Monday, May 7, 2012

Vacation to Bandung Stories

Assalamualaikum ;;)


Phew. Demi memaintainkan #bufferedearnings #nuffnang aku terpaksa jugak update blog (mata duitan seriously $__$ ;)) ). Tapi nak cerita pasal apa kat Bandung pon tak tahu. Pasal tentative program tu, malas lah nak letak kat blog. Siapa nak just email jer nanti aku forwardkan semua jadual program yg aku rancang few weeks before pegi Bandung. Walaupon it was my second time, preparation rapi tetap perlu dilakukan supaya semuanya lancar dan tak ada kelam kabut. And yes, Syukur kpd Allah swt kerana perjalananan kami di sana sangat cantik. Tempat yang nak dituju berjaya ditujui tapi ada jugak tempat yang tak sempat sampai. Tak apalah bukan rezeki kami. Mana tau nanti ada rezeki boleh pergi lagi hehe.


Ok gambar mana gambar? Alaaa malas dong nak edit size gamba satu2. So aku printscreen jela thumbnails picture dalam album FB aku tu ok. Muahaha. Sapa2 yang jadi friend aku kat FB tu boleh la jengah2. Tapi kalo bukan friend tu, err sorry sebab anda tak dapat tengok. Huhu.




Apa yang seronok di Bandung? Err obviously SHOPPING. Hehe.Gila shopping beli baju sendiri dan anak. Errr MK tak shopping sangat. Dia just sediakan $$$$$$ jer ekekeke ;)) Sight-seeing kat sana, erm boleh la kot. Tak ada lah cantik sangat. Boleh la kott. Cuma aku rasa Bandung bertambah sesak kot jalan raya dia compared to 2 years ago. Apesal ah macet sangat? Huhu.


Makanan? SUPERB. Weols suka makan makanan sunda (tempatan) compared to Padang. Sorry lah tapi aku geli sket makanan padang tu. Yelah, dia kan suka buat konsep, sentuh dan bayar gitu. Pastu dok angkot ke meja berkali2 trip. Tah2 dari pagi lauk tu dah singgah ke 10 meja. Bayangkan! Huhu. So kami pilih makanan panas saje. Ayam penyet pon layan donggg ;))


Cuma yang tak bestnya, pas balik dari Bandung, kami anak beranak semua tak sehat. Demam selsema batuk berganti2. Last skali semalam semua saket. Haaa amek kau. Merasa lah pegi Azzahra, Bangi pagi2 tadi. Huhu.Last week siap aku dapat MC for 2 days lepas amek neb (sedut gas tu). Dan sampai sekarang, perut aku masih lagi tak selesa. Perut aku seolah2 tak adapt pulak dengan makanan Malaysia ni. Choi kan? Padahal masa sampai Bandung telan je semua menu aku rasa. Tapi bila balik sini perut buat hal plak. Perut aku dah kempis ni dekat seminggu tak makan nasi proper. Haish. Tapi okay gak, mana tau bleh jadi kurus macam MK plak tak lalu makan. I loikeeeeeeee HAHAHA :D

5 comments:

  1. bila akak ke bandung?
    lya bru je balik dri sne sabtu mlm hari tu

    ReplyDelete
  2. akak..saya nak pergi bandung hujung bulan ni.just nak tanya, akak kena caj airport tax tak time balik? saya ada baca few blogs, dorang ckp kena bayar airport tax. ke airport tax tu untuk yg terlebih muatan beg ja?

    ReplyDelete
  3. ci are, ko pegi kawah putih x? hehehe.. bandung mmg bestttt~

    ReplyDelete
  4. rindu nak shopiing sakan macam kat bandung..next nak gi vietnam..currency sana lagi murah tau...sila lah ajak MK lagi..hahaha

    ReplyDelete
  5. next aku nak simpan duit gi bandung lak
    tp ekwan mcm xnak jalan2 luar negara lagi
    dia nak habiskan malaysia dulu
    tp nak shopping..

    vietnam pun teringin..

    camne ni?

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha