Thursday, February 9, 2012

Entri Santai

Dah lama rasanya tak menulis secara santai tanpa tekanan untuk membuat entry di sini. Jadi harini nak buat entri santai dan bukan di bawah tekanan. Bukan periuk tekanan ye harap maklum. Sepatutnya entri ni dibuat semalam sebab kurang tekanan. Harini ade sikit tekanan kott HAHA. CIAREEEEE, KO JANGAN CAKAP BELIT2 BOLE TAK NAK KENA TAMPA KEEE? ;))


Biar.... Pergimu tanpa relamu... Eh tetiba ada lagu Shila Amzah :D Lagu ni kan, kalo pasang kuat2 dan pakai headphone, ko akan sedar kelunakan suara si Shila Amzah ni (pengkritik bebas)


Jumaat lepas kan uols, aku telah cipta rekod pada umur 27 tahun okeyyyy. Iaitu pergi menonton wayang sorang2. Haaa kelas kau maria. Rupanya tak ada la susah sangat tengok wayang sorang2. Hehe. Just beli tiket, beli popcorn, pastu beramah mesra dgn staff wayang untuk membunuh masa terluang agar tak ngantuk tengok iklan, agak dah start mintak tolong staff wayang suluhkan seat sebab dah gelap (-__-"). Dorang pon peramah jee layak ahkakk ni. Siap tanya akak nape tengok wayang sorang2. Sedih okay haha. Tapi terharu ada orang prihatin. Masa beli makeup stuff pon aku duk bersembang2 dengan staff dia. Macam2 la aku tanya. Budak tu pon layan jela aku. Siap kata ahkak ni peramah la, sporting. Bole? ;)) Eh ahkak dah ada anak sorang ke? Macam baru kawen jeeee. Cewah mau tak kembang bontot?? =))


Weekend yang lepas ni pon adalah superb!! Pergi bercuti ke Pangkor Island dengan Bukit Merah Laketown Resort. Yang Pangkor tu memang plan dah lama. Tapi plan dalam otak jela. Booking hotel semua bukan buat pon. Dah sampai sana mujur laaa ada staff tourism yang baik hati tolong carikan hotel. Dapat la duduk kat Coral Bay Resort. Tapi duduk block apartment sebab kami ramai. Tapi ok dan selesa. Cuma kena tambah la extra bed. Which was costly. Biasa lah masa cuti semua pon mahal. Nyampah ok. Hotel tu dekattt aje dalam 100m ke pantai. Best uols. Swimming pool pon terbaek. Mak suka. Mat Rayeng (dialek ganu) pon suka ;))


Masa kat Pangkor sempat la pusing satu pulau naik moto. Romantik jer naik moto walopon ada sorang budak kecik kat tengah kihkih. Sewa moto tapi tokei bagi moto cabuk jer bole??? Geram. Nak pusing satu pulau tu mencabar jugak la naik moto cabuk sebab dia ada kawasan hutan berbukit ala2 Genting Sempah gitu. Gila ko naik moto cabuk? Tapi MK kata lenjan je moto tu. Lantak biar berkecai. Sapa suh bagi moto cabuk kan? ;)) Yang comelnya, baru separuh perjalanan Khair Rayyan udah tertido terlentok2. Alahaiiii anak mama..


Tapi yang Bukit Merah Laketown Resort tu memang unplanned nak tidur. Just plan untuk pegi island hopping ke Pulau Orang Utan. Tapi sebab sampai lewat so terus decide bermalam di sana. Amek apartment jugak. Tapi tak ingat apa nama apartment dia bole? ;)) Yang penting ada swimming pool. Awal pagi lagi bawak anak pegi berendam kat sana. Yang kelakonya Khair Rayyan suka kolam yang dalam. Kolam cetek dia tak suka bole? Amboiiii ;p Kamu ada pelampong takpe la. Mama tak ada pelampong. Dah la tak pandai berenang (-__-")


Kat apartment ni kan uols, ada peristiwa serams tau T_________________T FYI, adik2 MK ikot sama. Dan family dorang jenis memang senang 'nampak benda2' ni. MK pon nampak jer aku rasa tapi sebab dia tau bini dia baikkk punya penakot so he never share what he saw. Tapi adek2 dia yang pempuan bese la bila nampak esok pagi mula nak cerita. Yang sorang tu nampak 'klon abang ipar' a.k.a biras I berdiri dekat pintu. Tapi tinggi dia mencecah tinggi pintu. Tinggi beno kann?? Ush meremang bulu kaki ni. Yang sorang lagi nampak ada sorang budak (yang tak dikenali) tengah main betul2 sebelah aku T___________T Kebetulan aku MK dengan Khair Rayyan tido kat ruang tamu sebab bilik panas. Seramsss sehhh. Wuaaaaa :-s Dorang nampak tapi cool jer kan? Rasa nak tampa sorang2. Apepon aku bersyukur sebab aku tak nampak apa2. Biarlah takkan nampak apa2 makhluk lain sampai bila2. Mudah-mudahan hijab aku ni ditutup sepenuhnya. Aminn.


Eh tetiba bertukar jadi cerpen seram pulak ;)) So kesimpulannya di Bukit Merah kami just amek pakej masuk Ecopark saja. Yang cuma berharga RM14 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak2. Memang best sangat. Well, it was my second time pergi sana. Dulu masa belaja kat matrik kami pergi 1 bas, 1 kelas. KORANGGGG (kelas F4P3 Matrik Penang 2001/02) ADA SIMPAN LAGI TAKK GAMBA KITA KAT SANAAA??? Wuuuu sedihnya sebab masa tu mana ada camera. So tak de dah kenangan :-s Kenangan di Bukit Merah dengan kawan2 memang best sangat masa tu. Rindu kawan2 T______T


Eh eh macam tiada arah tuju dah entri ini. Jadi supaya tidak ke tasik, saya berhenti dulu. Assalamualaikum


Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

10 comments:

  1. kat bukit merah tu mmg hado... dulu pernah duk kat apartment kawan ayah ann.. pun sama gak.. lembaga hitammm nok.... serammms hareemmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Ann? Kalo la Ann gtau kite awal sumpah xnak sleepover. X pon mesti tido tak lena sbb takot2 huhuuu. Malam tu masa menyusukan anak mata melilau gak huuu takotttt :((

      Delete
  2. Seramsss nasib masa tidur sana takde nampak apa2. Hehe.

    Tp kan ciare pasal Pangkor tu tergelak baca, sbb hari tu pas kawen terus g sana jugak. Ya allah naik motor cabuk nk panjat bukit dia agak mencabar ok T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo nampak maybe MC sebulan kot wuaaaa :'( Betullah semua pon motor cabuk kan? hampeh betol haha

      Delete
  3. dedua i blom pernah pg la...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe ada rezeki nanti pegi la. Memang best sangat dua2 tempat tu =)

      Delete
  4. Kat bukit merah tu hr tu adik pegi dia pun ckp ada ' something'..siap dia n member2 dia nampak..Betulla ciare biarla hijab tertutup dgn benda2 ghaib camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? wuaaa serams....kalo dina gtau awal2 sumpah kite xsetuju MK ajak sleep over huhu. tulah, biar la hijab ku tertutup rapat gituuu

      Delete
  5. aku ada lg simpan gambar kenangan p melawat bukit merah tu..gmbr ko pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ummi ku sayang? mau mau..nak semua gamba aci x? tlg scan n email it for me darlingggg hukhuk

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha