Tuesday, October 9, 2012

Rayyan and gadget

Assalamualaikum ;;)


Haih tak tahu macam mana boleh terjebak tapi realitinya ini lah yang terjadi. Walhal dari awal aku ade smartphone, memang sorok sehabis mungkin. Tapi selama mana mampu nak sorok kan. Iphone4 aku dah selamat menjadi arwah. Motherboard rosak okey. Akibat dibaling sokmo. Nama pon telefon, takkan manjang aku nak letak dalam laci gobok siap kunci? Kang orang call sms kena keluarkan jugak. Dan budak kecik yang belom mengerti erti value sesebuah benda, tapi dia tahu benda tu menarik. Dah disogok telefon nokia keypad banyak2 tu pon tak jalan. Dia nakkkk jugak telepon hok smartphone tu kannnn.... Lepas buah apple berganti dengan produk korea, maka aku taknak lah terjadi lagi sekali. Aku ugut (ceh siap ugut tu ;)) ) papa yayen belikan yayen sebijik tab made in China agar telefon aku yang masih berumur bayi itu tidak menjadi mangsa kedua. Dan hasilnya, memang melekat dengan tab. Aduhhh....


Dalam terang tengok pingu

Dalam gelap tengok upin ipin. Jangan lupa reduce kan brightness.

Bergurau senda dengan tab -_-"

Papa ajar anak pakai tab

Dan objek ini bisa membuatkan budak lasak ni menjadi diam terpaku di kedai makan
Apepon gadget ni ada pro and connya... Antara yang positive harus lah dia cepat belajar. Agaknya senang tangkap ek dengan melihat video? Zaman mama dulu jangan kata video, powerpoint pon takde nak. -Ve nya lu pikir la sendiri. Tak sampai hati nak tulis. Apapon, kami tetap buat limit. Bukan tiap masa boleh berkepit dengan tab. Ada masanya paksa dia main toys yang sebenar-benarnya toys. Paksa baca buku. Paksa main bola. Haaaa siap kena paksa ;)) Bagi dia paham sikit benda2 tu ada limitnya. So far dia okay. Boleh ikut rentak yang kami decide. InsyaAllah, moga Allah permudahkan..

p/s: Tetiba papa salahkan mama "anak programmer macam ni lah"
amboiiiiiii ;)) hihi


9 comments:

  1. ciare brapa rege tab ni? sy pn nk beli gak laa, anak dok pulun smartfon kite jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Regenye 300. Beli lah. Berbaloi kalo nak dibandingkan dgn telefon harga 2K yg rosak. Huhu

      Delete
  2. kemain rayyan yek..maria pn br beli rm250..tak dpt lg..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuah2 baru order ek ;) Selamat la sikit fon lepas ni hihi

      Delete
  3. Nak beli jugaklah tab murah2 kat danial.murah pun beratus gak.sblum ipad,iphone and hp cokia mamanya jd mangsa.skrg ni pun hp mamanya sokmo jd mangsa lontar peluru dia.agak tak dpt tekan apa yg dia nak tak psl2 hp tu dimarahnya.iPad pun dah jadi mangsa pijak..anak2 zaman skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 300 je dina. Ok la tu... Dari rege ribu2.. Huhu

      Delete
  4. makin cerdik lah kemetot rayyan ni..hehe

    ReplyDelete
  5. raina pulak lain cerita. belikan tab supaya tak kacau hp mama dia tp tak sampai seminggu dia bosan nak jugak hp mama dia. pelik sungguh

    ReplyDelete
  6. Ciare.. akak pun limitkan juga.. malam je boleh.. kalau kat kedai makan tuh behave je sambil mkn tgk ipad.. hahahah.. senang mak nak makan! Hihihihi

    ReplyDelete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha