Thursday, January 19, 2012

The Truth About My Wedding

...cewah cerita suspens betul kan. Anyway since keje I dah siap (bos, nak balik bole? ;)) ) so boleh buat satu entry yang bermutu tinggi sikit. Asik lah buat entry melepaskan batuk di tangga, please lah. Since geng2 blogger bertweet2 pasal persiapan kawen, dugaan nak kawen dulu so rasa nak buat satu entry post-wedding bole? Padahal wedding dah nak masuk 3 tahun pon Mei ni kihkih

Antara cabaran2 sebelum kawen adalah DUIT. Betul tu, duit lah objek paling penting untuk merealisasikan sebuah wedding. Tapi tak ada lah sampai nak merompak bank ke apa kan hihi. Tempoh bertunang pon kejap aje. Dalam 5 bulan macam tu. So dalam 5 bulan tu memang budget kena betul. Ikat la perut ye (tapi masa naik pelamin tak ada kurus mana pon). Hantaran dari MK pon biasa2 je noks. Tak sampai 10K. Kalo tahun 2012 ni 10K pon dah busuk sangat dah tu. Paling cikai 13-15K. Ada rasa nak pitam?

Makanya duit hantaran tu pakai molek2. Semua benda yang nak dibeli kena within bajet. Yang terlebih 10sen dari bajet pon tak bolehhhh. Pandai2 la ko kan. Masa tu memang otak serabut sangat rasanya. Dengan nak men-DIY hantarannye kan. Kena ulang-alik balik kampung nak tempah mak andam la, kanopi la, caterer la. Nak test baju la. MK sampai ke sudah tak ada test baju tu pasal dia dapat baju beso. Tengkolok siap boleh masuk kepala bole? ;))


Mujur la pakej mak andam tu dah setel semua. Baju nikah, sanding, outdoor dengan belah sambut menantu. Siap dapat photographer skali. Tapi hasil gambarnye gitu2 aje lah. Sampai skrg aku menyampah tgk album kawen sebab buruk kottt dia tangkap. Redha jelah sebab tak ada duit nak bayar mahal2 utk photog. Kalo skrg orang datang rumah nak tgk gamba kawen sumpah aku tak bagi. Siap simpan dalam gobok bahagian bawahhh skali. Punyalah tak suka ;))


Dan paling tak boleh lupa, peristiwa Tok Kadi lambat datang ke majlis pernikahan. Lambat bukan sejam dua uols. TAPI LAMBAT 6 JAM. Kau mampu?? Kalau ko rajen baca la entry aku bulan June 2009. Ada aku tulis secara detail peristiwa hitam tu. Sampai skrg aku masih lagi dendam dengan Tok Kadi aku tu. Bole?

Memang majlis kawen aku tu tak sempurna di mata aku. Apetah lagi di mata orang lain. Tapi lantak ah situ, janji kawen kannnn

Tapi bila pikir2 balik, ianya tetap menjadi memori paling sweet sekaliiii hehe. Itulah pengalaman yang tak boleh dibeli. Betul tak uols? ;;)


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

8 comments:

  1. masih segar dalam ingatan yer..cian tok kadi tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus lah segar dalam ingatan. Kalo lah jumpa tok kadi tu kat tepi jalan, siap dia. HAHA

      Delete
  2. ;) start dari situ la saya baca blog awak..kite pun dah nak dekat2 kawen masa tu kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah masa tu geng UB kan kawen nak dekat2 tarikh kan. dari situ la semua saling kenal2 kan :)

      Delete
  3. best baca entry ni... suka baca ayat tuan tanah.... huhu... next wat la entry banyak2 sket... leh baca lagik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanks sbb masuk blog merepeks ni huhu. tu lah kesuntukan masa nak tulih blog (padahal xde idea ;p)

      Delete
  4. Argh sama ! Pun rasa majlis tu tak sempurna. Tapi tak apalah, janji dah lepas, dah kahwin pun semua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan. rasa nak ulang tayang balek tp rasa mcm penat le masa nak prepare utk kawen tu kan. lantak ah janji da kawen. da beranak da pon HAHA

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha