Monday, June 18, 2012

Sate Ikan (hanya di pantai timur)

Assalamualaikum ;;)


Wallahhh, entry pertama di hari Isnin adalah makanan? Sorry ye kepada yang berpuasa. Sila la tutup web browser anda sebelum menitis air liur ke atas keyboard anda ;))


Haaa SATE IKAN? Penah makan? Penah? Aku sumpah tak penah makan sampai lah kawen dengan MK ni haaa. Tapi sokmo lupa nak blogging pasal ni. Sebab ini antara makanan pantai timur yang ku rasa unik simple tapi sodappp nyah. Slurppp (telan air liur japp...) Aaaarhh sedapnyaa (lap air liur menitik kejap hehe)


So siapa yang tak pernah rasa , bila korang dengar sate ikan apa yang korang bayangkan? Aku kan jakun gile. Aku bayangkan sate ikan tu adalah merupakan seekor ikan  yang dicucuk dengan lidi dan di panggang. Butttt it was a BIG NO. Rupanya dia adalah ikan yg telah diproses macam ala2 kopok lekor pon ade kot rasa dia. Digumpal2 leper2 kecik2 dan dibakar di atas api kemudian dicurahkan sos berwarna merahhh. Aduhhh sedapnyaa. Minggu ni balik Terengganu dan aku nak makan 10 cucuk sorang ekeke ;)) Eh, yayen pon bleh abes 3-4 cucuk tahu? 


Biasanya gerai yg jual simple2 je tepi jalan macam ni. Kalo ramai orang beratur gak kadang2. Tapi ada jugak yang jual style old school. Dia jual dengan moto. Kiranya kat moto dia ada tempat bakar skali. Gituuu

Pose jangan tak pose

Yeayy inilah dia. Murah je ni.. Kalo beli RM10 bleh dapat sebesen kot haha

Zoooommm gitu. Eh blur plak gambo. Ni pakai camera norkiah E63 ni. Tu gambo cikai jer

See?? This budak very likeeeeee it hehe (ahh membencikan lah pakai tudung express ni pipi tersembul rasa nak tampo je)

Ni adalah antara menu wajib kalo balik Ganu. Sedappp slurp slurp. Laparrrr hehe. MK kata kat KL pon adoo jual benda ni. Tapi aku tak penah jumpa plak. Lagipon feeling makan dia lain kalo kat KL dengan kat Pantai Timur itself ;;)


So pada siapa2 yang tak pernah rasa bleh kot cari2 area KL ni. Yeay tak sabar nak balik Ganu this weekend. Galok ek nak balik sebab nak melantak je? Tu pasal ko gemuk ciare!!

4 comments:

  1. Kat penang pun ada.wajib beli bila blk sana

    ReplyDelete
  2. sabtu lepas hr sukan sekolah abg ade. dan kat kl nih depan sekolah kekadang ade. yg naik moto la. kalo u nak mkn lepak depan memana sekolah.

    ReplyDelete
  3. lama tak makan..time kecik2 dulu selalu..ada dua sos kan, boleh pilih manis atau pedas..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha