Wednesday, March 7, 2012

Long lost friends :)

Assalamualaimum ;;)


Apa kabar semuanya di sini? Sihat2 sajakah? Bagussss. Good for you. Lately tak tahu la sangat nak menulis pasal apa. Kang tulis merapu kena sita pulak kan. Kelessss blog kena sita ;)) Tapi betul2 tak sangka pendapatan tak seberapa tu mencanak naik gak. Dapat lah jugak merasa jadi jutawan. Jutawan rupiah from blogging =)) Ekekeke.


Entry yang paling banyak digoogle adalah koleksi baju kawen nikah segala (macam iols ade butik kan? ;)) ), entry resepi donat dengan roti canai paling power skali hit dia. Kuikui. Tak kesah la, apepon aku harap blog ni dapat memberi manfaat la kepada peng-google tersebut. Walaupon sebenarnya banyak kes merapu dari kes yang membawa manfaat ;))


Dah lama tak cite pasal yayen @ Khair Rayyan kan? Sekarang dia alhamdulillah sihat walafiat dan aktif sekali. Aku adalah watak mama yang suka menyakat anak di rumah. Kalo rasa boring mula la menyakat dia sampai menangis kluar air mata. Manjeee okeyyy anak mama. Gapo nangis kuat sangat tu macam gegirl. Nyaring pulak tu. Mesti orang ingat anak i gegirl melalui jeritannya ;)) Minggu ni mood budak kecik tu agak baik. Kurang meragam dan banyak membebel bahasa German dia tu. Tapi interaksi dalam komunikasi dah banyak. Dah paham arahan sikit2. Syukurr. Tiada apa yang lebih menggembirakan dari melihat perkembangan anak membesar dengan sihat dan aktif. Aktif tu bagus. Sebagai parents, aku masih lagi nak mengingatkan diri bahawa aktif itu bagus, aktif itu bagus. Jangan merungut jika anak anda aktif. Aktif itu bagus. InsyaAllah.


Kalau dulu rancangan tv kegemaran yayen adalah Hi-5 tapi sekarang rancangan kegemaran dia adalah 30-minit bersama Ustaz Don. Syukurr. Hehe. Bila tanya, "Siapa suka ustaz Don?"--dia angkat tangan ;)) Tapi sebenarnya kalau tanya apa saja, dia akan angkat tangan jugak =))


Uols, i rasa kan, i ada masalah kecelaruan emosi la. Kenapa ye, aku rasa aku suka sangat baca cerita seram di forum tapi hakikatnya aku seorang yang sangatttt penakot. Huhu. Dan aku juga pernah menulis peristiwa seram aku di forum. Sorry, memang tak akan letak di blog atas alasan, aku taknak blog ni berhantu. Kuikui. Biar lah forum tu jer yang berhantu ekeke. Oh ya, semalam ada baca, jika sesebuah kedai ada menggunakan pelaris, setiap bucu di tiang ada digantung sesuati macam bungkusan kecil/sejenis daun pelik. Sebenarnya, kalau boleh dilihat oleh mata kasar, anda akan nampak makhluk halus sedang kencing/muntah dalam makanan2 pelanggan. GELI KANNN? Huhu. Dan, aku penah nampak sebuah kedai m____ area Seri Kembangan yang gantung benda2 pelik kat bucu tiang dia. HAZABBBB. Sumpah taknak pegi dah :-s


Eh tajuk entry pasal lain ek? Hehe. Seronok sebab baru2 ni ada jumpa my long lost friends. Long tak long lah jugak. Dalam 10 tahun gitu. Rindu beliau sangat2. Aku rasa diri macam muda lagi tapi bila borak2 dengan kawan lama dah lama tak jumpa. 10 tahun?? Lama gila kan? Oh tuanya rasa T___T

2 comments:

  1. Hahaha kenapa isi kandungan yang berkenaan dengan tajuk entry berada di perenggan terakhir sekali. itu pun hanya empat baris. Hahaha lawak lah ciare nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuikui ;p ok jgk la ade kena mengena. Kadang tu tajuk dgn cerita langsung xde connection muehehe

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha