Thursday, March 29, 2012

New header for my belog hehe

Assalamualaikum ;;)


Apa kabar kah anda sekalian. Wah semalam takde up entry. Tapi dalam tak up entry pon, 3++ lebih gak unique visitor. Hehe. Sikit je pooonnn. Motip nak bagitau unique visitor? Kau ingat kau hot ke? ;)) Erm tapi just nak mention yang hit blog paling tinggi pon 6++ lebih je noks. Tu pon dalam seminggu ade sekali je kot dapat 6++. Ate, bile nak kayanya pendapatan ads kalo belom sampai 1K ye dop? Kagum aku dengan blog2 yang tiap saat blog mereka dikunjungi ratusan visitor. Sehari mau beribu2 unique visitor. Kerrlassss noks. Hehe.


Eh eh aku cakap begini bukan sebab nak berlawan2 blog siapa ramai visitor. TIDAKKK hokey. Aku cuma buat pernyataan bagi pihak diri aku aje. Sebenarnya bila tengok visitor 6++ tu aku takot. Taktau takot sebab apa tapi rasa unsecure boleh? Sebab tu kalo bole aku memang tak tulis semua yang berkaitan dengan aku secara detail. Memang aku ada post banyak gambar. Contohnya aku post 1 gamba aku dengan anak dekat satu tempat. Tempat tu aku cuma nyatakan secara general kalau aku rasa maklumat dia sensitif. Maybe aku tulis rumah kawan, rumah sedara. Takde pulak aku tulis bergambar di rumah no 3, pox 1235, kampung pink, istana darul ciare (ok tak address gini? ;)) ). Melainkan aku pegi tempat2 yang da glemer contohnya shopping mall ke mane kan. Haa yang tu takpe la sebab tempat awam. Pastu kebiasaannya waktu gambar tu diambil pon aku tak tulih tarikhnya. Sekadar tulis gambar was taken about 1 week ago, 2 weeks ago. Gitu. Yang paling penting, aku tak suka nak nyatakan KE MANA aku akan pergi secara specific. Cukup lah sekadar tulis nak pegi jalan2 di taman. Takde nak tulis taman mana, hari apa, pukul berapa.


Bukan ape uols, aku tengok blogger2 yang baru2 ni, semua benda nak cerita. Tahu tak benda tu bahaya. U need to secure yourself lah sayang. Tapi tak kesah la, up to you lah kan. Masing2 pon dah besar. Pepandai lah yek ;;)



Last but not least, so happy with my new header. Bleh tak nak feeling2 header tu cantek giler? HAHAHA =)) Biar la kann, mak dah lama tak mendesign, sekali design rasa lawo sesangat kahkah. Okay lah tu saje, until then, CHOWWW!! :-h


8 comments:

  1. Someiiii la new header...:) wow 6++ ya....ramai betul... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala bkn selalu 6++ tu. seminggu skali je. itu pon kalo rajen wat entry haha

      Delete
  2. Replies
    1. konsep header ni playsafe. tak berani nak buat kaler kontra2 haha

      Delete
  3. Replies
    1. boleh jugak. sbg testimonial. tingin gak berbiz buat header 1 ari nti. hekhek

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha