Friday, June 8, 2012

Si ciare tak aktif di alam maya???

Assalamualaikum ;;)


Hahahaha yoooo laaa sangat tak aktif ;)) Infact, aku lah yang menghadap internet pagi sampai malam. Kadang2 kat umah buat keje sampai malam. Then da bosan layan movie plak 2 3 round. Dah tu, kul bape tidonye? Huhu. Minggu ni memang memenatkan. Sebab aku ada tetamu di rumah. Adik MK yang baru bersalen tu ada datang. Technically dia memang dah habes pantang tapi tak sedap laaa plak takkan aku nak biar dia terkontang kanting kat umah tak dilayankan? So minggu ni tema aku siang bekerja, malam bibik hasilnya si mata lebam tak cukup tido. Dan putaran masa aku minggu ni jugak ala2 jadual waktu orang dalam pantang gak. Kang kul 2 3 dan jam jam seterusnya aku terjaga time baby nangis.. Wahhh gitu, tapi idak la aku pegi tolong, aku just terjaga dan lepas tu tidur balik. Keji la jugak aku ni. Haha. Nak wat camne, esoknya kena bangun awal nak pegi keje maaa.


Tiap pagi pulak aku dah sediakan brekpes siap2. Lunch pon aku siapkan skali. Haaa mana nak dapat kakak ipar mithali macam ni hah? =)) Pastu kang bila malam2 lepas tidokan yayen nak kemas umah lipat kain segala. Pastu aku kena sentiasa memerhatikan yayen sebab dia sangat berminat nak korek mata bayi tersebut. Ate, mata babynya pon booolat gila, tu yang beliau rasa nak cungkil tu T____T


Yang bestnya bila sepupu yayen datang, dia akan leka nak main dengan sepupu, so aku akan ada sedikit ketenangan untuk memasak khususnya. Aku ni stress gak la kadang2 kalau yayen kacau aku masak. Bukan stress apa, tapi takot sangat2 kalau ada accident masa kat dapur. Tau2 jelah kat dapur ada pisau, kaca, minyak panas, air panas etc. Aku plak asik la terjerit2 kalo dia nak pegang objek yang tak sepatutnya. Dilema sangat, bukan nak marah anak. Tapi marah sebab takot dia tercedera... Nak sorok semua barang pon payah bukannya ada kabinet, semua main letak2 atas meja, sangkut2 kat rak pinggan yang open. Arghhhhh stress sangat duduk rumah sewa ni. Apapon tak boleh. Nak pasang ready made cabinet yang pasang siap pon dia tak bagi tebuk2 paku kat dinding. **** betul la!! Serius aku dalam ketensionan tau. Hmmm. Tapi nak buat camne, paling hebat pon ngadu kat blog jelah T_____T


Ehh macam larik topik pulak (macam tak biasa ;)) )


Oh sebelum tu nak komen, camera iPhone memang terbaik. Phone baru ni tak dapat compare eventho dari segi lain dia dah lebih kurang sama. Hmmm. Jadinya, nak bergambar sangat pon tak ada mood. Pftttttt....

1 comment:

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha