Friday, May 11, 2012

Rayyan dah sihat....tapi.....

...ada 2 tapi....


Tapi yang pertama, aku pulak tak sehat. Semalam start pukul 5pm masa kat opis aku dah terasa badan panas sejuk panas sejuk. Ahhh sudah. Ni memang petanda ni. Pukul 7 tu (masih di opis lagi) badan aku betul2 dah panas. Wuaaaa demam demammm, mak tak sukaaaa. Balik je umah, gigih lagi nak masak. Sebab teringin nak makan sambal udang petai. Peberet MK jugak tu. MK balik awal and dia dah pon tolong rendam udang dengan masak nasi siap2. Dah amik yayen jugak dekat school. Tapi sesudah aku sampai umah, rasa sakit2nya ke tulang temulang sendi2 bagai. Camne nak masak niiii :-s Tetiba ada orang datang umah, eh, BFF anto lauk laaaa ;;) Lauk kenduri adik dia kawen aritu. Daging masak itam. Sedap gilerrrrr. Terus makan laju2, makan ubat, tido sebelum jam 9. Dan pengsan sampai ke subuh tadi. Demam dah hilang, tapi sakit2 badan ada lagi. Nak MC ke? Adoiii nak matik ker? Last week dah MC dua hari. Isnin pulak work from home jaga anak. Haish. Jadi mak gigih jugak datang ke opis. Sekian.


Tapi yang kedua, pasal Yayen. Even tho dia dah sihat dan sudah ceria sikit2 (ade batuk dan selsema sikit lagi), tapi beliau sangattttttt sedih pagi2 masa nak anto ke taska. Bila dah tengok mama pakai tudung segala, dia start nangis manja sebut "mama mama mama" adoiiii mau tak luluh hati kau? Tapi dia nangis tak guling2 atau meraung2 tau. Dia just nangis sedih ada air mata dan sebut mama mama mama. Ini style nangis yang baru ni. Sebelum ni kalo menangis nak kan sesuatu terus berguling dan meraung T_____T. Kiranya style menangis yang baru ni, macam menangis merayu taknak pegi taska gitu. Aku ni mula la pikir bukan2. Kenapa dia sedih sangat dekat taska? (mintak simpang laaaaaaaa dari apa2 kes tak elok Ya Allah. Aminnnn) Tapi aku kuatkan hati jugak. Tetap keluar rumah masukkan Yayen dalam kete, letak kat car seat dia. Elokkk aje dia diam. So start kete, terus pegi taska yang jauhnya cuma 400m or less. Aku stop je depan taska, dia nangis balik "mamaaa mamaaa mamaaa" Siap bangun dari car seat dan datang ke seat driver lalu peluk aku. Wuaaaaaaa, sedihnyaaa. Kenapa ni anak? Kenapa sedih sangat ni sayang? Yayen tak happy ke dekat taska? Cikgu tak best ke? Kawan2 tak best ke? :( T_____________T Terus mama pon menangis jugak sama2 Yayen dalam kete 2-3 minit. Ahhh abes eyeliner mama comot ;))


Jadi.........apa pendapat uols? Napa Yayen tak happy kat taska? Suami pujuk aku, dia kata Yayen belom biasa kott. Sebab semalam petang kan MK amik Yayen, dia kata Yayen happy jer gelak2 dengan friends dia. Emmmm. Mungkin kot, blom biasa lagi. Tapi, harini dah seminggu dah, bila Yayen nak biasakan diri sayang? Please, be happy at taska Sayang? Mama risau. Mama suka pikir negatip, mama suka bayangkan benda2 yang menakutkan. Nauzubillahhhh. Mintak dijauhkan laaa perkara2 tak elok dari anak ku. Semoga dia akan segera adapt berada di taska dan happy bersama cikgu baru dan kawan baru. Aminnnn.


FYI, di taska, Yayen actually refused to get along dengan rakan sebaya dia. Infact, dia nak duduk dekat bilik baby sebab dia suka nanny yg jaga baby tu. Kalo staff lain dekat/pegang dia, dia akan nangis. Kelako pon ada sebab Yayen yg besor tu duduk bilik baby ;)) Aku ada jugak tanya owner, takpe ke dia duduk bilik baby? Tak kacau baby ke? Then dia kata tak apa, sebab dia main sendiri, dalam playpen and tak kacau baby2 lain. Petang2 kalo mood dia baik baru staff bawak dia turun main dengan rakan2 sebaya dia.  Kadang ok kadang tak okay. Anak aku manja uols, bila ada kawan sentuh/peluk/cuit dia pon dia nangis dahh. Adoiii anak mama manja sangat ni...


Ok lah better aku stop sini dulu. Kalau cerita pasal anak ni, memang sampai lusa pon tak akan bleh habis. Sekian sahaja entry bosan dari Mama Yayen yang sedang demam seram sejuk sakit2 badan sakit urat segala. Bye!


7 comments:

  1. Yayen needs adik bg memantapkan sosial skill nye..ewah..pandai ckp ye..anak ai pun lebey kurang je x tau bersosial..dah duk umh je ngn mommynye.

    ReplyDelete
  2. yayen nye kes ni samaamcam rayyan... rayyan seminggu je dok taska.. last2 mak jaga balik sbb everyday amek die nages, mata bengkak.. macam tak happy...
    so kita kat tempat keje pun takleh fokus nak bt keje huhuhu...
    at last opah die offer nak jaga sbb kesian tgk cucu dok nages je hari2..

    ReplyDelete
  3. ayoyo..kita baru dok discuss ngn hubby nak hantar rafique ke nursery pulak..nak suruh dia bergaul..mesti dia jadik mcm yayen nnt.sbb skrg dia ada 2 abg dan kakak yg sgt protective.semua pun dorg lebihkan kat rafique..

    ReplyDelete
  4. ciare, anak ema pun mcm 2 gak ms anta kt taska. xnk mkn lgsg kt taska, susu pun dh lapar sgt agaknya br nak minum. 2 mgu gak la jd mcm 2. tp nsb la taska kt opis je. so sblm anta bleh bg mkn ns dulu. cikgu plak nk sorg je, kalu cikgu 2 g toilet@solat, dia tgu je kt dpn cikgu. tp skrg ni dh sbln dh ok dh. dh bleh begaul, mkn pun dh selera..
    insya allah.. kejap je rayyan mcm 2. maybe x sesuai lg

    ReplyDelete
  5. mungkin kena tukar taska kot ciera. Alhamdulilah Yayen dah sihat ye

    ReplyDelete
  6. ciare, Iman ambik mse sebulan nk serasi nga taska bru..msuk bln mei nie bru lah dia x nanges mse zaza anta g taska..dh boleh babai mama dgn senyum..don't worry oke..bg dia mase nk sesuaikan diri lagi tue..

    ReplyDelete
  7. adoiii..meleleh air mata baca entry ni.teringat time danial mula2 hantar kat bs..dia nangis sayu and sebut mama..mama..mama..

    maybe yayen belum biasa lagi kot ciare..hopefully yayen tak ambik masa lama nak sesuaikn diri..

    ciare try before hntar yayen gi taska baca surah al-insyirah,hembus kat dia..pastu baca tawakaltualallah..nanti dia tak teringt sgt kat mamanye..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha