Thursday, November 1, 2012

Bercerai susu sudah :(

Assalamualaikum ;;)


Sesungguhnya bercerai susu dengan anak tu menyedihkan okey. Rasa sedih sampai merajuk2 dibuatnya. Apepon memang sudah masanya yayen bercerai susu dengan mamanye ni. Walaupon agak terkilan tak dapat meneruskan perjuangan sampai umur dia 2 tahun; which is this month, 16th November, tapi tetap bangga dapat BF dia sampai umurnya 1 tahun 9 bulan la lebih kurang. Walaupun secara tidak exclusive sebab campur2 FM tetap happy jugak.


Bila kandungan cecah 3 bulan aku dah start berusaha nak menceraikan susu. Sebab aku rasa tak selesa. Dan bila perut makin membonjol yayen pon nampak selesa. So itu adalah tanda masanya telah tiba. Aku punya petua mudah saje, cuma jauhkan diri dari tempat tidur. Aku tidur hujung sini, yayen tidur hujung sana, bapaknye di tengah2. Mula2 minggu pertama kedua memang susah. Dia menangis. Tapi weols biar jer. Lama2 dia tertidur dalam tangisan. Kadang2 dia merangkak datang ke mama, dan aku terpaksa lah bagi. Sebab tak sampai hati nak reject. Eventho rasa tak selesa.


On off selama 2 bulan akhirnya waktu kandungan cecah 5 bulan, yayen betul2 dah stop menyusu badan. Dan sampai sekarang memang malam dia tidur lena. Tidur jam pukul 8 atau 9 atau 10... Then terus tidur lena sampai ke pagi. Memang belum pernah lagi kena bangun bancuh susu pagi2 buta. Alhamdulillah. Yayen faham dengan mak pak nya yang tidoq lena haha ;))


Sekian saja kisah bercerainya susu dengan anak sulong saya tu. Hopefully rezeki untuk adik yayen melimpah ruah nanti. Aminnnn


 

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha