Wednesday, November 28, 2012

My 1st Aidiladha at Terengganu :)

Assalamualaikum ;;)


Akhirnya pada tahun ketiga perkahwinan baru nak merasa beraya aidiladha di bumi Terengganu okay. Kesian beliau nak masuk 3 tahun baru nak raya balik kampung hehe. Anyway bukan salah sesiapa tapi waktu tak mengizinkan.... Kerana...

Raya haji 2009 - Di Perak sebab Aidilfitri di Terengganu.
Raya haji 2010 - Aku bersalen sehari sebelum Aidiladha, so raya kat kota jelah. Seminggu pastu balik kampung berpantang di Perak.
Raya haji 2011 - Di Perak lagi sebab Aidilfitri di Terengganu.
Raya haji 2012 - Hah baruuuu merasa beraya korban di Ganu. Yeayy yeayyy :D

Sesungguhnya aku memang tertunggu-tunggu nak beraya di Tganu sebab orang kata beraya kat sana meriahhhh sangat2. So thats why iols sooo excited hehe. Maka, hari yang ditunggu telah tiba..... Jeng jeng jeng.... Debar tak? HAHA

Budak ni lagi over, kul 8.30pm dah tidor. Dia jaga semula 8am pg esoknya masa dah sampai Tganu. Punyalah lena tidor dalam kereta huhu

Perjalanan ke Pantai Timur bermula pada jam 8 malam. Memang dah agak akan jammed but what to do mike? Sebab MK tak dapat cuti. Jem pon jem lah. Bukan selalu nak redah jem kan. Dan timbullah pepatah baru, sediakan roti ketika jem. Eh ;))

Esoknya raya, so dah bersedia mental dan fizikal pasti akan jem. Sudahnya, dari bukit jalil ke tol Gombak saje udah berjam-jam. Kul 11 malam baru lepas tol Gombak. Kelas kan Maria? HEHE. Then sebab kepenatan, so singgah tidur kat Petronas sebelum Genting Sepah tu. Masa tu dalam 12am lebih. Teruskan pon tak guna sebabnya terlaluuu banyak kereta. Jadi keputusan untuk tidur sangat lah tepat. Jaga, jam 2,45am. HAHA. Then MK drive sampaiiiii lah ke Bentong. Itu pon jalan sangkut2 juga. Lepas tol Bentong LPT baru lah clear sikit. Masa tu dah 4am lebih. Aku pon offer untuk drive. Sebab aku dah segar bugar asik tidur. Well, MK memang hanya approve kalo aku nak drive kat LPT jer. Sebab kan jalan lurus. So aku driveee sampai ke tol terakhir, Jabor. Masa tu dah 6am. Singgah solat Subuh dulu. Dah subuh raya uols. Kereta penuh bersidai tepi jalan. Dah rupa pesta. HAHA. Dari tol Jabor MK sambung drive balik. Tepat kul 8am, baruuu sampai ke kampung halaman. Hah, tak ke 12 jam uols? HEHEHE. Hebat kan? :D

Di pagi raya yang mulia orang pegi sembahyang sunat aidiladha dan makan2, pakai baju lawa2... Kami pula sambung tidur berdengkuran anak beranak. Sebelum MK nak pegi solat Jumaat baru bangun semula untuk makan2. Fuhhh... Memang kenangan sungguh lah raya haji tahun ni. Hehe..

Eh tapi aku dengar cerita bukan Pantai Timur jer jem. Utara selatan pon semua jem uols. Nak ke Kedah pon berbelas jam kononnya. So kalo balik Perak pon aku suspect makan dalam 6-8 jam jugak tuh. Haruuuu ;))

Raya aidiladha pertama tak ada sebarang aktiviti sebab masing2 kepenatan, keesokkannya baru lah pergi ke pusara Arwah ma dan pa... And this picture was taken by my son ok. Terror sungguh.

Dan ini pula dalam perjalanan balik ke ibukota semula. Juga makan masa 12 jam. Hehe. Bertolak 2pm, sampai 2am. Hebat bukan ;))

Fuh terpanjang pula entry ni. Cerita pasal raya haji pulak tu, punya lah pekasam. Well, what to do, now baru ada masa ;;)

2 comments:

  1. Replies
    1. Kejap sangat... Tak sempat nak best2. Lgpon family husband tak berkorban tahun ni. Just dpt daging dr org kg je. Tu pon byk dah dpt.. Cume x merasa kemeriahan tgk upacara menyembelih sbb sibuk qada tido hehe

      Delete

Kindly leave your comment here :) TQ. Have a nice day

© ♥ c i a r e ' s l a n d ♥ ™ 2007 | Fully designed by Ciare Baha