Friday, September 30, 2011

Nyumm nyuummm..mama i want to eat ^_^

Assalamualaikummmmm. Happy Friday :D


Ewah asal jemaat jer happy kan? Ofkos la hepi noks ;)) Tapi pitih ni tade gane? 3 hari bekerja gak nak tunggu clear tu. Aigooo. Sangap mak ;)) Oh ye, arini Rayyan's last day at taska. Starting from next Monday dia duduk umah cikgu julia comei. Hihi


Em dalam 2 minggu ni Rayyan da kuat makan uols. Asik nak menguuuunyahhh aje. Maybe korang rasa agak lambat sebab dia kan da 10 bulan kan. Tapi oleh kerana anak aku bukan jenis mengutip barang dan masuk mulut so dia agak lambat nak memasukkan barang dalam mulot. On the other hand, memang lega sebab dia tak masukkan sembarangan dalam mulot dia. Senang la keje aku kan hehe. Cume lately aku tengok dia kadang ada masukkan henpom dalam bulut but not secara extreme la. Maka aku pom cuba try test bg biskut. Sekaliiii, dia makan sampai abis. Tak percaya weh! Memula ingat dia g buang ke biskut tu kan. Aku cari cari cari, memang tak ada kesan biskut dibuang. Then bg lagi 1, abes lagi. Wuahh kelas kau ;))


Dan di bawah adalah aksi2 beliau makan biskut dia tu. Aku beli biskut baby perisa pisang. He likes it ;;)


APE NI BUDAK KPOP RAMBUT SERABAI? MANE KELASSS KAN HUHU
Nomotnyeeeww anak mama. Hukhuk


Bila biskut makin mengecik dia makin susah nak pegang. Hehe

Kadang2 sampai tergigit jari then menjerit2 marah Kuikui

Sekian saje kisah budak yang baruuu kecoh2 nak makan biskut secara sendiri. Hehe. Hmm, dah 10 bulan dah kamu anak. Mama rasa nak buat makaroni cheese untuk kamu this weekend. Bleh mama tumpang makan sama. KAKAKAKA =))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, September 29, 2011

Fly oh fly away . . . . .

Assalamualaikummmm. Salam Khamis. Salam 1 Malaysiaaa ;;) (anak sedara aku cakap malaysia tu memeyshia ;)) Kelako ok)


Ok first of all, nak tayang laki Mak dengan anak bujang Mak dulu ;))


Insan2 hensem dalam hidup Mak :">

Sebenarnya entry ni direquest oleh Sang Suami (SS??) hehe. Dia paksa I up kan entry dia main heli dia. Gedik kan nak menyelit dalam belog bini? Belog sendiri ada tapi percaya lah, hanya ada 2 entry jer dari tahun 2009 dulu =))


Heli baru panaskan enjin

Actually da lama dah gamba ni. Masa beraya di Perak (yang 1st time balik) tu. Masa gambar ni dicaptured we all dah on the way balek ke KL, tapi tetiba lalu kawasan lapang. Apa lagi? Menggeletis la MK nak terbangkan heli rc dia tu. Layankan jela ekk. Kesian da usung heli ke sana ke mari tapi tak dapat terbang. So aku bagi chance ar kat dia.


Fly oh fly...
Main la dalam 10 minit cukup lah. Hari pon panas. Matahari tegak atas kepala. Kosser la kan. Aku kan golongan puteri lilin. Lilin la sangat tapi apesal hitam je ko?? =))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, September 28, 2011

Nasi lemak cinta. Eh?

Assalamualaikum semuaaa...... Selamat pagi dan selamat hari rabu ye ;;)


Dah dua tahun lebih kawen rasanya ini baru kali ketiga aku masak nasi lemak. Hehee. Itu pon aku masak masa Mak ada kat umah aku sebab mak suka nasi lemak. Kesian kan? Patotla MK kurus jer kan sebab aku malas masak. Cian laki mak :-s OK takpe takpe, nanti mood masak datang I masak sedap2 k. Hikhik....


Alkisahnya, aku sangattttt jaranggggg masak nasi lemak sebabnya MK tak suka makan nasi lemak tau uols. Sebab pertama, melalui pemerhatian aku kebanyakkan orang Terengganu memang tak suka nasi lemak. Even mertua aku tak pernah masak nasi lemak pon tau. So MK tak pernah makan homemade nasi lemak.


Sebab kedua, MK buat kesimpulan nasi lemak tak sedap sebabnya yang dekat KL ni nasi lemak jual tepi2 jalan, yang jual bungkus dalam daun pisang semua tak sedap katanya. Well, ada benarnya jugak. Tapi ada je yang jual nasi lemak sedap. Dia je bernasib malang asik dapat yg tak sedap kot =))


Kesimpulannya masak sendiri kat rumah ikot kemahuan anak tekak sendiri lagi best. Tak sedap taraf hotel 5 bintang pon tak apa sebab puas hati, kan? ;;)


Nasi tak nampak plak, timun segar sejuk dari peti ais, ikan bilis rangup, sambal ikan bilis pedas pedas light dan telur tak ada mata ditabur blackpepper ;;)

Yang penting MK puji sedapppp. Dia kata lagi bleh la kita berniaga nasi lemak mesti kita untung sebab orang lain jual tak sedap. Aci tak dia cakap macam tu? Mulut tak cover langsung ;))


Kebetulan aku masak banyak dan terus bagi kat rumah kawan2. Alhamdulillah licinnnn. Aku memang suka masak banyak dan bagi kat orang lain. Huhu. Pastu orang selalu risau segan nak pulangkan tupperware kosong kat aku. I tak kesah la uols. Tak pernah nak harapkan apa2 balasan pon. Kosong pon kosong lah ape ada hal kan ;;)



Last but not least, budak baik yang behave masa mama masak kat dapur. Walaupon dekat 100x dia merangkak ke dapur check aku ade ke tidak. Heee ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, September 27, 2011

Now I know my ABCs

Hellooo =)


Jika nak dibandingkan anak aku dengan orang lain, rasa macam kesiannya kat anak mama. Babies lain umur2 macam dia ni mainan dah berbakul2. Macam2 jenis toys, cars, teddy bears etc. Tapi Khair Rayyan cuma ada beberapa buku dan soft toys yang aku beli. Mainan lain ada la jugak macam yg berbunyi loceng2 tu, tapi itu hadiah orang bagi la.


Weols rasa taknak expose kan sangat anak dengan mainan2 yg tak perlu dari awal. Macam kereta, robot etc. Dah la benda2 tu tajam dan bleh tercucuk kat badan kang berdarah camne? Aku memang paranoid sket. Bukan taknak bagi dia main benda2 tu tapi NOT YET. Nanti beli masa umur dia dah bleh menghayati permainan tu. Dulu mase mama kecik2 tak ada pon toys hebat2 wahai anak, tapi dapat gak degree and keje =) Syukur... Yang penting kita kena berusaha, kita bukan orang kaya... Tapi mama and papa akan buat yang terbaik untuk anak2. Eh plural?


So untuk kategori dia beli benda2 yang selamat dan untuk pembelajaran awal. Ini pon sebagai hadiah ke-10 bulan ;;)


Ada sapa nak order? PM me alaanggunbutik@gmail.com HEHE

Tu dia tengah bersembang dgn tikar ABC dia la tu ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Lumut, Perak

Assalamualaikum semua =)


Wuah ada lagi rupanya entry post-raya. Muehehe. Entry pasal openhouse malas la nak cite ek. Mana2 openhouse pon makanan lebih kurang jer. Semuanya sedap. Takyah la nak tayang gamba makanan ek. Nanti nampak sangat la tuan belog ni gemok sebab suke mencekikkkk aje kan ;)) So kaver kaver la sket noks :D


So, aritu balek kampung untuk aktiviti post-raya sempat la jalan2 sekitar Lumut. Kalo cuti ada banyak (read: duit ada banyak) bleh la lajak2 ke Pangkor kan. Macam best je tengok feri ke Pangkor lalu lalang depan mata. Hukhuk


3 generasi. Mak, adik beradek kami & anak2 kami :)

^____^ LOVEEE

Rinduuu kat semua. Bila ek dapat jumpa lagi T__T

OK tu jer, bye.. :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, September 26, 2011

Kids and technologies.

Assalamualaikum semuaaa =)


Camne semua? Sihat? Aku sihat. Anak bujang aku plak makin recover virus bintik2 dia. Nanti la bila dia da elok sepenuhnya aku buat 1 entry kronologi virus dia tu ek, beserta gambonya ;;)


Actually arini nak membebel pasal pengaruh teknologi terhadap anak anak kecik kita. Kalo few years back, budak2 da pandai main game kat desktop. Yang makpak kaya sket ada laptop. Usung ke sana ke mari. Yang PS2/3 tu toksah cakap lah, dah lama dah revolusi tu. Nak hebat sket pakai Wii kan. Kelasss kau maria ;))


Revolusi yang baru tapi tak berapa baru sangat pulak adalah revolusi iPhone/iPad punya games/applications. Masa balik kampung aritu kat Ganu sepupu sepapat yang kecik2 hatta baru tadika dah mengusung iPad/iPhone sorang satu. Dok main game la bagaiii kan. Seram kan??


Malah anak kawan aku yg berumur 1 tahun tu dah pandai guna iPad tau. Pandai guna means da pandai lock/unlock pehtu pandai bukak tutup application dia. Wuahhh mak kagum okeyy.


Bintik2 masih bersusun di tangan, nampak?

Dan lately aku baruuuu jer menjebakkan anak aku dengan iPhone applications. Since dia dah pandai pegang barang tanpa menghumban sesukahati, maka bleh la introducekan iPhone kat dia. Macam2 la application aku download macam ABCs song, Alif Ba Ta, lagu2 untuk baby, etc etc. Bagus jugak rupanya application ni. HAHA. Itu pon kena bagi pegang masa aku depan dia. Aku khuatir jugak dia membaling ke lantai. Nangis ok kalo iPhone kena baling ke lantai. Mahal tu nak. Mama mampu beli satu jer. Kalo kaya dah beli 4 bijik =))


Eh ini bukan entry tajaan iPhone ek. Bukan promote iPhone jugak Hewhew. Sebab ramai yang tak suka iPhone rupanya. Tapi aku sukaaa gilaaaaa. Ada aku kesah?? ;))



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Saturday, September 24, 2011

Santai Sabtu

Tenang je ;;)


Eh tenang la sangat ;)) Tapi standard la kan bila ada anak kecik ni, dalam tenang2 tu ada gak kekadang menjerit sana sini. Bukan menjerit marahkan si anak (kejam noks nak marah anak yg tak sehat), tapi TERjerit bila anak buat aksi extreme tanpa mengetahui perbuatannya itu adalah extreme. CONTOHNYA.... Tak payah la contoh2 ek. Paham2 sendiri la. Majoriti yang baca blog ni pon mak2 jugek kan ;)) Or...mom-to-be, you akan bakal mengalaminya tak lama lagi. Bride-to-be a.k.a anak dara, bleh catat dalam diari dulu OK. Hihi


Dalam tenang tak tenang tu, layan jela anak ni kan. Dia tengah aktif nak belajar macam2 umur waktu ni. Jangan dihalang kehendak dia bermain tu. As long as tidak merbahaya layankan aja. Plus, umur macam ni, dia bukan ada kehendak nak sopim bagaii lagi. Asik asik, mak dia jugakkk yang gila sopim kan? ;)) Ehhh aku ke? :D


Nanti dalam setengah tahun lagi, anak aku pon akan ada kehendak bershopping jugak kot. Seram ok. Mintak2 anak aku takdela ikot perangan aku yang suka merampuihh (ngamuk) bila tak dapatkan sesuatu. Mak cite aku dulu selagi tak dapat barang yang aku nak, memang siap la mengamuk berguling2 depan kedai kan. Hmm, well...jika anak mama ikot perangai mama, what can I say? T____T But hopefully tidak lah ye sayang? Buruk bebeno rupanya berguling depan kedai tu sayang oii. Dan lebih buruk la mama nanti berteriak depan kedai jugak. Maluu ohh ;)) But it's ok. Nak tak nak waktu tu akan sampai jugak. Bezanya, how to handle the situation. So, sila google parenting tips NOW!!!








.....





...



Geram nak tangkap laptop. HUHU

Hasil tangkapan hari ini. Sorry sebab gambar berkualiti rendah. Ni pakai webcam laptop ni. Asalnya aku pasang video rancangan kanak2 Hi5 tu. Khair Rayyan sukaaaa sangat show tu tau. Aku pon layan jugak sebab it's so interesting tau. Bila ada lagu menari2, anak aku pon sibuk la berjoget jugakkk. HAHA. Tapi lama2 dia boring dan mula lah nak bercakaran dengan laptop ni. Huhu


Gedik bila nampak muka sendiri dekat skrin laptop ;))

Ops, separa vugel anak aku. Layan jela ek kuikui

Oh, minggu ni tak dapat attend semua openhouses, weddings, engagements, kenduri lain2 yer. Harap maap yer uols. Aku taknak amik risiko. Budak ni dah la sedang recover dari virus, kang tak pasal2 dapat virus lain plak kat tempat awam kang. No no no.


Until then, chow :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, September 23, 2011

Post-Raya (Pictures)

Assalamualaikum ;;)


Kesah sambungan balik kampung haritu. Layan gamba je ek.


Keluarga kecil ku :')

Makan laa ape lagiiiiiiii ;))

Isteri sepupu (miza) dan anak mereka yg baru 3 bulan. Comel okeyyy Azfa mcm cina :D

Me with my sis. Mama si kyra kyrin la sape lagi yg suke bergambo over =)) larikkkk...HHAHAHAHA

1 happy family. Aqwa macam tersepit je. Kuikui ;))

Sekian saje.


Anyway pasal bintik2 kat Khair Rayyan tu, terharu mak dengan kawan2 yang prihatin macam uols ni tauuu. Silent reader pon tetiba unsilent da kann.. Comel jek ;;) Ramai yang assume chicken pox n HFMD. Even aku sendiri pon ingat cikenpox/hfmd. Tapi bila tengok2 balek kompom bukan. Sebab:
  • Ianya bulat besar2 (hfmd kecik)
  • Ianya tidak berair. Cuma timbul2 gitu.
  • Bila bintik2 tu surut, jadi parut wane merah.
  • Kering dah tak berbau (xde nanah jugak)
  • Tak gatal (so dia tak menggaru)
So, what say you? Betul la kot perkiraan doktor ianya VIRUS maybe disebab kuman sebab umah aku tak bersih. Pendek kata, salah sendiri jugak. From now on, sila make sure umah bersih dan mop tiap hari okkeyyy. EH, JUMAAT LEPAS RAYYAN IS 10 MONTHS. Termissed nak wat entry 10 bulan sebab balek kampung. Kui Kui.



Last but not least, please pray speed recovery for my Khair Rayyan yer uols. Moga Allah dapat membalas doa2 korang. Dia Maha Kaya. InsyaAllah.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, September 22, 2011

2 3 hari ni kecelaruan fikiran sikit . . . .

Alahai macam la aku sorang yang kecelaruan fikiran kan? Padahal orang lain macam PM tu ada masalah negara lagi la dahsyat. Aku ni baru stress sikit dah nak nangis ;)) Tapi aku rasa menangis memang dapat menyelesaikan stress kui kui. Tambah2 plak menangis masa tinguk pilem industannnn. Kelasss kau maria :))


Stress aku sah sah la pasal bintik2 merah pada si anak tu kan.... Tak hilang lagi uols. Mak risau niiiii. Pegi pakar dah 2,3 kali ni. Ubat dah macam2. Arghhh aku tensennnn. Semalam dengan hari ini husband aku dah berkorban untuk cuti. Aku dapat cuti sebab ada kerja. So besok sah sah la giliran aku pulak yang cuti kena jaga anak. Berkorban apa saja kan uols. Bukan tak percayakan kredibiliti staff kat taska, tapi lebih puas hati aku/husband yang jaga sendiri. Walopon kami jaga tak seperfect mana, tapi akan cuba yang terbaik!!


Actually merah2 kulit si anak aritu dah bertukar kepada bintik2 yang buruk. Kesian khair rayyan T____T Abes la kaki tangan and bontot dia tauuuu. WUUWUU... Harap2 parutnya akan hilang nanti ye sayang. Pastukan sebab ada bintik2 kat kaki tangan, weols macam suspect dia kena HFMD jer lagi. Tapi doktor cakap bukannnnn. HUHUHU. Adoiiii. Penin dah ni. Doktor cakap virus. Aigoooo mak peninnn.


Tak percaya kepeningan aku???






NAH LAYAN!!





HATI MAK BAPAK MANA TAK SEDIH TGK ANAK JADI MACAM NI KAN?? DAH LA TAK TAHU APA PUNCANYA. HFMD BUKAN, CIKENPOX BUKAN, VIRUS KATANYAAAA... :-s

Ya Allah Kau permudahkanlah urusan kami, kau sembuhkanlah apa sekalipon sakit pada anak ku ini Ya Allah. Aminnn Aminn Ya Rabbal Alaminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, September 21, 2011

4 Sepupu ^___^

Assalamualaikum ;;)


Ni cerita weekend yang baru ni. Hehe. Weols kan balik perak. Kali ni baru la beraya sakan. Hehe. Dan ofkos lah sumber keceriaan kami datangnya dari anak2. Atau lebih tepat dari 4 sepupu ni. 2 girls and 2 boys ;;)


Kakak Adik sakan posing. Adik yang tak tahan tu, pose dia samaaa je ;))

Macam geng kak jah tengah bergosip pulak. Kelasss kau maria :D

Rayyan tanpa baju. Ate da berpeluh, da tengahari baru pakai costume untuk kenduri

Little Aqwa pon kepanasan. Soooooooo comel okay pose dia tido ;)

Budak yang suka melekap kat Pak Teh. Masih tidak berbaju ;))

Aqwa kena buli dengan abah dia ;))

Last but not least, kami dalam hijau :)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, September 20, 2011

Cabaran Cloth Diapering Parents =)

Assalamualaikum semua ^___^ Happy tuesday. Heehee ;))


Harini mood agak ceria uols ;)) Ceria la sangatttt. Hukhuk. Saja je menceria2kan hati sendiri. Be positive tiap masa k. Jangan moody2 kerana moody itu bleh meruntuhkan keceriaan sepanjang minggu. Huhu.


Actually aku dah lama nak cerita pengalaman menCDkan anak ni. Few readers pon ada private message kat FB atau email tanya pasal ilmu berCD. So sapa yang tanya direct, aku jawab direct jela kat dia. Now baru rajen nak menempek kat belog pulak. Doesn't mean aku tak bercerita kat blog, aku tak mengamalkannya kan? Tapi oleh sebab benda ni ilmu yang aku suka nak kongsi jadi aku share la dekat sini yer =) So, let's begin with the picture.



Separuh dari koleksi CDs Khair Rayyan. Total kesemuanya 10pcs cover dengan 20 inserts. Cukup la untuk dihantar ke taska setiap hari. FYI, aku belom lagi mengamalkan 100% CDs. Sebab belom cukup budget nak mengimarahkan lagi koleksi CDs aku ;)) Nanti ada rezeki, harus la nak tambah lagi. Bagi aku, kalo nak fulltime CD kena ada at least 15 pcs kot. Tapi aku maybe nak ada 20 pcs dulu untuk fulltime berCD. Kalo belas2 tu macam tak berapa selamat untuk stok yang sentiasa ada (parents yang maleh nak mengerjakan tiap ari sebenarnya ;)) Kui Kui)


Jadi jadual aku menCDkan anak adalah begini. On Sunday night, aku make sure semua CD sudah terbasuh/kering. Oh lupa nak mention, waktu malam aku tak pakaikan Khair Rayyan CD tau. Sebab ianya perlu ditukarkan setiap 3-4jam sekali bergantung kepada ke-heavy-an hasil pengeluaran anak anda ;;) Jadi, teman adalah malas nak bangun kul 4am untuk menukar CD. Pakai DD (disposal diapers) la kaedahnya ;)) Actually, ada CD yang tahan lama/bocor untuk sepanjang malam. Ianya digelar fitter CD. Aku dah order satu helai dari oversea nun. US ke UK? HAHA. Mahal okey so dats why beli satu jer dulu. At least bleh pakai selang sehari nanti kan. Jimat gak ;)). Eh merepek lak, so ini jadual anak teman berCD.


Ini adalah mengikut pemahaman dan penceritaan aku. Sila jangan pening ek ;))

Isnin: 4 CD +4 inserts (perlu dibilas terus lepas balik keje, letak dalam besen) + 2 DD waktu malam. Masih ada 4cover+16inserts available
Selasa: 4 CD+4 inserts (perlu dibilas terus lepas balik keje, basuh dengan stok Isnin, sidai terus) + 2 DD waktu malam. Masih ada 2 CDs+12 inserts yang available. Tak cukup untuk esoknya. So sidai stok yang baru basuh ni bawah kipas. On the next morning, at least cover CD dah kering. Inserts memang lambat sket kering. It's ok sebab inserts yang kering masih ada.
Rabu: Macam isnin.
Khamis: Macam Selasa.
Jumaat: Macam Isnin
Sabtu: Macam Selasa (kalo jalan2 tak pakai)
Ahad: Tak pakai sebab pegi jalan2 ;))

So, dalam sehari, hanya pakai 2DD sahaja. Isnin-Sabtu(6x2=12)+6(ahad)=18pcs sahaja disposal diapers tiap minggu. Haaaaa jimat tak pembelian pempes?? Tapi kiraan di atas ni agak2 je la. Kalo tak jalan2 duk umah je weekend memang berCD la duk umah. Senang pakai CD, tak payah pakai suar. Comel jek ;))


Any question?? ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Monday, September 19, 2011

Another monday...

Assalamualaikum. So this is just a few updates from me (macam ada orang kesah ko update ke tidak kan?)

  • Mood berblog jatuh merudum. Kat rumah pon lagi la malas nak bukak laptop. Kosser..
  • Masih berduka-cita kerana Putera Kecil saya masih lagi merah-merah kulit dia. Yang peliknya merah2 tu ON dan OFF. Kejap ada kejap tak ada macam biskut chipsmore. Mula2 aku ingat dia merah waktu berpeluh, tapi kadang2 waktu lepas mandi atau dalam air-cond pon ada merah2 jugak. Adehhh. Mak risau :-S Apepon hopefully petang ni semua kerisauan akan terlerai lepas jumpa doktor pakar kanak2. Rasa takot la pegi klinik yang bukan specialised tentang baby. Sorry I bukan nak kondem mana2 doktor/klinik tapi saya memilih dan perlu jadi cerewet. Dah la Khamis lepas Khair Rayyan tak pasal2 kena cucuk. Arghhh bersalahnya aku terhadap anak. Mama janji mama tak buat salah merepek2 lagi. Mama akan jadi super duper cerewet pasni tau. Mama tak akan buat keputusan sambil lewa tanpa usul periksa dulu ye sayang T_____________T
  • Balik kampung selama 3 hari tapi rasa kejapnyeee sangat. Aktivitinya juga harus la dipenuhi dengan sesi2 mengisi perut. Tak ada walau sesaat pon perut aku berkeruk lapar. Sentiasa kenyangggg aje. Kelas tak? ;)) Tapi agak2 la kan. Itupon aku ada cover2 jugak makan. Namun, dalam cover2 tu pon sempat gak naik berat badan. Konfem la kan? Asik melantakkk jer ;)) Takpe takpe pasni diet balek (konon)
  • Sedang gila menonton satu vclip korea ni. Bestnyaaaaa. Aku dengan Kak Seli siap mengkaji lagi vclip tu :)) Best best!! Heroin dalam vclip tu adalah awek yg jadi watak jahat dalam citer Goong tu. Terus aku suka dengan dia. Comelllll dan cantekkkk sangat. Harus tatap selalu agar mendapat bayi perempuan secomel dan secantik itu. Hehe. Motip tetiba laki bini melayu feeling2 nak anak rupa korea? =)) Ada sapa2 nak tengok jugak? Kalo ada request baru mak nak taruk dalam belog. Kuikui
Sweetnyaaa rupa dia kan :x
Tak ada la gojes sangat minah ni tapi macam besttt je tengok. Wuah best ni kalo ada anak pempuan camni kan. Tomeinyaaa anak mama :"> (eh??) Ops saje letak gambo beso2 sampai terkeluor kawasan post. #AADK ;))

  • Harini (isnin) tak puasa la. Semalam rasa penat sangat balik dari Kampung. So puasa esok dengan Khamis la kot for this week. Ke camne :-?
  • Apa lagi ek nak tulis? Erm rasa nak masak rendang ayam+nasi impit la minggu ni. Tapi tak sure hari apa baru mood rajen akan datang menjengah ;)) Bole? ;))

Ok tu jer, bye :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, September 16, 2011

Trailer: Breaking Dawn (part 1)

Bestnyaaaaaaaaaaaa..Can't wait to see this movie in November!! Wallahhh =D Alaa tapi tak bestnya sebab dia buat 2 part. Hehe... Tahun depan baru sambung untuk ending part. Huhu. Apepon, I hope the outcome adalah setanding macam dalam novel ;;)



Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, September 15, 2011

Khamis dah. Ada berita happy dan tidak happy!

Assalamualaikum semua =)


Kejap je ek masa berlalu. Dah Khamis pon arini ;;) Ada perasaan seronok dan tak seronok. Pertama, cerita pasal tak seronok dulu.


Actually bukan lah tak happy. Tapi aku risauuuuuuu. Pengasuh kat taska baruuu jer inform yang Khair Rayyan ada bintik2. Dia siap MMS lagi gambo nya. Kalo dalam gamba MMS tu nampak macam kena gigit semut tp wallahualam :( Tapi pagi tadi baru je bogelkan dia sebab nak basuh yayak then tuka baju sebab dia muntah. Hmmm.. Aku arini dah la maybe akan ada meeting luar yang WAJIB hadir sebab aku yang kena lead task tu nanti. Alaaa camne niiii?? Mula laaa Mak tak sedap ati ni :-s Nampaknya Papa MK kena take over la. Amek time off pegi klinik ke kannn. Adoiyaiii. Risaunyaaa. WUUUUUU


Berita happy pulak. Tapi macam dah tak berapa happy lepas dapat mms dari taska tu T____T Actually hari ni after work nak balik kampung kat Perak. Yela, aritu balik Perak masa raya kejap je. Ahad pas subuh dah balik KL sebab takot stuck dalam jem kan. Hmm, so nak repeat la balik untuk jumpa semua sedara mara. Kat kampung pon siap ada openhouse besar-besaran katanya. Yeay!! ;)) Rayyan siap ada baju baru lagi nak balik kampung beraya second version. Motip Mama Ciare sakan beraya bagi pihak anak???? ;)) Aku pon macam nak g beli baju raya siap kat Tewah jap lagi aci tak? =)) Kuikui ;p


Pasal Khair Rayyan tu, aku mintak taska monitor dulu sampai tengahari. Kalau merah2 still ada, nampaknya kena buat sesuatu la kan? Hmm, orait ols, please doakan anak bujang saya takde apa2 k. Hopefully hanya gigitan semua yang normal dan bukannya sebab lain yg pelik2. Aminnnnnnnnnnnn.


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, September 14, 2011

Budak kpop pegi open-haus ;))

Assalamualaikum semua ;;)
 
 
Apa kabar semua uols? Baik? Goooood. Hehe. Erm tak tau la nak borak apa dah. Rasa macam dah tak feel nak bebel2 sangat dalam belog. HAHA. So, just layan the pictures la OK ;))

Budak KPOP. Kejap je rambut cacak. Pehtu, terus rapat balek. Hewhew

The Driver. Sape lagi kalo bukan Mama Seli. Dia la driver setia ku Sabtu dan Ahad untuk ke openhouse tauu. Thanks babeeee =D

Ini tuan rumah openhouse hari Ahad. Hari Sabtu punya openhouse gamba2nya dalam camera orang lain. Belom mintak lagi. HUAHUA ;))
 
OK sekian saja. Bye!


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, September 13, 2011

Aksi merbahaya anak teman T____T

Semenjak dua menjak ni, aku mengalami perasaan gundah gulana tiap kali nak menghantar dan mengambil Si Kecik dari taska. Memang da jadi tugas aku untuk anta Si Kecik ke taska sebab MK kuar gelap2 lagi. Then dia naik moto (kosser bawak kete g PJ nun katanya) so macam leceh la kalo nak anto anak dulu nek kete then balek umah pulak tuka moto. Gituu kan. Jalan weols pegi keje pon tak sama. So aku okey je nak anto anak ke taska. Jaraknya dalam 2.5KM gitu. Dulu relax jer. Anak pon menten elok jer dalam car seat dia kan.


Tapi sekarang.....






























































MAK STRESS TAHU TAKKKKK???? :-s Sekarang dia refuse untuk duduk diam diam sambil memakai seat belt kat dalam car seat tu. Dia nak buat aksi gaya di atas jugak sebab nak tengok jalan. Sambil tu tangan dia tu pegang la apa2 toys untuk diamkan dia. Kalo tak umpan toys, dia akan melompat ke stereng kete. Benar uolsssssss Mak tak tipu tauuu... WUWUWUWUWU....


Yes I know, aksi di atas merbahaya. Memang tiap pagi kerja aku bergelut dengan dia. Mula2 memang akan paksa taruk dia dalam car seat elok2 dan pasangkan seat belt dia. Ok la untuk seminit lepas tu dia akan bergelut meronta menjerit menangis memekik..haaa apa lagi? ;)) Selagi dia tak lepas dari ikatan seat belt tu dia akan meronta2 sampai muka merah. Ada sekali tu dia jerit sampai tak ada suara dan muka biru camne???? Maka aku terpaksa la lepaskan seat belt dia then dia akan berdiri sambil memangku dagu dan melihat jalan depan as if nothing happen. Tensen tak mak??? ;))


Nak bagi dia tido sorang2 dalam car seat memang idak la untuk perjalanan pendek. Kalo long journey memang ada chance la dia nak tido. Tapi takat ulang alik taska idak ler. Hmm. So sekarang ni apa nak buat ek? Cer bagi cadangan please. Huhu


- Mama bingung -


p/s: Aku selalu ngadu kat MK tapi dia cakap SABARRRRRR YE MAMA.
Motip nak sabar2? ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha