Thursday, January 5, 2012

Memanjakan Kaki :)

Honestly, aku bukan bangsa yang kuar masuk spa tau uols. I know kecantikan tu penting, tapi balance duit dalam bank pon kena cantik gak. Kalau nak kata aku berkirakira untuk diri sendiri, hmm maybe betol. Sebab golongan sederhana macam aku ni, buat apa yang mampu jelah. Kalo nak kuarmasuk spa tiap bulan maka pastu ko pikir la sendiri ape nasib pastu hehe ;))


Jadinya, buat spa kat rumah sudah la. Massage badan tu tak payah kata la, suami ko kan ade, haa suruh jela dia massage. Hehe. Bukan saje free malahan bertambah2 pahala sesama sendiri kuikui :x Tapi tang kaki macam kesian plak nak suruh suami buatkan terapi kannn. Walopon boleh je tapi kalo mak aku nampak bagi kaki kat suami, mau dia bebel isnin sampai jumaat. Tak elok rupanya kan. Kalo suh massage2 lenguh2 tu boleh la. Tapi nak tanggal2kan daki tu, buat sendiri jerrrr kihkih.


Aku rasa jadi wanita ni penat. Pagi2 dah berjalan satu rumah. Adeeee je benda nak kasi siap kan. Multitasking tak payah cerita la kan? Then pergi balek kerja pulak drive sendiri (siapa suami hantarkan #untung lah) dah kejung kaki tu. Yang keta manual lagi la, mau patah kaki. Kat opis pulak depends la ko keje apa. Tapi duduk saje atas kerusi pon dah memenatkan. Belom masuk pakej lenguh punggung duduk 8 jam pulak ;)) Balik dari opis pulak sampai rumah nak kena masak. Nak buat persediaan masak tu. Dari mula2 sampai laaa siap masak karang. Minimum satu jam berdiri tak duduk2. Lepas tu melayan anak pulak. Ya Allah, kuatnyaaa seorang wanita kan? Kadang2 aku sendiri pelik dari celah mana laaa aku dapat tenaga nak buat semua ni. Bukan tak pernah cuba untuk skip buat kerja, tapi rasa tak best. Dan dalam 2-3 minggu ni rasa happy sangat sebab setiap hari aku masak untuk dinner. Kecuali hari2 cuti yang keluar berjalan la. Rasa penat tapi puas hati ;;)



So sambil2 suami tolong basuhkan pinggan kat dapur tu, dan anak dah selamat ditidurkan tu, bole lah rendam2 kaki dalam dalam air suam. Taruk pulak garam nih. Saje feeling2. Padahal tak letak garam tu pon bole jer hihi. Hasilnya, wallahhhh. Lepas rendam tu sental2 pulak daki2 tu. Haaa kan ke cantik kaki. Dah serupa kaki model #angananganmatjenin


Sekadar gambar hiasan. Yayen tengah pakai shirt angry bird tu. Huhu.

Dan tetiba ada gamba makanan. Yang ni bukan I yg masak ok. Ni lunch masa hari kerja rasanya.

Sekian saje. Btw garam biru tu boleh dibeli di cosway ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha