tapi mesti mahal eh.


Nak dekat2 bersalen aku online shopping barang2 bayi. Antaranya baju, baju dan baju. HAHA. Masa tu tengok baju bayi semua comel2. Dan alhamdulillah masa dapat barangnya, memang comel pon. No regrets ;;)


Eh sekarang pon I shopping online lagi uols. Uols ingat I dah ada onlineshop, I tak akan shopping online lagi ke? No No No. Aktiviti shopping online masih berjalan macam biasa. In fact, harini 2 parcel sampai. 1 for me. And 1 for Khair Rayyan ;;)


Barang2 dapur pon I shopping gak. Mee, garam, kica, sabun etc etc. Semuanya ada di eHalal2u. Eceh sempat promote ;)) HAAA pendek kata semuanya di hujung jari lah.


Jadi aku tak paham ngape orang kata online shopping itu payah la, susah la, lambat la. Aku rasa aku bleh jimat banyak masa, tenaga dalam proses pembelian barang secara online. All you need is INTERNET connection and ONLINE BANKING yang ada duit dalam dia. Kalo tak ada duit dalam dia memang makcik ciare tak dapat nak tolong :))


Jadi cara2 nak beli barang secara online adalah seperti berikut. TAK PERLU FUSSY dan beri kerjasama BAIK pada owner ^__^



1) Setiap onlineshop cara dia lain sikit. Jadi kita ikot rentak dia agar dia dan kita sama2 senang di kemudian hari dan tiada miss communication. Contohnya, jika dia suruh order dekat form, pegi la isi form tu. Kalau dia suruh email, pegi la email. Dan nyatakan apa anda mahu. Saiz, warna, code barang etc etc.


2) Tunggu la email dia. Bagi dia masa 24jam untuk reply email ko. Kalo tak ada dalam inbox check la spam folder ke apa. Bila dah balas, kot kot nak tanya pasal produk ke, tanya abis2 dulu. Aku slalunya tanya betul2. Supaya tak menyesal. Dlm kes aku, aku suka dia MMS/email gamba barang yg sebenar. Kadang2 dalam website dia tu, dia letak gamba dalam katalog.


3) Kalau barang ada, ko bleh wat payment terus. Paling PENTING, masa transaction tu ko cc email dia masa transfer fund tu. So automatically dia akan dapat notification ko dah bayar.



4) DONE!! Tunggu barang sampai dalam masa 3 hari. InsyaAllah sampai tu nanti. HEHE


Semalam aku order barang tu, arini dah sampai. Owh kan senang gitu ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Pakej Umrah dari RM5250!!

Assalamualaikum.


Ha uols, sapa rasa dah ada duit simpanan byk sket tu, bleh la tinjau2 pakej umrah yang ni. Bila lagi kan nak melawat Tanah Suci. Pengalaman seumur hidup ni. Kalau ada rezeki lebih, boleh la pegi banyak kali. Saya dan suami belom ada rezeki lagi. InsyaAllah in few years. Cita cita tu mesti la ada nak pegi sana. Tunggu lah dulu. Kami pasti pegi. Moga cita cita ini tercapai. Aminn.



So sila lihat pakej ini ya.


Umrah Package - 17 Mei - 29 Mei (12H 10M) - Only RM5250. Book now
*harga booking RM250*


Penginapan

-Hotel di madinah: Manzili Hotel @ Setaraf ( 30 meter dari Masjid Nabawi )
-Hotel di Mekkah: Ufuk Al Fateh 1 / Safoa Taam`z @ Setaraf ( 100 Meter dari Masjidil Haram )
-Tarikh, pernebangan dan hotel tertakhluk kepada perubahan semasa.
---------------------------------------------------------------------
Dapatkan juga perhidmatan perlancongan muslim

-Lawatan ke luar negara termasuk tempahan penerbangan dan penginapan beserta jadual lawatan (Tourist Guide).
-Lokasi adalah mengikut pilihan anda.


BERMINAT?? Sila hubungi agent kami di ehalal2u :)


This advertisement is brought to you by Ciare Baha.

Finally, it's mine :)

So far, tahun 2011 sangat membahagiakan ^___^ Tapi kena abaikanlah kesibukan kerja tu. Kalo fikir sangat rasa tak bahagia pulak ;)) Tak baek tau, kerja tu adalah sumber rezeki dan jugak satu tanggungjawab. Sibuk ke extra-sibuk ke, itulah asam garam menjadi mama-at-home-pekerja-at-office.

ops gamba bergoyang. susah nak camwhore bersama anak yg ligat bergerak ;p

Bahagia sebab.........ada banyak sebab. Tak perlulah nyatakan satu demi satu. Cukuplah sekadar simpan dalam hati ;;)


Oh, rupanya ada reader I yang perasan, lately, gamba yang diupload ke blog ini agak lawo. Ahhhh kembang montot mak ;)) Ni rasa nak jadi photographer ni. Muehehe.



Anyway, I got this FROM ME & MK. YA, kami berdua beli untuk aku. Suami I tak kaya, tak mampu nak adiahkan. I lagi tak kaya T___T. So we all kongsi2. Dia paham beno bini dia adalah tak dapat dipisahkan dengan teknologi begini. HEHE. Kira ala2 hadiah bersalin jugak ni ;))

Please scroll down


.

.


.


.


.


.


 *sorry gamba tak cantek sbb pakai E63 je*
1) Front View. 2) Back view. 3) PINK casing, of kos ;)) 

Dan hasil menangkap gambo menggunakan iPhone adalah

fokus kat my E63

focus at my acer machine

Gamba gamba ni di ambil sama masa dgn gamba2 hasil tangkapan E63 tu. Hmmm. Amacam? Syiokkk kannn :D Aku adalah jatuh cinta dengan camera iPhone4 ni. DSLR tu pospon sampai anak besar la baru best nak posing. HEHE



Aritu aku ada mention pasal ADIK KHAIR RAYYAN kan? Actually iPhone4 ni la adik dia. HAHA. Selain berkepit dgn Khair Rayyan, aku asik berkepit dengan bende ni je. HAHAHA uols ramai tertipu noks ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, April 28, 2011

Jalan jalan Sg Wang ;)

Eh tengah godek godek blog tetiba nampak entry draft siap dah upload gamba lagi. HOHO. Oleh itu mai aku kasi perabih ini entry ;))


Citenye idak la lama beno. Minggu lepas je noks. Hihi. Masa ni aku dan business partners aku pegi jalan jalan bawak anak masing2. Suami masing2 pon adelah. Aku masih belom berjaya bawak Khair Rayyan berjalan berdua je. Tunggu lah dia beso sket. Heee.

Tengok la gaya anak teruma aku duduk dalam stroller ;)) Wahai anak, sila behave please. Dont drop my waterface ekkkk HEHEHEHE



Kawan Khair Rayyan dah tertido pon. Anak aku je tak reti reti nak tido bleh? Masa makan, dia siap meragam lagi. Rupanya dia poo poo. HAHA. Dah lah kat Sg Wang tu macam nan ado parents room. Soooo, masa makan dalam KFC tu jugak Papa dia tukakan pempes anaknya. Cuslasss uols tuka pempes dalam KFC ;)) Mujur laaa ta*k dia masih belom kategori busuk, kalo tak mau aku kena halau dengan manager KFC tu!! HAHAHA


Em cukup lah. Saya nak buat kerja opis ni. Dah la balik lambat, pastu buat kerja pulak kat rumah. Nasib badannnn T_____T

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

#1 Instagram photo

Hi there,
ciare baha just shared an Instagram photo with you:

view full image
"Sampai keluor kaki dr cot. Haha. Just happened this morning :D"
Thanks,
The Instagram Team

Wednesday, April 27, 2011

GUA TENSEN

Cewah tetiba nak bergua2 kan ;)) Saya tensen sebab dua perkara.


Pertama:
Coding aku ni apejadahnye asik kuar errooorrrr jek???? :-S Ni aku rasa nak nangis hadap coding ni :-S


Kedua:
HANA TAJIMA TU SAPE UOLS? HARINI JE DEKAT 10 BLOGGER KOT ADA SEBUT PASAL HANA TAJIMA. ESPECIALLY PASAL STYLE TUDUNG DIA. HUKHUK

Sapekah gerangan Hana Tajima ni? Aku tension noks bila baca blog dorang dok cite pasal Hana Tajima itu, Hana Tajima ini. EH???? SILA LA BG INTRO PASAL DIA BLEH??

Hana Tajima aku tak kenal. HANA HALIM aku kenal ;))

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Gayakan bayi anda :)

Assalamualaikum.

Ada orang tanya aku, anak you girl ek? HUhuhuu punya lah spikey rambut ni dia kata gegirl ;)) Ahh ni mesti sebab aku slalu tangkap gambo Khair Rayyan bersama bantal pink. Tu sebab kot :D

dia tengah tido pon jadiiii. HAHA

CANTEK KAN??? i dah rembat utk rayyan. hehehe
 UOls, I ada banyak legging baru ni. Blog bisnes tak sempat upload lagi sebab saya dilanda kebusyan. Baru sempat upload kat FB. Sila2lah jenguk tengok model2 comel kami. Heehee. Lepas tengok beli laaa. Keh keh.


p/s: Alhamdulillah di atas rezeki ini.

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Makan2 di JM Bariani

Hari hari cuti adalah hari keluarga. Kuantitinya sikit, maka kena gunakan dengan penuh kualiti. Oleh itu tak payah masak sebab aku masak berjam2. Kan dah buang masa berkualiti tu ;)) Ops jangan tiru saya ye. Saya ada anak kecik (seboleh bolehnya nak cari alasan. macam la org lain takda anak kecik kan. huhu). Maka time cuti jugak lah nak merasa makan dekat luar. Eh bukan tiap2 hari pon makan beli kat kedai ke? Ye memang betul, tapi weekdays TAPAU saja. Maka weekend nak bawak diri makan kat kedai plak ;;)

Minggu lepas, pilihan kami adalah JM Bariani. Eh bariani ke beriani ke ek? Mak kompius sudah ;)) Belasah la labuuu. Jom layan gambar2 di bawah. . . .

Menjeling menjeling ku bertentang. Mata kita sama memandang....;;) Budak manja ni seronok lah papa dia asik ribaaa je. Bleh la mama dia beristirehat dan mempraktiskan guna camera baru ni. Ehem ehem ;))

Amacam. Ada kualiti2 dslr tak? Perghhh merembes ayaq lioq mak noks. Huuu. Ini adalah set pilihanku. Bariani kambing lah apa lagi?? Hihi. MK lak amek set daging. Rayyan amek set susu ibu. Eh :-?

;))

Papa kena kasi chance Mama makan dulu. Baru gentleman. Hehehe. Tu tak pasti ler muka lapo ke apa. HAHA. Wuahh best gila auto-focus camera ni. I likeee it. No regrets :D



p/s: this is scheduled entry

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, April 26, 2011

Kisah mama yang sedih

Beginilah kisah satu cerita, kisah seorang Mama yang dilanda pelbagai perasaan dalam satu masa. Yang paling penting pelbagai perasaan itu adalah tidak best.


Pertama:
Anak teruna saya tak sihat. Masa aku taip ni dia masih lagi tak sihat. Tapi masa taip ni jugak dia sedang tidur. Kalau saya nak wish lepas dia bangun nanti dia terus sihat aci tak? Hmm merapu lah wish wish. Kita doa sama2 ya. Moga anak saya cepat sembuh. "SAKIT APA DIA?? TERUK KE?? MASUK WAD KE??". Nauzubillah. Taknak lah sampai masuk wad. Mintak simpang. Budak kecik tu batuk. OK FINE BATUK JEEE. Tapi, cara dia batuk tuuuuu, terlalulah menyayat hati. Hatta bila dia terjaga dari tidur pon, dia menangis bunyi pelik sangat. Bunyi yang pelik dan bukan bunyi bayi menangis. KAMU PAHAM TAK?? Hati mama mana tak luluh bukan? Tengok muka comel si anak berkerut masa nak keluarkan suara menangis. Pasti sakit. Ya Allahhh..... Ish aku nak nangis dah ni T_________T Lepas dia bangun tido ni, kalo masih sama takde kemajuan, harus repeat jumpa doc. Dan aku berdoa, jangan laaaa sampai warded.


Kedua:
Time anak tak sihat ni pulak kerja aku masyaAllah banyakkkkknyaaaaaaa. Actually tak ada banyak sangat tapi rasa jadi banyak bila task yang baru dapat kena setelkan dalam masa seminggu. Tasknya pulak adalah TOT dari programmer lain. Nak study codingnya humaanggaiihhh GILA TRAGIS ok!! Ingat nak buat weekend, tapi biasalah, keluar jalan2 sket, balek pulak Khair Rayyan terus tak sihat. Haih T___T


Ketiga:
Masalah2 lain yang kecik2 terlalu banyak. Buat2 tak nampak jela problems hok tu.

.
.
.
.
.
.
.
.


-edited on 1.46pm 26 Apr-
Keempat: Alhamdulillah Khair Rayyan makin sembuh. Babysitter kata dia merengek2 dan meragam jugak tapi masih terkawal. Aku dah suh babysitter roger aku tiap jam perkembangan budak tu. Ish tak sabarnyeee nak balek jumpa anak. Tapi, keje banyak. Arini balek lewat T____T

p/s: klik SINI utk tgk gamba budak tak sehat. ditangkap malam td :((

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, April 25, 2011

Rayyan's friends

*Rayyan's notes*

Assalamualaikum makcik2 dan pakcik2 sekalian :)



Harini saya nak perkenalkan kawan2 saya. Saya ada geng tau. Ingat mama saya je ada geng gossip? Ingta papa je ada geng main heli? Saya pon ada ;)) Tapi saya bukan geng gosip la. Ni geng saya membesar dari sekecil tapak tangan lagi. Harapkan ukhuwah kami kekal sampai ke akhir hayat. Saya sayang kawan2 saya ;;)

*azib*
Nama dia azib. Umur dia 6 bulan. Azib teror. Dia dah mula merangkak tau. Saya selalu tengok dia beraksi dekat rumah Ibu (babysitter). Laju betul dia. Saya tengok aje. Nak cuba jugak tapi macam tak boleh bergerak aje ;))

*haziq*
Nama dia pulak Haziq. 10 bulan dah. Gigi dia dah empat batang. Dia suka sangat sengih2 tunjuk gigi. Eee saya pon tak sabar nak tumbuh gigi jugak. Macam seronok dan comel je ada gigi. Mama kata nanti dia nak bg saya makan sayur bila saya ada gigi. Saya tak sabar nak makan sayur. Em.....tapi sayur tu apa ye?? ;))


Oh ya yang kat belakang Haziq tu Mummy dia. Kami semua selalu la berjumpa masa Mama saya, Mummy dengan Ibu meeting pasal bisnes dorang. Kami layan je sebab seronok jadi model :D

*saye pon nak pemes gak*
Ini pulak saya. Nak beraksi merangkak macam Azib juga. Tapi susah la nak maju ke hadapan. Bila tensen saya jerit je nanti Mama dengan Papa mesti datang selamatkan saya. I likeeee ;))

Eh saya ada dua orang kawan lagi. Sorang Abang Izz dan sorang lagi Adik Ilham. Dorang adik beradik. Tapi tak ada pulak gamba mereka berdua. Nanti saya suruh mama saya tangkap gamba bila jumpa dorang. Oklah dah penat taip, bye bye semua :x

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Cendol paling sedap! ;)

Assalamualaikum ;;)

Just a short one.

The most delicious cendol i've ever taste. Di mana? Harus lah di negeri tumpah darahku Perak Darul Ridzuan. Few years back, this cendol only can be found in Setiawan/Manjung. Thankfully, now its available in Ipoh. Siap ada dua lagi. Bercham and Gopeng ;;)



Sedap sungguh sedap. Tapau sampai 5 bungkus. Siap beli version cawan ni 1 untuk minum dalam kereta. Gelojoh punya pasal ;)) Tengok, Khair Rayyan sampai terlentok lepas minum cendol.


Eh, silap. Dia takda kena mengena pon dengan cendol. Dia memang kebiasaannya pengsan bila dalam kereta. Heh.



Di rumah, sambung makan lagi ;)) Haih. Tiap kali balik kampung memang tak bole miss ini. Kalo tak aku bleh naik darah tinggi sebab asik marah2 selagi tak dapat ;))



Akhir kata, sila cari insan tersembunyi.


Memang tak akan jumpa punya. Pandai budak ni cari pot kat bucu2. Kadang sampai tengok 2,3 kali baru perasan mana dia ;)) Ish ish anak mama ni. Love you sayang :x


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, April 22, 2011

Teaser . . . . ;)

Assalamualaikum. Kita layan teaser dulu. Saya betul betul busy.



Agak2 apa ni ek? Sesi photoshoot Rayyan ke? ;;)

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, April 21, 2011

Tak pernah

Hari ni, usia Khair Rayyan sudah 5 bulan dan beberapa hari. Besarrr dah anak mama ;;) Hmm, entry kali ni aku nak mengupas tentang jalan jalan berdua dengan anak. Means, uols membawa anak uols pegi jalan jalan tanpa suami di sisi, atau tanpa sesiapa pon di sisi. Hanya anda dan anak anda. Pernah??

So I have a few questions to ask uols:
  1. Bilakah kali pertama anda membawa bayi anda keluar? Cuma anda berdua dangan bayi anda. Bila? - Jika YA sila jawab soalan di bawah. Jika tidak sila keluar sekarang! ;)) Jokes laaa ;))
  2. Pada umur berapa anak anda ketika itu?
  3. Apa gadget yang anda bawa? Stroller? Carrier kat bahu tu? Atau carrier a.k.a rocker tu?
  4. Jika stroller, tak susah ke? Bukan berat ke? Teman nak bukak stroller pon tak tau ;))
  5. Em nanti kalo ada I tanya lagi. Hiiiihiiiii
Aku bukan apa uols, hari Sabtu kan MK kerja. So bila dia dah kerja tinggallah aku berdua dengan anak. Kadang2 rasa nak pegi kedai ke giant ke...Tapi dengan si kecik ni, aku jadi blur pulak. Walhal dulu, tiap kali MK kerja hari sabtu pasti aku keluar (dengan izin MK of kos) sama ada sorang atau dengan kawan. Masa Sabtu terakhir sebelum bersalen pon aku ligat ke Giant sorang2 lagi ;)) Gigih mak noks. Heeee. Buat masa ni aku cuma berdua dengan dia masa nak pegi/balek dari rumah Babysitter je.


Which is ONLY 300m from my house ;))


@ipoh

So apa kata uols, PATUT ke TAK PATUT bawak Khair Rayyan berjalan jalan sekarang? ONLY THE TWO OF US. Boleh ke? Kalo boleh pon, nape aku tak yakin? Please convince me with fakta sikit. Huhu. MK pon ada kata, bawak la Khair Rayyan jalan2. Sian dia boring dok umah hari Sabtu. Hmmm. Should I do it this coming Saturday? We shall see then ;;)


Chow!

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Bertemu auntie ja ^__-

Fuhh ~~~ semenjak duamenjak ni berperang noks nak update blog. Kat umah bergelumang dengan anak. Bila dia dah tido kena buat keje surirumah. Lepas siap keje surirumah, buat keje sekolah pulak. Eh feeling feeling keje sekolah pulak ;)) Padahal keje opis noks kena bawak balek rumah. Haih mana kan daya ku. Namun harus kupikul jua. Kerana semuanya adalah tanggungjawab. MK pula turut busy seminggu dua ni. Dia pon ada komitmen lain. Demi mencari rezeki untuk keluarga. InsyaAllah ;;)

Bercerita pasal busy, last week, aku pegi training. Jenuh le jugak tiap hari hadap LDP yang jem tu. Haih. Masa training tu best jugak. But when it comes to theoriessss yang tidak kufahami, maka mengantuk tu datang. Bila mengantuk tu datang, mula la nak update FB Twitter segala. Haha. Kataaa dah ada internet di hujung jarikan? Mari gunakan sampai pengsan ;))

Status demi status dalam FB, tetiba aku buat status seperti di bawah

'1st time naik lift kena bratur tgu turn ;p'

Tetiba sorang kawan baik balas (yang aku petakkan di atas). Hmmm punyalahhh aku tak ingat aweks ni keje berdekatan tempat aku training tu. Hari ketiga training baru tahu. Huhu. At last, hari last training baru dapat jumpa dia noks. WHO?? Sapa lagi kalo bukan ahli puteri tujuh ni, ehem ehem Aunty Ja :D

Ja, tak apa kan aku letak ko status aunty? Cabotttt ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ =))

Aunty Ja in action. Yang setia membawa aku tour de one utama. Hak Hak. Thanks Ja kerana mengliburkan hari aku. See u and all the girls this Sunday ya :D


last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Tuesday, April 19, 2011

Testing nak mengaji kot ;)

video

Layan la ek =) Hehe dia tengah testing volumn kot. Bila besar nanti nak masuk Akademi Al Quran ye sayang? Jangan masuk Akademi Fantasia udahhhh. Moga suara anak ini akan memberikan dia pahala. Nanti mama n papa ajar Khair Rayyan mengaji Quran ye sayang ;;)

Sent from my iPhone

Model tudung kanak kanak for casting :D

Bila mamanye tiada kerja dan ingin mengisi masa lapang. Eh banyak je kerja kat rumah tu sebenarnya. Tapi seronok nak main dgn anak. Dan jugak, buli anak. Selamat menonton :D

"Auuuucak!!!" ~~ Hehee. Mula mula OK je. Tapi macam pelik apesal lah mama letak aku dalam kelambu beso ni?? HAKHAK

"Aaaaaaaahhhhh tak bleh jadik ni. PANAS! PANAS!!!" ~ OK tak apa. Panas ya? Biar mama pasang ekon kejap.

"Wuaaaa mama, saya lapa laaaa. Nak susuuu nak susuuuuuu!!" ~ Aih jap lagi la nenen, meh posing dulu meh.

"tak nakkkkk tak nakkkkkkk!! nak susu jugakkkkkkkk!!!" ~~~ hehe sabo jela anak mama ni ;))

Em harap harap next one, girl la. Huhu. Eceh ;))

:D

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

beesy mode (read: busy)

Salam semua :) Apa kaba? Selamat hari Selasa ya. Hmm, arini update awal pagi sket sbb lepas ni memang tak ada masa free dah. Huuu. Busy melanda. Walhal I have sooo many stories to blog about. Hukhuk. Nampaknya kena peram lama lah. Aritu mak ada teman, so mak bleh tengok2kan Khair Rayyan masa aku berinternet especially masa nak menguruskan halhal business. Bukan apa, MK pon busy. Dia almost every night ada job. Kesian plak kat suami. Dia penat gak. So kena lah lebih bijak menguruskan masa sekarang. Which is so susah noks. But life must go on. Sesusah mana pon, pasti ada penyelesaiannya. InsyaAllah. Chaiyok!! ^___^


Antara benda yang aku nak update adalah (just to remind myself) ;;)
  • Balek perak
  • Adik Khair Rayyan (adik?!! :-? )
  • Cendol terbaekkkk
  • ada lagi tapi lupa sudah. Tgk tu, lama sgt sampai lupa. kena refresh semula ni. Hokhok
Ok lah itu je, until then, chow~~

last but not least, kindly visit our blogshop HERE!
 

Monday, April 18, 2011

Mak saya, Opah dia....

Salam semua. Wuaaaa rasa sedih sangat uols. Tadi masa drive kete pegi keje, bercucuran air mata I noks.

Weekend semalam, weols hantar Mak balik Perak. Dia dah rindukan cucu2 dia kat ipoh tu. Aku pon ikot jela cakap dia, anto dia balik Perak. 2 bulan setengah uols Mak duduk dengan kami. Jadi peneman aku & Khair Rayyan di kala MK busy kerja. But now......... :(

Semalam bila sampai umah TPJ tengok bilik Mak, kosong aje. Kalo dulu aku suka menyemak dalam bilik Mak. Kalo nak masak, aku letak anak dalam bilik Mak. Bagi opah main dengan cucu ;;)

Sebelum tido lalu bilik Mak lagi. Mak takde. Ohhh kuat kuat! Jangan nanges ......

Pagi tadi macam biasa aku dukung Khair Rayyan nak bawak dia pegi umah babysitter. Masa kunci pintu, berkali kali budak kecik tu toleh pintu. Selalunya, opah tolong kuncikan. Masa opah tolong kuncikan, opah mesti cuit2 pipi tembam dia. Tapi harini opah tak ada dekat pintu........... :-S

Lepas tu aku message Mak. Cakap kat dia, Khair Rayyan cari2 opah dia kat pintu. Then Mak replied, Mak sedih and nanges.

Aku pon sedih lantas, terciptalah sungai Perak jap dalam kete. Cry me a river~~~~~~~~


P/s: Rindu emak. Wuaaaaa!!


Sent from my iPhone

Saturday, April 16, 2011

Sweet 5 Months =)

Assalamualaikum semua :)


Pejam celik pejam celik, dah besar anak mama ni. 5 bulan da uols. Dulu ingat lagi masa nak melahirkan dia, punya lah berdebar2 nak tengok anak buat pertama kali. Dan pada pandangan pertama, rasa mcm cinta pandang pertama pulak. My endless love~~~ Hubungan istimewa yang tak mungkin dapat dipisahkan hatta sampai akhirat kelak. Moga syurga itu untuk kita. Amin ;;)

Aku paling suka combination lengging dgn tees yg ni. Maka sudah merembat untuk anak sendiri. But uols dont worry. Stocks ada lagi tau! G terjah alaanggunbutik cepat! :D

5 months progress:
  • Meniarap dan telentang semula tanpa was was. Dia akan meniarap di mana saja dia suka. Atas riba semasa menyusu sekali pon jika dia nak meniarap, HE WILL. Huuuu
  • Pandai menggenggam mainan dia. Means, boleh capai (jika sampai) dan kemudiah masuk molot la apa lagi
  • Sudah mula menyembur air liur. Opah dia kata macam bunyi motobot ;))
  • Menyusu sangat banyak. Susu badan dekat sejam skali. Tapi within 4-5 hours ada feed jugak FM :( 4oz per session. Tapi selalunya hanya 2@3 fm sehari. Yang lain2 BF.
  • Tak suka minum air masak. Sebijik macam mama dia. Ke mana tumpahnya gulai kari kalo bukan ke pinggan. Eh :-?
  • Menangis buat2. Merengek2. Tapi last skali tertido dengan sendiri. Mama kejam sket taknak manjakan dia sgt :D
  • Waktu nak tuka diaper sedikit mencabar. Dia suka melonjak2. Riso aku kena pancuran nature calls. Tapi aku pandai mengelak. Papa dia sokmo kotttt kena pancut. KAHKAH :))
  • Udah sakan melompat2 kalo pegang dia sambil berdiri. Aigooo. Lenguh mak noks kalo dalam keta nak travel. Terlompat lompat.
  • Diaper masih saiz M.
  • Badan macam dah susut sikit. Maybe sebab aktif meniarap dengan melompat
  • Mulut anak aku tak biseng sangat la. Dia aktif dalam diam. Huhu. Sampai kadang2 macam rasa tak ada baby kat rumah sebab dia tak biseng. Tapi ONCE dah biseng, nonstop le pulak. Huu
  • Tu je kot. Nanti mak update lagi ye noks ;;)

Sekian, wassalam

p/s: Arini balek perak. yeay!!

Kindly visit our blogshop HERE!
 

Thursday, April 14, 2011

✿ ala anggun butik ✿: More patterns for legging & also baby tshirt!! =D...


Cantekkan?? Harus mak rembat utk anak sekali! Hehe tak sabar nak bg anak pakai ;)


✿ ala anggun butik ✿: More patterns for legging & also baby tshirst!! =D...: "Salam dan selamat sejahtera semua :) Apa kaba uols. I teruja sangat nak update blog buat kali ni. Sebab apa? SEBABBBB designnya comel2 :D We..."

Kindly visit our blogshop HERE! 

MasyaAllah

Yang pertama, ku bersyukur di atas segala rahmat kurnia rezeki dari Allah. Aminnnnnn :) Moga rezeki kami akan bertambah2 dan tidak putus. InsyaAllah. Aku yakin Allah itu Maha Adil. Rezeki yang dikurnia setimpal dengan usaha hambanya. Anda setuju tak? ;;)


Dan bila ada anak ni, InsyaAllah jugak rezeki anak tu pasti ada. Tak banyak sikit. Kalau banyak, Alhamdulillah. Heee ;p


Owh sengal2 lah rasa badan. Penat. Ya memang penat. Bukan nak mengeluh atau tak bersyukur, cuma nak mengadu je ;)) Penat tu biasalah, semua manusia pon penat. Makcik cleaner dengan buruh kasar tu lagi lah sejuta kali lebih penat dari aku kan.


Lately rasa tak bermaya je badan ni uols. Maybe makan tak ikot timing kot. Rasa seperti kuasa tak selaras dengan tanggungjawab. Nak tambah kuasa super-saiya macam otomen bleh tak? Huuu. Tiap malam aku bantai nak masak aje. Rasa dah tak suka dengan makanan kat luar. Masak jelah apa2 hatta sup ayam tiap hari. Mujur sup ayam feveret suami. Jika tidak, nahas lah aku kena masak nasi goreng thailand USA pelbagai lagi tu kan? Mak mana reti (--") hikhik.


Dah siap masak, aku berkejar menjawab email/SMS customer. Oh ya, Ala Anggun Butik ada hotline iaitu 016 233 5384. Strictly SMS ONLY *ceh iklan kejap*. Then update blog sikit, FB sikit, check in-hand stock dgn partners *stock ada pada my partner*. Items yang nak dipost plak diuruskan oleh partner lagi satu. Haaa gitu lah kiranya. Bagus jugak ada partner ni. Kalo tak ada partner jawabnya terkontang kanting lah mak sorg2. Huuuu. Kira jawatan aku adalah manage FB/website dgn berbalas pantun bersama customers. Ala2 customer sevis gitu :))


EH motip cite pasal biz??? Huuu. Ok mari tukar topik.


Kaki kecil ini, dulu menendang2 ketika di dalam rahim. Kini kaki kecil ini yang aku cari2 dan ku cium2. MasyaAllah. Semoga kaki kecil ini bila besar nanti melakukan perkara yang baik. Semoga setiap langkahnya diiringi pahala. Berjuang lah anakku di dunia yang penuh liku ini. Mama sayang kamu wahai anakku

Budak kecik ni akan bertukar bulan Sabtu ni. Bulan ke-lima. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan zuriat ini. Akan ku didik dan pelihara kebajikannya sebaik mungkin Ya Allah.


aksi hidung kembang apabila mau berteriak dan menggemparkan seisi rumah ;p
 

Dia sangat aktif meniarap. Pantang letak, pandailah dia meniarap kemudiannya terbalik pula. Lepas tu bergolek2 lah dia dalam pusingan 360 darjah. Pandai anak mama. Boleh tidur dengan sendirinya. Pandai. Senang mama nak buat kerja. Papa pon busy skarang. Demi mencari rezeki. Moga anak ini faham pengorbanan mama dan papanya.


Muhammad Khair Rayyan. You are my heartbeats.

With love; Mama


Kindly visit our blogshop HERE!
 
© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha