Wednesday, May 16, 2012

Hari ibu dan hari cikgu

Assalamualaikum ;;)


Hehe nampak sangat malas sebab entry hari ibu bergabung dengan hari cikgu ;)) Eh nak tukar lah, bukan hari ibu tapi Hari Mama. Baru betullllllllllllllll. Kihkih. Okey mula2 jom cerita pasal Hari Mak dulu. Eh Hari Mak pulak tadi kata Mama? Derrrr, Hari Mak untuk mak aku, Hari Mama untuk aku. Curlas tak? ;)) Alkisahnya last week, aku ada post adiah untuk Mak. Alah bukan hadiah apa sangat pon, ole2 dari Bandung jer. Sekali la ole2 untuk Kak Rubi, Abg Ed dan Aqwa comei lottteeee hehe. Kakrubi, selamat Hari Umi k. Hihi. So bila dah post barang tu, kebetulan sampai betul2 pada hari Ahad. Mak kat Kedah sekarang kat rumah Kak Rubi, so Ahad sana kan working days, maka sampai la barang tu tepat pada Hari Mak dan Hari Umi. Hehe. Yeayyy :D


Hari Mama pulak, nothing special. Just a normal Sunday. Bangun awal eventho it's Sunday. Buat kerja rumah mengemas segala. Cuma terkejut sebab ada orang beriya2 tolong aku kemas rumah Ahad tu. Haih, nak bodek aku ke ni? ;)) Hahaha. Nampak sangat berfikiran negatif, orang tolong pon suspicious. Tapi aku pikir, dia ni tolong aku buat keje rumah sebab weols nak keluar kot tengahari tu. Ada wedding. Jauh nun di Kuala Selangor. So dalam pikiran aku dia tolong sebab nak bagi keje cepat siap pastu bleh keluar awal. Tak ada pikir pon sebab Hari Mama ke apa. Sampai rumah petang tu jam 7. Ate tempat pon jauh, menyinggah ke banyak tempat. Macam beraya pulak sebab duk singgah ke rumah kawan2 MK huhu. Lawatan sosial kaedahnya ;))


Sampai ke malamnya MK kata nak keluar kejap pegi giant beli minyak rambut katanya. Aku pon malas lah nak ikot. Penat kotttt. Tapi sempat pesan kat dia "Yang ayang nak benda manis lah" Haha dialog tu TERtiru dari Kak Seli. Dah terbiasa kat opis cakap "aaa nak makan benda manis laa" haha. Tapi MK paham dah. Biasanya kalau aku mintak benda manis dia akan beli kit-kat atau ice-cream dan yang seangkatan dengannya. Dia dah paham sangat hihi.


30 minit kemudian dia balek bawak ni.....



Aku pon nak marah dia "laaa orang nak benda manis macam biasa laa. bukan nak kek"...."ni bukan benda manis laaa ni kek hari awak"..."hari ayang??".."hari mama....hihi"...OooooOoOoooo baru paham. Lambat pickup kaedahnya ;)) Alololorh suwitnyaaa. Walaupon hanya beli 3 slice kek, dan bukannya sebijik kek pon. Yang kelakarnya la dia pilih perasa yang aku tak berapa berkenan. Tapi takpe laaaa, yang penting kesungguhan. Hehe. Terima kasih, suami....






Eh entry belom tamat lagi tau ;))


Pasal Hari Cikgu pulak, KEPADA SEMUA GURU YG PERNAH MENGAJAR SAYA, TERIMA KASIH CIKGU DI ATAS JASA KALIAN. SAYANG CIKGU SEMUA. MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA JASA KALIAN. AMINNNNN. Dedicated to my teachers since 1991.

Sek Ren Pulau Padang (sek kontroversi cikgu shida ;)) )
Sek Men Keb Agama Sultan Azlan Shah (6 bulan je pastu lari sbb homesick. Apepon aku berjaya khatam Quran masa study kat sini)
Sek Men Keb Layang-Layang Kiri (sek kat kg duduk bawah ketiak mak haha)
Sek Men Teknik Gerik (wuaaaaaaaaa sayang sangat dengan cikgu2 kat semetrik. muah)
KMPP (oleh kerana setahun je so aku tak berapa ingat nama lecturer)
UPM (terima kasih, Dr, Puan, Prof sekalian)

Last but not least, Selamat Hari Teacher kepada my beloved sister, Zaleha (teaching in SM Vokasional Leboh Cator, Ipoh)

2 comments:

  1. ok la tu at least dpt gak kek dan peringatan hari ibu tu.drpd xde langsung mcm org yg mengomen niha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa jgn gituuu. org tu ingat tu tp ingat dalam hati jela kot...huhu

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha