Tuesday, November 29, 2011

Preparation for 1st birthday party :')

I sebenarnya terharu sebab ada few readers yang tanya camne I buat preparation utk besday partayy budak kecik buchuk tu aritu ;)) Segan sebenarnya nak cerita sebab majlisnya tak se-gah mana. Dah la banyak program spoil di atas faktor2 tertentu especially cuaca. Tapi nak buat macam mana kan. Secantik mana pon kita mengatur rancangan, tapi Allah swt yang menentukan kejayaan rancangan kita. Kalau tak berjaya jangan pulak menangis dalam toilet tapi anggan dia sbg cabaran. Kemudian belajar dari kesilapan. InsyaAllah.... So kalo nak tau preparation, sini ada serba sikit infonya:
 
1) Menu - Makanan untuk tetamu dewasa dan tetamu si cilik. Untuk tetamu dewasa ada dua menu. Nasi hujan panas+ayam masak merah+dalca+jelatah. Yg keduanya adalah mee kari. Sedap kan dua2 menu aritu? Well sebab I order jer. Kalo masak sendiri tak tahu camna rasa ;)) Untuk tetamu kecik ada pasta carbonara. yang ni I buat sendiri. Then ada puding (i buat jugak) dengan buah tembikar. Air pulak cuma air oren dan air sirap. Air default. Tak sempat nak pikir air lain dah. Huhu. Menu disusun di luar umah sebab umah daku sempit saje T__T Dalam umah hanya untuk makan. Then meja jajan for kids saje dalam umah ~ RM400+

2) Tempat makan - Sebenarnya memang nak sewa kanopi. Tapi siapa yang pegi rumah aku haritu tau lah kenapa aku tak sewa kanopi kan? Sebab depan pagar rumah adalah curam berbukit. Kalo letak kanopi konfem tergolek semua tetamu aku. So next year, I should think alternative sbg tempat duduk guests. Kesian tgk tetamu berhimpit dalam rumah.

3) Deco2 - Alahai deco2 bodo jer pon. Just buat sendiri happy birthday banner dan belon2. As simple as abc. Yang mencabarnya untuk 1st timer adalah untuk mencari supplies for parties. Rupanya ada banyak. So tak perlu khuatir yg para2 ibu. Berlambak ade jual kat kedai toys. Maybe kita tak tahu sebab tak pernah amik tahu. Rupa2nya senang jer nak cari bahan2 party macam belon, party hat and other deco. RM80+ (termasuk printing banner)


4) Tempat makanan/hidangkan buffet -  Em untuk pasangan muda2 aku rasa memang normal tak ada bekas2 besor ni. So adalah afdal jika beli je yg baru so next time bleh recycle. Hehe. Tapi set buffet stainless steel tu mahal gila kot. Makanya mak pakai bekas2 plastic aje. Janji adooo. Haha. Mujur la menu2 utama, caterer murah hati bg pinjam bekas buffet :') Dan paling penting, time ni la untuk mengorek adiah2 kawen dulu. Hehe. After this kalo ada member kawen aku rasa macam nak bagi jer adiah bekas2 besor ni. So nanti time dorang nak wat makan2 macam ni, kan berguna ^__^ RM50+ (pinggan mangkuk cawan sudu piring polisterin)


5) Goodies bag/favor gifts untuk tetamu - Haa yang ni tak wajib. Tapi saje nak buat seronok2. Isi goodies bag pon tak ada apa yg special. Ada air kotak, kek apollo ala2 swiss roll tu dengan sumi. Huhu. Goodies bag pon ada dalam 60 saje. So yg datang awal dapat sorang satu. Yang lambat dpt la 1 jer untuk 1 family. Huhu. RM150+


6) Cake - RM100+ I amek cake secret recipe je pon. Tapi untuk printed image tu kena bagi 3 hari sebelum pickup date. Kalo lambat tak sempat siap la sebab dorang print image tu kat kilang.


7) etc - Maybe tambahan RM100+ lagi untuk benda2 lain yg kecik2.

8) Photographer - RM150. Ni pon harga kawan2 dan tak ikot charge per hour :) Siap ada print gambo beso lagi. Tapi frame beli sendiri lar ;))


So total up to RM1130. Wuahhh mantap ek??? Serius, masa tulis entry ni baru aku tahu berapa kos sebenar majlis ni. Sebelum aku ingat ratus2 jek. Rupanya cecah 1K. Bankrup makkkkkkkkkk ;)) Eh uols, ni buat entry nak menunjuk2 pulak tayang2 kos majlis ni. Aku rasa majlis aku buat ni la paling murah kot. Kalo orang lain maybe lagi banyak. Tah2 2-3K. Aku cuma buat majlis bajet jer. Tapi Alhamdulillah sebab ramai tetamu yang hadir. Terima kasih tau uols. Terima kasih jugak di atas semua hadiah2 yang best dan jugak 'duit poket' untuk yayen ;))

Jadi pada parents yg bakal buat majlis hari lahir untuk anak, bleh mula men-diy dari sekarang. Atau men-saving dari sekarang. Yang penting beringat2 laahhh. Jangan ikot napsu hehe. Aku pon mcm hampir terjerumus ikot nafsu tapi belom tersasar lagi ;)) Next year, dah tau dah la tips2nya kan. Hehe... Selamat beramal semua *tetiba ;p*


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Breaking dawn (memecah subuh???)

Hey babe! Yup, it is me and it's 1.51am in the morning. I mean, superdupermorning... Orrr midnight??? But it's already passed midnight but not yet dawn. Camne?? Haaa korang layankan jela broken english haku ni. Layan tau! Kalo tak layan mak majuk arrr camni :( Kuikui.....


Dah malam2 sunyi ni kan. Macam waktu yg sesuai utk muhasabah diri. Ingat balik apa aktiviti uols sepanjang harini. Dan fikir betulke apa tindak tanduk uols dalam membuat seswatu keputusan? Was it just good or great??? Or.....worst? Haha. Well you should know better :)


Macam malam ni, I ada kejadian hitam sikit. Masa stopped by at petrol pump, van kat sebelah bukak pintu dan terhentak kat my car. Sebelah passanger side. MK tak join. Just me, my sis and my 2 nieces. Mamat van tu did say sorry but my sis tak puas hati. She said sorry is not enough. He should responsible dan perlu bayar utk kos wax/polish. It was small mark but deep. Calar dia ke dalam dan cat van dia which is white dah terkena pintu kete I.


The guy said it was a small mark but my sis keep pushing him to bayar sikit. Bukan nak paw mamat tu tapi nak ajar dia tanggungjawab. Cuba kalo kite pempuan buat kat kereta dia. I think dah selamat kena paw seratus dua.

That guy said dia penat baru balik dari kuantan. Duit takde. My sis perlekehkan la, andai kata dia langgar org sampai mati dia nak cakap ke kat polis 'saya penat baru balik dr kuantan'. Betul jgk my sis kata. Then tetiba mamat tu tempered menjerit kat my sis. 'kalo kau tak percaya nak ambik wallet aku ni tgk aku takde duit!!'. Wuahhhhhh knowing my sis yg bole tahan temper dia i dah agak dia lawan balik. U know what she did??? My sis pegi jerit kuat gila sambil melompat mcm nampak hantu 'aaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrggggghhhhhh' sampai mamat tu terkejut. I plak mcm tak nak lah temper gak. I cooled down my sis dan cakap kat mamat tu yg dia tak boleh marah weols sbb dia yg salah. Then its ok lah. I just snap the picture of his van; err company's van actually; especially tang no plat tu. So settle sampai situ.

Pas blik rumah I tunjuk marks tu pd MK dan dia ckp sikit aje tp agak 'dalam'. Nothing big actually. Penat jer bergaduh ;P Pastu MK kata, mujur tak bawak kete my sis. Kalo tak, for sure dia akan sekolahkan mamat tu cukup2. Worst, ke balai huhu.

Kelakar pon ada rasanya. Tapi berdiri gak bulu roma haha. Apepon lepas kejadian mamat tu trus blah dgn lajunya. Dah sure dia blah br weols balek. Riso gak dia follow ke rumah wuuuwuuu.

Ok that was a bit of my story for tonight. Oh ya, Breaking Dawn dah few days di layar perak. Amacam uols? Da tgk? Sapa nak teman mak ni? Huuuuu...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 25, 2011

Jamu mata di petang jumaat ~~~

OK sebelum start bercuti 3 hari ni, jom layan gambo makanan. Hehe. Alaaa bukan la menu hebat2 ponnn. Saje jeee (abes topik nak berblog sebenarnya HAHA ;)) ). Actually since opis berpindah lokasi ni (dari Seri Kembangan ke Bangi) I rasa lost sket nak makan kat tempat baru ni. So just try n error dah. Setakat ni, dah ada beberapa restoran yang diblacklistedkan ;))


Tapi kat bawah ni adelah menu yang aku suke la (so far)


Penang Char Kuey Tiow - Mohd Chan RM6.50

Nasi ayam 6&&%$ (ada words cina kat hujung so tak ingat ;)) ) - Mohd Chan - RM5.50

Kuey tiow cantonese - Mohd Chan - RM6.50

Redbean Cendol - Paparich - RM6.80 kottt. Tak ingat ;))

Lepak di paparich semata2 mengidamkan Redbean Cendol kuikui

Sekian saja entry untuk hari ini. Selamat bercuti uolsssssssssssss :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Adegan cemas di pagi jumaat +___+

Woot woot ;;)


Adeh uols, I betul2 kalut la arini. Malam tadi adalah tidur2 ayam saje. Alkisahnya last night pegi visit my auntie (belah MK) di Prince Court. 1st time okey masuk situ. Kelas sangat hospital dia. Dah macam shopping complex kaedahnya. Hehe. So sampai rumah dalam kul 11 tu badan Khair Rayyan panas. Actually dia memang demam semalam tapi dah kebah. Jadinya malam tadi panas dan makin panas. Pukul 2am tu temperature dia 39.1 okkkkk!!! Aku memang tido2 ayam jela sebab jaga dia. Bagi tido bogel jer pakai diaper. Lap2 badan dia... Masa menyusu pon terasa 'bahang' mulut dia masa nenen. Terkujat aku dengan kepanasan dalam mulut dia hukhuk.


Pagi ni pulak kami terkunci dalam umah. MK dah g keje awal2 lagi. Tinggal la weols locked in our own house. Kunci aku dah lama ilang. So yang hilang ni adalah kunci spare. Ikot belakang pon takbleh kluar sebab kuncinya pon sekali dengan yang hilang tu. Kul 9.30 macam tu baru MK balik tolong bukak pintu. Tak pasal2 kena bebel dengan MK pagi ni huhuhuhu ;))


Agak malang la jugak arini. Bad records sebab datang lambat. Semalam lambat gak sebab bawak si kecik g klinik. Tapi mujur mintak time sleep kat doctor. Huhu


OK enuf mengenangkan nasib tak berapa baik harini. So now I tengah pikirkan HAPPY sebab tengahari ni ada lunch date dengan Geng UB (ukhwah blogger). I mean, just few of them. Yang berdekatan dengan Bangi. Skang aku kan da masuk region Bangi hakhak. Oh bercakap mengenai blog, I just changed some description of this blog. Oleh kerana ramai yg ada masalah nak sebut nama aku {CIARE} jadi aku ajar sikit macam mana nak sebut ;))



nama saya ciare baha. orang selalu confuse macam mana nak sebut 'ciare'. ki-a-ra?ki-a-re?ci-a-re? Erm salah tu. Cara nak sebutnya adelah ci-a (ci = macam nak sebut ciku, dan a = macam nak sebut aku) so kesimpulannya adelah ci-a. Atau ci-ah pon ok jer =) Anyway saya berblog untuk suka suka. menulis sesuka hati tanpa sebarang motif. menulis blog juga boleh menghilangkan stress. awas! ini bukan blog ilmiah ye. so tak perlu la buang masa sgt kat sini. HEHE

OK sekarang semua udah paham kan? Kelas dismiss ye ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, November 24, 2011

Khair Rayyan 1st birthday party!

Hai hai, saya kembali dengan cerita besday Yayen. Atau lebih tepat, gambar di hari kejadian. Thanks to readers yang cakap tak sabar nak tengok gambar besday Yayen ;;) Mak terharu. Tapi motip nak tengok gambo Yayen? Gambo Mama Yayen takmo tengok ek? ;)) Muehehe


Ok ni adelah gambar hasil kumpulan dari 3 orang kawan. Iaitu En. Rebak, Elly dan En Omar. Aku ada hire official photographer untuk hari kejadian. Tapi idak ler official giler sebab mintak tolong kawan jer. Harga pon dapat 'harga kawan' so tak la expect gambo feeling2 professional gile. Tapi tak tau la kot uncle nak buat gamba yg best2 sbg adiah besday Yayen. Hehe. Btw, thanks fidz :)


OK shut up ciare dan mari layan pictures....


Tergamam tengok camera beso pakcik rebak. Ate camera mama nipis jer. Aipon jer pon. Huhu

With auntie Yushanis :)

Agak moody di hari kejadian

Isi minyak dulu ya!

Aku pose memperut macam tu dah rupa pregnant 3 bulan. Wuaaaaa

Yayen with Opah. Suka bangat main tongkat Opah hikhik. And Kakak Adik on the left

Yayen wat ape tah sebelah Auntie Jiha tu. Ate nampak sipi2 aje pon auntie Jiha hukhuk

Blow the candle!!! yeayy!!! (mak bapak over excited, anak blur ;)) )

aucakkkk ;p

Ape ntah sengih2 minah ni. Tampa nak?

Yayen nak makan pisau kek. Sabo jer la

Elly dan Jiha with anak masing2. Dah berbesan ke kome? ;))

My sis and her princess. Si adik plak mengamuk sakan petang tu HAHA

Last but not least, wifey En Rebak (fit) and their adorable & super friendly, Sofea ;;)

Tu jer. Hehe. Gamba official tunggu la next week kot. Bye :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, November 23, 2011

Pagi petang mandi kolam hehe...

Yang sebenarnya bola dragon ball ada tujuh biji kesemuanya aku sangat mengantuk sekarang ni. So aku berusaha korek gambo yang belom dipublish untuk membuat entry. Ngantuksssss :-s So tetiba aku terjumpa gamba anak2 sedara aku dengan si yayen skali mandi kolam. Jommm intai ;))



Kakak dengan Kakak Adik dah selamat berendam. Yayen amek mood pakai bath robe dulu. Siap pose depan pintu. Auwwww, geramm tgk montot anak mama ;))



Yeahhh cepak cepuk cepak cepuk masuk air main2 air hikhik. Punya la biseng Kakak dengan Kakak Adik menjerit sampai jiran aku turut join menonton free show awek mandi kolam. Kellllasssss :D



Sekian saja entry mengantuk. Alalaaaa mesti ngantuk balek pasni. Yawnnnn


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

1st outing as a 1 year old boboi ;)

Hey hey hey ;;)


Ewah mama masuk tak bagi salam arini. Yelah yelah, Assalamualaikum semua =) Saje2 je buat entry llite2. Since ari Isnin aritu aku amek cuti sebab nak kemas umah selepas majlis, so petang Isnin tu sengaja la cari pasal ke KL. My sis pon teringin nak pegi Jalan TAR katanya. So I angkot jela dia. Nak shop tudung lettewwww ;))



Parking dekat2 area Semua House then jalan2 cari pasal ke Jalan TAR. Pastu tetiba terjebak ke Capsquare dan tetiba terjebak tengok wayang pulak. Muahaha =)) So, it was the first time for Khair Rayyan masuk wayang. Tengok cite The Adventures of Tintin je pownn. So tak ada la bunyi yg over loud. Bese2 jer. 1st 15 minutes dia tengok gak cite tu. Then dah gelisah nak turun naik kerusi. Lucky us memang tak ada orang lain ramai. Just weols dan dua orang lain. So wayang itu kita yang punyaaaaaa ;)) Tengah syok2 aku layan cite tu, tetiba Khair Rayyan tido dengan nyenyakkk sekali sampai la ke abis cite hehe.



Pas kuar wayang, jalan2 ke Jalan TAR la apa lagi. Pose skit sana sini feeling2 tourist HAKHAK ;))



Syukur sgt masa jalan2 ni dia behaveee jerk. Mama just rasuah biskut dengan susu jer. Diam sediamnya atas stroller. Tapi cuaca agak panas. Abes la tan kulit anak mama ;))



Kul 5.00pm cepat2 kuar dari Jalan TAR or else kami akan terperangkap dalam jam yg teruk. Jangan main2 time orang balik keje. Ada yang terkandas sampai 8-9pm kang ;))


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Tuesday, November 22, 2011

Re-visit baby Haris Safeyullah :)

...cite besday sambung bila da ada gambar la ek ;p


Haaaa uols pernah tak melawat baby yg sama dalam masa yg dekat2? Hehehe. Malu i tawww melawat bb Haris dua minggu berturut2 rasanya. Hikhik. Segan kat tuan umah asik2 muka niiii jer dtg ;)) Bukan apa, masa ni geng puteri 7 nak buat lawatan bb Haris. So aku wajib la nak turun sama. Dah lama kottt tak jumpa dorang semua. Lagipon dorang tak berapa tau jalan ke umah bb Haris (motip taknak sebut dudu n kuku? HAHA) so aku dgn rela hati nak tunjuk jalannyer. Weeheee.


Rayyan yang selalu terkesima tgk aunty biku. Agaknye sebab ko bujang lagi kot tu pasal dia suka. Muehehe. Tapi dalam gamba ni dia macam nak lari dari bik plak wahahaha.

bb Haris Safeyullah. Watak utama dalam cerita ini :)

Puteri 7 yang cuma ada 5 je buat masa ni. Bb Haris tengah nangis tapi takde sape pujuk. Cian dia huhu. Dari kiri: Biku, Dudu, saye dan yayen, Ja dan Adam, Hana.

Pose pose pose :D

Tak lama pon lepak dengan dorang. Tak sampai 2 jam rasanya. Jadi lah buat lepas rindu. Huhu. Next time kita jumpa lagi ya sayang2 sekaliannnnn :x


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Khair Rayyan 1st birthday party ~ teaser :)

Assalamualaikummmm ;;)


Wuah mak kepenatan ni. Sakit2 rasa badan ni kemas umah. Hukhuk. Tapi sakit2 pon tak apa janji majlis dah selamat pon. Berjalan dengan lancar, makanan cukup, tp kesian kat tetamu yg bersempit2 dalam umah kecik tu...dan sian kat kawan2 Khair Rayyan yang datang dalam hujan. Kang tak pepasal demam pulak kena hujan.


Banner ni i buat sendiri. Simple jer pon.

Sesungguhnya nak menjayakan majlis harijadi bukanlah sesuatu yang mudah. Ni baru besday uols. Belom anak nak kawen lagi. Hazabbb ;)) Nanti masa nak sambut menantu mama upah wedding planner jerlah. Cewahhh, banyaknyeee duit mama nak upah wedding planner bagai :D


Summary untuk majlis adalah lebih kurang begini.


Jam 1pm, tetamu sampai. Tapi nasi hujan panas kul 1.30 baru sampai hehe. Menu utama adalah nasi hujan panas, ayam masak merah, dalca, jelatah. Yang ni upah caterer. Kawan MK jer pon. Sedap tak sedap tak? Aku rasa nasi dengan ayam masak merah sedap gila ok ;)) Tapi kul 7pm baru mak sempat makan. Huuhuu. Jelatah tu kakak i yg buat. Mee kari pulak order dari kenalan MK. Aku tak tau pon sape orang tu. Tau tau mee kari dah sampai rumah hari tu hihihi. Then side dish aku ada buat pasta carbonara dan puding buah cocktail. Dan paling terharu sebab pasta dengan puding paling cepat abis. Sedap keee, mak terharu ni ;))

Kul2-3 adalah timing tetamu paling ramai sampai. Dah la hujan so semua masuk umah. Kerusi kat luar pon abis kena tempias. Maka huru hara la tetamu nak mencari tempat duduk masing2. Umah dah la cenonet jer. I sgt sedih tgk uols bersempit2 masa tu. But what can I do? Cuaca tak menyebelahi kita petang tu. I thought kalo hujan pon maybe lewat kul 6-7 ke skali kul 3.30 rasanya dah hujan. Dengan petir guruh yg maha hebat T___T


Tetamu adalah ramai. Alhamdulillah rezeki Khair Rayyan ramai aunties dan uncles yg datang ;;) Paling suka sebab makanan tak membazir sebab memang cantek2 jer kuantitinya. Adalah la leftover sikit2 jer. Antara yang datang adalah geng UB (ukhwah blogger), kawan opis mak, kawan2 kelab savoc, kawan2 MK dan jiran2 ;;) MasyaAllah, terharu dengan sambutan uols. Yang datang dari jauh2 pon ade. Rasanya yang paling jauh adelah Ann dari N9. Wuahh kelas kan? And FYI, Ann adalah BFF di alam maya saya :D


Tetamu terakhir datang adelah bespren si MK plak malam tu. Mujur kuah mee kari ada lagi. So just topup mee kuning jer lah. Hihi... Tapi mee kari sangat sedapp la makkk. I likeeee. Lenkali bleh order lg ni ;;)


Erm tu la serba sedikit cerita di hari kejadian. Gambar2 tggu dari OP dulu. Nak edit2 dulu kata beliau. Next week kot baru dapat gambar. Cant wait :D



p/s: Parti buih tak jadi parti buih pon sebab HUJAN
sampai ke senja :-s


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Friday, November 18, 2011

Anak uols suke tengok tv tak?

Budak kecik kat umah ni, takde la tegar sangat tengok tv. Tapi dia sangat tegar membaling remote control. Atau kalo 'baik' sket dia akan tekan butang merah kat remote dan kasi OFF itu tv di kala ko tengah sikit punya feeelllll tengok tv. Nak nak masa tengah feeling tengok cite industan skali tv padam!! Hangin tak? Ingatkan takde letrik. Tapi kipas elok jer on. Rupanya ade jari makhluk halus pegi tekan off kat remote ;)) Minggu lepas la paling geram sebab dia pegi off tv masa cite industan time scene nangis2 sedih gila tu. Aku kompom la nangis kan kalo babak2 sedih tu ;)) Skali PADAM. HAHA. Anak oh anak. Sabo jela ;;)



Cuma yang pastinya. Dia akan menjadi penonton setia time Azan berkumandang. Nape eh. Ramai baby yang aku perasan dia 'alert' dengan alunan Azan yang indah tu. Erm, maybe sebab itu bunyi2 indah yang dia dengar pas keluar dari perut mama aritu kot kan ;;) So macam ada tarikan kuat sangat bila dengar azan. Kalo dia dengar azan di tv tapi masa tu dia dalam bilik, dia akan gigih kuar bilek nak jenguk tv. Sweet jer. Hihi.



Tapi kalo tengok cite bese2 dia wat aksi2 macam di atas jer. Tak pon dia bolayan jer. Gigit/campak remote control lagi best (-_-") Oh, tapi dia punya feveret tv show adalah Hi-5. Rancangan kanak2 tu. But now mama papa pon dah hafal lagu2 dia. BEST. Setiap pagi dia akan tgk show ni masa mama bersiap-siap nak g opis. Bagus untuk pelajaran peringkat awal.

Hi-5 Show :)

Until then, chow :D


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Thursday, November 17, 2011

MK waktu form 4

Ok untuk mengisi masa lapang harini, saya nak show off kat uols gambo MK masa zaman muda mudi dia dulu. Sekarang dia zaman tua-tui. OPS =))



Kalo terror cer teka mana satu MK. Hmm. Mana tau I baek ati nak bagi adiah. Hehe ;;)

p/s: Gamba ni mmg saiz kecik tau. Bkn sengaja dikecikkan ;p


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

Wednesday, November 16, 2011

Lunch at Taste, Bangi

Well well well... Jom layan makanan bulan lepas. Haha. Ni masa baru2 pindah opis dan sibuk2 nak try kedai makan kat sini. Sekarang da malas dah nak try makanan2 kat sini. Mohd Chan tak try lagi ni muahaha ;)) Bila ek nak pegi? Next week la. Bleh bawak my mom and my sis ;;)


So kali ni makang westernggg. Nama kedainya Taste. Dan tastenya bagi aku so-so jer. Tak sedap mana pon. Huhu (alamak kena saman tak kalo mcm ni?) Maybe taste dia mmg originally italian kot. Bese la tekak orang melayu kan tekak sambal belacan/tempoyak/budu jer =))


Spaghetti Seafood Oglio

Spaghetti carbonara

Redvelvet cake for me. Haaa kek ni memang sedap dan terbaekk :D

Me and my girl (bluekkk ;)) )
Sekian saja laporan makanan. Terima kasih daun keladi. Bye  :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha