Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri

1 Syawal


Assalamualaikum semua. Apa khabar. To all muslim, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir & batin. Semoga Syawal kali ini membahagiakan anda semua. Puasa da habis, puasa 6 jangan dilupa okey? (ingatan untuk diri sendiri jugak ;;) )


So far, how's your raya? Mine is great. Tak kira di mana kita berada, raya sama je. Tetap meriah. Walaupun ibu kandung jauh di mata, tapi teknologi kan ada?? :)


Tapi rasa magic pulak sebab aku tak melantak banyak raya kali ni. Maybe sebab dah biasa ikat perut dengan PB kot. Haha. Family pon mertua pon dah tegur I kurus sikit. Ehem ;))


Anyway, kepada yang nak memulakan perjalanan tu, berhati2lah okey. Biar keluarga anda sambut anda dengan tangisan gembira dan bukannya kerana tangisan sedih.


Okey sekian saja. Assalamualaikum ;;)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 26, 2011




26 Ramadhan


Ok taknak kalah nak jugak buat kad. Huhu. Anyway, saya masih tak sihat. Sudah seminggu batuk teruk tak baik baik. Actually tak ada makan ubat apapon sebab tu lambat baik ek? Aku just makan madu dengan strepstil jer. Hukhuk. Jangan batuk tak baik baik sampai raya kang jenuhh. Mak nak melantak nasi dagang ni ;))


Ok taknak bebel banyak2. I have works to do. Actually ni bukan entry terakhir sebelum raya tapi saje je upload kad raya kat sini. I'm wishing you all Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minta maaf jika ada terkasar bahasa di belog ini, atau ada mengguris hati sesetengah individu tanpa sedar. Saya minta maaf ye. Kepada semua kawan2 yang nak balik kampung tu, hati hati lah di jalan raya okey. Jangan racing pulak atas jalan tu. Bawak molek2 deh. Sapa balek Terengganu tahun ni?? Jumpa di sanaaaaa. I ada di Ganu until subuh raya ketiga. Lepas tu chow balek perak. Heehee. Kepada kaum keluarga sanak saudara di Perak, sila bakar lemang lagi sempena kepulangan saya nanti ek. Kuikui ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, August 25, 2011

update gitu gitu je la ek buat syarat

25 Ramadhan


Assalamualaikummmmmm.


Asalnya mood raya nak mai dah, tapi........tapi............... (sigh) ........ tudung raya tak jumpa lagi laaa T____T Tadi pergi brooom broooom ke Ariani Bangi sat. Punyalah ramai manusia. Macam pasar borong je kaedahnya. Gaya ramai dia tu macam selai RM5. Tapi paling murah aku jumpa 3 helai RM100. Hmm, murah la tu kot. Aku belom ada koleksi sebab tu macam gedik2 nak beli tudung Ariani. Memang sedap tudung dia. Tapi tak ada yg berkenaan dan ada saiz. Ada yang aku nak tapi saiz tak ada. Tau tau jela muka aku yang besar kuali ni, paling paling muat saiz L. Tapi banyak saiz L da abes. Jadi aku buat kesimpulan, ramai jugak ek orang muka besar kuali macam aku? =)) Ops ;)) Ingatkan aku sorang jer muke besor. HAHA. Pastu kan ada salesgirl tu paksa aku pakai saiz S dengan M. Aku tau la muka aku muat ke tidak kan. So aku cakap la tak muat ni dik. Tapi dia cakap, InsyaAllah muat kak, cuba lah dulu. Boleh tu. Sekali aku cuba, hazabbbb. Tersengkang nampak idung jer. Tak bleh tarik ke belakang lagi. Hangin okay. Rasa nak koyak2 jer tudung depan salesgirl tu. HUKHUK. Dia membuatkan hari aku down dan terus hilang mood nak raya. Lalu aku mintak diri dan bergegas balek ke opis. Aku gitau la MK tak beli apa2 kat Ariani. And he said okay selamat duit. Motip cakap terang2 kat bini macam tu? T___T Aghhh mak merajuk ahh gini.


Jadi kesimpulannya di sini, tudung raya masih tiada. Nampaknya nanti pagi raya kena pegi saloon la nak set rambut. HAKHAK. Fengsann mak mertua I nanti kalo aku g set rambut ;)) Nak wat rambut ala2 pak itam tu. Yang tocang halus2 gitewww. Kelasss ;))


Sabtu ni MK tak jadi keje so balek ganu Sabtu pagi lar. Tapi takde lah pagi pagi sangat pon. Sebab pakcik tu nak beli suar raya kat MV. Kelass okay. So aku nak pastikan aku pon dapat jugak selai jeans, kalo tak siap dia ;)) Ada orang jual tudung ke kat MV tu? Macam takje kan? Aku rasa aku decide nak pakai tudung 4 segi macam bawal tu jer tapi ada corak2 la sebab baju raya aku plain boring gila. Aritu aku ada pegi uptown mines ni. Sumpah tak ada tudung yg aku nak. Balik2 tudung berawning tu. Nyampah okeyy (nyampah tapi pegi Ariani motip?)


By the way, semalam celebrate my besday. Thanks darling husband. Love you ^_^ Tapi malas ar cite kat sini pasal celebration beday. Yang romantik2 mana aci tulis dalam belog kan. Ehem.



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, August 24, 2011

Sian anak kena buli oleh papanye. Huhu

24 Ramadhan


Assalamualaikum semua. Lebih kurang lagi 6 hari Syawal nak menjelang. Tapi aku masih belom ada mood Syawal lagi. Aku cakap kat MK "mood raya tak datang lagi la syg. camne ni. tak feel la". Pastu ko tau dia balas apa?? Katanya "syg tak feel pon shopping da dekat 3-4 kali, kalo ada feel camne agaknya"..... Wuahhhh I murka okey??? HAHAHAHA =)) Dah la cakap tanpa perasaan, Mak sentap tauuuuuu. Huhu. Tapi serius, aku shopping sebab shopping tu profesion aku ;)) Bukan sebab nak raya pon. Mak anytime kott bleh shopping. Kuang Kuang :D


Ok jom  bercerita pasal seorang bapa yang membuli anaknya. MK kan, suka wat aksi pelik2 kat Khair Rayyan tahu? Kalo kat umah, adeeee je benda dia nak kacau anak. Elok2 aje anak tu diam, terus menangis. Tension tahu?? Tapi bila tengok, kelakar okay cara pembulian dia. Contohnya time elok anaknya baring gitu, dia nak pegi silangkan kaki budak tu, marah la kawan. Pastu kalo budak tu elok tengah main, dia rebut pulak mainan kat tangan budak tu. Adehh. Geram wehh! Time anak tengah tido dia gomol2 pulak sampai terjaga. Ayoyo ammaa appaaa! Rasa nak tampa okey papanya. Murka tahu? ;))


Dan kat bawah ni pulak, cara pembulian yang terbaru.



Masukkan kaki anak ke lubang celah stereng tu. Kelas tak? Ko hado? Takde kan? Please don't do this to your baby please. Kesian baby T____T



Anak pulak seakan enjoy di situ. Tapi last skali menangis la sebab da lenguh pegang stereng tu lelama. Hukhuk.


Oh harini Khair Rayyan dah ada 4 batang gigi. 2 di atas, 2 di bawah. Lupa nak tangkap gambo gigi atas dia ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, August 23, 2011

Iftar di Istana Budaya

20 Ramadhan


Assalamualaikum semua ;;) Akhirnya acara buffet kali ni, aku berjaya menangkap gambo dengan jayanya. Huhu. 2x buffet sebelum ni (di PICC & Shogun) tak sompek nak berposing bagaii sebab datang lambat. Kali ni di Istana Negara Budaya baru sempat nak posing. Tak ada lah datang cepat sangat. Tapi kul 7 jugak la sampai. Sebelum ni dah nak dekat azan baru sampai. Hoho


So layan jela gambar2 di bawah yer.



Cantekkan lukisan tu? Biasa lah jakun jap sebab 1st time datang IB. Sebelum ni kalo lepak2 kat IB pon tak ada lah sampai masuk dalam pon. Bese weols lepak kat IB untuk menonton konsert laman santai yang dekat open-air tu haaa.



Me and anak. Eh macam botak pulak kepala rayyan tu. Hihi. Rambutnya nipis kot kat tepi. Terus macam efek botak kehkeh ;))



Makanan yang sempat di ambil sebelum azan. Jom zoom satu satu jom ;;) *bagi aku makanan kat IB adalah sedap. Menu dia biasa2 jer tapi kualiti makan SEDAP!!*


Pelbagai kuih muih yang sedapppp. Licin aku bantai semua. MK bukan enjoy sgt kuih2 ni. Huhu

Ni pinggan aku. Sikit okayyy. Nasi tu 2 sudu je kot. Nasi beriani & ayamnya. Bersama ikan keli bakar sumpah sedap

Sayur kerabu mangga, kerabu perut dgn timun2 nenas tu. acar ke apa tah nama dia


Gulai kawah sedap gila okeyyy. Tomyam n sup ada jugak. Semua sedap.

Ni pinggan MK. Bese lah, pemakan nasik kompom penuh pinggan kan? ;))

kamben bako hooreyyy!!! Sedap okayyyy. Adoiii pengsan. Nak lagi nak lagi!!

Budak yang bosan tunggu mak bapak makan sampai tertido. HAHA


Budak yang kena marah lepas menumpahkan air. Heehee ciannn ia ;))

Ada lagi beberapa makanan yang aku tak sempat tangkap adalah, bubur kacang hijau sedap gila, roti jala wajib rasa, kuih muih pelbagaiiii lagi, salad, puding -- OK banyak gila aku makan.


Nangis lepas makan. Hehe. Mujur tak naik berat hokay. Menten je turun. Start dari awal Ramadhan, aku dah turun 5kg tau. Tapi tak ada la kurus mana pon sebab asalnya 2x ganda tong drum. Ada banyak lagi lemak kena dihapuskan ni T________T mampukah??



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, August 22, 2011

Kisah 21 Ramadhan yang menyedihkan T__T

Kisah 21 Ramadhan (note: ini entry sedih)


Semalam, merupakan hari 21 Ramadhan yang sedih + penat. Sampai aku terlupa 22 Ramadhan bakal menjelang iaitu hari jadi aku. Sahur tadi MK wish baru teringat arini besday. Actually smalam da ingat arini besday tp sebab ada peristiwa berlaku terus moody dan takda mood nak bergembira ketika orang lain sedang bersedih T___T


Subuh semalam, weols dikejutkan dengan berita sahabat baik saya tumpah darah. Dia pregnant anak kedua. Tapi bayinya adalah bayi kembar, dan udah mencapai 5 bulan. Malam sebelum tu, kami baruuu je berbuka puasa sama2 and pastu g jalan sama2. Baruuu je main usik2 perut dia malam tu T____T Sedihnya....


Dalam kul 6 am mereka bergegas ke HUKM setelah kawan saya tu pecah air ketuban dan turun darah dengan banyaknya. Darah ada di merata-rata dalam rumah. Macam ade pergelutan pulak rupanya :-s Sesampai di hospital dan scan, doktor mengesahkan salah sorang kembar telah meninggal dunia. Seorang lagi masih bernyawa tapi lemah :( Jika survive pon, chance untuk hidup adalah rendah. Dan berkemungkinan besar bayi akan pekak/buta sebab pertumbuhan organ dia belom lengkap lagi T_______T Sedih okeyyyy. Sob Sob...


Kawan saya tu terus-terusan tumpah darah dan doktor terpaksa induce. Untuk menyelamatkan nyawa ibu paling penting. Bayi-bayi keluar selang sejam. Dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia. Semalam berbuka lah kami di HUKM. Sedih tengok kawan2 ditimpa musibah macam ni. Nak makan pon tak selera. Sahur pon gitu-gitu jer.


Apepon, mereka bertuah, Ahmad dan Muhammad sedang menunggu mereka di Syurga kelak. InsyaAllah.


Rayyan lost his twin friends T__T Alamak bilik berkecah. Rayyan la sepah2kan ni HIHI ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

22 Ramadhan is my birthday ^_^

22 Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.


Pertama sekali, saya nak mengucap selamat hari melahirkan buat Mak saya, 27 tahun yang lepas ^__^ Terima kasih mak sebab melahirkan adik ke dunia ini dalam keadaan selamat dan sempurna. Walapon tak ada sempurna mana pon ;;)


Setelah ada pengalaman melahirkan, aku rasa, birthday wishes WAJIB diucapkan kpd ibu yang melahirkan jugak. Tanpa penat lelah dia bertarung nyawa hidup atau mati, tak wujud lah anak2 ke dunia fana ini. TERIMA KASIH MAK. Raya nanti kita jumpa ek... :-s Sedih lak rasa.




Husband I malam tadi wish kat dalam FB, boleh? ;)) Sebabnya I dah tido kul 10 lebih lagi. Hehe. Soo not romantic kan? Kosser la nak jaga sampai kul 12 semata-mata utk dapat live wishes. Yang penting pagi tadi masa sahur da dapat kisses wishes da ;)) Tapi tak ada adiah bole? T___T Hiks


Bangun tido pon dapat banyak gila SMS from family and friends. Comel okay wishes uols ;;) Tenkiuuuuu. Ucapan kat FB pon banyak gila jugak. Tenkiu tau uols. Love yaaa :x


I'M NOW OFFICIALLY 27 YEARS OLD ^___^


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Saturday, August 20, 2011

20 Ramadhan

Assalamualaikum ;;)


Apa kabo semua? Sihat? Amacam berbuka tadi? Mesti semua makan sedap2 ni kan? Almaklum le, time weekend la nak makan jauh2 sket kan? Hihii

Nothing much to write. Just few pictures of my little prince ;;)



Ngamuk sebab mama tak layan dia. Mogok lalu berguling. Hiks



Oooh tak puas hati lagi, so nak mogok lagi. Berguling2 tu. Sambil nangis tapi tak ada air mata. Soooo actor la anak mama ni ;))




Ok da puas amuk. Makan tangan spongebob pon sodapppp. Hihi


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 19, 2011

Upcoming weekend!

19 Ramadhan


Assalamualaikum semuaa ;;)

Jom buat list apa nak buat on weekend ni jom. Hehe
  • cat rumah
  • basuh langsir
  • cuci cermin tingkap
  • cari buluh lemang
  • cari daun kelapa nak anyam ketupat
  • buat 10 jenis biskut raya

Okay tak tipu je. Semua ni berlaku dalam mimpi je kot ;)) Anyway to-do-list minggu ni adelah........
  1. Basuh baju raya 1 family
  2. Pergi Jln TAR untuk mendeko-deko baju raya I ;;) and also beli tudung bawal raya for me. Bukan tudung express/ekin tau. Kosser la nak pakai todom macam tu. Menembamkan muka aku lagi adelah.
  3. MK kata nak pergi Sogo beli suar jeans dia, so aku pon nak join beli jeans for me. Hihi
  4. Baju jalan jalan anak Dah beli kat JJ masa rest tadi. Rembat 6 pasang pulak tuu. Abes laa laki aku membebel kang huuuu ;))
  5. Buat 2 jenis biskut raya. Cukup lah 2 tu. Nanti before blk kg nak buat kek dgn apam polkadot pulak
  6. Em tu je kot. Hihi
Until then, bye! :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, August 18, 2011

Anakku sakit..

18 Ramadhan


Dugaan. Cobaan. Cabaran. Merujuk tajuk entry di atas, anakku sakit............. Hmm, memang dari last week dia selsema sampai meleleh leleh ingus. Then datang batuk pulak. Ni cuti Nuzul Quran semalam, demam pulak on off. Aku suspect dia demam sebab nak tumbuh gigi lagi. Sebab dia suka main2 lidah kat gusi atas dia tu. Demam ok lagi, tapi batuknya...................masyaAllah............T_____T


Last skali pukul 2 sama2 la nangis dengan anak T_____T (pastu kena marah dengan MK sebab nangis T___T) Sbb dia batuk + jerit + menangis tapi TAK ADA SUARA. Bleh bayangkan tak kesedihan aku???


Gambar selingan

Anak mama, get well soon. Harini aku nak cuba dapatkan ubat kat Homeopathy pulak (betul ke eja gitu?). Hopefully ada kesan la. Sedih la macam ni. Tak ada mood nak buat apa2 sebab anak sakit. Nak sahur pon tak ada mood. Now terasa lapar gila sebab tadi makan tak seberapa. Anak oh anak! Get well soon tau! Nanti mama beli baju raya kalo cepat sembuh (rasuah mcm ni ok x?)


Until then, bye. No mood no mood. Arghhh!



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, August 17, 2011

Taknak buat wordless wednesday huhu

17 Ramadhan


Assalamualaikum semua ;;) Wuahhh bestnyaaaa relax relax kat rumah. Bersyukur jadi warga Selangor sebab harini cuti. Muehehe. Syukur jugak jadi warga Selangor sebab bil air free tiap bulan ;)) Erm sorry this is not a wordless wednesday okay. Rasa tak lengkap hidup kalo tak membebel. KAHKAH.


This morning about 4am macam tu kami keluar untuk bersahur. Sahur kat McD Tmn Equine aje pun. Sementelahkan cuti apa lagi kan. Jalan jeee. MK pon cuti gak sebab PJ oso Selangor. Kalo asben keje KL sangap ek kena duk umah berdua dengan anak je arini. Huhu


Tapi, cuti cuti pon my husband still ada job. Arini ada 2 job. Boleh lah, rezeki bulan Ramadhan. Untuk cover2 expenses kan. Jadi laaa dari tak ada langsung. Alhamdulillah :)


Sila abaikan kesemakan rumah. Penuh bantal sebab taknak budak ni terhantuk. Ntah bila nak beli pagar play yard tu ntah la. Gila mahal hok tu. Yang terpakai pon almost 300. Yg baru mau la 600 kot. Hmmm

Gambar di atas adalah gambar sebelum pergi berbuka di picc aritu. Mulanya nak pakaikan kasut kat si kecik tu. Budak tu memang susah nak pakai kasut tau. Tapi da lama tak cuba pakaikan. So saje ar testing. Skali dia tak suka kooo pakai kasut. Adoiii mujur mama beli RM20 je kat Sogo aritu. Kalo 50 hengget, tak ke rugi!! So raya ni, berkaki ayam le kamu ye anak.



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, August 16, 2011

picc buffet

Alkisahnya hujung minggu yang lalu, company tempat aku kerja ada anjurkan sessi berbuka puasa bersama2. Tempatnya adalah di PICC, Putrajaya. Sama macam tahun lepas ;;) Tahun ni datang ke buffet ramadhan picc lagi bersama budak kecik yang sudah berada di luar perut. Dulu dia dalam perut mama. Hikhik ;))


Tema buffet Ramadhan di PICC tahun ni adalah "Suasana Sahara". Maka wajib lah ada nasi Arab yang sedap tuuu. Hihi. Then ada kambing tergolek tu masyaAllah sedapnyaaa. Nanges makan sebab sedap sangat ;))



Gambar makanan tiada. Gambar manusia lagi lah tak ada :-s Adeh... Bukan apa, kami ditimpa musibah waktu ontheway nak ke PICC. So sampai pon lambat. Takada masa nak tangkap2 gambo bagaii kan. Kereta MK rosak masa kami dah memulakan perjalanan dalam 5km macam tu. So balik ke rumah dengan kelajuan 10km/j dan naik kete aku pulak. Udah ler kekasih gelap aku tak ada roadtax tau?? Bertangguh-tangguh bayo, last skali amekkk ko. Main redah ke PICC tanpa roadtax. Kelasssssss. Ko ado? ;)) HAKHAK. Tapi arini kete aku dah ada roadtax dah. Dont worry ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

TQ visitors =)

=)


This week, unique visitors belog ni agak mencanak naiknya. Mak sangat terkejut okey! Apepon, thanks to all visitors. I know ramai yang google resepi bulan2 pose ni. Aku ada a few recipes nak kongsi dengan uols namun, susahhhh beno nak tangkap gambo masa main masak2 kan. Dulu single mingle anak tak kuor lagi bleh la. Now, no no no ;))

Enlarge for clearer view. 21 online visitors tu. Kelasss :p

Tahun ni beraya dengan duit raya dari nuffnang la kekdahnye. Ehem ehem ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

happy 9 months anak mama! =D

16 Ramadhan


(Bersamaan dengan 16 Ogos 2011)


Bismillahirrahmanirrahim ;;)


Sudah 9 bulan berlalu peristiwa di labour room. Tapi rasa macam baruuuu je abes pantang. Bole? ;)) Hakikatnya sudah 9 purnama Khair Rayyan lahir ke dunia ni. Syukur, dia adalah seorang bayi (bayi ke lagi?) yang sihat, cergas dan ceria. Caaaayang dia :x


9 months progress adalah:
  1. Aktif tu tak payah mention la ek macam mana. Nama pon anak lelaki. So paham paham sendiri lah ye aktif dia macam mana ;))
  2. Gigi dua batang di bahagian bawah. Namun, dua batang gigi di bahagian atas pulak macam nak keluar dah. Nampak putih dah gigi dia. Kalo raya nanti da tumboh, bleh makan nasi dagang dah :D
  3. Sudah boleh merangkak bangun berdiri duduk dengan stabil. Tapi kalo berdiri tu kena ada pemeganglah. Jika berdiri di sofa, dah boleh meniti berjalan dah.
  4. Sudah pandai mengimbangi badan. Berdiri tanpa pegang apa2 selama 5-6 seconds. Raya karang udah selangkah dua kot. Hihi.
  5. Tidak mengutip barang dan tidak masuk ke mulut. Ni aku memang lega.
  6. Takde meleleh air liur. Syukur jgk.



Ni kalo berdiri kat stand fan ni, dia suka je lepas tangan dan buat mama papa sakit jantung T___T Tapi skang pandai dah dia. Bila jatuh pon, dia jatuh duduk. Pastu bangun balik, lepas tangan balik dan jatuh terduduk balik. Ulang sampai lapanplohlapankali ;)) He's wearing pocket CD from BummiaKids. Suka sangat. Material sangat lembut dan cepat kering. Kalo dia pee pon, tak terasa basahnya. Magic!



Kalo tengok tv ini lah rupa dia. Bekeng ork rupa dia? ;)) Kalo orang halang pandangan dia tengok tv, dia akan tepis2 orang tu. Saboo jela. Tapi dia tak ada lah addicted sangat dengan tv. He prefers playing his toys lagi. Em tu jela kot update pasal Khair Rayyan 9 bulan ek. Berat? Aritu last timbang masa dia demam, 7.4kg on his 8 months and 3 weeks.


Ok thats all ya! Selamat berpuasa semua ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, August 15, 2011

2 is my lucky number

15 Ramadhan


Today is a very special day. We have been married for 2 years 2 months, 2 weeks & 2 days ;;) Secara kebetulan, aku suka nombor 2. My other favourite number is 7. Takde motip napa suka kedua-dua nombor ni. Tapi secara kebetulan jugak nombor 2 dan 7 selalu membawa tuah dalam hidup aku. Ewah mcam tuah ape je kan. Naseb je kot ;))



Pantas betul masa berlalu ek uols. Dah 2 tahun rupanya aku kawen dengan MK. Apesal rasa macam baruuu jer kan. Anak pon dah nak masuk 9 bulan esok. Wuahhhh blink blink je rasa, kejap bebeno.


Cukup la ek entry ringan-ringan. LAPAR ni. Hukhuk


*oh teringat kambing golek malam td. Slurp. HAHA


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

His favourite porridge :)

..................is chicken porridge :D Kalo aku buat chicken porridge ni, serius sangat laju dia makan. Bagi sesuap, nganga lagi, bagi sesuap nganga lagi. Kalo lambat suap, jerit okeh! HAHA.. Sabar jela anak.


Chicken Porridge for Baby
--------------------------

Okay nak bagi resepi ni, sila salin sekarang! Get ready with your pen and paper ye ;;) (cc: mama imani alias bini edy HAHA)


Bahan-bahan:
  • Segenggam beras
  • Isi ayam secukup rasa
  • Sedikit bawang putih & halia
  • Sayur carrot/brokoli (optional)
  • Daun sup & daun bawang sikit jer.

Cara-cara masaknya adalah:
  • Basuh beras dan masak macam masak nasi biasa. Cuma air tu kasi banyak la. Sebab nak buat bubur kan. Penuh 1 periuk dengan air pon tak pe.
  • Masak dengan api sederhana sampai air da separuh macam tu, masukkan ayam. Ayam tu cincang2 la kecik sket. Then masukkan bawang putih & halia
  • Masukkan sayur apa yg anda mahu. Last skali masukkan daun sup dan daun bawang. Siap!
  • Blend jika mahu.

Tara!!

Haaa senang je kan. Tapi serius sedap uols. Masa masak ni, wangi bukan main okey. Rasa nak bukak pose aku dibuatnya ;)) So apa lagi, selamat mencuba!!



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Sunday, August 14, 2011

Cap ibu dan anak

Bravo! Ada 2 entri pada hari Ahad. Sesuatu yang mentakjubkan okeh? Bukan senang nak saksikan kejadian ni. Sila tepuk tangan please ;)) Anyway, sedang menunggu anak bangun tidur, agar boleh dimandikan dan boleh disiapkan dan kemudiannya bergerak lah kami ke destinasi berbuka. Acara berbuka anjuran kompeni tempat I bekerja. TQ BOS :)


Nak tau di mana? Tunggu la I update entry later okeh ;;) Namun, jika ada yang terserempak, sila hye hye. Eceh gila glamour pulak minah ni. Tampa nak? :D


Benci dengan jerawat bertalu talu kat dagu aku? Benciiiii. Apesal hah???

This is us. My little son was wearing baby tee My Mommy is a HOT Blogger Mom. Adeh. HOT?? Uhuk uhuk. Terbatuk japs ;)) Hot la ek? Malu seh kalo ada orang baca apa tertulis kat baju anak then lepas tu orang tu tengok MAKnya untuk mengecheck HOT KE MOM budak ni?? Skali tengok maknye, hampehhh.. Gila kusut masai =))



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Lasak dah wei

14 Ramadhan.


Nowadays, nak membawak budak kecik ni ke taska pegi balek adalah cabaran. Namun aku kena galas jugak tanggungjawab ini. Sebab MK masuk keje kul8. Kalo dia yang anto anak, sah sah la kul 7am lagi udah kena angkot anak naik kete kan. Alahai tak sampai hati rasanya nak bagi anak pegi taska awal2 sangat. Biarlah aku bersusah payah anto dia sebab aku masuk lewat. Bulan puasa ni, kul 8.20am baru anta anak sebab I masok opis kul 9am. Curlasss tak? ;))


Aku tak kesah pon anta amek anak ni. Suke jer. Namun bila dia dah besar sket ni, rasa payah gak woo. Sebab . . . . . .
  1. Dah pandai memberontak kalo nak pakaikan seatbelt. Banyak kali jugak aku tewas dan tak pakaikan dia seatbelt. I know, my bad. Walopon taska tak jauh mana, safety first kan? Tapi bila dia mula meronta dan menjerit jerit, aduhhhh....
  2. Andai dapat pakaikan seat belt pon, dia akan meronta nak bangun sambil menjerit jerit. Dia nak bangun jugak. Sampai merah padam muka. Aku yang tengah drive ni tak ke panic kan?

Dulu bole gak rasuah apa2 kan. Macam toys ke, kekadang, aku nyanyi pon dia bleh senyap. Zikir ke... Tapi skang, idakkk. Dia kalo dah start tantrum tu, mak pon rasa nak nangis ;))




Antara aksi aksi dalam carseat. Anyway, masa ni papa dia drive. I dok belakang bleh la jadi cheerleader menghiburkan dia kan? Huhu. Kalo sorang, papa dia pon kadang surrender gak ;)) Cuma the good side is, kalo long term punya journey, konfem dia akan tido nyenyak. Macam balik Terengganu baru baru ni, belom kuar taman lagi dah tido. Pastu menyusu badan sikit2. Then, ada minum susu botol skali kat LPT. Selebihnya tido. Kelasss tak? ;)) Masa on the way balik sini pon sama. Tidoooo je. Huih senang jugak ek ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Saturday, August 13, 2011

Belanjawan Bulanan

13 Ramadhan


Assalamualaikum semua. Selamat hari sabtu ye. I bet ramai yang keluar mengerjakan duit gaji/bonus raya arini kan? ;)) Uols ni pantang nampak okey, terus nak abeskan duit ye. Hepp, bese tu. Babap kang nak? :D Anyway, dalam berbelanja tu ingat ingat lah pada hari yang mendatang okeh. Especially pada yang dah ada anak (actually nak tuju kat diri sendiri ni, jangan ada sesapa terasa plak huhu) kena lah extravaganza beringat-ingat nye. Shopping shopping jugak, jangan lupa keperluan anak tu kena utamakan oiii. Kang kalo tak cukup budget kang camne? Nak ganti susu dengan biskut raya? Nak tukar pempes dengan baju raya ke? Haaaa hazaaaabbbb ;))


Kami pilih S26 gold sebagai susu tambahan untuk anak. Dont forget. BREASTMILK IS THE BEST MILK IN THE WORLD OK? =)


Jadi untuk menyelamatkan situasi, kami sediakan payung sebelum hujan. Sebelum berbelanja untuk raya, kami borong dulu susu dgn pempes anak. Haaa sekotak susu tu, ada 5 ke 6 kotak ek? Tak ingat plak. Mau la 3 bulan jugak kot nak abes kan. Sebab Khair Rayyan masih lagi menyusu badan secara tegar. Tapi dia bukan pencinta EBM dah sekarang. Mula dari umur dia 7 bulan aritu aku udah setop mengepam sebab dia takmo EBM T_____T frustrated tahu (hok ni cite lain entry la ek. panjang ceritanya). Pempes pulak, weols dah cuba berjinak2 dalam memakaikan cloth diapers pada anak. Tapi tak full-time lagi. InsyaAllah kat rumah, aku akan usahakan untuk sentiasa pakai CD. InsyaAllah ;;)



Ini lah budak yang pakai CD tu. Gomok ek montot ia ;)) Sexyyyy gitu. Hakhak.



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, August 12, 2011

Laksa Sarawak :)

Syukur alhamdulillah akhirnya dapat jugak lepas gian makan laksa sarawak ;;) I likeee sangat2. Padahal sebelum ni baru sekali je makan laksa sarawak kan, tapi gian nak makan tu melampau. Maybe sebab bulan pose kot. Napsu makan membuak buak. Sampai order terus dari Sarawak kooo. Kelaaaassss. Ko ade? ;))




So this is my laksa sarawak =) Sedap la pada tekak aku sebab aku teringin sangat2 kan. Tapi kuah a bit cair. Namun, sodappppp. Adoi teringat lagi rasanya. Slurp slurp! 1 paket bleh dimakan oleh 6 orang la gitu.




The details. Yang kelakonye, dah azan pon tak siap2 lagi. Mujur MK ade beli lemang, so makan laaa lemang and rendang dulu. Hihi. 5 minit lepas azan baru la terhegeh2 nak mula makan. Aummmm. Slurp! =p



p/s: Ini adalah gambar pertama masakan aku di bulan Ramadhan
tahun ni. Menakjubkan kan? 12 Ramadhan baru tepek gambo.
Kalo taun2 lepas, 1 Ramadhan dah gigih tayang makanan ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha