Thursday, February 23, 2012

Nasib si penyewa rumah :(

Assalamualaikum semua. Apa kabo? Sihat2 belaka kah? Well i sihat jer. Tapi anak jer tak sihat. So harini mama cuti jaga anak. Papa tableh cuti sebab ada exam kat HQ. Good luck papa! Nanti dah lulus naik gaji duit nafkah mama jangan lupa naik 10% ekekeke ;))


So the baby (lah sangat) is not well. Mula dari dua pagi tadi dia start demam dan nangis2. Kebiasaannya kalau demam sahaja hatta batul selsema sekali pon dia tak akan menangis tengah2 malam. So i syak dia nak tumbuh gigi lagi. Sah, gusi bahagian geraham banyak yang bengkak tersembul bentuk gigi tapi gigi belom keluar lagi. Mesti sakit wahai anak mama. Siang ni pon asik la merengek. Pastu dia nak makan benda yang keras2 gatal gusi kot. Bagi nasi roti sup semua taknak. Last skali bagi kacang botak. Hukhuk. Tapi atas pengawasan aku lar. Risau plak tersedak. Tapi dia ok jer. Makan krukk krukk puas hati dapat kunyah kot. Demam dah takde. Harap malam ni jangan demam semula. Biasanya kalo nak tumbuh gigi demam memang akan on off. Tu risau tu.


Wuah panjangnya mukadimah ;)) Padahal tajuk entry ke lain kan. Anyway just want to share my thoughts pasal rumah sewa. Pada uols yang sudah ada rumah sendiri, tahniah. Macam kami, belom ada lagi. Dan sedang berusaha ke arah itu. Biasalah, bila da ada rumah yang berkenan, duit takdak. Bila duit dah ada, rumah plak takde yang berkenan and within budget. For us, it's very hard nak membeli rumah ni. Sebab kalau nak beli memang 100% la ditanggung halal oleh kami berdua. Tak adalah nak harapkan sapa2 sponsor sikit2 je ape kan. Orang lain maybe parents ada duit bleh bagi kat anak2 nak mulakan hidup beli rumah. Untunglah mereka. Itu rezeki mereka kan. Kami, kalau ada duit, baru la dapat beli rumah. Kalo tak ada kau duduk diam menyewalah sampai ke tua. Sape suruh kau tak ada duit kan? Kejam? Well, duniawi memang kejam.


Jadi, pada tahun 2012 ini, kami rasanya sudah bersedia dan ingin memiliki harta yang tak ternilai itu. Home sweet home. Biar lah kecik. Biar lah tak lawa mana. Biar lah tak baru dan sudah diduduki. Biar lah orang mengata sebab bukan duit dia. Biar lah orang nak mencaci kerana kami tak menyusahkan sesiapa. Biar lah apa2 pon, janji, ia rumah kami. Rumah yang akan diduduki oleh kami sekeluarga. Biar lah tak berharta sangat pon, janji cukup kasih sayang kan ;;)


Bulan Mei nanti genap lah 3 tahun kami menyewa di rumah ni. Sedih sebenarnya nak tinggalkan rumah ni. Ceh macam dah nak pindah sangat ko padahal tak beli pon rumah lagi ;)) Yelah mana tak sedih. Pelbagai memori tercatat di sini. Dari kawen sampai lah ada anak. Ni anak pon dah besau. Wuahhhh sayangnyaaa dekat rumah ni. Memang berkeinginan nak beli tapi.... tapi tuan rumah tak mau jual pada kami. Harga rumah ini? Percaya tak kalau aku cakap harga rumah ni RM250k-270k. Keluasan 20'x70' je pon. Kecik kan? Tapi mahal nak mampos sebab tempat ini sedang membangun. Pada siapa yang penah datang rumah ni tau lah betapa keciknya rumah ni. Well, tapi aku serasi. Memang rasa nak tinggal di sini. Beranak pinak di sini ~~~ Well, insyaAllah nak cari jugak rumah sekitar sini jika ada rezeki. Kami dah ada beberapa rumah dalam senarai. Malam ni mula lah misi mencari rumah. Maybe amek masa sebulan jugak untuk cari2 rumah. Tengok2 rumah. Menilai pilihan yang ada dengan budget yang ada. Dan tak akan tunggu lama. Misi ini perlu dicapai jugak selewat2nya 31/12/2012 nanti. Apapon kami hanya mampu berusaha selebihnya ketentuan Allah.....


Sebenarnya dah boring kott duduk rumah sewa. Nak beli perabot banyak dan yang best pon malas. Nak buat apa2 tema pon tawar je hati. Nak cat2 lagi lah tidak. Worst, nak gantung2 frame ke jam je semua tak boleh. Plain and boring. Kalau ade rumah sendiri bestnya bleh cat, deko2, ade tema2...ada kitchen kabinet...bleh ada bilik sendiri untuk menjait (motip??) dan macam2 lagi lah... Tapi semua tu pon perlukan duit bukan? Agaknya lepas beli rumah adalah 5 tahun aku tak buat apa2 pon. Biar je rumah gitu sbb duit da abes beli rumah hahahaha ;)) Tengok lah macam mana nanti. Ya Allah, Kau permudahkan urusan jualbeli rumah hambaMu ini, Ya Allah...Amin amin ya rabbal 'alaminnnnnn.




Last but not least, kindly visit our blogshop HERE!

17 comments:

  1. seronok ada rumah sendiri ni. dalam hati memang nak hias macam2. saya dah setahun lebih masuk rumah ni tapi macam baru pindah je, tak banyak perabot/hiasan. bertahun kot nak kumpul dana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la..nak deco/reno kena ade bdget gak..huhu xpe pelan2 k :)

      Delete
  2. Nok! Ada ke org nak mengata ko bagai ? Sapa org tuh? Meh sini.. x kisah la umah second ke umah baru ke kecik ke.. duit ko nok.. pedulikk la.. btw.. sampai bila nak menyewa kan.... same goes to me.. tapi i pindah lambat lagi kot.. next year bebeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard la nok. bila tanya da ada rumah ke belom, dorang sebuk suh beli umah. bila tanya nak beli umah apa, mula la kutuk kalo nak beli umah tak ikot taste dia. motip dia rajen sgt nak komen? Mak aku pon x komen cam dia. lahanat! *geram ni*

      Delete
  3. kami beli rumah duit sendri..tp pinjam ngn kerajaan ar...hahahha nasib le 100% blh bt loan..kalo idok xtau emrasa ke tidak..huhuhu

    xpe insyaAllah ade rezeki nnt boleh ade rumah sendri, boleh bt blik jahit sendiri yerp..hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. at least uols pinjam dgn kerajaan. weols berdua keje private...manakan daya kan. semuanya kena uruskan sendiri dan pinjam la kat mana2 along haha

      Delete
  4. InsyaAllah ada rezeki tu nanti ciare..moga dipermudahkan semuanya..
    Ignore je ape org nk kata.yg penting diri kita n family kita.biarla umah kecik,rumah 2nd hand yg penting takde susahkn sape2.semua atas titik peluh sendiri

    ReplyDelete
  5. wah ciare, chaiyukk, nanti leh deco2 umahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo beli umah taun ni, 5 tahun lg baru ada dana nak deco2 kot huhu

      Delete
  6. Replies
    1. harap2 akan jadi kenyataan lah huhu. xnak berharap sangat

      Delete
  7. wahhh jeles sehhh.. dah nak beli umah....

    ok semoga sumenye berjalan dengan lancar~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah NAK beli rumah dengan DAH BELI rumah lain maksudnya ja. belom beli apa2 pon lagi...baru nak cuba submit loan. entah lepas ke tidak nak beli rumah banglo (panggggg!!! haha)

      Delete
  8. sama la kita nak hias xde hati sgt..i pun tgh kumpul duit jgk..good luck ye..i doakan u murah rezeki tuk memlilik rumah sndiri..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN. Thank u so much zaza sobs

      Delete
  9. semoga mendapat rumah yg diimpikan... =)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha