Tuesday, May 31, 2011

Alkisah Rayyan Dan Babysitternya - Part 2 (warded)

Bersambung dari entry sebelum ini....

Masa tu kami berada di Klinik Pakar Puchong. Terus masuk bilik pakar lepas inform anak terjatuh di rumah babysitter. Demam Khair rayyan tinggi masa tu. Almost 40 padahal luaran dia sejuk aje. Doctor pon hampir tak percaya.

Selepas di examine seluruh badan, physically dari luaran doctor claimed Khair Rayyan macam normal. Kat dalam bilek pakar, dia ada cirit lagi. So doc buat kesimpulan Khair Rayyan sedang mengalami infection dan trauma. Dapatlah ubat antibiotic utk infection, air garam sbb cirit, ubat demam. Doctor pesan, kalau dia masih xde progress sampai subuh terus bawak ke hosp. Kalau muntah pulak, x payah tggu subuh, pegi je hosp cpt2..

Maka pulanglah kami ke rumah dgn hati yg gundah gulana. Tetap rasa tak sedap hati. Tapi kuatkan semangat!!!

Yang paling sedihkan, bila balik rumah, Khair Rayyan sentiasa lapar MACAM ORG TAK MKN BERHARI2!! Memang lah dia cirit birit kan, tapi takkan lapar gila?? Aku bg ubat dia ngangaa je padahal dia slalunya bila nampak picagari bukan main menggelupur lagi! Pastu, bagi air garam sekejap je dia isap pkai botol. Sebelum ni, air suam punya payah nak telan.

Sampai kul12 tgh mlm isnin tu, ade lah dekat 10x dia cirit. Minum susu terus cirit. Bila dah byk kali tu, mmg tahap keluar air je. Ya ampun, sayunyeee. Dan pada pukul 1am, dia muntah buat pertama kalinya T___T Muntah banyak ok. Bukan sikit2 punya. Adik ipar (dia nurse di Terengganu) ade inform, jika ada muntah2 lepas 6 jam selepas jatuh, cepat2 bawak ke hospital sebab dikhuatiri ade kecederaan dalaman. MasyaAllah, aku masa tu tak keruan dah...

Sampai kat Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Putrajaya........... Cerita laju2 kat kaunter tu, pastu terus masuk unit kecemasan. Masa tu Khair Rayyan terus terusan cirit dan muntah. Memang dehidrate bangat le budak tu masa tu...

Doktor terus buat keputusan kena masuk air cepat2, kalo tak nanti organ dalaman dia pulak rosak. Especially takot buah pinggang dia rosak bila badan terlalu dehidrate dan tak ada makanan/minuman yg masuk. Wuwuwuwuwuuu.......... Bila dah over-dehidrate, nak cari urat masuk air pon susah... Sebab tulah gamba yg korang lihat pada pagi Selasa adalah begini....



Kerana, urat di kaki tangan tak timbul2... Terpaksaaaaa masuk ikot tengkok Sedih sangat2 tengok anak kena cucuk sana sini. Rasa benci sangat tengok kaki tangan dia yg lebam2. Buat aku rasa nak amuk satu hospital. Tapi nak buat macam mana kan. Dah tanggungjawab staff di sana buat kerja dah. Sampai skrg masih berbekas kaki tangannya..... tsk tsk tsk T_____T

Warded on: 24th May 2011
Time: 3am

Tapi oleh kerana susah nak dapat urat masukkan drip tu, hampir subuh jugak baru setel. Aku dgn MK laki bini dah weng weng masa tu. Masing2 blom tido walau sesaat. Lepas subuh, sempat la lelap tak sampai sejam. Tak pernah weh aku tak tidor. Dari Khair Rayyan dalam pantang pon, memang tak pernah ade kejadian yg membuatkan kami tak tidor.

Dan bermulalah episode Khair Rayyan di Wad Pediatrik. Rawatan details seperti full body xray, ultrasound, ct scan, dan paling best adalah menjadi kes polis!

Bersambung di entry lain OK ;;)


Sent from my iPhone

Monday, May 30, 2011

Today is the day. Our 2nd anniversary day :)

Assalamualaikum ;;)

MasyaAllah, 2 tahun telah berlalu. Rasa baru aje bernikah dgn MK few days ago. Eceh ;p

I hope this marriage will last forever, and will live happily lovely ever after. Amin

InsyaAllah akan ku galas tanggungjawab sbg isteri dan mama sebaik mungkin.

Celebration for this special day? Hmmm, adelaaaa. Kalo cerita tak special dah la jadinyaaa. Motip tetiba nak sorok2? Poyo lak ;))

The important thing is, my little Khair Rayyan is getting better dan semakin ceria. Semoga anak mama always sihat ok.

Sent from my iPhone

Thursday, May 26, 2011

Sambungan entry sblm ni

Gilos lah publish entry via email ni. Patotnya gamba pd entry lepas berada pd sebelum perenggan di bawah. Tapi tetiba dia taruk gamba at the top of entry Dan text yg spatutnya berada pd slps gamba missing. Paham x??? Huhu. Mujur ade kat send item kalo tak nangissss nak taip smula

------------sambgn entry sblm ini---------

Tak ingat gamba ni ditangkap sblm @ slps pegi pakar knk2. Seperti yg korang tgk rayyan dlm gamba di atas adalah sgt pucat Dan tak bermaya. Masa ni dia langsung tak aktif. Asik terkejut dan menggeletar. Trauma le tu....

@Klinik pakar kanak2 puchong 8pm. Pegi kat kaunter gtau rayyan cedera kat umah babysitter then dpt potong queue and terus jumpa pakar. Dia check semua katanya semua seems ok. Dpt ubat demam bontot sbb suhu 39 nak dekat 40 tau!! Mmg masa tu dia pakai pampers je and aku always lap lap bdn dia dgn kain lembap.

------------to be cont----------

Sorry la ek tak dpt cite abes. Nanti ada masa aku sambung lagi. Aku mmg nak cerita details sbb utk simpanan peribadi. Pengalaman pertama dan hopefully jangan lah terjadi lagi. Aminnnnn




Sent from my iPhone

Alkisah Rayyan Dan Babysitternya - Part 1

Assalamualaikum

Khair Rayyan is sleeping. The blood just been sucked like vampire. Tak sukaaa tgk darah dia kena sedut sokmo. Adoiiiii..... Sian anak mama. Ok just straight to the point lah. Sementara ada masa ni. So....the story was like this.....

5.40pm- Got anonymous call. 'ciare...akak Liza ni....blk terus tau..tadi akak pengsan masa mandikan Rayyan'... Suara dia ms tu macam sambil nangis. Aku masa tu mmg blank. Xtau ape nak pikir... Sambil sebut 'rayyan rayyan rayyan anak mama anak mama.' Ofkos la nangis kan...

6pm- Sesampai kat umah akak tu aku terus meluru masuk umah dia. Masa tu dah ada parents yg datang nak ambil anak. Ada puan W masa tu nak ambil anak dia. Puan W ni polis tau so apa2 hal terjadi aku rasa selamat sikit sebab ada saksi polis. So anonymous yg called td tu adalah Puan W sbb babysitter abes credit. Dan masa Puan W sampai umah akak tu, dia baru 10min tersedar dari pengsan...

Sesampai aje di rumah aku tgk Khair Rayyan LAIN SGT SGT!!!!! Aku dukung dia sambil nangis2. Badan dia lemah longlai lembik2 ajeeee. Airmata laju jelah babe. Babysitter pon bercerita....

Katanya.....

'Akak mandikan Rayyan last skali tadi. Dalam pukul 4.40pm. Akak dah mandikan dia. Masa nak bangun dari mandi akak dukung dia dan tiba2 akak rasa pitam lepas tu terus pengsan. Bila sedar akak tgk rayyan ade kat sisi kiri akak. Masa tu dia tgk akak n ade bunyi eee ee sikit je'

Begitulah cerita yg I was told. Nak percaya 100%?? wallahualam. Itu biarlah urusan dia dgn Allah nanti. Tapi kalo sesama manusia mungkin aku percaya 80% je dari cerita dia. Huhu. Cuma aku nak nyatakan di sini, aku mmg tak ada masalah dgn akak tu so far. Dia pon sblm ni sihat je dan tak penah pulak pitam. Ni memang kejadian pertama yg terjadi.

Tak lama lepas tu MK pon sampai. Dia tak cakap apa2. Bese lah laki Mak ni cool orgnya. Ate kalo aku dah nangis teruk tak akan dia nak join kan? Huhu. Apa dalam otak kami adalah cpt2 pegi klinik.

Khair Rayyan cirit kali pertama masa pukul 6.30pm kat rumah akak tu. Aku siap terjah toilet akak tu dan suruh dia demo apa yg berlaku. Dlm 7pm blk umah pas maghrib terus g Hosp pakar knk2 puchong sbb aku rasa itu yg plg dekat dgn umah. At that time, dah 3x cirit.

Tuesday, May 24, 2011

Kejadian pilu

Assalamualaikum

Kpd rakan2 yg masih tak tahu, Khair Rayyan telah dimasukkan ke wad pd jam 3 pg td. Hosp putrajaya. Kenapa? Pjg ceritanya. Nanti dah discaj la saya story. For now, saya merayu pd semua yg membaca entry ini agar mendoakan bayi saya sembuh dan ceria macam slalu. I miss his smile.

Ya Allah, kuatkanlah smgt ku!!!!

Sent from my iPhone

Monday, May 23, 2011

Announcement ^_^

InsyaAllah,

Dalam masa beberapa purnama lagi, eh, silap. Dalam masa beberapa hari lagi, saya akan menganjurkan contest ke-empat di blog ini. Sempena apa, tak ada sempena apa2, tapi kebetulan ulangtahun perkahwinan kedua akan tiba tidak lama lagi, jadi mungkin jugak boleh disempenakan kepada anniversary kami kot ;;)

Namun, contest tidak akan berkonsepkan ulangtahun ke apa. Clue nya adalah Kasih Sayang kot :x

Oklah, itu je kot nak warwarkan pada uols. Get ready ye. Dalam beberapa hari je lagi. InsyaAllah. Stay tuned!!

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wordless Monday ;)

Assalamualaikum ;;)



Tak adalah wordless sangat. Ade words jugak neh. Nanti asek wat entry wordless je ade pulak yang blacklist aku karang Anyway, gamba dalam entry di baruuuu je berlaku weekend ni semalam. Cuti2 Malaysia kah? Apepon, ianya tarikh keramat pada Khair Rayyan kerana pertama kali terjun kolam. Excited kah dia? At first, agak kaku dan blur blur. Tapi lama2 seronok uols. Err papanya pula yang lebih2 seronok actually




Hah ce kome zoon muka si kecik tu! SGT EXCITED di situ. Mandi sampai sejuk2 menggeletar. Lepas mandi peluk dia lama2. Bagi warm. Risau plak dia selsema batuk ke apa kan. Tapi alhamdulillah, as of this morning, takde pon selsema & batuk ;;)


OKlah thats all lah ek. So many works to do ni. Adios!!

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Saturday, May 21, 2011

Splendid weekend uols?

Nothing to tell pon actually. Saje nak tanya weekend uols camana? Mesti best kan? I know uols ni pantang cuti mesti ligat berjalan punya.


For me yang suami kerja on saturday, apa ada hal kan? Aku bersilat kot kat rumah dengan Rayyan. Apepon, anak mama baik harini. Behave sangat. Sayangggg dia . Tapi behave2 pon, aku tak sempat jugak nak buat apa2 sangat. Sempat nyental toilets je tadi. Hehe.


Anyhoo, pictures yang ditayangkan dalam entry ni last week punya. Ke week bila eh? Lupa dah mak ni pon. Ate, bersalen aritu banyak urat putus noks Huhu. Gamba2 baru pon blom transfer lagi. Nanti lah bila2 free ek. Rasa tak berapa tegar dah aku ni berblog. Macam tak ikhlas pon ada. Adekah ini tandanya jangkahayat blog ni akan tamat tidak lama lagi?


Ni memang entry fresh ni. Bukan scheduled entry tau. Rasa dah lama tak buat entry segar gini. 3 beranak tengah lepak depan TV. Papa tengah mengulit anak dia. Mama pulak ngadap lappy. Isteri mithali katakan


Cubaan Hana Tajima jadi Hana Taciare



Oklah, until next time. Chow.


p/s: Aku giat bertwitter sekarang. Jom tweet2 dekat dengan Mak ni.
Twitter I di sini ye jom twit twit. HEHE

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, May 20, 2011

Wordless Friday









Beriadah sambil melihat sunset ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, May 19, 2011

wordless thursday









my 1st solid food ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, May 18, 2011

Wordless Wednesday








Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, May 17, 2011

Selamat berjuang wahai anak. . . .

Ok sini ada luahan perasaan sikit. Sikit jelah kot ;))



Aku tak pasti bagaimana perasaan ibubapa yang lain. Tapi jauh di lubuk hati aku, aku takut. Takut nak membesarkan anak. Dan paling menakutkan apabila mahu melepaskan anak di dunia yang penuh cubaan dan dugaan ini. Zaman kita kecik2 dulu lain. Zaman anak2 kita sekarang ni lain. Budaya dah modern, teknologi makin canggih, pendidikan semakin maju ke hadapan, etc etc etc.


Jadi aku adalah takut. Aku takut nak membiarkan anak berdikari. Aku takut ................ okay tak payah cerita. Sebab pemikiran aku terlalu negatif sekarang. Aku tak paham korang paham atau tak dengan apa yang aku nak sampaikan. Tak paham pon tak apa. Sebab aku sendiri nak luahkan tak reti.


Cukuplah aku nyatakan ketakutan aku ibarat takut merendam kain putih ke dalam nila. Ibarat ni aku yang cipta, sorry kalau tak kena pada tempat. Tapi aku rasa dunia ni ibarat nila. Nila pon ada macam2 warna kan? Jadi, warna2 tersebut adalah keadaan di sekeliling kita, dan bakal mempengaruhi anak2 kita nanti.



Okay maybe ketakutan aku melampau dan agak tak rasional. Tapi itu, I'm such a negative thinker :-S Mencik lah perasaan ni. What ever it is, aku berjanji dengan diri sendiri untuk mendidik anak aku sebaik mungkin. I may not the best teacher, but I'll try my best to do my job. He's my responsibility. Our responsibility. Our little caliph.


Muhammad Khair Rayyan, mama&papa always pray the best for you.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, May 16, 2011

Carbonara

Sebelum bercuti ni jom layan menu saya minggu lepas. Spaghetti Carbonara. Haish aku suka betol la makan carbonara ni. Yang aku buat ni seafood punya version. Siap ada tiram lagi khas dibawa dari Terengganu. Mak mertua siap kupas buang kulit lagi. Wuah wuah ;;) Sayaaangggg ma :x


Hah tengok, siap ada cili padi lagi. Well melayu style. MK siap nak cicah Budu. HOW?

;))

Amek mood nak bercuti cuti~~~~

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Khair Rayyan is six months :)

Assalamualaikum semua ;;)

Wuah wuah arini Khair Rayyan berkongsi ulang bulan ke-6 bersama2 Hari Guru. Pagi tadi papa cakap kat anak dia "Harini Hari Guru. Anak papa nak jadi cikgu ke?". Mama dia mencelah "Eh apelak jadi cikgu? Jadi lah Pengarah Kementerian Pendidikan ke...". Cewah, maknye plak over. Padahal anak wat dekkk je.

;))

hat - handmade by Makteh. Feel free to drop by at her blog. Banyak gila barang2 comel. Headband for baby girl is super duper kawaiiii ;)

Buah hati pengarang jantung mama dan papa. Haaa mate dia sepet je sebenarnya. Mana ada boolat. Spesis mama dia jugak mata kecik ;))

Sudah 6 bulan berlalu pergi. Setiap saat kami bersama aku rasa nak kutip2 kan letak dalam balang kaca bole? Lepas tu bila rindu2 bleh buka balang dan tonton bersama. Eh? ;))


Anak mama, mama & papa love you sooo much!! ^__^


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Sunday, May 15, 2011

Rock melon

Petang petang yang dibasahi hujan macam ni, sedap kalo dapat menikmati buah rock melon yg dah dipotong dan kemudian disimpan dalam peti ais. Ahhh rangupnyaa!! Aritu masa balik Terengganu, mertua ada bekalkan 3 bijik buah rock melon. Tengah musim kat sana. Fuhhh potong dan simpan dalam peti ais dan makan sejuk2 bersama teh O panas. Wallah!!!

Begini rupa buahnya sebelom dipotong.

Dalamnya begini pulak. Macam labu eh?

Dan dimakan ketika sejuk2. Ahhhh mana nak dapat buah ni kat KL eh?? Hish nyesal aku tak borong 10-20 bijik dari ganu aritu. Kempunan dah nih!! tsk tsk....

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, May 13, 2011

Blogspot under maintenance??

Assalamualaikum uols.

Wuah aku main cuba jaya je ni update blog thru email. Kalo tak berjaya jugak, aku nak try update pakai phone pulak. Hehehe. Gigih giler kentang bukan? HAHAHA. Eh sebenarnya takda apa nak update pon. Saje saje je gatai tangan. Padahal banyak kerja ni noks. Apepon, mari ceria ceria since hujung minggu sudah sampei. Eceh. Padahal bukan ada plan best sgt pon weekend ni. Aku cuma berhadap Si Khair Rayyan cepat2 sembuh batuk dia. Tapi camnekan, dah mama papa dia pon batuk sama. Hmmm....


OK ols, have a blast weekend ;;)

--

Thursday, May 12, 2011

Bersama eonnie :(

Wuah rasa dah lama sangat tak balek opis maka saya rindu. Di sini (tak perlu diketahui di mana) adalah boring. Bukan boring tak ada kerja ke apa. Tapi boring sebab kena jadi super duper pantas due to too many tasks with short timeline given. Bayangkanlah, pagi dapat task kena siapkan 3 report dan perlu siapkan a.s.a.p sebab customer nak review besok. Helooo, report here is not generate report kat excel ke apa ek. Ni programming part. Kena design report for customers. Coding2, looping2, sql bla bla bla. Sapa dari bidang IT paham ler tu. Sape tak paham sila ke next perenggan. Itupon kalo ada perenggan lain ;))

Ok ada perenggan lain ;)) Alhamdulillah so far aku bleh lagi setelkan keje yang team leader bagi. Catching up catching up!! Sebab da lama tinggal Java. Dan pasal 3 report tu, memang siap. Cuma after that, I'm down with fever flu and cough. Tapi sakit bukan sebab kerja. Tapi sebab cuaca aku rasa. Dalam office super duper sejuk aircond. Nak tutup, ade plak pihak lain yang panas. Itu pon aku dah lari jauh sket dari aircond. Masa lunch kuar opis terdedah pada cahaya matahari terik pulak. Haaa tak ke terkejut badan kan? Dah tu, kena stay back pulak tapi paling lambat aku stay kul 8pm saje. Susah nak stay back bila dah beranak kecik ni. Anak pulak malam2 jenis nak mengeram dgn mama dia. Taknak isap botol walopon dalam botol tu adelah susu ibu. Lepas anak tido kul 10~11 aku sambung plak kerja opis. Adelah 2,3 kali tido kul 3. Tapi Selasa haritu aku betol2 tak larat dah. Badan dah seram sejuk. Nasib kerja dah siap. Sempat la aku deploy kerja before 8am. Naseb bleh remote. Adoiiii.


Hasilnya MC. Dah lama tak sakit teruk macam ni. Idak le teruk sangat. I mean, teruk sebab demam yang degil. Kejap kebah berpeluh makan ubat tido pastu demam semula. Dia macam liat sket. Nampak sgt antibodi aku lemah T___T Memang btul pon. Doktor pon cakap, 'last awak demam Feb now awal May dah demam balik. Antibodi awak lemah ni. Bla bla bla' tak pasal2 dapat ceramah free ;)) Tetiba doktor buat suspens 'awak tak mengandung kan??' opocot!! Aku pon jawab 'saya rasa tak kot doktor'. Doktor gelak plak sebab aku cakap RASA kot. HAHAHA macam tak sure pulak. Eh I know la, badan aku. Tak mengandunglah. Aku pasti. HUHU. Doktor pon cek nadi. Dia kata aku tak pregnant. EH UOLS, BLEH CEK PREGNANT KE TAK DEKAT NADI KE? XTAU PLAK DEN :D

Camwhore di hari bekejar ke Cyberjaya sebab nak tapau Nasi Arab. Mana lagi kalo bukan Saba'. Dah le sampai sesat 4-5 kali pusing Cyberjaya. Sambil sesat2 karaoke lagu LOVE girl from CNBlue. Best gila korean band ni. Lagu sodap2 :D

MasyaAllah, kenapa lari tajuk 100% je ni? ;)) Sebenarnya nak cakap rindu kat eonnie. Eonnie rindu saya tak? Tetiba ;)) Pastu rindu kak gee jugak. Hehe. Rindu nak makan cupcakes red velvet kak gee. Cewah ;)) Rindu mereka jelah sebab lama tak balek opis. Yang lain2 tak bleh rindu2 sebab suami orang ye harap maklum. KAHKAHHH.

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, May 11, 2011

Progress 5 bulan setengah


OK cerita pasal anak lagi. Sapa tak berminat sila close window web browser anda. Tiada paksaan pon ;))


Anyway, I'm sooo excited! Khair Rayyan got his 5 month vaccine at Klinik Kesihatan Kampung Tok Dor. Somewhere in Terengganu. Rajen2 la tgk map ye ;)) Bukan apa, kebetulan adik ipar saya Jururawat Masyarakat di situ dan kebetulan juga masa untuk cucuk 5 bulan telah sampai. Paling penting, ianya free. So bulan ni tak payah claim pada company untuk medical. Hehe.


His weight: 6.3kg
His height: 63cm (rasanyalah, malas nak tgk buku kesihatan dia ;p)


Ramai terkejut dan tak sangka bila tengok Khair Rayyan sebab dia fit aje sebenarnya. Tapi dalam gamba nampak gemok bam bam sangat. Maybe cliche dengan mak dia yang gomok so orang assume dia gomok jugak. HAHA. Namun, bila jumpa bertentang mata, orang akan kata dia kecik dan ringan aje. Huhu. Yelah tu ringan ;))



Perkembangan budak kecik ni yang terbaru adalah......eh tak ada apa2 perkembangan sangat pon. Belom merangkak lagi. Nanti dah merangkak, 1 dunia aku jaja ceritanya ;)) Cuma dah pandai angkat2 bontot tapi masih belom buat posisi nak merangkak. Dia dah mula buat gerakan mengundur. Kalo letak dia lepak2 atas toto, mesti kena selalu check sebab riso dia masuk ke mana sebab dah ada gear reverse skrg. Tak pasal2 dia masuk bawah sofa karang naya ;))


OK lah thats all. Apepon ni cerita seminggu lebih sudah. Khair Rayyan will turn 6 months on next Monday. Sedar tak sedar, sudah hampir separuh tahun umurnya.


note: this is scheduled entry. mode: not feeling well :(

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, May 9, 2011

Terbakar kampung nampak asapnya, terbakar di hati tak siapa yang tahu...

Aku suka balik Terengganu. Sebab apa? Sebab air dia sangatttt sejuk. So bila mandi rasa puasssss sangat. Bukan macam rumah aku kat TPJ ni haa, mandi la berjam2 pon, kuar je bilek air terus berpeluh peluh. Senang cite, nak sejuk on aje aircond. Baru lega sket. Tapi aku tak pasang aircond kalo anak ada dalam bilek. Not good. Huhu. Pelik tgk orang beli water heater. Aku nak water cooler aci tak? ;))


TAPI, kali ni weols balek Terengganu PANAS YA AMAT!!! Aku mandi sampai berkali kali sehari. 4-5 kali ada kot. Khair Rayyan pon mandi berkali kali sebab berpeluh sokmo. Arghhh tak bestnyaa air panas. Aku baru feeling2 nak mandi air sejuk yang best tu. HUHU. Musim panas eh kat sana?


Beginilah anak aku...


Pagi pagi kemain comei lote. Mak mertua aku slalu cakap aku suke jangok-kan anak ;)) FYI, jangok tu bergaya. HEHE. Gamba di atas pon kategori jangok ke? HAAA tunggu la Khair Rayyan  dapat adek pempuan nanti memang siaplaa aku jangok kan dia abis abisan =)) Tapi itu tah bila la, 3 tahun lagi kot. Heehee











Tapi selepas sejam dua, begini lah hasilnya. Dan berterusan lah sampai lepas Asar karang. Itupon sebelum Maghrib mandi lagi. Then baruuuu pakai baju tido. Stokin pon, dah nak tido sgt2 baru pakaikan. Berpeluh sokmo anak aku. Yang penting mujur dia tak meragam, kalo tak mesti da kena sound 'budak KL' aritu ;))

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Sunday, May 8, 2011

Special day to all mothers in the world

MasyaAllah, I am a mother and enjoying it. And for the first time in my life, I'm celebrating it as a mother. Selalunya celebrate Hari Ibu sebagai anak je. Tapi tahun ni dah naik pangkat. Celebrate Hari Ibu sebagai Mama dan juga sebagai anak. Bukankah ianya menakjubkan. Teringat lagi tahun lepas, kami celebrate hari ibu dengan makan spageti dan kemudiannya keluar bawa mak shopping ;))


Walaupun anak belom pandai wish Hari Ibu lagi, tapi rasa bangga. I'm a proud mama. Anak membuatkan kita bangga dengan cara yang unik dan tersendiri. Bangga yang rasa macam menusuk jiwa raga, tahu? Bukan rasa bangga macam dapat emas intai berlian mengelip-ngelip. Bukan. Dan bukan jugak rasa bangga macam baru lepas dapat tempat pertama dalam acara lumba lari. Bukan juga. Argh I hate describing. HAHA. Pendek kata siapa yang dah ada anak tahu macam mana rasa dia. Yang belom ada rezeki anak, one day you will feel it too. InsyaAllah ^___^


Khair Rayyan, membesarlah dengan baik baik. Mama selalu doakan anak mama sentiasa sihat cergas cerdas. Dan paling penting, anak mama akan menjadi anak yang Soleh. Pemimpin berakhlak mulia yang bakal menerajui keluarga kita kelak. InsyaAllah.

"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.."
..taken from movie merong mahawangsa ..

Tetiba rasa nak letak puisi ni bole? Sebab rasa mendalam maksudnya. Maybe sebab puisi ni adalah dari seorang ibu kepada anaknya ;;)

Jadi, apakah aktiviti hari istimewa ini? We'll wait and see. I'm not expecting something great. Spending quality times with my loved ones is enough. Syukur.

Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha