Tuesday, January 10, 2012

Resepi: Nasi minyak & gulai ayam style terengganu

Assalamualaikum semuaaa ;;) Apa kabar uols di hari Selasa? I ok jer. Agak bersemangat sebab dapat task baru. I love coding eceh. Tapi sebab ade masalah teknikal sket so benti rehat jap sambung buat entry blog hikshiks. Anyway uols, sebenarnya I memang selalu dah upload gamba2 kat draft, so later I just perlu letak few caption and terus publish. Jimat la masa!! Ok sebelum merapu dan terlupa, baik aku abadikan resepi turun temurun dari arwah MIL ajar dulu. Cekioutttt ~~~



Sorry sebab resepi aku tak ada sukatan yang khas. Aku pon masak main agak2 nyer. Pandai2 la bajet ikut instinct kewanitaan mu ;))


Nasi minyak
Bahan2nya :-
Beras biasa(dibasuh dan ditapis)
* Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (aku panggil ni 3 sekawan)
* Bawang besar dan halia di hiris halus
Mentega (untuk menumis)
Susu cair (separuh tin)
Daun pandan
Sedikit garam
Pewarna (kalo nak ade kaler)
Caranya2 :-
1. Tumis mentega bersama 3 sekawan. Masukkan bawang dan halia.
2. Lepas bawang layu dan warna oren sikit, masukkan susu segar dan daun pandan.
3. Lepas mendidih masukkan beras dan tambah sukatan air yang bersesuaian. (aku biasanya lepas step ni aku transferkan semuanya ke dalam rice cooker. Nak masak manual pon ok jer takdak hal)
4. Masukkan garam dan masak nasi mcm biasa. Lagi 2-3 minit nak masak, titikkan pewarna untuk bg nasi nampak ceria. Aku bese taruk warna merah n hijau. Letak sikit jerr. SIAP! hihi


Nyum nyuummm. Hehe


Gulai Ayam Style Ganu
Bahan2nya :-
Seekor ayam (aku suke masak ayam kampung kalau buat gulai ni)
Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (3 sekawan)
* Bawang besar dan bawang putih
* Cili kering (10 tangkai)
Santan
Kentang
Rempah masak (jenama Rose) ~ rasanya ada jual kat pantai timur jer hehe
Sedikit gula dan garam
Cara2nya :-
1. Blend bahan2 bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis 3 sekawan. Kemudian masukkan bahan2 yang diblend
3. Dah naik minyak letak sedikit gula. Masukkan rempah masak (cairkan dgn 1/2 cawan air). Kacau sebati
4. Masukkan ayam dan kentang. Gaulkan dulu bagi rata dalam 5 minit.
5. Baru masukkan santan. Lepas santan dah mendidih tu tambah la sikit air ikut banyak mana u suka.
6. Letak garam secukupnya dan tada!! siap. Sedap giler weh bau gulai ni. Bau dia tak sama dengan gulai kari okey.


Jelatah Ganu
Bahan2nya :-
Timun
Carrot (aku tak pakai pon)
Kubis
Cili padi
Cuka
Gula
Garam
Cara2nya :-
Cincang halus2 semuanya then gaul aje. Dan simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap. Heeeheee

Sambal belacan super pedasss 
Bahan2nya :-
Cili merah besar
Cili padi kecik pedas nak mampus tu
Belacan
Garam
Air perahan limau
Cara2nya :-
Blend aje semua kecuali air limau. Lepas blend baru campur air limau. Siap!!


So uols, selamat mencuba!! Muuuahhh


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

15 comments:

  1. Wah ciare... sedapnye.. harus akak try!

    ReplyDelete
  2. Fuu~~ tengahari mcm ni bukak blog ciare ada gambar makanan pulak daahh. Perut terus memberontak nih. Tak jadi nak diet.

    *sambil lap air liur meleleh*

    ReplyDelete
  3. shedapppnyeee..dah lame tak makan ayam..sambal belacan..nyum2..huhu..nanti leh la kirim rempah gulai ayam ganu pulak..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol ke nak kirim fit? kite blk ganu weekend ni :)

      Delete
  4. salanm ciare - wah best nya..rempah org belah trengganu mmg sedap...

    ReplyDelete
  5. wah kembang idung i rasa sebab produk negero trg di puji2..hehe
    ..
    anyway nak menjemput puan ciare melawat tapak kedai baru kami di :

    http://mamaaunishop.blogspot.com/

    jemput lah ye..jgn malu2..
    tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala bukan saje2 puji tp dah mmg sedap kan :) ok i'll visit ur onlineshop nanti k :)

      Delete
  6. sedap nyer..sy br nk blja r mskan tgnu..hehe my future hsbnd org sne..btw leh x i nk resepi u nie?

    ReplyDelete
  7. camne ni..terjumpa pulak resepi nasi minyak terengganu ni, dah lah saya org ganu! confirm buat for today's lunch!

    tenkiu kak ciare!

    ReplyDelete
  8. haddoiiii kt cni xde rempah tuuu(melaka)

    ReplyDelete
  9. Tq tuan empunya blog.esok bleh la ambe makan nasi minyak

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

Kalau saya TAK balas komen anda, jangan marah ek. I'll try to reply your comments asap!

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha