Friday, November 30, 2012

30/11/2012..30 Nov...

Assalamualaikum ;;)


Apakah yang penting sangat dengan tarikh hari ini 30 Nov 2012? Well, hari ini mungkin takkan dapat dilupakan sampai bila2.. Kerana genap setahun dia meninggalkan kami... 30 Nov 2011.. Ya, Arwah Ma.. Mak mertua ku di dunia dan akhirat... Rindu Ma... Rindu masakan Ma... 


Okey saya melampau. Ingat makanan pulak. Sorryyyyy T_____T. Wuwu. Yelah, dulu masa mengandungkan yayen, aku mimpi makan masakan ma. Iaitu ikan masak lemak kuning. Tak tahu ikan apa tapi kalo buat masak lemak kuning memang arwah suka masak ikan tu. Macam ikan merah tapi bukan. Sorry iols tak kenal ikan T__T. So lepas jer terjaga dari mimpi tu aku terus bgtau MK. Dia plak pegi cerita kat mak dia. Then, balik ganu hari2 arwah mak masak ikan tu. Fuhhh. Makan pulak dengan sambal belacan arwah buat.. Ya Allah sedapnyaaa. Apsal sedap sangat ma masak? Lepas tu ma suke tengok aku makan. Aku makan banyak. Anak2 dia makan banyak jugak tapi sebab dorang kurus2 so tak best sangat kot. Tengok orang tembam makan lagi syok kot. Huhu. Lepas tu memang arwah suka masak macam2, lepas tu, bila dia tanya aku makan tak menu tu? Aku jawab aku makan. Sebab aku memang makan semua benda kecuali hati ayam/lembu. Tu laaa arwah suka masak macam2. Sebab dia tau aku akan makan punya. Haih.. Rindunyaaa....


Okay lagi sekali melampau sebab cerita pasal makan pulak. Ciare, baik kau stop taip sekarang!! Ok bye!


Tipu jer...


Apepon masih teringat setahun yang lepas, waktu subuh dalam jam 6am lebih.. MK dapat call dari adik dia... 1 ayat jer.. Yang akan diingat sampai bila2.. "Ma takdok doh..." Pastu menangissss.... Terus kemas2 beg balik Terengganu....


Dan hari ini, kami akan pulang ke Terengganu juga... InsyaAllah esok pagi kami akan melawat pusara Ma...


Setahun sudah...


Al-Fatihah..


 

4 comments:

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha