Tuesday, July 31, 2012

Arjuna Beta

Assalamualaikum ;;)


Untuk tidak menyepikan blog, aku nak kongsikan sebuah video. Lagu dari seorang bonda kepada anakandanya. Source - fynnjamal



arjuna beta
------------


verse 1

tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular--
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata--
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


....kalau la aku pandai compose lagu and bersuara sedap mesti aku da cipta lagu utk yayen ;))


No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha