Friday, April 13, 2012

Korean drama review: Rooftop Prince :)

Assalamualaikum ;;)


Yeayyy korean drama yang best is backkkk hehe. Lately aku telah kembali ke alam drama Korean setelah bertahun2 meninggalkannya. Ate, kateee dah ade unifi. 15 min je da abes donlod 1 episode ekeke ;)) Nak cerita sikit cerita ni mengenai apa agar korang pon terjebak sama. Aku suke je menjebakkan orang lain hehe. Sekarang ni gigih tido kul 1-2am untuk khatamkan episode baru. Tapi idak la tiap hari tido lewat. Time episode baru kuar baru le gigih baca forum and tengok teaser dia. Kadang2 tu belasah je tengok episode tanpa subtitle sebab sub bese kuar lambat sehari dua. Layannn jela macam paham kan ;))


Weh korang, cerita ni best sangat. Serius. Pegi la tengok k. Hehe. Meh aku cite sikit cerita ni pasal ape.. Ianya mengenai seorang putera dan 3 orang pembantunya telah memasuki ke zaman sekarang. Segala peristiwa yang terjadi lawak sangat2. Yelah, orang zaman purba masuk zaman sekarang yang bukan main canggih ni kan.


;))


Weh aku tak bleh cerita la sebab nak tergelakk sangat2. HAHAHAHAHAHAHAHA =)) Apa kata uols tengok sendiri

;))



Bila putera tu masuk ke zaman sekarang, dia punya reincarnation (kelahiran semula di dunia sekarang) telah hilang. Dia macam mati lemas tapi I suspect dia coma je kot huhu. Perempuan dalam gamba di atas adalah Bak Ha. Dia reincarnation kepada Bu Yong. Bu Yong ni adalah adik ipar pada putera raja. Bu Yong ni sepatutnya berkahwin dengan Putera raja tapi sebab satu insiden, Putera telah berkahwin dengan kakak Bu Yong. Pada zaman sekarang Putera tak kenal Bak Ha sebagai Bu Yong sebab Bu Yong zaman dulu tu dia ada kecacatan pada muka so dia tutup muka dia. Just nampak mata dia jer.


Pada zaman sekarang tu, putera ternampak reincarnation isteri dia (kakak bu yong) yang telah mati, nama dia Se Na. Se Na ni adalah kakak tiri kepada Bak Ha. Haaaa nampak tak kaitan dia???


So masa Le Gak (putera yang masuk ke zaman sekarang, dalam gambo di atas) berusaha mengejar isteri dia (Se Na) dan dalam masa yang sama dia makin sukakan Bak Ha. Pada zaman dulu tu pon, Putera macam nampak lebih serasi dengan Bu Yong compare tu her sis. Se Na tu pulak dah ada kekasih tapi sebab bila dia tau Le Gak ni tergila2kan dia dan sebab dia lebih banyak harta so dia nak la kat Le Gak ni. Plus, dia nak sakitkan hati Bak Ha sebab dia tau Bak Ha sukakan Le Gak. Gituuu ;))


Tapi aku rasa lama-kelamaan nanti Le Gak akan lebih suka Bak Ha kot sebab with Bak Ha dia lebih ceria dan nampak macam diri dia sebenar. Dengan Se Na dia macam BORING haha ;)) Dan aku rasa jugak, sebab dia diberi peluang datang ke zaman sekarang sebab nak menyedarkan bahawa jodoh dia sepatutnya dengan Bu Yong tapi sebab kakaknya yang jahat tu, dah tak jadi kawen. HUKHUK.

Sekarang ni baru episode 7. Tapi episode 7 baru donlod, sub tak kuar lagi. Hehe. Takpe malam kang bleh tengok yahoooo :D (read: tengok tanpa ada sub, mencabar ok ;)) )


 Jadi uols, sila2 la tengokcite ni ok. Best giler ^____^

4 comments:

  1. wahh menarik!!

    nak tgk nak tgk

    hehe laki ni berlakon cite miss ripley

    ReplyDelete
    Replies
    1. miss ripley? best ke cite tuh? dah abes tyg semua episode tak? nak donloddd hehe

      Delete
  2. Kat chanel one @393 nk tayang.mmg wajib tengok..i like korean drama/movie!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la uols ade astro. i ade unifi je. channel korean ada la 1 tp asik duk ulang2 lapanploh kali huks

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha