Monday, October 31, 2011

Niya bukan Nealofa okay

Jeng jenggg.... (tak Islamik langsung mula entry dengan jeng jeng. Bagi salam lah hoi) alkisahnya 2 minggu lepas (ke tiga minggu lepas?) along datang umah. Along ni memang, tima nak amek barang kat Ala Anggun Butik baru nak datang umah mak. Patutnya datang la sokmo teman I tiap sabtu masa MK keje ;)) LOL. Alkisahnya dia datang amek tikar evamatik yang diordernya. So sempat la lepak 2-3minit dan posing2 kejap muehehe ;))


Me and Niya
Gamba terpaksa di kecilkan sebab...sebab....sebab mak tak cukup vogue. Kalo cukup vogue, satu page ni aku pampang muka aku =))


Niya dan Abang Rayyan
Gamba ni la aku tweet kat Mamaliesa berbunyi begini "Imani dah ada pesaing" tapi dia tak reply tweet aku bole? Alamak besan majuk ke ;))

Niya so adorable ok. Sangat murah dengan senyuman. Muah! Amboi, cuit2 nampakkk HIKS

Khair Rayyan di MyMydin
Lepas aunty balik, mama bawak Khair Rayyan pegi Mydin beli barang dapur :) Tu je la aktiviti weols anak beranak masa papa keje. Boring ok. Jeles tgk orang lain dpt jalan2 1 family on weekends, weols? Tp takpelah, aku redha dia pergi mencari rezeki. We love u papa :x


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, October 28, 2011

Secret Recipe, The Mines

3 weeks ago punya cerita. Punya la lama terperap ek. What can I say? Mood berblog kelaut lately. Plis jangan tanya laut mana ;))


Anyway, I really miss The Mines. Don't you know that our office is no longer at Seri Kembangan? We're moving to Bangi. Lokasi specific dirahsiakan. Apepon i'll miss moments berjalan kaki ke The Mines sejauh 100-200m. Now, tak ada shopping mall dekat dah. Paling dekat adalah Alamanda kot. Sigh.



Sebab tu within the past few weeks, macam busy tak ada update blog sangat. Sebab busy nak pindah opis baru. Nak clear opis lama etc etc. Hm... Gonna miss Seri Kembangan. Gonna miss uptown the mines kat belakang opis. Sob sob.



Dan kami meraikan peninggalan opis lama di SR, The Mines. Rai la sangat. Padahal pegi berdua dengan opismate wanita je pon HAHA ;))



Tengok muka kawan mak tu. Nak makan pon kemain sedih lagi dia :-s HUUHUU



Brownies with ice cream sebagai penceria hari. Hmm tu je kot nak merepek. Until then, bye :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, October 27, 2011

Promosi sempena menjelangnya Hari Raya Aidiladha nanti....

Let's have a peek...





Mostly macam sesuai utk baby boys. Very good quality. Cheaper price. Kindly help yourself go to our online boutique for more details. Thank You ♥


Photographer adalah saya. Cantik tak gamba mak tangkap?*perahsannnn*


Wordless Thursday




Jom tengok SINI!

Tuesday, October 25, 2011

Temerloh sinonim dengan patin masak tempoyaknya....

You know what? Aku tak rasa begitu seronok menulis blog sekarang? Kenapa ye? Cheer me up, please.


Assalamualaikum ;;)


Ewah da pandai bermonolog pulak di awal entry blog sekarang ;)) Secara jujurnya, walaupon menulis blog secara purata 1-2 entry sahaja seminggu, I don't mind at all. Biar la apa nak jadi sekali pon, I just don't care. Erm maybe bcoz I'm focusing to my reality life rather than my online life. Huhu... Yeke? Hmm, tah la. Whatever.


So these pictures were taken about 2 weeks ago. Masa kami bertiga serta mak dan kakak (percuma anak2 gadis beliau ;)) ) pergi ke Temerloh. Bapa saudara saya (my late father's elder brother) melangsungkan perkahwinan beliau after 3 years menjadi duda. Arwah mak sedara saya meninggal dunia pada Jan 2008 if I'm not mistaken. Ok lah tu, now dah ada peneman untuk menjalani waktu2 tua bersama2. Takde la sunyi bukan. Anak2 pon masing2 sudah ada life sendiri...



Kami tiba di majlis lebih kurang jam 1.30pm. Memang tengah ngam masa makan. Sampai2 aje terus terkam makanan ;)) Panas bukan main la di hari kejadian. Sampai berbogel anak aku :D


Kakak yang sudah bersedia untuk menimang seorang adik baru namun Mamanya enggan ;)) She keeps asking her mom when mama will get pregnant? Haaa kerrlasssss kan budak zaman sekrang ;))


Creative girls. Abis disusunnya ABC blocks into a castle. Then feeling2 princesses la pulakkkk ;)) Macam2 la uols ni. Hihi.


Smiles that brighthens our day ^____^


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, October 21, 2011

fantasi vs realiti. jom tgk!

Assalamualaikummmmm :)

Wuah dah bersawang kottt blog ni. Ari selasa last update. Gila betolll. Soooo not ciare kannn ;)) Tah la, rasa macam takde mood kot nak update. Sebab banyak tweet kot. Aku macam tak bleh aktif dua2. Kalo active blog, malas tweet. Kalo active tweet, balas berblog. HAHA :D


So uols, ni cerita awal bulan aritu. Tengah banyak pitih gigih la mak pegi Pak Ken_ny Ro_gers uols. Kalo tak, hazabbbb. Tak mampu kottt nak pegi even seminggu skali ;)) Eh, bukan tak mampu, tapi kalo asik melabur di situuu jer, alamatnya tak dapat la spend utk benda lain. Dah la weols kena saving gila2 bulan ni sebab next month ada something special occasion akan berlaku. Cewah ;))


Anyway, tetiba nak berblog pasal food pak kenny nape? Haaa bukan apa, tapi saje nak tunjuk menu baru yg aku cuba kat situ. Mexican menu katanya. Layan jelaaa ;))



Ini gamba pada menu. Agak2 masa dapat ade rupa sama tak? Hihi

Ni diaaa bila sampaiii. Agak sama la jugak. Hehe. Rasanya? Well, sedap. Kuah dia ala2 bolognaise tapi with extra blackpeppers. Ofkos Mak suka. Heee ;))

My fren plak cuba menu yg biasa makan tu. 3/4 plate la ape lagi. Huhu

Em sekian saja. Sedap dan buleh cuba lagi. Yeay! :D


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, October 18, 2011

Tergamam :'(

Memang sungguh aku tergamam. Betapa kejamnya lahanat tu buat bayi yg terkedek2 berjalan macam anjing!!! Even aku yakin kita tak sanggup nak langgar anjing walopon dia haram kan? Tapi kalo babi aku langgar je haha. Ke memang driver tu buta bodo campur bangang sebab ingat tu bukan budak tapi binatang???

Hello!!!! Masa dia dah langgar budak tu dan budak tu berada di bawah kete dan dia usha je??? At least ko tarik la ketepi budak tu. Then ko nak lari, ko lari lah. Tapi driver tu bleh lanyak lak dengan tayar belakang dia. Arghhhh bencinya!!!!

2nd lori yang langgar tu pulak ntah prasan ke tidak. Kaki baby tu pon dah hancur. Agaknya dia pon ingat tu haiwan kot.. Hmmm...

Ntah la... Sampai sekarang aku terngiang2 moment budak tu kena lenyek. Menjerit dan kuar air mata aku masa tengok.. Pas abis trus masuk bilek peluk anak yg tgh lena tido...

Kesian budak tu....

p/s: Malas nak letak video tu kat sini. Sebab aku taknakk tgk ever again.
Sedih ok :( :-s


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, October 17, 2011

Sebelas Bulan Satu Hari


Assalamualaikum.


Alaaa tension la arini terlupa nak bawak telepon2 I pegi opis. Sia sia je ada dua bijik telepon kan? Tapi hampehhhh. Ehmmm. Yang paling tak best, susah nak follow up anak dengan babysitter. Huhu...


Ok sebenarnya ni nak buat entry TAG. Pencipta tag ni adelah Lisa Mama Imani ;;) Alkisah tag adalah untuk menceritakan hal hal mengenai suami anda. Eh, mesti la kena cerita yang baik2. Mana buleh nak buruk-burukkan suami di khalayak ramai kannn. Dan bukan jugak nak menunjuk-nunjuk megah2 betapa hebatnya sang suami. Kang orang mengumpat, anda jugakkk dapat share tau?? ;))


Erm nak cite apa ek? Malu plak rasanya. I lost my words pulak. Apa yang aku tahu, aku agak helpless tanpa suami di sisi. Nak nak pulak dengan anak kecik tu kan, kalo la husband balik keje lambat, keje on Saturday, memang lahhh kucar kacir hidup aku. Eventho anak dah berumur sebelas bulan satu hari, aku memang tak menang tangan tanpa suami. Sebab tu lah orang kata suami isteri tu saling melengkapi bukan? ;;)


MK bukan jenis romantika de amorrr. Means, tak ada la dapat bunga rose tiap petang pas balik keje, candle light dinner tiap malam minggu, pegi honeymoon ke tepi pantai sebulan sekali... Tapi cukupla ucapan I Love You tiap hari :">


MK bukan jugak kata raya berharta yang bole bagi aku shopping RM1000 tiap bulan atau bagi credit card platinum card dan cakap "you shopping la apa saja, nanti i bayarkan". Tapi cukuplah sekadar dia ingat tangggungjawab dia terhadap keluarga. Bagi duit belanja dapur, perbelanjaan anak, dan duit nafkah bini tiap bulan. Tak banyak pon tak apa, janji ada. Kalo time dia sengkek, aku pakai duit aku dulu. Bila ada duit dia akan ganti double lagi. Malu katanya amik duit bini. Huhu....


MK jugak bukan jenis pemberi surprise. Sebab dia jenis tak dapat selindung apa2 pon dari aku. Apetah lagi nak berahsia bagai. So kalo dia feeling2 nak surprise pon, aku akan tau jugak akhirnya ;)) Dan aku jugak macam tu sebenarnya. Tak pandai la nak berahsia2 ni. Hihi.. Dan oleh kerana dia tak pandai bg surprise, akhirnya dia suruh aku sendiri je pilih sendiri adiah tu HAKHAK ;))


Tolong buat keje umah? So far dia tolong JIKA dia tak penat. But knowing him, his job...aku kadang tak sampai hati nak bagi dia tolong. Keje dia bukan melepek duk opis macam aku. Keja dia berat. Aku rasa keje mat bangla pon tak sepenat dia kot ;)) So bagi aku, kalo dia TAK tolong buat semak pon dah okay dah. At least keje umah dapat diminimumkan. Tapi, bukan senang nak men-train lelaki dewasa agar mendengar cakap kita. Kena pesan setiap masa, tiap hari. Contohnya, "you letak baju kotor kat sini ek" "baju dalam almari amek elok2 jangan bagi roboh ekk" "pinggan kotor tlg bawak ke sinki tau"...haaa gitu la serba sikit. Tapi alhamdulillah lama2 dia dah bole ikot rentak kita. Tak payah cakap banyak kali dah ;)) Tapi bila ada masa yang aku betul2 penat tak lalu buat apa, tak payah pesan pon dia akan tolong basuh pinggan, basuh/sidai baju, mop umah etc etc. Wuahh best gitu. I tak paksa okay, dia yang rela ;))


Erm lagi apa ek... Haaaa, sepanjang 2 tahun lebih jadi bini dia, dia tak penah sekali pon benarkan aku drive kat genting/karak masa balik Ganu. Macam2 helah aku cucuk tapi tak jalannnnn. Teringin jugak mak nak drive drift2 gitu. Macam best jer. HAKHAK :D


Alaaa tak dapat nak pikir dah la. Mengantuk niii.. Nak tido jap, kang nak bangun kul 5am kemas umah. Malam ni MK ade job. So aku tak dapat tinggalkan budak kecik yang merengek ni. Huhu. Sebelum chow, nah layan budak sebelas bulan satu hari ni ;;)




I nak panjangkan tag ini kepada:
  1. mama adik abang
  2. yani
Dua cukup la ek. Kalo buat reramai pon korang bukan rajen nak buat. Hehe ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, October 14, 2011

Belajar solat..

.... atau dengan lebih tepat sebenarnya 'mengacau' solat. Heehee. Biasanya, kalo time aku solat, aku akan letak Khair Rayyan dalam baby cot. Tapi, kena lah redha dengan gangguan bunyi-bunyian sebab dia akan berteriak kemarahan dikurung dalam baby cot. Dan selalunya akan meronta2 sekuat hatinya sampailah beliau dikeluarkan dari cot. Wuahh gitu. So sama ada solat itu khusyuk atau tidak, biar Allah yang menentukan. Kita tawakal jela dalam hati yek (-_-")


Nape kena letak dia dalam cot? Nape tak lepas jer? Haaaa. Kalo lepas, baru je ko nak mula solat dia dah berpaut kat kaki la, ape lah. Paling dasyat dan kelakar aku rasa, dia siap baring telentang depan ko, atas sejadah tu. Dan akan memandang tepat ke mata kot sambil tersengih2. Ko mampu nak tahan??? =))



Ni aku saje test masa papa dia da nak abes solat tu, baru je tak sampai 10 saat, udah merangkak kemain laju dari ruang tamu ke tempat papa solat. Ish ishhh.... ;;)



Ni la dia budak kpop kontroversi ni. Sayang, tak baek tau kacau papa n mama solat. Nanti awak da besar kita solat sama2 k ;;)


p/s: -- op da delete dah. sape yg sempat baca p/s ni td,
harap maap ekk.. cerita xkan disiarkan...


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tikar Terbang Upin Ipin :D

Aku rasa memang tak sia2 ada tikar ajaib ni. Semalam Rayyan muntah, aku just lapppp aje. Kalo muntah atas carpet mau nangis nak cuci T___T Huhu...


Yang baru ni ada design Upin Ipin Green & Blue :)





Interested? Kindly order HERE:D


Thursday, October 13, 2011

Resepi: Rendang Ayam Perak

Okay sebelum sape rasa dia champion masak kat sini, sila keluar ek. Sbb I buat kelas basic je ni ;)) HAHAHA. Saje jer nak feeling2 chef ni. Sila la beri I peluang ek :D


Bahan2nya....
  1. Bawang merah + bawang putih + serai + halia + lengkuas + cili padi. Mana banyak? Belasahnya. Agak2 jela ikot instinct seorang wanita ok ;)) HAHA Oh lupa nak snap cili kering. Pooonnn ikot suka banyak mana - Blend kesemua bahan ni
  2. Kerisik + daun kunyit + lengkuas yg belom dipotong. Huhu.
  3. Santan segera sudaa
  4. Rendang Ayam Perak in the making ;))

Cara2nya senang jeee.

  1. Blend kesemua bahan2 no 1 di atas. Campak dalam kuali. Masukkan ayam terus.
  2. Kacau sampai mendidih kali pertama, letak santan.
  3. Then letak kerisik. Aku letak asam keping.
  4. Always kacau bagi santan tu masak cantikkkk jer. Fasa ni memang keje ko mengacau jela sampai rendang tu kering.
  5. Letak garam secukup rasa. Sebelum tutup api, masukkan daun kunyit yg telah dicincang.
Itu saje, senang bukan? Erm kalo ada tertinggal step, sorry ek. Tapi rasanya ini la cara aku buat aritu ;))


Tora datang lagi! Huhu

 Last but not least, selamat mencuba!!!


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Mode: ANGRY!

Sesungguhnya mood aku adalah tak tenteram sekarang ini...

Aku kecewa...

Aku marah...

Aku kecik hati....

Aku tawar hati....

Aku tak keruan, sudah tentu...


All I want is the best for my baby....

Tapi bila apabila percaturan realiti tak secantik yang dirancangkan....

....Aku down...


Serious aku down....


Andailah ada duit jatuh dari langit, akan daku resign dari tanggungjawab terhadap komitmen 8 jam sehari dan dapatlah menjaga anak selama 24 jam sehari.. ANDAI....


Ya, aku tahu, fulltime housewife tak seindah yang diangankan. Bukan dapat goyang kaki depan tv 8 tiap detik dan menonton telenovela. Tapi bukan itu pon yang aku angankan.


Dan jika orang mengatakan pekerjaan fulltime housewife itu adalah sukar; dan aku bersetuju, namun menjadi working-wife-mama juga lagi laaa tidak mudah. Walaupon pekerjaannya cuma mengetuk2 papan kekunci dan bermain dengan bait2 coding kemudian melepek atas kerusi empuk selama 8 jam, APA KAMU INGAT SENANG?

Secara fizikalnya memang senang sebab tak perlu berkejaran dengan anak yg baru nak bertatih, tak perlu mengemop muntah anak di lantai, tak perlu basuh berak anak yang berciciran etc etc etc...


Tapi HATI ni, ada siapa boleh scan?? Ada siap boleh tengok betapa aku menangis rindukan anak? Betapa aku risau tiap kali dapat panggilan dari pengasuh?? Ada kau pikir?? Ada kau pikir betapa beratnya hati nak membahagikan tanggungjawab sebagai mak/isteri dan tanggungjawab pekerja kepada majikan? ADAA???


Jika tak pernah terfikir. Fikir fikir kan lah. Kasihanilah wanita seangkatan saya. Sob Sob (lap air mata)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, October 12, 2011

Fasa 2 LPT dah siap.... Ker?

Hye hye ;;)


Minggu lepas, 1st time cuba try test highway baru kat Terengganu tu. Tak sure la adakah itu dia sebahagian dari Fasa 2 LPT yang digembar-gembur kan?? Belasahhh je lalu kan. Apepon, baru siap sikit. Belom sepenuhnya lagi. Tapi kalo siap sepenuhnya, tetap tak membantu banyak pon. Ke camne? Aku pon tak paham gak peta plan jalan hiway baru tu nanti. Kalo la ada jalan shortcut balek ganu dalam dalam 3jam je kan, masyuk nyaaaa. Hazabb weh perjalanan panjang sangat.


Jumaat lepas MK ngantuk tau masa drive. So kami decided untuk tido kejap dalam kete. Masa tu dah pukul 12 macam tu. Sekali tido lama gila. Dengan anak aku sekali layan tido dalam kete. Masa tu kat RNR Kuantan. Feeling2 tido sekali kul 6.15am baru jaga sebab Khair Rayyan berak :)) Gila kan? Punya la lama tido dalam kete. Macam rasa tido dalam hotel ;)) Pastu da siap basuh berak anak, semayang, breakfast, hari pon dah terang. Aku sound la kat MK, kalo macam ni baek tido kat umah jer malam tadi. Pastu dia balas Ha'ah kan? Hangen tak kau Maria??? HUHUHUU


Sudahnya kul 9 macam tu sampai kampung. Huhu sabauuu jela. Tapi masa pegi weols tak try jalan baru. Balik baru lalu. Jom tengok jalan baru jom....


Plaza Tol in the making. Pasni bertambah la kos balik Ganu hukhuk

Tak ramai yang lalu lagi jalan ni

So far jalan ok la sebab baru kan. Cer tgn setahun dua lagi. Konfem lubang2 dah. Hukhuk

So, orang pantai timur, what say you??? ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

✿ ala anggun butik ✿: Tikar Evamatic ~ Stock updated :D

✿ ala anggun butik ✿: Tikar Evamatic ~ Stock updated+New Designs :D: Assalamualaikum ;) Di atas permintaan yang sangat tinggi macam pisang goreng panas, kami telah pon men-restock stok Tikar Evamatic ni. Read more...

Code: Upin Ipin Green

Code: Princess

Code: City Map

Code: Upin Ipin Blue

Code: Marine Fish
Harga:

RM55/pcs

Interested? Kindly ORDER HERE ;;)

Tuesday, October 11, 2011

Makan2 di opis :)

Hye hye ;;)


Eh baru pasan, Syawal yang baru berlalu ni, aku agak kurang mengupload gamba makanan time openhouse tau. Nak kata diet tak jugak. HAHA. Tapi nak men-snap2 gambo tu agak malas. Openhouse? Memang aku tak buat pon. Tapi ada jugak la buat makan2 beberapa kali sebab ada kawan2 nak datang kan. Cuma tak bestnya, time nak masak rendang, adaaaaaaaaaaaaa je halangannya. Memula tu tak jumpa nasi impit sebab da abes, then ayam pulak abis, then etc etc etc.... Macam2 problemo kan, so memang aku tak berpeluang nak masak sendiri rendang masa Syawal tu.


Nak dijadikan cerita last week tetiba mood rajen masuk badan, terus rasa nak masak rendang ayam+nasi impit. Masak banyak jugak utk opismate aku dan jgk hubby. Dah lama siot tak buat rendang ayam. Sebab mood rendang tu datang masa raya2 jer. Bulan selain raya macam tak feel pulak nak makan rendang ;)) Sudahnya adalah setahun sekali buat. Hihi :D



Ini lah rendang ayam perak ok. Aku buat version tak pedas sebab malas la buat pedas2 kang ada plak yang berebut jamban opis ni. Naya je kan ;)) Alhamdulillah liciiiiinnnnnnnn la 2 bekas rendang+3 bekas nasi impit ^____^ Yang MK bawak g opis pon abes jugak. Hehe...


Next entry besok2 nak buat resepi lah. Hihi. Feeling2 chef la pulak diaaaa =))


Ok tu jer, bai!


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha