Monday, March 12, 2012

Baking mode: My very 1st rainbow cake :)

Assalamualaimum ;;)


Hai hai semuaaaa. Wuah arini Isnin yang gloomy kan? Yelah, cuti balik kampung 2 hari aje, sampai umah pon tengah malam tadi. Perghhh penat okeyyy. Dah la duk meriba budak kecik tu dari Taiping. Dengan jem tak hengatnye. Omoooo krem okay lengan iols pagi ni. Macam baru lepas main tenis plak sakitnya. Grrrr...


Alhamdulillah mood membaking datang kembali. Setelah beberapa bulan oven comel tu tersimpan dalam stor, aku gagah mengeluarkan balik oven tu. Supaya nanti tak terkejut oven dah bercendawan atau wayar dia putus digigit tikus. So gagah2 kan diri yang tak berapa gagah ni. Lagipon, excited nak mencuba kek cantik sebenarnya. Hihi. MK dah sound dah "betul ke nak buat kek ni, esok jangan mc sudah" baekkk punya 'nasihat'. Hihi. Ate nak wat camne, bini dia memang antibody lemah, kalo salah buat apa2 demam sesaje. Aigooo.


Jadi kek cantek yang aku teringin sangat nak buat tu adalah Rainbow Cake yang sedap lagi wallah. Hehe. Apepon oleh kerana 1st trial, jadi aku pasrah dengan segala kemungkinan yang mendatang. Memang mencabar uols. Mencabar sebab aku tak baca resepi betul2 dan beli bahan tak complete. Hasilnya, 2 hari baru siap kek ni. Hehe.


Hari pertama, misi membuat kek bermula. Gigih membakar satu lapis demi satu lapis. Dugaan jugak sebab kertas lapik tu, apa ke nama dia, kertas minyak kot ek? Huhu. Haaa kertas tu tak cukup. Memula ingat kertas tu tak memberi impak. So 2 lapis yang terakhir tiada lapik kertas. Maka, 2 lapis tu selamba je aku lapis kan atas lapisan lain yang dah siap, sekaliiiiiiiiii, melekat tau takkkkk. Stress mak. Hampir hancur jugak bila aku cuba pisahkan. Huhu. Buruk la jugak tapi berjaya diselamatkan. Hehe. Bila kek dah siap aku nak buat la topping utk kek, sekali lagiiiiiiiiiiiiii, dangggggggg!!!! CREAM CHEESE TAK BELI BOLE?? Time tu plak dah kul 11pm. Nak suh MK g cari kat kedai pon macam dah nipis je nak dapatkan. Nak tak nak, simpan kek tak siap tu dalam oven (sebab umah banyak semut) dan tidur. Esoknye lah kena beli cream cheese and sambung buat ;))


Haaaa gigih kann uols, hari kedua balik je keje, aku terus pulun buat topping dan siapkan kek. Simpan dalam peti ais laju2 and kemas beg utk balek kampung. Bila dah kul 10 dan yakin topping dah sedikit keras, baru gerak balik kampung. Alhamdulillah, kek tu selamat sampai kampung dan semua yang rasa cakap sedap. Hehe. Honestly, aku yang rasa pon rasa sedap gila boleh? ;)) Cuma agak comot laaa. Tapi tetap tak mengecewakan utk cubaan kali pertama.


Whole cake =D Topping akak nipis. Maybe sebab butter tu tak cukup kot. Dihias secara belasah oleh mama yayen hehe

Setelah dipotong. Hmmm, not bad la rupanya. Mujur tak 'hancussss' hehehe.

Oleh kerana percubaan agak menjadi, so rasa excited nak cuba lagi. Yeayyy. Aku rasa nak amek tempahan pon ade. Hehe. Sebab kek ni comel sangat. Tapi bila cakap kat MK macam tu dia cakap "Alaaaa tak payah la amek tempahan, nanti papa dengan yayen camne?".......MOTIP PAPA YAYEN??? =)) Apa dia ingat aku nak berbisnes sampai ke korea selatan ke apa. Ke dia risau aku akan mengabaikan dia dan anak bila sibuk buat kek? :-? Hmmm... So oleh kerana suami tak izinkan, buat untuk diri sendiri sudaaa ekekeke ;p


20 comments:

  1. wahh! rajinnya..buatkan utk saya 1..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala segan la..comot2 je pon buat sendiri..huhu...segan nak tnjuk kat org sebenarnya hukhuk

      Delete
  2. WUUU~~memang sentap ah bila masuk sini masa tengah lapar. Buka-buka ada gambar makanan..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuaaa sentap jugakkk...sbb masa balas komen ni i lapar ni...hukhuk

      Delete
  3. Replies
    1. belom sampai tahap bravo lg ni..hukhuk

      Delete
  4. Dear, baking paper tu klu xckup blh ganti ngn kertas biase, A4 or kertas kajang ke ape, janji kertas, pastu sapu depan blkg butter, jd kertas minyak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorh boleh ek wat gitu? kelas la maria. lenkali bleh buat kalo ketas x cukup ekeke. apepon semuanya adalah jasa resepi mu na :D

      Delete
  5. wahhhh... terliur ok mak buyung ni... bilalah dapat buat sendiri nih....

    clap2 jugak mcm YUn buat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ni yg rasa bersalah kalo terbuat makyong terliurs ni..uhuk uhuk. sorry ana...

      Delete
  6. cantik!tengok pun tahu sedap!teruskan ambil tempahan..caiyok caiyokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala rasanya diri tak cukup gagah nak stay up mlm2 buat kek ni. haha. kalo ujung2 mggu xtau la kan. wallahualamm. cewah mcm ade je org nak amek order gitu ;p

      Delete
  7. yg bile dah slice tu sgt cantek menarik da bombbb! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la memula risau gak dalam dia hancur sbb kertas minyak x cukup. tp mujur laa xde buruk sgt ekeke ;p

      Delete
  8. salam ciare - wah hebat..hebat..hebat...guna recipe yg mana ciare...nak cuba juga la...sgt teruja bila ciare kata sedap..tak pernah rasa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk rujukan semua kawan2 boleh tgk kat blog sifu saya hehe :- http://anyambakul.blogspot.com/2012/03/resepi-rainbow-cake.html

      Mmg sedap kak ina. Tak rugi cuba. Alia mesti suka sangat :D

      Delete
  9. sedapp.. nampak mnarek....jue pun hubby tak bg, takut terabai katanye hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah...kelaka kan takot terabai. hehe. sbb comel sgt alasan dia tu trus rasa xnak amek order ;))

      Delete
  10. Replies
    1. Alaaaaa kalo lapar g la makan benda lain dulu huhu ;p

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha