Tuesday, October 2, 2012

Budak kecik ni kena chicken pox

Assalamualaikum ;;)


Actually tarikh sebenar Khair Rayyan kena chicken pox sebelum bulan Ramadhan lagi. Tapi masa tu kan mamanya adalah in 'mood swing' tak update blog berbulan kannn, maka dah nak dekat raya haji baru nak masuk blog ;)) Dan masa Khair Rayyan kena chicken pox ni pon aku ada amik maid sebulan. Waktu tu aku memang sangat2 lemah nak angkat kepala dari bantal pon rasa nak pitam. Jadi cara paling selamat adalah meng-hire maid dan Khair Rayyan pon duduk rumah tak payah pegi taska. Kebetulan pulak masa tu dia kena chicken pox jadi memang timing elok sangat dah tu.


Chicken pox ni merebak dari taska. So bila ramai budak dah kena aku just berjaga2 ajelah. Hari pertama aku perasan tu kat belakang badan dia ada tumbuh 2 bijik. Kira itu lah ibu chicken pox dia kot. Esoknya dah naik banyak kat belakang badan.


Mujur laaaa anak aku jenis tak bergaru sangat. Garu sikit2 jelah. Ubat doc bagi pon mujarab. Lepas makan ubat tak banyak bintik baru yg tumbuh. Dia just kecutkan bintik2 yang dah keluar tu jer.

Sapu calomine bagi sejukkk. Tak ada dia bergaru.

Relaxxxx ;))

Ini plak hari2 terakhir chicken pox. Tinggal sikit2 je masa ni. Alhamdulillah dia tak demam teruk. Just demam on off tapi temperature still under control.

Dan keseluruhannya dalam seminggu baik dah kesemua chicken pox tersebut. Parut pon semuanya dah hilang. Syukur sangat tak ada parut yg dalam. Maybe ada sebijik je parut yang tinggal. Bintik yang paling besar kat belakang dia tu. Orang kata ibu chicken pox. Yelah kot. Selain ubat makan doc bagi, just sapu calomine. Pastu selang seli sapu dengan krim buatan sendiri. Iaitu daun semambu tu diblend lumat. Kemudian bancuh dengan bedak sejuk. Haaaa gitu. Mmg sejukkkk ajelah nanti. Takda budak tu bergaru2. Selain dari tu, sepanjang kena chicken pox ni, better mandikan dia dengan air rendaman daun semambu tu.


Itu saje tipsnya, sekian terima kasih ;;)


4 comments:

  1. alo sian dia..kena chicken pox kecik2..huhu..

    ReplyDelete
  2. comel je rayyan walaupun kene ciken pox ;p

    ReplyDelete
  3. heloo nantu iols kan harusla comel walau kene ciken pox dd dudu oi..hahaha

    ReplyDelete
  4. ciare..aku plg suke gambo yg 2nd last tu..rayyan buat cm xde pape pon berlaku terhadap dirinye..so cool..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha