Wednesday, February 22, 2012

'bantal busuk' yayen

Hye uols, berjumpa lagi. Kalau pagi tadi entry tiada cerita, kali ni maih mak cerita ceriti (sebenarnya memang dasar mulut tak tahu diam adeeee je benda nak cerita ;)) ). Anda yang sudah mempunnyai anak, anak korang ada toys/objek yang dia obses tak? Biasa lah selalunya budak2 kan obses bantal busuk, selimut busuk, teddy bear busuk etc. So motip semua pon busuk? =))


Jadi si yayen ni lately dia amat obses dengan 'bantal busuk' dia iaitu seekor binatang yang telah hidup semenjak purba kala lagi. Iaitu harimau. Nak modern, seekor tiger ;)) Meh layan gambar2 di bawah :-

Presenting, his tiger. Amacam? Takot tak? HAHA

kiss tiger :x

sentiasa di sisi tiger. ekekeke
Tahap keobsesan tu aku tak pasti lagi. Atau maybe dia belom menunjukkan tahap obses dia. So far belom lah tahap wajib bawa ke mana2 sama ada ke rumah BS, ke shopping mall, ke taman etc. Trust me, macam my nieces, dorang terlalu taksub dengan baju busuk sampai kena bawak dalam cinema ;)) Dah 6 tahun and pegi school baru la bole berenggang sket dengan baju busuk. Berenggang tu means, baju busuk hanya di rumah dan dalam kete, bila sampai ke destinasi macam mall kena berpisah gitu. Hazab ok. Tapi my sis dia tabah hihi.


For yayen, so far obses dia berada di tahap awal kot. Tiger tu sebenarnya adik ipar aku punya, untuk anak dia. Tapi anak dia takot tengok mata tiger tu, bole? ;)) Masa balik ganu, yayen was soooooooooo excited main dengan tiger tu. So adik ipar pon bagi kat yayen. Maka bermulalah episode yayen bersama tigernya. Antara aktiviti yayen bersama tiger :-
- Balik school dia akan sebut 'ge ge' so dia cari tiger lah tu. Tapi besenya tak payah cari sebab tiger akan menunggu depan pintu (ceh macam binatang hidup pulak haha) sebab masa pagi2 memang yayen akan pegang sampai la nak kuar umah baru dia lepaskan.
- Bila da dapat tiger dia akan ajak tiger sleep. So dia baring dengan tiger depan tv. Pastu dia gomol2 and gelak2 dengan tiger. Ngeri tak?? Huhu.
- Dia akan korek2 mata tiger, jolok2 idung tiger...
- Dia akan heret ekor tiger dan seret laa si tiger tu satu umah. Haritu nyaris tak seret ke dalam toilet. Huuuuu
- Dan of kos, bila nak tidur dia akan peluk tiger. Huhu.

Kadang2 bila aku nak buat keje rumah time papa dia tak ada, aku pon mula la umpan tiger je pon. Cakap kat dia "yayen jangan kacau mama tau, pegi ajak tiger main"..lepas tu dia akan "ge ge" ke arah tiger dan main2 dengan tiger. Rasa macam kagum pulak hehe. Eh macam terpanjang pulak entry ni.


Ok lah. Antara progress yayen on his 15 months adalah :-
- 12 batang gigi
- Pandai mendengar arahan yang panjang contohnya "Rayyan tolong ambil botol susu". Pastu dia akan jawab dengan "su". Biasanya akan ulang balik sukukata terakhir dalam ayat tu.
- Suka jerit nama sendiri "aaaaaayeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennn" pastu suka menjerit kalau seronok. Jerit yang bingit telinga ok ;))
- Suka makan sayur bayam. So mama pon selalu buat sup bayam taruk ayam sket. Hehe. Basically dia makan apa saja cuma minat lebih tang ayam dengan ikan salmon.
- Suka main bola sepak
- Suka main air
- TAK SUKA PAKAI pempes/CD. Jadi masa nak pakaikan, memang akan bertarung hebat dengan dia.
- Lagi apa ek? Erm tang bercakap tu bunyi sikit2 aje. Macam yang aku cakap tadi dia suka ulang sukukata terakhir. Kalo tiger jadi ge. Kalo susu jadi su. Mama jadi ma. Yang peliknya kalo Papa jadi ayah ;)) Antara words lain atak (kakak), ik (nenek ;)) ), atuk (tik), apa lagi ek? Em macam tak banyak je. Sebab dia banyak bahasa german hehe. Kalau susu botol habis dia buat gaya tangan 'habis' and bagi botol kosong. Ade/takde dia sebut de. Bila nampak fon letak tangan kat telinga sebut 'yo' = hello. Tiap kali lepas semayang dia akan datang kat kite and salam cium tangan. Then kiss2 pipi. Bila baca doa tau nak amin aje. Huhu.


Ok lah itu saja laporan dari bilik berita. Bye :-h


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

17 comments:

  1. Yg lepas semayang tue sebijik mcm iman..dtg salam kiss mulut..pastu tadah tangan x sempat bace doa apa tros nak amin..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa seronokkan tgk peel anak ni. time ni laaa paling2 berharga..tengok dia membesar :)

      Delete
  2. dulu ada baca kat paper org report perhilitan sbb nmpk harimau.sekali org perhilitan siasat rupa2nya bukan harimau betul tapi patung harimau mcm yayen punya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SERIUS NI KEISAH BENAR KE LAWAK NI? hihi. Tapi kalo org dtg rumah nmpak tiger ni msti mula2 terkujat. hikhik

      Delete
    2. ini kisah benar,baca kat newspaper,metro kalau tak salah.dgr mmg macam lawak.senang kate kisah benar yang lawak.hihi

      Delete
  3. unik..bantal ucuk rayyan tiger... Grrrrrr hehe

    ReplyDelete
  4. Kalau yayen ada tiger danial pulak ada mr.monkey..masuk mulut,korek bijik mata monkey tu mmg feveret la

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuah mesti syomel jek mr monket danial tu hehe

      Delete
  5. Replies
    1. ko nti mesti nak bagi zirafah kat haris kan dud? ekeke ;))

      Delete
  6. alala comelnya ade bantal busuk..Maressa tak baper suka soft toys, suke kejap je, dia cium pastu dah boh layan...pastu suka main masak2 pualk..hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayen pon ni lah 1st soft toy yg dia suka. yg sblm2 ni semua kena lesing jer huhu. simpan jela utk adeknye karang ekekeke

      Delete
  7. Wahhh...garangnye bantal busuk yayen nih...ekekke

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja garang malah menakutkan huhu. I sokmo terkujat time nampak tiger ni huhu

      Delete
  8. auuuuuuuuu mama mertua sangat kagum dengan anakanda rayyan...mmuah sikittttt...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha