Thursday, December 27, 2012

Wordless Thursday...?




 ^_____^ Sedapnyaaa bubur durian ;;)

Wednesday, December 26, 2012

Mengidam korean food ;)

Assalamualaikum ;;)


Hye hye uolsss. Hihi. Now we're at the end of 2012. Macam tak percaya kan. Cepatttt jer masa berlalu. Dan aku tak sangka aku adalah seorang mak buyung yang giat membesar pada akhir 2012 ni. Dalam bayangan aku awal tahun dulu, akhir tahun ni adalah misi nak menguruskan badan. Nampaknya tak berjaya sama sekali ;)) Dan percutian yang aku plan awal Januari 2013 pon terpaksa dibatalkan. Takpelah, tak ada rezeki. Lain kali cuba lagi. Hew hew. Sedapkan hati..


Anyway bulan November haritu adalah bulan mengidam masakan korea. 3x pegi makan korean food. Kira banyak kali lah tu kan. Dan gambar di bawah ini adalah spicy ramen yang aku makan di food court level 3 The Gardens. Rasa dia not bad. Rupa macam maggi jer kan? But no. Sedap sangat. Kuah dia harus lah ada ciri2 korean food. Mee dia kenyal sikit dr instant noodle biasa. Beef dia super lembut. Yang penting HALAL ;;)


Tapi now dah tak berapa teringin sangat korean food ni. Currently aku dgn MK tengah menggila ngidam ayam penyet. Sabau jelah. HAHA

Dan diakhiri oleh gamba seorang budak yang tantrum. Hehe. Ko tengok lah jari2 dia tu ada kesan hitam. Then baju pon comot2 hitam. Gara2 main gel eyeliner mama. Bertabah jerlah mama nengoknya. Walhal tak marah beria pon. Aku just jeling2 jer. Itu pon dah nangis guling2. Kalo sergah tak tau la camne sedihnya ;)) Kelako lah anak mama ni.. Ngeeee :D

Thursday, December 20, 2012

Makan2 di Istana Bambu

Assalamualaikum ;;)


Syukur Alhamdulillahhh. Bukan senang ada orang nak belanja makan sesedap ni. Taglinenya 'Order jer apa nak!' Aku bila dengar menggelupur dah la dapat makan sesedap anak tekak hihi. Well ada orang tu baru turun kapal kannnn. Sekali balik bawak puluh2 ribu uolsss. Balik kali ni dorang siap holiday ke Gold Coast. Mak menjeles okay ;))


So bila aku teringatkan aku penah makan udang sedap dan ketam sedap kat Restoran Istana Bambu suatu masa dahulu maka terus laju2 ajak makan situ. Masa aku makan kat situ dulu menu ada 4 dalam RM3++ la jugak. Gulp. Agak mahal lah jugak tapi bukan selalu kannn. So dah alang2 orang nak belanja makan moh ke sana ayuh! Lokasinya terletak di area Ampang tak silap. Eh Ampang ke Ukay Perdana ek? Ngeee :p


My sis and her beloved husband yang baru turun kapaiiii hihi

Antara menu yang sempat snap. Tak sempat tangkap gambo lain anak bujang aku dah sibuk nak tengok boboiboy la pulekkk ;))

Menu kiri tu udang masak pedas KOT namanya. Fuhhh terbaekk lah udang ni. Besauuuu. Yang kanan tu pulak shark fin. SHARK ke? Bukan shark tu jerung? ;)) Ke aku silap ingatan. Hehe. Well cite sebulan lepas katakan. Mak lupe dah.


Then ada menu lain ketam masak creamy, ketam masak ape tah, lala ala thai, sotong celup tepung, ayam pon masak ape tah, ikan stim, then ada sayur2 bla bla bla. Total RM8++ ;)) Kalo tau aku cukupkan seribu jer aritu HAHA. Bertuah punya adik ipar kannn lalalalala ~~~


Apepon aku puas hati la makan sini. Siap tapau ketam tu sebab tak abis. Esoknya buat lunch. Terbaekkk. Menu lala tu jer aku tak puas hati kot sebab macam overcooked. Tak sodap. Huhu. Yang lain2 memang sedap dan marbeles.


Okay sekian saja laporan dari saya. Daaaa ~~~~


Tuesday, December 18, 2012

33 weeks

Assalamualaikum ;;)


Auwww.. Lama tak update pasal this second pregnancy kan. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan uols. Rasa ngeri pulak sebab adik ipar aku bersalen masa kandungan mencecah 35 weeks. Baby pon keluar saiz comellll aje 2.4kg. Seram kot nak pegang sebab halus sangat.


This baby darling inside my belly ni bersaiz kecil orangnya. Doctor kata maybe faktor genetik papanya. Kalo ikot genetik aku harus bambam macam Abang Yayen ;)) Saiz dia waktu dilahirkan nanti mungkin akan cecah 2.8kg - 3kg. Apepon itu hanya tekaan doctor. Wallahualam. Tapi memang berharap baby jangan besar2 sangat okey. Hihi


Tapi kan uols, berat aku sekarang sangat mengerikan. Yes i know its just numbers but.... tapi.... NGERI okay. Memang lahhhh berat aku yang paling berat dalam sejarah. Hopefully masa pantang nanti biarlah berat turun secara berjemaah. Turun laju2 sikit berat tu. Tak sanggup rasanya nak jadi besar gedebab macam ni. I nak jadi mama gojes slim :D


Baby, you will have adik baby SOON. Mama harap abang dah ready yer.

My sis and her two angels ;;)
This pregnancy memang aku berniat untuk tak selalu sangat tulis dalam blog. MK pon tak bagi cerita pasal baby sangat. Biar lah kami jer yang simpan memori2 tu. Update sikit2 boleh laah. Hihi. Apepon bila this little baby darling keluar nanti, baru mama update secara meriah okay. InsyaAllah :x


Monday, December 17, 2012

Menyerang Radiusite, Shah Alam

Assalamualaikum ;;)


Eh menyerang dengan erti kata lain adalah shopping, bukan pergi serang kedai pulakk, gituuu. Anyway aku bukanlah pelanggan Radiusite. Tak pernah pon beli apa2 dari situ. Tapi kakak aku yes. Dia memang gila shopping kat Radiusite. Tak puas beli online, jom g beli offline pulakkk. Aku sebagai adik yang penyayang pon ikot saje... Sekadar tunjuk jalan kat Shah Alam nun... Hihi. Jommm g radiusite jommmm (eh ni cite sebelum birthday yayen lg ni, sumpah cite lama HAHA)


My sis yang happy di depan Radiusite. Asik cakap lagi harap2 dapat jumpa model radiusite tu. Bertuah laaa sangat kalo jumpe. Konfem memang x jumpe pon hiks ;))

The gegirls yang tak peduli mama dorang nak shopping ke ape. Keje dorang berlari dalam kedai hampir nak roboh. Campur plak dengan jeritan nyaring yayen, mcm nak pecah cermin kedai tu. Huhu

See? Mak try tudung. Anak2 duk main ape tah

Yayen jerit kuat2 "yayiiii yayiii" which means, LARIII hihi

Mama tengah try shawl lain plak. Budak2 masih aktif.. Pfttt. Haha

Dan keje aku just duduk jer kat spot aku tangkap gambo tu. Mana taknya, mengah babe naik tangga sebab store dia tingkat dua. Hazabbb. Pas shopping kat radiusite weols masuk Sugarscaft pulak. Selang beberapa kedai dengan radiusite. Shopping sakan kooo akak aku. Hihi.. Sekian, daaaaa :-h

Friday, December 14, 2012

Jalan2 KLCC

Assalamualaikum ;;)


Sekadar mengupdate cerita lama. Serius dah lama duduk dalam draft dan siap2 upload gamba2. Cuma author jer malas nak menaip. Jadi, nah. Layannn hiks ;))


Alkisahnya weols jalan2 klcc... Cadang nak pergi Melaka waktu ni tapi pagi subuh dah hujan, masing2 tarik selimut hihi. Dah dekat tengahari baru siap2 untuk keluar. Maka ke klcc lah kita. Bagi aku klcc tak ada lah best mana untuk shopping. Maybe sebab kedai branded kot. Mampu tengok jer haha. So just jalan2 makan2 gittewwww. Purata dalam setahun pergi klcc dalam 2 kali saja. Sekadar cuci mata. Memang tak shopping langsung.


Abang yayen yang eksaited nampak public phone. Semua public phone dia nak singgah pastu tekan2 button then sebut HEYOOOO. Hihi

Saya dan mak. Gemuknyaa saye :(

Kakak Kyra pon adeee hihi

My sis dan askarnyaaaa. Walopon gegirl tetap nak panggil askar huhu

Sampai malam gak lepak klcc. Ni adik ipar my sis. Siap belanja weols dinner kat dome

Lentokkk hehe ;))
Itu saje. Wuah cara cerita pon mendatar je kan. Malas nak cerita beriya. Ni pon kira nak syukur aku up satu entry untuk esok. Sebab aku nak publishkan entry ni jam 10am jumaat besok. Ok bye *tetiba*

Sunday, December 9, 2012

Anak bujang saya :)

Assalamualaikum ;;)


Eh eh macam dah lama pulak tak update blog kannn. Nak cakap pasal ape tah. So sempena hari Ahad yang indah dan bahagia ni saja2 la buat entry ringan2. Have a splendid weekend everyoneeee :D

Gambar hiasan adalah wajib haha
So harini uols g mana? Weols tak tahu lagi nak pegi mana. Tapi wajib la keluar jugak kan. Dapat keluar makan pon ok. Malas beno nak masak ngeeheee. Until then, hasta pronto!

Wednesday, December 5, 2012

Shopping and korean food

Assalamualaikum ;;)


OK sejak dua menjak ni iols memang rajen buat scheduled entry. Gigih okay bukak blog malam2 buta untuk meng-compose eceh ;;) Itu pon setelah setel keje2 surirumahtangga dan setelah anak tido. Bapak tak tido lagi tak apa. Yang penting dia ijinkan. Muehehe...


So few weeks ago setelah lamaaaaa tak keluar shopping bertiga beranak (sebab aku memang selalu buat kerja shopping sorang2 sebab cepat dan pantas) maka keluar lah kami. Dan paling amazing kali ni MK yang ajak shopping. Aku macam blur2 apsal mamat ni nak pegi midvalley tetiba. Mula2 rasa malas sebab pikirkan jem dan kesesakan berlaga bontot. Last2 decide pegi jugak. Itu pon tak lama. Spent time dalam 3 jam jer kat sana. 2 jam shopping dan sejam makan2. Hehe.


Shopping barang iols sikit, MK sikit dan Abang Rayyan sikit. Barang baby baru usha2 jer. Tunggu sales kaedahnya ;)) Dan compare2 dulu kat mana lagi murah, kat mana baju lagi comel etc.


Tolong shoppingkan stokin untuk papa kuikui. Abes semua dikautnya. Ish ish
Kemudian lapar kita pikir nak makan apa pulak. Memula nak makan kat Tony Romas. Then lalu pulak kat Dubu-Dubu, a korean restaurant kononnya. Aku cakap lah aku penah makan kat situ dengan opismate. Then dia pon excited dan nak makan jugak. Biar betul mamat ni. Dia bukan jenis pemakan yang bukan2. Bese makan nasi lauk budu jer ;))


Tapi tak apa. Kita bagi dia cuba dulu. Paling teruk pon dia muntah jer. Hikhik. Eh, dia penah okay muntah pas makan kat sushi king. Apsal tak meloya sangat. Bukannya aku bagi makan raw salmon pon. Tak paham :-?

Ni namanya Korean Pancake. Dalam bahasa korea pajeon kot namanya. Tah la dah lupa. Ni untuk Abang Rayyan. Memang dia suka dan sangat berselera!!

Untuk MK dia makan spicy ape tah. Sedap sangat stew dia. Tapi mee tu agak kenyal dan mengenyangkan.

Dan untuk aku, juga tak ingat nama. Tapi kononnya spicy chicken wing. Hoh SPICYYYY la konon. Sumpah tak pedas langsung. Ayam masak merah lagi pedas kot. So, not recommended.

Apepon memang pengalaman istimewa la jugak sebab 1st time MK dan Abang Rayyan makan korean food. Lenkali buleh cuba lagi. Muehehe ;))


Tuesday, December 4, 2012

New niece: Nur Azzalea Farzana

Assalamualaikum ;;)


Fuhhh kejang kejang urat mak ni. Semalam cuti.. Balik Terengganu. I likeeee. Sebab sempat shopping untuk diri sendiri dan jugak untuk adik baby ;)) Asal dapat shopping suke benooooooo ye kamu ciare. Kihkih. Anyways, awal November yang lepas, 2/11, aku dapat anak sedara baru. Gegirl uolssss. Hihi...Dah bertambahhh anak sedara Mak Long ni. Adik2 ipar aku semua dah nak tutup kilang pembuatan anak. Nampaknye lepas ni anak aku jer la yang bertambah kihkih (Pls take note adik2 daku semua lebih tua dari ku. Kecuali yg bongsu ada sorang lagi tak kawen. Gigih iols explain haha)


Adik ipar aku jugak ada request untuk aku namakan anak dia. Kelas tak uols? Betapa sucinya kuasa Mak Long ngeh ngeh. Maka, nama Nur Azzalea Farzana aku pilih.. Maksudnya memasing google lah ye. Harusss aku letak nama yg bermaksud baik2... Adik ipar aku just request nama start dengan Nur A___ F___. Memang nama anak2 dia yang lain berirama gitu. Eh, nama anak adik ipar aku yang lagi sorang haritu aku jugak yang letak okay. Yang tu nama dia Nur Airis Marissa. Sebab dia nak huruf Nur A___ M____. Aku layan jerrr. Suke okay letak nama baby ni... Errr tp nama anak sendiri aku masih pening2 lagi nak letak apa ;)) InsyaAllah untuk girl dah ada nama, untuk boy belom ada lagi. Kalo adik yayen gegirl nama dia Nur H___ H____. Huruf H ikut mama.. Kalo boy akan ikut nama abg yayen.. Muh Khair ____. Tapi belom pikir apa dia nak letak. Hew hew. Mak nevessss....


Bayi yang suci... Oh comelnyaaa

Da pandai cenyum2

Last skali sampai nangis aku kerjakan, hehe. Ops

Minggu ni ada majlis Aqiqah untuk Azzalea, tapi Mak Long tak dapat balik. Baruuuu jer balik semalam. Tak pe lah, tak ada rezeki nak join. Harap majlis berjalan dengan sempurna dan berkat. Aminnnn.


Friday, November 30, 2012

30/11/2012..30 Nov...

Assalamualaikum ;;)


Apakah yang penting sangat dengan tarikh hari ini 30 Nov 2012? Well, hari ini mungkin takkan dapat dilupakan sampai bila2.. Kerana genap setahun dia meninggalkan kami... 30 Nov 2011.. Ya, Arwah Ma.. Mak mertua ku di dunia dan akhirat... Rindu Ma... Rindu masakan Ma... 


Okey saya melampau. Ingat makanan pulak. Sorryyyyy T_____T. Wuwu. Yelah, dulu masa mengandungkan yayen, aku mimpi makan masakan ma. Iaitu ikan masak lemak kuning. Tak tahu ikan apa tapi kalo buat masak lemak kuning memang arwah suka masak ikan tu. Macam ikan merah tapi bukan. Sorry iols tak kenal ikan T__T. So lepas jer terjaga dari mimpi tu aku terus bgtau MK. Dia plak pegi cerita kat mak dia. Then, balik ganu hari2 arwah mak masak ikan tu. Fuhhh. Makan pulak dengan sambal belacan arwah buat.. Ya Allah sedapnyaaa. Apsal sedap sangat ma masak? Lepas tu ma suke tengok aku makan. Aku makan banyak. Anak2 dia makan banyak jugak tapi sebab dorang kurus2 so tak best sangat kot. Tengok orang tembam makan lagi syok kot. Huhu. Lepas tu memang arwah suka masak macam2, lepas tu, bila dia tanya aku makan tak menu tu? Aku jawab aku makan. Sebab aku memang makan semua benda kecuali hati ayam/lembu. Tu laaa arwah suka masak macam2. Sebab dia tau aku akan makan punya. Haih.. Rindunyaaa....


Okay lagi sekali melampau sebab cerita pasal makan pulak. Ciare, baik kau stop taip sekarang!! Ok bye!


Tipu jer...


Apepon masih teringat setahun yang lepas, waktu subuh dalam jam 6am lebih.. MK dapat call dari adik dia... 1 ayat jer.. Yang akan diingat sampai bila2.. "Ma takdok doh..." Pastu menangissss.... Terus kemas2 beg balik Terengganu....


Dan hari ini, kami akan pulang ke Terengganu juga... InsyaAllah esok pagi kami akan melawat pusara Ma...


Setahun sudah...


Al-Fatihah..


 

Crepe durian

Assalamualaikum ;;)


Sekarang ni memang wabak crepe durian kan uols? Ramai dah terjebak termasuk aku. Tapi rasanya menu ni dah lama dalam pasaran tapi entah kenapa semenjak penggunaan fesbuk ni, bila dah start 1 perkara, lepas tu best/sedap pulak tu, terus jadi fenomena ;;) Sama la macam dulu fenomena red velvet, rainbow cake, pavlova dan macam2 lagi lah. Errr tapi fenomena makanan jer lah yang aku perahsan. Hehe. Iols kan kuat makan. Hew Hew... Anyway terbaru pula adalah fenomena crepe durian atau pancake durian whatsoeva lah kan. 



Nak nak pula time mengandung ni pantang tengok makanan orang post kat facebook terus tergoda dan dan nakkk jugak. Terus rasa nak lempang diri sendiri sebab cepat terpengaruh kannn. Dah la order2 pon main kat fesbuk jugak. Aduhaii, senang sungguh hidup manusia sekarang kannn ;))


Anyway crepe durian yang aku makan ni aku beli dari Ira atau dalam fesbuk namanya adalah Garam Dan Gula. Nak order pergi lah terjah fesbuk beliau. Hehe. Memang sumpah tak menyesal order dari Ira sebab sedapppp holiauuuu sangat2. Masa amik tu, masuk kereta, terus idung rasa ditusuk2 bau durian. Tak ke namanya crepe beliau kaya durian?? Sebab kalo krim yang lebih iols tak suka. Nak durian yang lebih. Sebab nama pon crepe durian bukan crepe krim hehe ;)) Aku beli 2 set. 1 set RM10 dapat 5 pcs. 1 set jer abes aku ngappp dalam masa 5 minit dalam kete. 1 set lagi bawak balik rumah. Konon nak bagi MK rasa sekali mamat tu taknak daaaa. Fuhh lega tekak makan semua skali. Hakhak.. Pueh ati den.. Selain tu aku suke crepe durian yang Ira buat sebab kulitnya nipisss aje. Lebih nipis dari kulit popiah. Sebab aku penah dengar orang komplen dapat yg kulit tebal whatsoeva. Kalo tebal dah rupe lempeng la pulak. Mana feel kannn.


Hah sementara tengah musim ni, elok2 lah korang pergi mengorder hehe. Aku asalnya nak order lagi tapi sebab dah beli durian dan buat bubur durian seperiuk lepas tu aku makan sorang2 selama 3 hari, rasanya enough la durian kot untuk tahun ni. Tahun depan2 pulak rasa lagi. Hehe, until then, see you next time durian. Kihkih :-h


Mini blogger gathering

Assalamualaikum ;;)


Wuah wuah lambatnya mama yayen update pasal mini gathering ni. Soooo lambat hehe. Anyway sebenarnya bukanlah mini blogger gathering sebab perkara ni dirancang melalui twitter. So adakah tajuk yg sesuai twitterland gathering? ;)) Dan..... jangan lah sesiapa merajuk jika perkara ini tidak dipanjang atau dengan kata lain dijemput kepada semua secara besar2an. Sebab serius memang plan secara tetiba di twitter. Pada siapa yang rajin hye hye kat twitter tu, pasti tau. Dan kami pon mengamalkan konsep jemput diri sendiri. Haha. Means, siapa yang perasan tweet kami boleh je cakap nak join jika available pada tarikh tersebut. Hah tak ke sempoi nyah? :D


So lets begin. Perjumpaan sepatutnya berlaku di Kolam Kanak2 Presint 9 tu. Macam2 tempat dah plan akhirnya decide kat P9. Aku sampai kat situ dalam 5pm skali hujan daaaaa. iols berdua jer okay dengan yayen. Punya la menggelabah takot nak bawak dia sebab dia kan aktif skarang. Kadang2 nak duk dalam carseat. Kadang2 taknak. Mujurrr pada hari kejadian dia okay. Siap tido2 lagi. Syukurrr.... Oleh kerana dah hujan, terpaksa pikir tempat alternative. Mujur laaaa umah si mama Iman Ariana kat belakang kolam tu saje. Maka serang rumah beliau. Hiks.


Makan macam nak jamu 20 orang ;))
Kami bertujuh aje pon pada hari kejadian. Aku, Zaza, Mar, Mekna, Fad, Ana dan Izza. Dan semuanya datang solo. Bawak anak masing2. Lebih senang dan selesa kott kalo husband takde. Tapi, make sure la dah dapat green light dari husband masing2 okay. Baru lah berkatt hihi. Bukan apa, kalo bawak MK aku pasti betapa bosannya dia. Dia bukan la jenis peramah sangat. Malu pon iye kadang2 tu. Tapi kalo dapat kawan yang bole cakap pasal kereta InsyaAllah dia akan bercakap seperti tiada esok. Non stop. Kihkih ;)) Kebetulan, perjumpaan berlaku pada hari Sabtu. MK keje okay hari Sabtu...

Baju purple sedang berjalan tu Iman Ariana. Baju pink tgh duduk tu Iman jugak. Baby nomei2 tgh baring tu adik Iman. Isma Nuha namanya. Dan si rambut fringe itu adalah 'Aish...

Yayen terpukau okay sebab Aunty Zaza bukak cerita Upin Ipin. Thank GOD!! HAHAHA. Thanks Zaza sebab pasang cerita fav yayen. Maka relax lah sikit aku sebab yayen terpaku di situ. Hihi

Gamba yang aku candid... Hehe.. Rasa benci nak bergambar ramai2 sebab sah2 aku paling besar kan. Koser ;))

Gamba yg dicuri dari blog Izza. Complete kesemua blogger ;;)
Majlis bersurai sekitar 8pm lebih... Still hujan masa tu... Mencabar betul. Alhamdulillah perut pon kenyang dan masing2 tapau bawak balik. Bagus senang iols takyah masak dah untuk MK. Hiks. Oh lupa nak cakap, dalam 6 orang ni, kali ni 1st time jumpa dengan Fad dan Izza. 'Jumpa' kat twitter banyak kali dah. Berborak macam dah bertahun kenal ;))


Apepon, MK memang bagi sokongan aku berjumpa kawan2 baru. Dia cakap bagus la sebab ada kawan baru.. Yang juga mak2 orang... Best.. Boleh tukar2 pandangan tentang satu2 isu, especially isu parenting.. Dan bertukar2 resepi :D


Thursday, November 29, 2012

Haris is 1

Assalamualaikum ;;)


Ya ampunnnnn..... Sorry Haris, aunty amik masa lamaaa sangat nak update pasal cerita besday kamu. So ini dia... ;;) Hehe... Anyway kisah ni berlaku last month. Tarikh sebenar aku kurang pasti. I'm bad in remembering date. Mujurkah date2 tertentu dalam hidup boleh ingat jugak. Dengan bantuan gadget2 yg ada reminder haha...


So, pada hari kejadian, aku car pool besan i, si mama liesa. Hehe... Thanks noks tumpangkan iols. Kalo tak, memang tak sampai aku ke rumah dd huhu..


Bagus Imani nak salam dengan Abang Yayen hehe

Tapi Abang Yayen boolayan. Tsk.. Anak aku dah dapat main gini lah. Dia main sorang2 pon dah bahagia huhu

Lalu merampas telefon dari tangan Imani. Whoops!!! Sorry Imani sayang... Huhu. Dia rampas sebab telefon tu mcm telefon dia kat rumah. Feeling dia punya lah tu. Perahsannnn anak haku

Haris. Insan yang diraikan. Bersama mama dan abi ;;)

From left: Liesa, Imani, Aku, Ezzan, Yayen, Dd dan Haris. Sususan adalah berterabur ikot dan hehe.. Bese la dah ada anak kecik gini lah. Nak pose proper pon payah nau...

Thanks dd dan keri sebab jemput weols. Makanan sedap2 dan aku asik mengulang tambah jer. Mujur bole buat alasan MAK BUYUNG KERAP LAPAR :D Hehe.. Sekian saja, daaaa :)

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha